Saturday, December 31, 2011

Presentation Week

Assalamualaikum !

Minggu nie merupakan minggu paling mencabar sebabnya aku ada dua presentation. Satu presentation untuk kelas English dan satu lagi presentation untuk kelas Agama Islam. 


Wednesday, December 28, 2011

Cuti krismas

Assalamualaikum

Cuti krismas kali ini, aku banyak meluangkan masa bersama keluarga dan sanak saudara aku. Banyaklah aktiviti yang aku lakukan sepanjang cuti krismas. Jom ikuti aktiviti yang aku buat !

Saturday, December 17, 2011

Happy 1 year blogging

Assalamualaikum !

Wahhh hari nie genap setahun aku berblogging. Rasa macam baru je semalam aku sign up blog lepas habis paper akhir SPM. Tahu-tahu dah setahun. Panjang lagi perjalanan. Semoga aku terus istiqamah dalam update entri dan kekal aktif untuk terus coretkan kenangan-kenangan manis aku dalam blog nie.

Wednesday, December 14, 2011

Mandi-manda di Port Dickson

Assalamualaikum

Dah lama merancang nak mandi-manda dekat Port Dickson nie, tapi asyik tak kena waktu je. Kali nie, aku buat sampai jadi walaupun ada je halangan dan gangguan nak buat aktiviti mandi-mandi nie.


Tuesday, December 6, 2011

Keputusan PSPM semester 1

Assalamualaikum

Hari nie merupakan detik penentuan di mana keputusan PSPM semester 1 keluar. Aku ingatkan keputusan keluar dalam bentuk slip. Rupa-rupanya dorang pi tampal keputusan dekat papan kenyataan sebesar-besar alam. Maka berebut-rebutlah pelajar KMPP untuk melihat keputusan masing-masing. Ada yang gembira dan ada yang menangis.

Yang menangis tu, akulah tu. Hahahaa


Saturday, November 26, 2011

Hello Semester 2

Assalamualaikum !

Semester 2 sudah pon berlalu. Macam yang seperti aku janjikan pada diri aku, aku akan belajar lebih bersungguh-sungguh pada semester ini. Semoga aku terus istiqamah. Hahaha. Apa-apapun, aku nak memperkenalkan pensyarah-pensyarah yang mengajar aku pada semester kali ini. Jom !

Cikgu Hensem a.k.a Cikgu Shukri

Saturday, November 19, 2011

Cuti semester : Part 3

Assalamualaikum

Ada lagi ke yang mengikuti aktiviti harian aku sepanjang cuti semester nie ? Kalau ada, baguslah sebab aku nak sambung part 3 pulak. Ini merupakan part terakhir untuk aktiviti cuti semester aku. Jom mulakan !

16 November 2011

Ibu ayyah aku tak ada dekat rumah amsa nie. Ayah pergi kerja, ibu pula ada meeting dekat Kuala Lumpur. Tinggallah aku dan adik-beradik aku dekat rumah. Oleh kerana tak ada sesiapa yang masak, kitorang pon cadang nak pergi keluar makan dekat KFC. 

Wednesday, November 16, 2011

Cuti semester : Part 2

Assalamualaikum

Masa untuk aku sambung bercecrita mengenai aktiviti di hari cuti semestter aku. Jom mulakan !

10 November 2011

Tak ada perancangan untuk keluar mana-mana pon hari nie. Tapi kawan sekolah ajak pergi makan dekat Pak Li Kopitiam Bantingg pula petang tu. Aku sentiasa onz lah. Pantang ajak keluar, mestii onz je. Hihi

Wednesday, November 9, 2011

Cuti semester : Part 1

Assalamualaikum

Cuti semester seorang Zhaif sudahpon bermula pada 4 November yang lalu. Jadi entri kali ini, aku nak ceritakan perjalanan cuti semester aku. 


Sunday, October 30, 2011

Tourist comel sesat di Penang

Assalamualaikum

Besok mula exam tapi hari nie sempat update blog. Ko ghase ? Otak tepu mengadap buku, jadi apa salahnya aku buka laptop kejap. Betul ke sekejap ? Kah ! Saja nak cerita haritu aku keluar outing. Outing emergency katanya. Tak pergi Jusco pon, tu jauh sangat. Aku pergi Kailan je. Dekat sikit dengan matrik aku nie.


Monday, October 17, 2011

Study week

Assalamualaikum

Sampai sudah kita di waktu-waktu kecemasan. Aku sekarang berada dalam study week, yang mana PSPM Semester 1 akan berlangsung pada minggu hadapan. Jumaat yang lalu merupakan hari terakhir kuliah. Tiba-tiba rindu nak datang kelas. Pulak 😅


Thursday, October 13, 2011

MUET

Assalamualaikum

Tau apa itu MUET ? MUET stands for Malaysian University English Test. MUET merangkumi ujian yang menguji tahap speaking, reading, listening and writing dalam English. Ini merupakan kali pertama aku akan menduduki ujian MUET. 

Sunday, October 9, 2011

Balik rumah lagi

Assalamualaikum

Baru je suruh korang doakan supaya diberi kesedaran kepada aku untuk mula mengulngkaji sebab pperiksaan semakin hampir, lahh tahu-tahu beli tiket balik rumah lagi. Kalau macam tu, bilnya nak study woi ? Kalau dah balik rumah, memang beranganlah nak buka buku. Ada je aktiviti atau tempat yang dia nak pergi.


Sunday, October 2, 2011

Ouhh October

Assalamualaikum

Sudah masuk bulan Oktober, Itu tandanya peperiksaan akhir semeter 1 semakin menghamoiri tapi kesedaran masih lagi tiada padadiri seorang Zharif. Tahap stress aku dekat matrik nie semakin memuncak. Tapi haritu matrik aku ada buat larian KAKOM 2011. Sedikit sebanyak kuranglah sikit stress aku. 


Tuesday, September 27, 2011

Pesta Tanglung KMPP

Assalamualaikum

21 September 2011, KMPP mengadakan Mooncake and Lantern Festival. Ini merupakan kali pertama aku mengikuti sambutan dan festival seperti ini. Sangat teruja ya dapat tanglung. 


Sunday, September 18, 2011

3 hari tak cukup

Assalamualaikum !

Bertemu lagi dalam episod Zharif balik rumah lagi. Aku nie manjang balik selagi ada peluang. Nampak benor tak suka duduk matrik. Bukan tak suka, aku stress duduk situ lama-lama. Sel-sel otak tak berhubung. Hahaha


Saturday, September 10, 2011

Ohsemnya beraya di KMPP

Assalamualaikum

9 September 2011, Kolej Matrikulasi Pulau Pinang mengadakan sambutan perayaan. Setiap praktikum diberikan satu khemah dan kami boleh hias khemah kami mengikut kreativiti masing-masing. Sangat teruja ya !


Monday, September 5, 2011

Lebaran 2011

Assalamualaikum

Kali nie aku nak bercerita kisah hari raya aku. Sekarang nie, aku sudah berada di matrikulasi. Aduiiii, rasa sekejap betul cuti. Dah balik ke matrik semula. 


Sunday, August 28, 2011

Shopping raya last minute

Assalamualaikum

26 Ogos haritu, aku pergi shopping raya bersama kawan-kawan di Kuala Lumpur. Shopping raya kali nie boleh dikatakan agak tiba-tiba juga sebab memang tak rancang apa pon. Walaupun persiapan raya aku sudah hampir cukup, tapi ikut jugaklah sebab ada beberapa persiapan yang belum cukup.


Wednesday, August 24, 2011

Iftar with Maria Elena

Assalamualaikum

Kali nie aku nak berkongsi pengalaman berbuka puasa bersama Maria Elena pada 20 Ogos yang lalu. Seperti yang aku sudah gembar-gemburkan di entri sebelum ini, aku merupakan salah seorang pemenang untuk contest Iftar with Mari Elena anjuran Odisi Studio.


Saturday, August 20, 2011

Pemenang contest Iftar with Maria Elena

Assalamualaikum

Alhamdulillah, baru saja sampai rumah malam tadi. Penat sangat tapi dalam masa yang sama aku teruja sebab dah nak raya. Lagi satu aku teruja sebab aku berjaya menjadi top 15 untuk contest Iftar with Maria Elena. Yeay !!!!

Thursday, August 18, 2011

Buka puasa rumah Cikgu Hensem

Assalamualaikum


Semalam praktikum aku, H4P1, berbuka puasa rumah Cikgu hensem a.k.a mentor kitorang. Kami bertolak dari KMPP jam 6.30 petang dengan menaiki bas KMPP.

Sunday, August 7, 2011

Nak makan bersama Maria Elena

Assalamualaikum

Maria Elena mengadakan satu contest Iftar with Maria Elena. Pada awalnya, aku tak pasti lagi boleh join ke tidak sebabnya aku berada di matrik. Jadi waktu agak terbatas. Tapi bila nampak je tarikh buka puasa tu pada 20 Ogos, aku jadi teruja sebabnya cuti hari raya matrik bermula pada 19 Ogos. Aku terus call ibu aku untuk cancel appointment braces. Nampak tak, yakin menang aku tu macam mana ?


Thursday, August 4, 2011

Hoorayy exam dah tamat

Assalamualaikum

Sangat teruja sebab UPS untuk semester pertama dah tamat. Aku cukup benci minggu peperiksaan. Sangat-sangat stress ya. Masuk hari ni, dah hari ke-4 kita berpuasa. Semakin dekatlah waktu untuk balik raya. Pengalaman berbuka puasa di matrik setakat hari nie okay-okay sahaja. Makanan semua tiada masalah, macam-macam jenis pilihan. Selalu aku beli makanan dekat Kafe A iaitu di blok perempuan. Walaupun agak jauh dari blok aku, tapi berbaloi sebabnya murah dan pelbagai pilihan ada.


Post edited : July 2021

Friday, July 29, 2011

Senyap

Assalamualaikum

Pengumuman ! Peperiksaan akan berjalan bermula 2 sehingga 4 Ogos. Jadi mohon kerjasama untuk senyap dan tidak memberi sebarang gangguan. Semoga berjaya bat semua pelajar KMPP !


Saturday, July 23, 2011

Penampilan baharu

Assalamualaikum

Aku sudah mula rasa rimas dengan rambut aku dan aku putuskan untuk potong pendek. Maknya, aku keluar outing dan cari tempat gunting rambut dalam Jusco tu. 


Friday, July 22, 2011

Gambar Pratikum H4P1

Assalamualaikum


Akhirnya, gambar praktium dari official photographer sudah pon siap. Dan berikut merupakan hasilnya.

Tuesday, July 19, 2011

Rakyat Malaysia pengotor

Assalamualaikum

Ada satu kejadian yang cukup memalukan telah berlaku pada aku. Pada hari Isnin yang lalu, aku terjatuh bagai sebuah nangka busuk dekat kaki lima disebabkan oleh sifat pengotor rakyat Malaysia. Pelajar Matrikulasi Pulau Pinang to be precise. 

Saturday, July 16, 2011

Laptop jatuh katil

Assalamualaikum

Nak cerita kisah laptop aku. Aku memang buka laptop 24 jam walaupun sedang tidur. Dan perkara yang aku takutkan telahpon berlaku di mana laptop aku jatuh dari katil aku pagi-pagi buta. Sumpahlah gelabah gila aku masa tu. Aku cuba hidupkan semula laptop nie, fhhh nasib baik dapat hidup semula. Kalau tak, memang menangis tak berlagulah. 

Wednesday, July 13, 2011

Recharge energy

Assalamualaikum

Aku ada bagi tahu sebelum nie yang aku sangat tak sabar nak balik Selangor. Aku rasa disebabkan keterujaan nak balik tu menyebabkan aku lupa bawa benda paling penting untuk pulang semula ke matrik iaitu my laptop charger and that explains why i didnt update anything for the past few days.

Sunday, July 3, 2011

Ringkasan untuk minggu ini

Assalamualaikum

Lama dah tak update blog. Okay kali nie aku nak cerita apa yang telah aku buat sepanjang minggu ini. Banyak benda berlaku minggu nie, dan aku rasa nak kongsi dengan korang semua. Mari kita mulakan dengan larian 1 Malaysia. 

Friday, June 24, 2011

Apabila malam menjelma

Assalamualaikum

Apabila malam menjelma, tanduk aku mula tumbuh. Jangan fikir yang aneh-aneh ya. Aku cuma suka skype dengan kawan aku sampailah pagi buta. Hal ini menyebabkan data broadband aku semakin berkurangan dan lembab. Bila malam juga, aku akan on call dengan seseorang. Dengan siapa ? Itu adalah rahsia. Hehe

Thursday, June 23, 2011

Cikgu Hensem buat malu dalam kuliah

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku ada bercerita mengenai pensyarah fizik aku yang aku gelarkan sebagai Cikgu Hensem. Haritu dia tegur aku di depan kelas dan aku berasa sangat malu. Kali nie, Cikgu Hensem pula buat malu di depan satu kuliah. Hahahaha


Dah sedia untuk dengar cerita ? Okay mari kita sambung.

Saturday, June 18, 2011

Dilayan seperti seorang bayi

Assalamualaikum

Kehidupan aku di matrikulasi semakin membaik, atau aku boleh kaa aku cuba untuk mengadaptasi. Tapi apa yang aku perasan, aku kerap dilayan seperti budak kecil yang memerlukan bantuan dan panduan sepanjang masa. Bukan tak suka tapi aku rasa comel betul orang sekeliling aku memperlakukan aku sebegitu.


Tuesday, June 14, 2011

Fake

Assalamualaikum

Aku dalam dunia yang nyata memang agak berbeza dengan aku dalam dunia maya. Dalam dunia maya, mungkin korang nampak macam aku nie sangat kecoh, banyak cakap, assertif dan extrovert. Tapi hakikatnya, aku sebaliknya di dunia realiti. Faktor ini juga menyebabkan aku susah untuk berkenalan dan bergaul dengan orang baru.

A comment from my English teacher

Sunday, June 12, 2011

Awak sangat baik

Assalamualaikum

Manusia baik dekat dunia nie dah hampir pupus. Tinggal berapa ketul je lagi. Kali nie aku nak ceritakan betapa baiknya kawan aku yang sama-sama kerja dekat Pakli Kopitiam Banting dulu. 

Friday, June 10, 2011

Ambek kau

Assalamualaikum

Seperti yang aku pernah bagi tahu, aku nie agak sedikit lembab bab-bab assignment, penggunaan portal dan segala yang melibatkan komputer /laptop. Jadinya, baru-baru ini aku ditegur oleh pensyarah Fizik aku. Beliau juga merangkap kepada pensyarah fizik untuk kuliah dan juga mentro kelas aku. Kiranya dalam satu minggu memang banyak kali hadap muka dia.

Tuesday, June 7, 2011

Nak kawan dengan saya ?

Assalamualaikum

Dah masuk minggu ketiga dekat KMPP ni, tapi aku masih lagi tak ada kawan. Selalu pergi mana-mana sorang je. Pergi outing sorang, pergi perpustakaan sorang, pergi kantin pon sorang. Kadang jelah pergi dengan roommates. Aku kalau boleh nak cari kawan yang aku boleh jadikan kawan baik. Seriously, aku rasa sunyi gila dekat sini. Nak kawan-kawan aku balik . Tapi dorang semua dah tercampak entah ke mana. Budak sekolah aku ada 3 orang dekat KMPP nie. 2 perempuan dan 1 laki. Tapi yang lelaki tu aku tak berapa rapat sangat. Tak sama kelas pon. Even dekat sekolah tak pernah bertegur. Padahal waktu PJK, main bola sepak sama-sama. Lol

Post edited : July 2021

Sunday, June 5, 2011

Balik rumah

Assalamualaikum

Baru 2 minggu dekat Pulau Pinang, Zharif Azis dah menggedik nak balik Selangor. Tiket bas dahlah mahal. Pergi dan balik boleh habis RM75 . Membazir kot berbelanja banyak macam nie untuk cuti 2 hari 1 malam. Rasa penat tak hilang lagi dah kene balik semula ke kolej. Sebenarnya balik kali nie bersebab. Banyak benda nak kena beli. Siap senaraikan apa benda yang nak dibeli.


Sunday, May 29, 2011

Kehidupan baru bermula di KMPP

Assalamualaikum

Kehidupa baru aku bermula. Aku kini merupakan seorang pelajar Kolej Matrikulasi Pulau Pinang batch 2011/2012. 


Thursday, May 19, 2011

Terima kasih pencuri

Assalamualaikum
                                                     
Kalau korang tak tahu,handphone Nokia C3 aku kena curi di tempat kerja. Tak tahu siapa yang curi, aku syak customer yang datang dekat Pakli Kopitiam Banting tu. Disebabkan itu,aku beli phone baru.


Wednesday, May 18, 2011

Mendaki Bukit Broga pakai selipar

Assalamualaikum

Sempena Hari Wesak haritu, kawan-kawan aku ajak pergi mendaki Bukit Broga. Serius tak pernah dengar nama Bukit Broga sebelum nie jadi aku tak tahu bukit nie berada dekat mana. Katanya nak buat sesuatu yang mencabar, aku ikut je sebab free je masa tu.


Sunday, May 15, 2011

Selamat hari jadi Izu

Assalamualaikum

12 Mei 2011, kami sambut hari jadi kawan kami di Pizza Hut Banting. Memang meriah betul, riuh rendah Pizza Hut tu dibuatnya. Selamat hari jadi Izu, semoga terus dimurahkan rezeki !

Tuesday, May 10, 2011

Selamat hari ibu

Assalamualaikum

8 Mei setiap tahun merupakan sambutan hari ibu. Maka aku pon nak buat kejutan untuk ibu aku dengan membeli kek di Secret Recipe. Gigih ya beli whole cake besar-besar bawa naik motor.Belum sempat kita nak buat kejutan dekat ibu, ayah aku boleh dengan sedap hatinya potong kek tu. Sabar jelah.


Saturday, May 7, 2011

UPU

Assalamualaikum

Perasaan aku sekarang agak sedikit sedih sebab keputusan UPU dah pon keluar. Amat menghampakan sekali, aku tidak dapat sambung kemana-mana universiti yang aku pohon. Jadi nak tak nak, aku kena sambung matrikulasi yang jauh nun di Pulau Pinang. 


Post edited : July 2021

Thursday, May 5, 2011

Jalan-jalan lagi

Assalamualaikum

3 Mei 2011, aku keluar berjalan lagi dengan kawan-kawan. Kali nie pergi berlima. Aku, Ady, Hareez, Rashid dan juga Izu. Berkumpul dekat McD Banting sementara nak tunggu Rashid dan Izu balik sekolah. 2 jam menunggu dorang weyhh.


Thursday, April 28, 2011

Selamat hari jadi budak Facebook

Assalamualaikum


Aku x pernah pos-pos barang sebelum nie. Baru pertama kali, agak susah sedikit. Saja nak hadiahkan kawan Facebook aku kad hari jadi bersempena ulangtahun dia yang ke-17. Kad hari jadi nie aku tempah dekat kawan aku. Dia nie memang kreatif dan pandai lukis. Aku bagi tahu macam mana kad yang aku nak, dia pon buatlah. Cantik !

Monday, April 25, 2011

Pesta Buku sangat bosan

Assalamualaikum

Kali nie nak cerita aku dan kawan-kawan pergi ke pesta buku di PWTC Kuala Lumpur. Pergi bertiga je, sebab yang lain sibuk sedang bekerja. Jam 6.30 pagi kitorang bertolak dari rumah Syazwan untuk ke stesen keretapi. Mak Syazwan yang hantar kitorang ke stesen pagi tu. Boleh pulak nak pergi nie aku tertinggal handphone. Terus rasa tak semangat nak pergi.

Friday, April 22, 2011

What's next ?

Assalamualaikum

Aku sangat buntu berkenaan soal sambung belajar. Banyak sudah surat-surat aku terima dari kolej dan universiti swasta menawarkan program diploma pada aku. Dan ada satu surat tawaran nie menawarkan program Diploma Kejururawatan.

Wednesday, April 20, 2011

Merayap lagi

Assalamualaikum

Kali nie merayap dengan rakan sekelas aku sewaktu SPM. Gigih tau outing naik bas ke Jusco Bukit Tinggi.