Thursday, April 4, 2013

Restoran Muhd Chan : Menyajikan masakan Halal masyarakat Cina

Assalamualaikum

Sampai je aku dekat stesen KTM Klang, ayah aku pon datang dan pick up aku. Tapi tak terus balik rumah sebabnya ayah aku nak belanja kitorang makan dekat Restoran Muhd Chan iaitu restoran yang menyajikan masakan Halal masyarakat Cina. Jom aku bawakan korang menu-menu yang aku makan.


Restoran Muhd Chan ini dimiliki oleh seorang Cina Muslim. Jadi, makanan dalam restoran nie berkonsepkan makanan masyarakat Cina versi Halal. Memang susah kita nak jumpa restoran yang menyajikan masakan masyarakat Cina yang Halal. Ada, tapi tak banyak dan susah jumpa.




Ini merupakan kunjungan pertama aku ke sini. Tak pernah dengar nama restoran nie sebelum nie. Ayah aku dapat tahu kewujudan restoran nie pon dari kawan dia. Ramai kawan dia sarankan untuk cuba makan dekat sini. Itu yang beriya nak belanja kitorang makan tu. Harganya pada tahap okay-okay sahaja. Nak mata murah, tidak. Nak kata mahal sangat pon tidak.

Wantan Mee Roasted Ayam

Cantonese Kuey Teow

Tomyam campur

Makanan dekat sini semua portion dia besar-besar tau. Dalam gambar, memang nampak kecil, tapi bila dah sampai dekat depan mata. MasyaAllah besarnya. Boleh makan untuk dua orang. Saiz Tomyam yang aku pilih ialah saiz S, tapi portion dia macam boleh makan untuk 4 orang. Besar betul mangkuknya. 




Minuman dekat sini pon sedap. Terutama sekali air kedondong tu. Memang terasa kedondongnya. Dari segi servis pon bagus, sangat mesra dan pantas.



Ada beberapa cawangan Restoran Muhd Chan di sekitar Selangor. Bolehlah cuba menu-menu di sini dan datang di cawangan yang berhampiran dengan kediaman korang. Aku makan dekat cawangan Kota Kemuning yang berhampiran dengan Hospital Columbia tu. 

Terima kasih ayah sebab belanja makan sedap. Nanti belanja lagi okay !

Post edited : August 2021

16 comments:

  1. Assalamualaikum dik. kau ni memanjang je advance lebih. hohohoho. heyyy fav akak tu mee wantan. perghhh kecur air liur. tolong lah bagi alamat. senang akak kau ni nak ajak abg pergi situ lepas gian hehehehhe ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. wwaalaikumsalam kak sheila =) sedap mee wantan tu ^^
      jalan anggerik kot , sy xingat lah kak shila . bil nya pon ntah kemana . cube try google =)

      Delete
  2. butter prawn terbaiikkkkk kat sini :)

    ReplyDelete
  3. Kenapa tomyam dia nampak macam bersantan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann =) aku pon masa nampak ingat dia letak santan . tp bila dh rasa , perghhh !! sedap nya farah =D betul2 kaww tom yam dia . marbeles !

      Delete
  4. Kalau makan satu family, lagi2 kalau ayah yg belanja memang takkan ada istilah ''mahalnyaaa'' hahahahaha orang nak belanja kan, rembat je ! =B

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul betul ! tambah-tambah ayah sendiri nk belanja =D tapi kesian jugak dekat depa sbb habis duit . sebab tu selalu berbelanja kne ingat =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...