Assalamualaikum dan salam sejahtera
Kali nie, aku nak berkongsi dengan korang semua satu tempat yang cukup istimewa dan aku pasti, tak ramai yang mengetahui akan kewujudan tempat istimewa ini. Alhamdulillah, semasa mengikuti trip Travelogue Kedah yang dikelolai oleh Borakkita.com, aku telah dipertemukan dengan tempat ini. Jom ikuti kisahnya !
Tempat yang aku nak kenalkan pada korang semua ialah Batas Ubi Deer Farm yang terletak di Yan Kedah. Apa yang menariknya di sini ialah terdapatnya sebuah tempat ternakan rusa yang sangat luas. Memang banyak sangat rusa di tempat penternakan nie. Malah, pengunjung dapat berinteraksi sendiri dengan rusa-rusa tu. Boleh bagi makan, boleh sentuh dan bergambar sama. Berani tak berani jelah. Huhu
Memberi makan rusa-rusa yang sungguh jinak
Memang jinak rusa di sini. Tapi risau jugaklah sebab tanduk tu tajam oi. Kena sekali mahu hospital jawabnya. Tapi serious, rusa-rusa nie sangat jinak. Cuma bab makan je agak rakus sikit.
Disebalik tabir
Lebih daripada 50 ekor rusa diternak di sini. Selain daripada aktiviti pembiakan, rusa-rusa di sini juga dijual untuk orang ramai menikmati dagingnya. Memang susah sikit nak dapat daging rusa di pasaran. Kalau susah sangat nak dapatkan di pasaran, boleh beli daging rusa tu di sini. Ataupun, korang cuba je grill daging rusa yang terdapat di sini.
Jadi, sesiapa yang mengidam sangat nak makan daging rusa grill tu, boleh singgah sini. Untuk hidangan grill di sini, ia datang dalam set. Set untuk 4 orang adalah berharga RM 140 sahaja. Antara menu yang terdapat dalam set ini ialah :
SET FOR 4 : RM 140
Appetizer & welcoming drinks : Kerepek dan Teh Pudina
Soup : Mushroom Soup & Garlic Bread
Main course : Nasi, Mixed Vege, Mixed Grill (Chicken, Ribeye Beef & Lamb @ Chicken, Ribeye Beef & Venison)
- Pilihan daging mengikut citarasa pelanggan
Drinks : Soda Drink
Mixed Grill
Mushroom Soup with Garlic Bread. This one was so tasty !!
Ice cream for everyone !
Apa yang aku boleh cakap, memang sedap sungguh daging rusa grill di sini. Daging tu telah diperap dengan bahan istimewa terlebih dahulu. Dan rasanya tiada tandingan. Sangat sedap ! Dihidangkan pula bersama dengan sos black pepper, bertambah-tambah sedapnya. By the way, Soda Herbs yang dihidangkan untuk pengunjung, sangat sedap dan menyegarkan. Aku sangat sarankan korang singgah makan hidangan grill di Batas Ubi Farm nie.
BATAS UBI DEER FARM
Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah.
Waktu operasi :
Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Sesi 1 : 5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 2 : 8.00 malam - 10.00 malam
Tempahan selewatnya sebelum hari RABU setiap minggu
Minimum 4 orang setiap tempahan
Tempahan berkumpulan : Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Sekurang-kurangnya tempahan dibuat 2 hari sebelum hari kejadian.
TEL : 012-431 3635
Ingat yer, nak makan sini kena tempah terlebih dahulu sebabnya tempat adalah terhad. Jadinya, pengunjung WAJIB tempah. Takut nanti kalau walk-in, menangis tak berlagu bila stok habis, ataupun tempah penuh. Pastikan tempah sebelum hari Rabu setiap minggu. Sebab restoran hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.
Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.
Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam
yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.
Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.
kemainn haa dapat bergambar dengan rusa comel tue ,hehhe
ReplyDeleteCCL pernah sekali makan daging rusa , rasanya manis2 sikit
Akak jarang dapat makan daging rusa, tapi akak tau daging rusa memang sedap..di NS ada ladang rusa jugak..kadagkala diorang jual jugak daging rusa tu pada orang ramai..cuma harga agak mahal sedikit dari harga daging lembu
ReplyDeletewah bestnyaa teringin nak pergi tapi tu lah jauh. insyallah kalau ada rezeki dapat pergi. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi
ReplyDeleteelok-elok sentuh & main dgn rusa, tetiba makan daging diorg lak..hehehe..tak pernah lagi cuba daging rusa ni. harga tu pun boleh tahan. Tapi sekali dlm hidup nak kena try gak kan
ReplyDeleteMenarik la tmot ni..siap blh feeding lagi hahahhaa...budak2 mesti suka..to Yan Kedah tu x penah smpi lagi..slalu gi kedah sg petani alor star hu je la hshaha..mayb lps ade tmpt mearik mcm ni blh la pegi sana
ReplyDeleteThe deer looks too cute to eat it. Ha ha ha... But the food here indeed looks delicious. The set is affordable too for family to dine-in together.
ReplyDeleteTak baik tau, bergurau dengan rusa then makan daging dia. Hahaha. Tapi best la kan dapat lepak2 macam tu. Next time bawa Rawlins please
ReplyDeleteamboi jauhnya makan rusa sampai kat kedah. tapi khai x makan rusa sebab comel sangat nak makan hahaha kesian dia. anyway sedap tak rasa
ReplyDeleteAla comeinya rusa tu. Alahai masa kat Kedah dulu kenapa la tak pergi tempat ni dulu kalau tak mesti dah makan daging rusa ni. Tak pernah lagi rasa daging rusa ni.
ReplyDeleteZharif sedapnya.. lama tak makan daging rusa susah nak dapat daging rusa fresh lepas tu harganya agak mahalkan! Kalau kesana nnt bolehlah dipikirkan untuk cuba,,, terliur tau!
ReplyDeleteTak pernah makan daging rusa. Sedap macam daging kambing ke? One day nanti nak bawa family trip ke sini la, menarik sungguh. Harga berbaloi gak tu makan kat sini
ReplyDeletebestnya..akak suka bawa famili tempat macam ni..mendekatkan lagi diri dengan nature. penting sebenarnya ada hubungan baik ngan alam..terutama haiwan hehehe
ReplyDeleteSo long never try deer meat de. The texture is chewy and juicy. The food preparation look so attractive. Nice recommendation.
ReplyDeleteTeringin nk merasa daging rusa ni. Nampaknya kena pergi Yan kedah baru dapat merasa. Tengok gmbar pun dah terliur belum lagi Cuba kan .Anyway share kan tempat makan menarik ni
ReplyDeleteBestnya dapat makan daging rusa. Dulu pernah juga nak makan daging rusa masa preggy anak sulung. Sebab susah nak cari merasa makan satay rusa...bukan nak makan sangat pun sekadar nak rasa. Daging rusa sedap tapi macam liat sikit dagingnya.nih satay rusa yang saya makan lah.kalau makan macam ni tak tau still liat atau lembut
ReplyDeleteTeringat haritu merasa pengalaman bagi rusa makan. Letak makanan dia kat tapak tangan, dia makan punyalah rakus. Lepas tu hidung dia basah gila, geli tapi best haha.
ReplyDeleteOh the deers are so cute. Great to take pic so close with them. The food look delicious, really worth it.
ReplyDeleteKami setiap kali balik kampung di Indonesia, memang selalu dapat makan rusa ni. Tak sangka di Kedah (kampung husband) pun ada. Nak pergi sini la cuti raya nanti.
ReplyDeleteAlahai nampak sedap je daging rusa tu, tapi akak cam mana sedap pun akak tak leh makan, tak tahu kenapa..tak leh terima dek tekak ni..heehee. Kalau tgok rusa tu..lagilah akak tak leh tgok daging dia..huhuhu
ReplyDelete