Assalamualaikum dan salam sejahtera
Aku ingat lagi waktu tinggal dekat America dulu sekejap. Jualan Black Friday di sana merupakan salah satu hari yang sangat ditunggu-tunggu oleh penduduk-penduduk di sana. Aku sempat jugalah membeli-belah beberapa items sewaktu jualan Black Friday tu. Dan tak sangka, sekarang di Malaysia juga, jualan sempena Black Friday semakin diterapkan oleh perniagaan-perniagaan di Malaysia. Ini termasuklah LuLu Hypermarket. Kebetulan haritu pergi beli barang dekat sana, ternampak jualan bersempena Black Friday nie, memang laju jelah tangan nie membeli. Penuh satu troli weyhhh.