Tuesday, May 1, 2018

Fine-Dining Vegetarian Food at Berjaya Times Square Hotel

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Food review kali ini agak berbeza sedikit daripada food-food review sebelum ini kerana food review kali ini aku akan review makanan vegetarian. Jadi, untuk peminat vegetarian food di luar sana, jom aku perkenalkan korang satu restoran yang aku nak sarankan untuk dicuba.


Restoran yang aku maksudkan adalah di Sampling On the Fourteenth yang terletak di tingkat 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur (BTHKL). Aku baru tahu, sebenarnya ada pelbagai jenis tempat makan di tingkat 14 nie.


Untuk mereka yang tak berapa familiar dengan konsep fine-dining nie, meyh aku bagi tahu. Fine-dining nie bukan macam hidangan buffet. Fine-dining lebih formal sedikit. Dimulakan dengan hidangan pembuka selera, selepas itu diikuti dengan hidangan utama dan penutupnya ialah hidangan pencuci mulut. Setiap hidangan mempunyai time frame yang mana ada waktu tertentu untuk hidangan dihidang atau diambil keluar.


Tak dapat dinafikan, makanan vegetarian adalah sangat menyihatkan dan penuh dengan vitamin-vitamin keperluan badan kita. Permintaan terhadap vegetarian food juga kian meningkat tinggi dengan adanya kesedaran pada masyarakat yang kini ramai sudah mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mementingkan diet tubuhnya.

Mari aku perkenalkan korang dengan hidangan-hidangan yang disajikan pada aku malam itu. Kita mulakan terlebih dahulu dengan hidangan pembuka selera atau Appetizer.

1. Terrine of Roasted Pepper with Beans and Peas Jelly

2. Seared-Haloumi and Breaded Camembert with Pickles and Sesame Dressing

3. Wild Forest Mushroom with Truffle Froth

4. Mango Sorbet

Untuk hidangan pembuka selera, yang paling win adalah Wild Forest Mushroom Soup tu. Serious sedap sangat, penuh bercendawan rasa dia. Selain itu, Mango Sorbet juga menjadi pilihan aku. Aku ingat itu dessert. Rupanya itu juga adalah sebahagian hidangan pembuka selera. Yang penting, plating dia sangat cantik. Dihias di atas ais berbentuk daun dan siap ada lampu LED lagi kat bawah tu. Hebat !

Seterusnya, kita ke hidangan Entrée pula. Cara sebutan entree nie ialah ON TRAY. Begitulah sebutannya yang betul. Wahhhh ! Sampai ke dalam blog jadi cikgu english yer. Hahaha

5. Chilled Soft Tofu with Shavel Fennel and Yellow Pepper Coulis

6. Maple Glaze Pumpkin with King Mushroom and Spinach

7. Steamed Dumpling Stuffed with Sweet Turnip and Beans

Untuk hidangan Entree, hidangan paling win ialah Maple Glaze Pumpkin tu. Sampai licin pinggan dibuatnya. Mungkin sebab semua element dekat pinggan tu kena dengan tekak aku, jadinya aku boleh habiskan.

Okay seterusnya, kita ke Main Course.

8. Yam Rice with Soy Sauce and Lotus Root

Ini merupakan pengalaman pertama aku mencuba lotus root. Ramai yang kata lotus root nie sedap. Rasa dia crunchy and tawar. Tiada rasa. Kepada mereka yang meminati keladi, nasi keladi ini mungkin akan menjadi makanan kegemaran anda.

Dan seterusnya, hidangan penutup iaitu hidangan Pencuci Mulut.

9. Chocolate Mud Cake with Butterscotch and Raspberry

Sangat terbaik hidangan pencuci mulut yang disajikan ini. Serious sedap ! Rasa nak tapau bawak balik je. Rasa manis dari kek tu diimbangkan dengan rasa masam dari tangerin dan raspberry tu. Memang satu kombinasi yang harmoni.

Butiran harga per set :

5 course meals : RM 118 nett.
7 course meals : RM 148 nett.
9 courses meals : RM 168 nett.

Manakala untuk harga ala carte bagi satu hidangan ialah RM 18 nett. 


Sampling On The Fourteenth Restaurant

Masa operasi : 6.30 PM - 10.30 PM ( Isnin hingga Sabtu )
Alamat : Tingkat 14 Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.

Mampu memuatkan 60 orang dalam satu masa. Terdapat juga 2 ruang khas yang boleh memuatkan seramai 8 hingga 12 orang. Sebarang tempahan, boleh hubungi nombor yang tertera di bawah atau emailkan kepada :

Tel : 03-2117 8000 (ext. 8131)
Email : bth.diningreservations@berjayahotel.com

Agak susah untuk jumpa restoran yang menyajikan vegetarian food di Malaysia nie. Diharapnya, dengan informasi ini, dapat membantu mereka yang vegan di luar sana untuk menikmati hidangan vegetarian yang sedap.

19 comments:

  1. wahhhhh view paun cantik kat tempat tinggi mcm tu mesti best tgk view cantik2 tu sambil makan2,.

    ReplyDelete
  2. First-first baca header vegetarian mcm kureng je, sebab tak berapa suka sayur sangat pun. Tapi bila tengok gambar makanan, menarik jugak ye! Boleh consider makan sini satu ari nanti! 5 course meal dia pun harga berpatutan jugak.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya tempat makan ni. Dating best ni. Kena plan nak gi. Nak juga merasa makan makanan sesedap dengan tersayang. Gitu.

    ReplyDelete
  4. fine table ni lebih kurang protokol dalam penghidangan. saya suka sebab saya belajar bab ni. dan saya juga mengajar. tengok pelajar kulinari menghias meja sama lebih kurang hiasan dalam gambar di atas. automatik akan berselera. harga boleh tahan. tapi berbaloi kalau nak merasai sekali dalam seumur hidup. nampak kecil kuantiti makanan, tapi sebenarnya mengenyangkan

    ReplyDelete
  5. Menarik presentation nya. Setuju, tak banyak restaurant vegetarian kat Malayaia ni. Nina punya kengkawan yang vege, leh laaa suggest kat depa makan sini. Thanks info

    ReplyDelete
  6. Sedapnya desert dia! Kalau tengok menu confirm tengok desert dia dulu kalau best baru la seronok hahaha

    ReplyDelete
  7. It is good to have vegetarian food occasionally. I like the decoration and the way they present the food here.

    ReplyDelete
  8. Tak pernah makan vegetarian tapi bila tengok presentation dekat sini rasa macam nak try je. Platting dia awesome sangat. Tertarik dengan bercendawan tu. Harga pun ok je bagi kak ana. Sesuai dengan apa yg dihidang tu kan.

    ReplyDelete
  9. Wah! Menarik la semua hidangan yang disajikan. Kecur airliur saya tengok. Rasa nak cuba juga la lepas ni.

    Harga yang ditawarkan pun not bad. Memang sesiapa yang pun patut cuba kalau nak kelainan dalam santapan kan.

    ReplyDelete
  10. Suka fine dining :-)
    Ekslusif. Presentation makanan nyer wow! Cantik.
    Dumpling tu yummy.
    Vegetarian food ni actually nice. Aida pernah makan skali di seremban.
    bos bwk. Menu nyer unik. Sedap fresh. Kekadang makan meat pun naik jemu.

    ReplyDelete
  11. Thanks sharing info pasal fine dining ni. Baru tahu, protokol kena ikut makan kat sini. Tak pernah try vegeterian food. Plating semua kat sini macam masterchef jer semua. Menarik sangat. Teringin nak try nanti

    ReplyDelete
  12. pernah juga fine dining dkt sini. hahah sebenarnya prefer buffetr. tapi sekali sekala apa slaahnya kan

    ReplyDelete
  13. Wahh Fine Dinning bestnya untung lah orang tu hehehehe makan sedap-sedap lak tu dan dapat layanan VVIP lagi hehehe jelous kita wak..

    ReplyDelete
  14. Wah fine dining. Teringat masa zaman u dulu kena pergi kursus protokol. Makanan dia semuanya unik dan deco dia pun nice sangat. Tak pernah lagi cuba vegetarian food. Nak cuba la nanti. Antara banyak-banyak tu kan kite tertarik dengan mango sorbet la. Nampak sedap

    ReplyDelete
  15. cantik sgt presentation foods dia..event vege tapi mmg buat org berselera sgt nak makan. even klau org yg tak makan sayur mesti meronta-ronta nak cuba.

    ReplyDelete
  16. Nampak sedap je makanan dia semua. Kalau dah di hidangkan depan mata makanan cantik cam gini..ngap je le..tak kiralah dia vege ke..orang kata dari mata turun ke hati..nampak cantik terus ngappp..hahaha.

    ReplyDelete
  17. Wah menarik presentation smeua dish yang ada. Tengok portion macam sikit dan cukup saja kan tapi bila dah makan kenyang.nampak sedap semuanya.beh try dining dekat sini nanti

    ReplyDelete
  18. Vege? Tak sangka vegetarian food pun nampak cantik dan sedap ya. Selalu tengok kat tempat lain, dull je. Thanks sharing - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    ReplyDelete
  19. fuh merecik makanan vegan dia, tempat pula ada view yang menarik. Plating dia memang dah macam tahap international dan yang penting harga nya berpatutan dengan kualiti makanan.

    ReplyDelete