Sunday, May 20, 2018

Daging Rusa Grill Terbaik Di Batas Ubi Deer Farm, Yan Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali nie, aku nak berkongsi dengan korang semua satu tempat yang cukup istimewa dan aku pasti, tak ramai yang mengetahui akan kewujudan tempat istimewa ini. Alhamdulillah, semasa mengikuti trip Travelogue Kedah yang dikelolai oleh Borakkita.com, aku telah dipertemukan dengan tempat ini. Jom ikuti kisahnya !


Tempat yang aku nak kenalkan pada korang semua ialah Batas Ubi Deer Farm yang terletak di Yan Kedah. Apa yang menariknya di sini ialah terdapatnya sebuah tempat ternakan rusa yang sangat luas. Memang banyak sangat rusa di tempat penternakan nie. Malah, pengunjung dapat berinteraksi sendiri dengan rusa-rusa tu. Boleh bagi makan, boleh sentuh dan bergambar sama. Berani tak berani jelah. Huhu

Memberi makan rusa-rusa yang sungguh jinak

Memang jinak rusa di sini. Tapi risau jugaklah sebab tanduk tu tajam oi. Kena sekali mahu hospital jawabnya. Tapi serious, rusa-rusa nie sangat jinak. Cuma bab makan je agak rakus sikit.

Disebalik tabir

Lebih daripada 50 ekor rusa diternak di sini. Selain daripada aktiviti pembiakan, rusa-rusa di sini juga dijual untuk orang ramai menikmati dagingnya. Memang susah sikit nak dapat daging rusa di pasaran. Kalau susah sangat nak dapatkan di pasaran, boleh beli daging rusa tu di sini. Ataupun, korang cuba je grill daging rusa yang terdapat di sini.


Jadi, sesiapa yang mengidam sangat nak makan daging rusa grill tu, boleh singgah sini. Untuk hidangan grill di sini, ia datang dalam set. Set untuk 4 orang adalah berharga RM 140 sahaja. Antara menu yang terdapat dalam set ini ialah :

SET FOR 4 : RM 140

Appetizer & welcoming drinks : Kerepek dan Teh Pudina
Soup : Mushroom Soup & Garlic Bread
Main course : Nasi, Mixed Vege, Mixed Grill (Chicken, Ribeye Beef & Lamb @ Chicken, Ribeye Beef & Venison)
- Pilihan daging mengikut citarasa pelanggan 
Drinks : Soda Drink

Mixed Grill 

Mushroom Soup with Garlic Bread. This one was so tasty !!


Ice cream for everyone !

Apa yang aku boleh cakap, memang sedap sungguh daging rusa grill di sini. Daging tu telah diperap dengan bahan istimewa terlebih dahulu. Dan rasanya tiada tandingan. Sangat sedap ! Dihidangkan pula bersama dengan sos black pepper, bertambah-tambah sedapnya. By the way, Soda Herbs yang dihidangkan untuk pengunjung, sangat sedap dan menyegarkan. Aku sangat sarankan korang singgah makan hidangan grill di Batas Ubi Farm nie.


BATAS UBI DEER FARM

Lot 2679, Kg Batas Ubi, Teroi, 06900 Yan, Kedah.

Waktu operasi :
Setiap hari Jumaat dan Sabtu
Sesi 1 : 5.00 petang - 7.00 petang
Sesi 2 : 8.00 malam - 10.00 malam

Tempahan selewatnya sebelum hari RABU setiap minggu
Minimum 4 orang setiap tempahan

Tempahan berkumpulan : Dibuka setiap hari untuk 32 orang ke atas. Sekurang-kurangnya tempahan dibuat 2 hari sebelum hari kejadian.

TEL : 012-431 3635


Ingat yer, nak makan sini kena tempah terlebih dahulu sebabnya tempat adalah terhad. Jadinya, pengunjung WAJIB tempah. Takut nanti kalau walk-in, menangis tak berlagu bila stok habis, ataupun tempah penuh. Pastikan tempah sebelum hari Rabu setiap minggu. Sebab restoran hanya dibuka pada hari Jumaat dan Sabtu sahaja.

Entri ini bersempena familiarisation trip Travelogue Kedah selama 3H3M yang dikelolai oleh borakkita.com
dengan kerjasama Tourism Kedah dan Jerai Geo Park.

Ucapan terima kasih tak terhingga buat En. Zam 
 yang menemani kami dari hari pertama sehingga hari ketiga kami berada di sana.

Terima kasih buat para penaja trip kali ini, Canon Malaysia dan 888TeaCoffee.

19 comments:

  1. kemainn haa dapat bergambar dengan rusa comel tue ,hehhe
    CCL pernah sekali makan daging rusa , rasanya manis2 sikit

    ReplyDelete
  2. Akak jarang dapat makan daging rusa, tapi akak tau daging rusa memang sedap..di NS ada ladang rusa jugak..kadagkala diorang jual jugak daging rusa tu pada orang ramai..cuma harga agak mahal sedikit dari harga daging lembu

    ReplyDelete
  3. wah bestnyaa teringin nak pergi tapi tu lah jauh. insyallah kalau ada rezeki dapat pergi. saya first time datang sini dan terus follow sini sebab suka dengan blog awak. kalau sudi meh lah singgah blog baru saya hihi

    ReplyDelete
  4. elok-elok sentuh & main dgn rusa, tetiba makan daging diorg lak..hehehe..tak pernah lagi cuba daging rusa ni. harga tu pun boleh tahan. Tapi sekali dlm hidup nak kena try gak kan

    ReplyDelete
  5. Menarik la tmot ni..siap blh feeding lagi hahahhaa...budak2 mesti suka..to Yan Kedah tu x penah smpi lagi..slalu gi kedah sg petani alor star hu je la hshaha..mayb lps ade tmpt mearik mcm ni blh la pegi sana

    ReplyDelete
  6. The deer looks too cute to eat it. Ha ha ha... But the food here indeed looks delicious. The set is affordable too for family to dine-in together.

    ReplyDelete
  7. Tak baik tau, bergurau dengan rusa then makan daging dia. Hahaha. Tapi best la kan dapat lepak2 macam tu. Next time bawa Rawlins please

    ReplyDelete
  8. amboi jauhnya makan rusa sampai kat kedah. tapi khai x makan rusa sebab comel sangat nak makan hahaha kesian dia. anyway sedap tak rasa

    ReplyDelete
  9. Ala comeinya rusa tu. Alahai masa kat Kedah dulu kenapa la tak pergi tempat ni dulu kalau tak mesti dah makan daging rusa ni. Tak pernah lagi rasa daging rusa ni.

    ReplyDelete
  10. Zharif sedapnya.. lama tak makan daging rusa susah nak dapat daging rusa fresh lepas tu harganya agak mahalkan! Kalau kesana nnt bolehlah dipikirkan untuk cuba,,, terliur tau!

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan daging rusa. Sedap macam daging kambing ke? One day nanti nak bawa family trip ke sini la, menarik sungguh. Harga berbaloi gak tu makan kat sini

    ReplyDelete
  12. bestnya..akak suka bawa famili tempat macam ni..mendekatkan lagi diri dengan nature. penting sebenarnya ada hubungan baik ngan alam..terutama haiwan hehehe

    ReplyDelete
  13. So long never try deer meat de. The texture is chewy and juicy. The food preparation look so attractive. Nice recommendation.

    ReplyDelete
  14. Teringin nk merasa daging rusa ni. Nampaknya kena pergi Yan kedah baru dapat merasa. Tengok gmbar pun dah terliur belum lagi Cuba kan .Anyway share kan tempat makan menarik ni

    ReplyDelete
  15. Bestnya dapat makan daging rusa. Dulu pernah juga nak makan daging rusa masa preggy anak sulung. Sebab susah nak cari merasa makan satay rusa...bukan nak makan sangat pun sekadar nak rasa. Daging rusa sedap tapi macam liat sikit dagingnya.nih satay rusa yang saya makan lah.kalau makan macam ni tak tau still liat atau lembut

    ReplyDelete
  16. Teringat haritu merasa pengalaman bagi rusa makan. Letak makanan dia kat tapak tangan, dia makan punyalah rakus. Lepas tu hidung dia basah gila, geli tapi best haha.

    ReplyDelete
  17. Oh the deers are so cute. Great to take pic so close with them. The food look delicious, really worth it.

    ReplyDelete
  18. Kami setiap kali balik kampung di Indonesia, memang selalu dapat makan rusa ni. Tak sangka di Kedah (kampung husband) pun ada. Nak pergi sini la cuti raya nanti.

    ReplyDelete
  19. Alahai nampak sedap je daging rusa tu, tapi akak cam mana sedap pun akak tak leh makan, tak tahu kenapa..tak leh terima dek tekak ni..heehee. Kalau tgok rusa tu..lagilah akak tak leh tgok daging dia..huhuhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...