Sunday, April 28, 2019

Promosi Ramadhan di LULU HYPERMARKET

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Wahh wahh wahhh ! Semakin dekat nak puasa nie, macam-macam promosi ada tau. Sana-sini ada je promosi. Hari tu sajalah singgah Lulu Hypermarket nak cari beras dengan barang dapur sikit. Tup-tup sampai satu mall aku terjah. Banyak promosi yang sedang berlaku di Lulu Hypermarket. Ikuti butirannya !


Yer weyhh, mula-mula masuk je dah nampak poster Ramadhan. Aku syak mesti tengah ada sales. Tup tup betul weyh ! Banyak betul promosi. Ada promosi yang hanya untuk 3 hari sahaja, ada promosi untuk sepanjang bulan Ramadhan, dan banyak lagi. Apa yang menarik perhatian aku ketika itu ialah promosi diskaun potongan sebanyak 40% untuk setiap barangan fesyen seperti pakaian, kasut, beg dan macam-macam lagi.






Kalau diskaun 40% tu sekejap sangat jangka hayatnya, korang jangan risau. Ada promosi Bazar Raya untuk korang. Promosi ini berada di tingkat 2 yang mana ia tertumpu pada pelbagai peralatan elektrik, elektronik, kelengkapan rumah dan bagasi nak balik kampung.



Pelbagai jenama elektrik dijual pada harga promosi. Hampir kesemuanya terdapat diskaun dan sangat menjimatkan sekiranya korang beli waktu promosi nie. Terutama sekalai alat elektrik barang kelengkapan nak buat kuih seperti oven, mixer dan sebagainya. Serious tengah murah dan ada promosi. Kalau rasa-rasa nak buat kuih masa bulan puasa nanti, lebih baik beli sekarang.



Dah royan ke belum nie ? Kalau belum, meyhh nak tamnbah lagi. Promosi Ramadhan ini juga, terdapatnya potongan sehingga 70% tau. Untuk promosi ini, ia akan berlangsung dari 1 Mei sehingga 10 Jun 2019. Jadi, rancanglah perjalanan korang untuk membeli-belah di Lulu Hypermarket nanti. Sebulan promosi ini akan berlangsung.





Perkara pertama yang aku terjah ialah bahan-bahan nak buat kuih raya. Aku terjah tepung, gula, kacang almond, inti jem, serbuk koko, pewarna dan macam-macam lagi. Maklumlah, baru beli oven beberapa bulan yang lalu, jadi semangat nak buat kuih raya tahun nie sangatlah tinggi. Semoga istiqamah lah. Aku risau je buat kuih raya, tapi kuih tu habis tak sempat nak hidang masa raya nanti. Hahahaha



Barang mentah harian juga dijual pada harga promosi. Jadinya, jangan segan silu nak datang untuk beli-belah barang basah untuk menu sahur dan buka puasa nanti. Aku dah beli sikit-sikit untuk penuhkan peti ais dekat kolej tu. Walaupun besar kemungkinan aku mungkin tak bangun sahur tapi tetap gigih ya beli barang dapur. Hahahaha



Apa yang best membeli-belah dekat Lulu Hypermarket nie ialah, pengunjung automatik layak untuk masuk pertandingan "Shop & Win" anjuran Lulu Hypermarket. Tahun ini, Lulu Hypermarket menawarkan dua buah kereta Proton X70 kepada pembeli bertuah. Memang masyukkk lah kalau dapat kereta nie. Dah lah kereta impian aku nie.


Selain kereta Proton X70, Iphone 7+, UHD LED Tv dan vocuher membeli-belah di Lulu Hypermarket juga merupakan antara hadiah yang ditawarkan buat pembeli bertuah. Apa yang korang perlu buat hanyalah berbelanja RM75 dan ke atas dalam satu resit sepanjang promosi berlangsung. Dapatkan kupon Lucky Draw di kaunter Customer Service, isikan butiran dan masukkan ke dalam kotak yang telah disediakan. Mudah kan ?

1) Berbelanja RM75 dan ke atas dalam satu resit
2) Dapatkan borang cabutan bertuah di kaunter 
3) Isikan butiran diri
4) Masukkan ke dalam kotak cabutran bertuah yang telah disediakan
5) Mohon cakna akan tarikh cabutan bertuah (5 July dan 6 September 2019)
.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini, boleh pergi ke laman sesawang di bawah,


25 comments:

  1. Tak pernah masuk lagi lulu market ni , boleh cari kelengkapan raya awal2 sempena sale ni

    ReplyDelete
  2. x pernah smpai lg lulu market ni! promosi dia kemain kaw kaw harus pergi ni tp err kat mana ek?? mmg dia ada byk franchise ke cmne??

    ReplyDelete
  3. HAHAHHAHA follow me back pls! HAHHAHA

    ReplyDelete
  4. bestlah kalau dapat shopping kat lulu hypermarket ni sambil bershopping boleh join contest..wahh proton X70 tu..best lah raya nanti..byk juga pilihan barang kat lulu hypermarket ni..berbaloi

    ReplyDelete
  5. Wallah! Lulu hypermarket ni mmg suka buat offer kan? Dahlah baju² dia semua lawa² dan not bad juga design dia. Halaahai ruginya jauh. Kalau dekat, memang cx dah pergi hehehe seronok membeli belah dekat lulu hypermarket ni. Memang berbaloi². Tak perasan je kang bakul penuh ahgagag

    ReplyDelete
  6. wah awalnya dia shopping bagai. untuk puasa dan raya bagai ni confirm la serbu lulu sebab murah gila dan berbaloi. tu siap dapat kereta lagi weh mana tau rezeki

    ReplyDelete
  7. wah.. banyaknya promosi raya sana sini.. rugi la tak grab time tengah murah ni kan.. kalau dah nak dekat raya harga jadi mahal.. terbekenan pulak kasut yang zharif pegang kaler kelabu tu.. walaupun tahu tu kasut lelaki.. haha

    ReplyDelete
  8. Pasar Lulu ni best nye banyak pilihan. Nak la singgah gi shopping puasa. Kalau la menag kereta raya ni, memang best kan?

    ReplyDelete
  9. Memang suka pergi lulu sebab murah & berbaloi. Tak sabar tgg luku setia alam buka hahah dekat sikit nak soping

    ReplyDelete
  10. wah! banyaknya potongan! rambang mata tengok potongan dia. dah boleh buat persiapan raya dah ni. siap ada cabutan bertuah pula tu! memang kena ajak satu keluarga membeli-belah kat lulu hypermarket ni. jom jom!

    ReplyDelete
  11. Dulu ingatkan Lulu ni jual barang dapur & makanan jer, rupanya kain baju pun ada

    ReplyDelete
  12. Meriahnya promosi kat sana.
    Kalau dekat akk dh terjah dah tau.
    Cuci cuci mata sambil ambik feel gitu.
    Hehe
    Suka tengok jualan yang meriah macam ni.
    Sebab pelbagai pilihan kan..

    ReplyDelete
  13. ala..kenapa mesti banyak offer menjelang ramadan dan raya ni.. puasa nanti tak larat nak jalan shopping dik. hahaha. .

    ReplyDelete
  14. Wuuu bila dieorang nak bukak dekat setia alam ni. hari tu nampak ade kawan up dekat facebook dieorang nak bukak dekat setia alam. dekat sinit dengan rumah

    ReplyDelete
  15. Fuhhhh.... Murah murah gilos! Kak nija pernah shopping kat Lulu, suka barangan nya fresh dan harga memang berpatutan. Time macam ni memang kena grab peluang yang ada!

    ReplyDelete
  16. Memang best promosi kat Lulu terutama musim ramadhan ni kan. Lepas tu ada contest. Alang2 dan beli boleh join mana tahu menang kereta hehe

    ReplyDelete
  17. Yeay!! Saya suka musim raya sebab banyak promosi. Saya pun boleh tumpang shopping sekali..lol

    ReplyDelete
  18. Tak pernah pergi lulu supermarket ni. Tengok dia punya sale macam kaw-kaw offer. Dah pula ada shop and win. Kena singgah sekali untuk beli kelengkapan raya tahun ni.

    ReplyDelete
  19. Laaa sampai 28 jeeee. Dah lah dekat baru je pergi area ni semalammmm. Tak jejak kaki lagi ke Lulu sejak promo hari tu.

    ReplyDelete
  20. Memang syiok shopping kat lulu ni. Banyak promosi yang ditawarkan. Dahlah tu brg2 dapur dia fresh2 pulak tu, kalau dekat memang sis nak selalu pergi

    ReplyDelete
  21. Dulu dekat dengan opis, selalu juga pergi time waktu lunch. Sekarang opis dah pindah ke KL Sentral, dah lama tak pergi lulu. Seronok shopping sini sebab barang banyak plus harga pulak murah

    ReplyDelete
  22. best kan shopping dekat sini.. rasa nak rembat semua jer.. tambah susunan dia OCD gilerrr.. cepat la buka lulu dekat bangi.. hehehhe jom shoppig lagi dan masuk peraduan cabutan bertuah tu.. kot kot dapat proton x70 ganti kelisa awak yg tak boleh naik bukit tu..

    ReplyDelete
  23. kena cari jugak la lulu ni kat mana.. corn flakes tu menggoda betul harganya.. sangat murah tu dik.. ala baju tu dah abis la eh offernya.. nape kejap nau?

    ReplyDelete
  24. Thank you for this great post! I like your articles! mattress in a box

    ReplyDelete