Friday, November 10, 2023

Bertemu Hrithik Roshan di Stars On Fire Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hrithik Roslan kembali ke Malaysia Pemenang enam kali Filmfare Awards, menjadi salah seorang aktor dengan bayaran termahal di belantika perfileman India dan sangat terkenal kerana skil tarian yang mengagumkan, berita kehadiran figura bernama Hrithik Roshan di Malaysia adalah sebuah khabar ‘emas’ buat para peminatnya.


Hadirnya Hrithik Roshan ke Malaysia selepas lapan tahun bukan sebuah bualan kosong sebaliknya penganjur, Yess Boss Groups merealisasikan impian tersebut apabila mengumumkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert pada 1 Disember 2023. Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sesuai dengan status ‘sosok mega’ bintang berusia 49 tahun tersebut.


Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert merupakan konsert terbesar buat tahun 2023 yang ditunjangi oleh Ikon Tarian Global Hrithik Roshan, bersama dengan Maestro Tarian legenda- Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora yang sensasi serta Sanya Malhotra yang berkarisma. The Singing Sensation Aastha Gill dan Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan membuatkan anda terhibur sepanjang malam yang ajaib. Bersedia Kuala Lumpur dan tempah tiket anda sekarang!


Bakal singgah di Malaysia menerusi siri Stars on Fire Tour lewat Yess Boss Groups, Hrithik buat kesekian kalinya tidak akan mengecewakan peminat. Konsert ini juga merupakan kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions.

Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu akan menampilkan konsert yang spektakular dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh kemeriahan.


“Menerusi Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert, peminat akan menyaksikan sebuah lagi persembahan mega, memukau dan penuh magis kerana Hrithik akan ditemani oleh Prahbu Deva sekaligus menjadikan konsert ini sebagai sejarah yang tidak akan dilupakan,” ujar Shahkeer Azzat Bin Dato Sri Zailan, Pengarah Urusan Yess Boss Groups.

Penganjur juga menyifatkan Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert akan menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah mati.


Seperti Hrithik tidak sabar bertemu peminatnya di Malaysia, diharap anda tidak akan melepaskan peluang emas ini dengan membeli tiket yang sudah mula dijual mulai 19 Oktober 2023, Khamis jam 11.59 pagi. Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...