Assalamualaikum dan salam sejahtera
Dalam kehidupan ini, peranan sebuah kediaman bukan hanya sekadar memberi perlindungan dari panas dan hujan. Kediaman juga turut memainkan sebuah peranan yang besar dalam institusi kekeluargaan, iaitu sebagai sebuah tali pengerat ikatan kekeluargaan: tempat di mana kebanyakan memori indah yang dialami di dalam hidup ini tercipta: dan semestinya, sebuah destinasi yang tidak sabar untuk kita tujui bagi melepaskan segala penat dan lelah serta untuk bermesra bersama seisi keluarga setelah seharian menggalas tanggungjawab dan beraktiviti. Maka, memang benarlah kata pepatah lama turun-temurun: “Rumahku Syurgaku”.