Sunday, October 29, 2023

Know Know Arrived Korea - Day 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari sambung hari kedua percutian Know Know Arrived aku ke Korea bulan lalu. Untuk mereka yang belum baca lagi entri hari pertama, bolehlah klik di pautan yang berikut : DAY 1 .  Untuk hari kedua nie, kami pergi telah pergi menjelajah Nami Island. Orang kata kalau datang Korea tak singgah Nami Island, ibarat macam tak datang Korea. Betul ke guys ?


Seawal jam 6.30 pagi kami dah keluar dari tempat penginapan untuk ke train station. Tempat penginapan kami nak ke train station lebih kurang dalam 10 minit berjalan kaki. Jam 6.30 pagi dekat Seoul dah terang benderang ya, tidak seperti Malaysia. Suhu dekat Korea masa nie dah mula sejuk-sejuk tapi tak melampau. 


Nami Island

Nami Island nie agak jauh, perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam menaiki train. Sebabtu seawal jam 6.30 pagi kitorang dah gerak. Stesen terakhir yakni stesen yang korang kena turun untuk ke Nami Island nie ialah Gapyeong Station. Dari Gapyeong Station boleh naik bas ataupun ambil teksi. Aku nasihatkan korang ambil teksi untuk jimat masa sebab bas kalau korang terlepas kena tunggu another 30 minit. Better ambil teksi je, beza tambang pon dalam 1,500kw je. Kalau pergi bertiga, dah jimat dah kalau naik teksi sebab rate sama je kalau naik bas untuk satu kepala.


Dah sampai dekat jeti, ramai gila orang beratur nak beli tiket naik feri. Kitorang tak beli tiket lagi pon sebenarnya. On the spot buka aplikasi Klook beli tiket feri nak ke Nami Island. Selesai je, terus tunjuk dekat pintu masuk, scan dan voila ! Selesai. Tak perlu beratur bersama rakyat marhaen. Tibehhh.



Sekejap je naik feri nie, dalam 10-15 minit macam tu. Terpulanglah nak duduk dalam ataupun berdiri dekat luar. Sebagai seorang yang muda bergetah, haruslah aku berdiri dan menikmati pemandangan yang indah seindah diriku. Indah ke ? Tibehh. 



Sangat luas ya Nami Island nie, patutlah ramai kata kalau dah sampai sini mahu berjam-jam duduk dekat pulau nie. Macam-macam aktiviti boleh dilakukan bila dah sampai sini dan banyak gila spot-spot cantik untuk korang OOTD. Serius, hampir setiap sudut di Nami Island nie instagrammable. Mohon pakai cantik-cantik ya bila rancang nak ke sini. 



One of the activities yang kitorang buat masa dekat Nami Island ialah kitorang sewa basikal untuk 30 minit. 5,000kw je satu basikal untuk 30 minit. Tak nak sewa lama-lama sangat sebab banyak lagi tempat lain kitorang nak terjah. Buat ghaso-ghaso je kata orang. 


Apa yang best dekat Nami Island nie ialah terdapatnya satu restoran makanan Halal dan juga surau untuk menunaikan solat. Aku rasa, mungkin Nami Island nie ramai sangat pengunjung Muslim, to the point dorang nampak peluang untuk membuka satu restoran yang menyajikan makanan Halal untuk pengunjung-pengunjung Muslim. Dan makanan dorang pula sedap gila. Puas makan, tak macam restoran halal yang kami pergi semalam. Uhuks. Sila baca entri Day 1 untuk maklumat lanjut. Kbye. Hahahahaa



Korang tengok jelah portion makanan dekat Asian Family Restaurant nie, serius besar gila. Boleh makan 2-3 orang. Inipon kitorang tak habis sebab banyak gila. Puas dapat makan sesungut sotong kurita ttu. Macam-macam seafood ada dalam sup nie.Korang wajib beli okay ? Serius tak menyesal walaupun bila convert duit Malaysia tu rasa nak nangis tapi berbaloi.


Sebelum pulang dan naik semula feri, kitorang manfaatkan untuk ambil-ambil gambar dekat kawasan sekitar. Agak-agak rasa dah puas, kitorang terus ke jeti untuk naik feri semula. Feri setiap 30 minit rasanya. Kalau penuh feri tu makanya dia akan gerak. Mujur masa nie feri dekat-dekat nak penuh, kitorang naik je terus gerak. Tak adalah buang masa tunggu. 


Tempat seterusnya yang kami nak tuju, kena naik train. Selang beberapa station je dari stesen Nami Island nie. Lokasi seterusnya dalam itinerary kami ialah Rail Park. Sebaik tiba di lokasi kejadian, agak malang sekali slot hampir penuh. Tinggal slot terakhir pada hari tersebut iaitu pada jam 6.30 petang. Rail Park nie cantik kalau pergi waktu siang sebab korang boleh lihat pemandangan. 6.30 petang memang rasa macam okay je tapi ingin diingatkan sekali lagi, 6.30 petang dekat Korea langit dah mula gelap. Dan tour Rail Park nie ambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Untuk korang yang nak pergi sini, silalah tempah tiket awal-awal untuk slot waktu siang. Jangan beli on the spot dekat kaunter sebab slot cepat penuh.


Rail bike nie ada untuk 2 orang dan 4 orang. Slot untuk 2 orang dah sold out sampai 5.30. Available cuma slot 6.30 petang iaitu slot paling akhir pada hari tersebut. Nak tak nak, memang kitorang beli jelah slot 6.30 tu sebab bila lagi nak sampai sini. Tambahan pula, memang wajib datang sini dan naik benda alah nie. Kalau tak, nanti rasa terkilan. Kitorang sampai masa nie dalam jam 1 petang. Ada lagi 5 jam sebelum slot kitorang. Takkan nak duduk diam dekat sini ? Lebih baik manfaatkan dengan melawat tempat-tempat lain dulu. 


Chuncheon Samaksan Mountain Lake Cable Car

On the spot kitorang research tempat mana yang cantik untuk dilawati di kawasan sekitar. Cari punya cari, ada satu cable car di kawasan berhampiran. Tak berhampiran sangatlah. Dalam 10-15 minit kalau naik teksi. Tapi kalau naik train lambatlah. Nekad dan yakin kitorang boleh kembali semula ke Rail Park nie sebelum jam 6.30 petang, terus cari teksi untuk ke lokasi cable car tu.


Cable car tersebut ialah Chuncheon Samaksan Mountain Lake Cable Car. Agak mencabar nak ke sini kalau korang tak ada Kakao Talk punya apps untuk dapatkan teksi. Itu baru satu cabaran dia, cabaran seterusnya ialah nak beli tiket. Boleh beli tiket secara terus dekat kaunter tapi ramai pulak ahsoh-ahsoh beratur panjang. Beli tiket dari mesin dorang kalau nak cepat. Masalahnya mesin dorang sangat tak mesra pelancong ya sebab tiada pilihan untuk bahasa Inggeris. Alhamdulillah, kitorang minta tolong orang sebelah untuk tolong tekan mesin tu untuk tempahkan dua tiket dewasa pada slot jam 4 petang. Then kami proceed tinggal bayar je. 


Naik cable car dekat sini berkonsepkan slot, nak naik pada jam berapa. Agak mudahlah. Next available slot yang ada pada jam 4 petang. Kami agak risau pada mulanya sebab takut terlewat nak patah balik ke Rail Park tu. Tapi serius cakap, sistem naik cable car dekat sini sangat efisien. Pantas gila. 



Untuk pengetahuan semua, Chuncheon Samaksan Mountain Lake Cable Car nie merupakan cable car terpanjang di South Korea iaitu 3.61 km panjang. Lebih kurang dalam 15-20 minit korang berada dalam cable car tu. Tiada perhentian, straight sampai ke atas. Kalau macam dekat Langkawi, dia ada persinggahan dekat pertengahan kan ? Tapi dekat sini, terus menaik dan menaik. Takut tapi sangat indah pemandangan dia. 



Dah sampai ke puncak yang tertinggi, penumpang akan diturunkan dan kita bolehlah ikuti susur jejantas untuk bawa korang lagi ke puncak tertinggi Gunung Samaksan nie. Dalam 1 km berjalan kaki dia punya susur jalan sampai ke atas. Penat tapi berbaloi.



Dah sampai dekat atas ni, rasa macam tak nak turun. Sejuk dia, pemandangan dia, berangin dia, sumpah best ! Ambillah gambar banyak-banyak bila dah sampai atas nie. Setiap sudut sangat cantik. Nak kata crowded tak crowded sangat. Jadi nak ambil gambar tu okay je.



Ada laluan gelas kaca sekali. Kalau berani, jalanlah atas kaca tu. Sumpah best ! Kitorang siap beli gambar yang dorang ambil sebagai kenangan. Kalau dekat Malaysia ni, memang tidak ya nak beli-beli gambar souvenir. Tapi dah sampai Korea nie, beli pulak. Kitorang beli sebab gambar tu cantik dan background dia pon cantik. Kalau Malaysia punya gambar souvenir aduhai, macam budak intern pointer atas pagar edit gambar. 


Detik yang sangat mencemaskan masa nie sebab sempat ke tidak untuk sampai ke Rail Park sebelum jam 6.30 petang sebabnya kitorang dah kena berkumpul bermula jam 6 petang. Masa turun dari cable car nie, hujan lebat pulak. Mujurlah time dah turun baru nak hujan. Kalau tak, menangis tak berlagu tak dapat pemandangan yang cantik atas gunung tu. Masa nie nak dapatkan teksi punyalah susah ya. Kitorang dah mula sangat risau. Tapi Alhamdulillah, kitorang berjaya sampai tepat pada masanya. Hihihi

Rail Park



Langit dah mula gelap, tapi rail bike tu tak muncul lagi. Hujan pon macam nak turun lagi, so kitorang beli baju hujan siap-siap. Sudahnya tak hujan pon. Dahlah satu baju hujan tu 3,000 kw. Aku memang dah ada baju hujan bawa dari Malaysia, tapi tak bawa masa nie, so belilah. Dah beli then pakai sekejap je, sudahnya buang gitu. Membazir betul.



Okay, rail bike sudah kelihatan, ayuh kita naik. Nak naik rail bike nie akan dibagi satu pengumuman keselamatan. Tapi malang sekali ia diberikan dalam bahasa Korea. Adalah sikit-sikit dia cakap English. Anyway, apa yang dia cakap tu semua dah diberi dalam kertas yang diberi sebaik sahaja kita beli tiket dekat kaunter.



Atas rail bike nie lebih kurang dalam 1 jam 30 minit. Rail bike nie korang kena kayuh yer baru dia bergerak. Ada masa dia akan terus bergerak je sebab meluncur, ada masa korang kena kayuh untuk lajukan dia, ada masa kena main dengan brek bila terlampau laju. Yang pasti jangan sampai terlanggar orang depan. Dorang akan lepaskan setiap rail bike pada jarak yang selamat supaya tidak berlaku pertempuran. Weyhh serius sejuk gila sebab berangin bila naik rail bike nie. 


Sedikit terkilan sebab tak dapat nak rekod pemandangan sekitar sebab dah gelap. Tapi dengan mata kasar, dapat je lihat semuanya. Kalau pergi waktu siang mesti cantik gila. Plus mungkin tak sejuk menggigil sangat. Nanti korang kena turun dekat satu stesen dan dari situ akan dibawa menaiki keretapi untuk ke tempat kita datang tadi.




Naik keretapi nie mengambil masa lebih kurang dalam 15 minit sebelum semua penumpang diturunkan. Tak sampai terus ke tempat yang kami naik tadi, kami kena naik bas yang disediakan pulak. Jauh betul ya kitorang berpusing naik rail bike tu. Masa nie sumpah sejuk gila. 


Puas hati dapat pergi ke tempat yang dirancang walaupun Rail Park nie pergi masa langit dah gelap. Tapi dengan tiba-tiba dapat masukkan Chuncheon Samaksan Mountain Lake Cable Car dalam itinerary. Siapa sangka kan ? Ingatkan tak dapat naik mana-mana cable car dekat Korea nie, tutptup dapat naik pula. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Ayuh pulang semula ke sarang. Tapi sebelum tu nak isi perut. Dari Gimyujeong Station nak ke station tempat penginapan kitorang ambil masa lebih kurang 3 jam perjalanan. 


By the time kitorang sampai semula ke Seoul, dah lewat malam. Dalam jam 11 malam macam tu. Kebanyakkan kedai dah tutup, jadinya singgah convenience store je. Tapi susah betul nak jumpa makanan halal. I mean, kitorang craving ramen halal. Tak jumpa yang betul-betul yakin. Sudahnya jumpa Indomie, perghh gembira gila. Terus beli and makan dekat situ jugak.


Jumpa lagi nanti di entri hari ketiga. Terima kasih sudi baca, bye bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...