Pak Li Kopitiam In Banting
11 Februari genap sebulan aku kerja di
Pak Li Kopitiam .
Sepanjang aku kerja di situ , banyak benda yang berlaku . Pahit manis semua ada .
Paling banyak mestilah yang manis . Apa yang membuatkan aku jatuh cinta kerja di situ ?
Mungkin pekerja2 di situ yang membuatkan aku gembira dan semangat untuk datang kerja .
First day kerja agak bingung sedikit . Banyak benda nak kena masuk otak .
Serve makanan dekat pelanggan , cara cuci tandas , hafal nombor meja , lap sudu garfu ,
cara penyediaan makanan , macam mana nak
buzzing , hafal nama menu dan banyak lagi .
Sampai terlupa benda paling penting yang mesti kena tahu , iaitu nama2
staff .
Lalu aku kena marah dengan
supervisor . Nama supervisor ? Ermmm biarlah rahsia .
Marah ?? "TEGUR" mungkin perkataan yang lebih sesuai . Marah macam kejam sangat je .
"___" : Engkau nak kerja lama kat sini ke or dua tiga hari kerja lepastu blah ?
Me : Nak kerja lama kat sini .
"___" : So kau kena tahu nama2 staff kat sini .
Sangat terkejut , menusuk dan sakit hati masa nie . Rasa macam nak berhenti je .
Kesalahan aku bukannya besar mana pon . Aku cuma tanya jadual aku je .
Tiba2 dia melenting . Tapi terima jelahh . Salah aku jugak KOT .
Dah 3 hari kerja tapi masih lagi x tahu nama2
staff .
Lepas je peristiwa tu , aku terus hafal nama semua
staff . Hebat ! ! !
Dan aku agak dingin dan takut dengan
supervisor nie .
Tapi lama-kelamaan , aku suka plak kat dia .
Sporting gila kot dia nie .
Bella sorang lah yang aku boleh borak masa hari pertama kerja .
Sebab dia kawan sekolah rendah aku . Jadi tak lah sunyi sangat .
Aku mula dapat lebih ramai kawan . Aku bergaul dengan budak2
kitchen dan
bar .
Kebanyakannya daripada seberang . Semua nya lucu2 , peramah dan baik2 .
Mereka menggunakan bahasa Jawa . Aku faham apa yang dorang cakap .
Sebab ibu aku Jawa Melayu . Huhu . Cuma aku tak lah pandai sangat nak cakap .
Sikit2 tu boleh lah . Sesekali ada jugak cuba
speaking Jawa dengan dorang .
Amnie menyertai
Pak Li Kopitiam masa hari kelima aku kerja . Sumpah best gila !
Dia nie dah lah sekepala dengan aku . Asyik ketawa je kalau borak dengan dia .
Mana tak nya , satu sekolah kot aku dengan dia . Memang lah gila2 sikit.
Amalyna join Pak Li Kopitiam baru2 nie . Tapi dia kerja untuk sebulan je .
Dia kawan sekolah aku semasa aku berada di SAMUS KD .
Ramai kot peminat dia kat situ . Hampir semua
staff nak ngurat dia .
Masa
closing sama2 dia , aku tumpang kan dia balik ke rumah . Satu kampung dengan dia .
Dia tak ada
transport . Tu pasal naik moto pagi2 buta berdua .
Staff lain panas je tengok aku bonceng dia balik rumah . Hahahaa
Baru2 nie ade PLU test . PLU merupakan kod2 makanan dekat situ .
Semua
service crew kena hafal . Aku bingung masa nak hafal .
Tapi bila dah lama ambil order , terhafal sendiri pulak . Hahha
Aku dapat markah 93 . Huhu . Berjaya mengalahkan orang yang lebih lama kerja kat situ .
Tapi
name tag aku masih lagi tulis "TRAINEE" . haihhh =_='
Name tag untuk
service crew dah habis . Tengah dalam proses pembuatan
(x pasti)
Gaji tetap masyuk bhai . Tapi kena tolak 200 lebih sebab aku lewat 10 hari masuk kerja .
Paling aku tak suka sepanjang kerja kat
Pak Li Kopitiam nie ialah nama panggilan aku .
"ARIFF" ?? Macam pelik je bunyi nya . Aku terpaksa biasa kan dengan panggilan nie .
Ada segelintir panggil aku dengan nama sebenar sebab aku lebih suka dipanggil ZHARIF
PLU kod , order paper and name tag
Sepanjang aku kerja kat sini , ramai betul yang meragui halal haram makanan kat sini .
Di sini saya ingin menegaskan bahawa makanan di sini
HALAL ! Ada sijil halal .
Kalau tak halal , tak ada nya aku nak jejak kaki kat sini .
Tapi nak buat macam mana kan , ada yang percaya dan ada yang tidak .
Jadi terpulanglah kepada individu masing2 . Penat aku nak layan soalan2 macam nie .
Yang pasti aku gembira kerja dekat sini dan aku bersyukur aku dah dapat kerja .
Penat cari kerja di Banting berulang2 kali , daftar nama berkali2 .
Tapi akhirnya , rezeki aku dekat
Pak Li Kopitiam rupanya .
Pak Li Kopitiam tak ada dalam senarai aku langsung .
Fikiran aku tertumpu pada PIZZA PIZZA PIZZA .
Kawan aku yang berjaya dapat kerja di PIZZA tidak segembira aku yang bekerja di sini .
Hahaha . Ketawa besar aku masa dapat tahu HAL kawan aku tu .
HAL apa ? Gaji dia lahh . hahahaha . Dia kerja dah lebih 30 hari dan aku kerja baru 20 hari .
Tapi gaji aku lagi banyak daripada dia . Huhu .
Dia kerja di PIZZA tak ada sapa2 yang bantah, itu yang
best tu .
Aku kerja dekat sini ramai kot yang bantah . Cuma itu lah yang buat aku rasa tak
happy .
Ibu aku dan keluarga aku percaya dengan sijil halal yang tertera di
Pak Li Kopitiam tu .
Dan di sebab kan kepercayaan inilah yang membuatkan aku masih lagi kerja di situ .
Sekian , terima kasih ~
Kepada sesiapa yang terasa , saya mohon maaf .
Saya memang memaksudkan diri anda sebenarnya . hahaha