Assalamualaikum
Sampai je aku dekat stesen KTM Klang, ayah aku pon datang dan pick up aku. Tapi tak terus balik rumah sebabnya ayah aku nak belanja kitorang makan dekat Restoran Muhd Chan iaitu restoran yang menyajikan masakan Halal masyarakat Cina. Jom aku bawakan korang menu-menu yang aku makan.
Restoran Muhd Chan ini dimiliki oleh seorang Cina Muslim. Jadi, makanan dalam restoran nie berkonsepkan makanan masyarakat Cina versi Halal. Memang susah kita nak jumpa restoran yang menyajikan masakan masyarakat Cina yang Halal. Ada, tapi tak banyak dan susah jumpa.
Ini merupakan kunjungan pertama aku ke sini. Tak pernah dengar nama restoran nie sebelum nie. Ayah aku dapat tahu kewujudan restoran nie pon dari kawan dia. Ramai kawan dia sarankan untuk cuba makan dekat sini. Itu yang beriya nak belanja kitorang makan tu. Harganya pada tahap okay-okay sahaja. Nak mata murah, tidak. Nak kata mahal sangat pon tidak.
Wantan Mee Roasted Ayam |
Cantonese Kuey Teow |
Tomyam campur |
Makanan dekat sini semua portion dia besar-besar tau. Dalam gambar, memang nampak kecil, tapi bila dah sampai dekat depan mata. MasyaAllah besarnya. Boleh makan untuk dua orang. Saiz Tomyam yang aku pilih ialah saiz S, tapi portion dia macam boleh makan untuk 4 orang. Besar betul mangkuknya.
Minuman dekat sini pon sedap. Terutama sekali air kedondong tu. Memang terasa kedondongnya. Dari segi servis pon bagus, sangat mesra dan pantas.
Ada beberapa cawangan Restoran Muhd Chan di sekitar Selangor. Bolehlah cuba menu-menu di sini dan datang di cawangan yang berhampiran dengan kediaman korang. Aku makan dekat cawangan Kota Kemuning yang berhampiran dengan Hospital Columbia tu.
Terima kasih ayah sebab belanja makan sedap. Nanti belanja lagi okay ! |
Post edited : August 2021
Assalamualaikum dik. kau ni memanjang je advance lebih. hohohoho. heyyy fav akak tu mee wantan. perghhh kecur air liur. tolong lah bagi alamat. senang akak kau ni nak ajak abg pergi situ lepas gian hehehehhe ;p
ReplyDeletewwaalaikumsalam kak sheila =) sedap mee wantan tu ^^
Deletejalan anggerik kot , sy xingat lah kak shila . bil nya pon ntah kemana . cube try google =)
byk cawangn ..sure sedap nih!
ReplyDeletesedap sangat luqman =) ce lah try ^^
Deletebutter prawn terbaiikkkkk kat sini :)
ReplyDeleteharga dia pon terbaik >___< hahahhaa
DeleteKenapa tomyam dia nampak macam bersantan?
ReplyDeletekann =) aku pon masa nampak ingat dia letak santan . tp bila dh rasa , perghhh !! sedap nya farah =D betul2 kaww tom yam dia . marbeles !
DeleteKalau makan satu family, lagi2 kalau ayah yg belanja memang takkan ada istilah ''mahalnyaaa'' hahahahaha orang nak belanja kan, rembat je ! =B
ReplyDeletebetul betul ! tambah-tambah ayah sendiri nk belanja =D tapi kesian jugak dekat depa sbb habis duit . sebab tu selalu berbelanja kne ingat =)
Deleteuntunglah bapak belanja..huhu
ReplyDeletebukan selalu =D huhu
Deletewaaa :') Ohsem ^_^
ReplyDeletetenQ jihah =)
Deletetrbaik la info ko..kna try ni..
ReplyDeletecuba jangan tak cuba okey =)
Delete