Monday, October 16, 2023

Know Know Arrived Korea - Day 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini aku nak menceritakan pengalaman 5 hari 4 malam berada di bumi Korea. Satu percutian yang sangat tiba-tiba dan kami rancang sangat last minute sebab ada tiket murah. Ikuti butirannya !


Tanggal 5 Sept jam 6 pagi, kawan aku yang gila nie tiba-tiba whatsapp ajak pergi Korea hujung bulan. Banyak benda aku fikir sebab masa tak banyak. Bab cuti tak ada masalah sebab cuti aku banyak lagi. Cumanya tak banyak masa untuk plan, dan masa nie aku sangat sibuk dengan hal kerja. Dalam masa yang sama, tak banyak masa untuk lengahkan booking flight ticket tu sebab takut habis dan takut harga naik. Aku pun tawakkal dan suruh dia proceed booking. Yang selebihnya tu, insyaAllah boleh diatur.


5 Sept tempah tiket, 28 Sept kitorang terbang. Hanya ada 23 hari je masa untuk merancang. Dan akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Sumpah sangat teruja kami berdua masa tu. Sangat berterima kasih dengan kawan aku nie sebab dia yang banyak prepare itu ini dan buat research itu ini. Aku hanyalah penambah perisa bagi melengkapi. Lahhh bermadah pujangga pula.


Sebenarnya kan, none of my friends tahu pasal trip nie. Not even my manager pon. Apply cuti dalam sistem auto approve dan tak perlu bagi sebab. Cuma inform manager jelah ko nak cuti sebagai courtesy. Nak pergi Korea nie, aku cuma bagi tahu dekat sorang je colleague yang aku betul-betul rapat. Secara peribadinya, aku memang tak suka heboh-heboh. Dah sampai dekat lokasi atau pada tarikh kejadian kalau nak heboh, silakan heboh.

Keluarga aku sudah semestinya kena tahu sebab dorang yang kena hantar aku dekat airport. Tapi kawan travel aku nie, dia nie jenis excited lain sikit dan dia memang suka sharing. Aku gigih ingatkan tolong jangan bagi hint atau mention apa-apa pon pasal trip nie dekat siapa-siapa except to his parents/family sebab kitorang literally share the same circle of friends. Hahaha. 


28 September 2023

Bertolaklah kami berdua ke Korea dari KLIA jam 7.10 malam waktu tempatan. Ouh ya, flight kami bukan direct flight, ada transit dekat Ho Chi Minh, Vietnam. Maklumlah harga flight tiket murah, jadinya bukan direct flight. Tak kesah pun pasal flight direct ke transit ke, asalkan dapat sampai ke bumi Korea nie. Kami naik Vietnam Airlines dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Min, dan Ho Chi Min ke Incheon pon naik Vietnam Airlines.



Kami transit selama 3 jam dekat Vietnam. Dengar macam lama 3 jam tu tapi sumpah tak terasa pon 3 jam. Singgah minum kopi sementara tunggu next flight. Konfiden harga murah sebab ingatkan guna currency Vietnam, sekali guna USD daa. Ya Allah terus menyesal, mujur air kopi dorang sedap. Tak tahu kenapa masa nie tak terlintas nak tanya currency apa. Pakai beli je. Cubalah convert 15 USD kepada Ringgit Malaysia untuk dua cawan kopi. Nak menangis rasa.

Kiri : Air Kopi 7.5 usd di Airport Vietnam
Kanan : Konon nak selfie sebab dah sampai dekat Vietnam untuk transit. Little did i know gambar nie menyebabkan aku tersedar bag kabin aku hilang.

Seleai hal kopi, ada lagi tragedi lain pula berlaku semasa transit nie. Aku baru perasan beg kabin aku hilang. Aku lupa tertinggal dekat mana. Masa nie nak boarding lagi satu jam. Tak adalah ralat sangat kalau ditakdirkan tak jumpa sekalipun sebab dalam tu cuma ada dua pasang kasut aku je. Tak ada benda lain. Tapi sebolehnya aku tak naklah benda tu hilang sebab rosaklah OOTD aku dekat Korea nanti. Hahaha

Bag kabinku yang hilang dalam bulatan merah

Fikir punya fikir, baru aku teringat yang aku terlupa nak ambil bag tu masa kena tanggalkan aksesori dan bag-bag kita dekat imegresen. Berlari pantas aku menuju ke check point imegresen tu. Sampai-sampai je, pegawai imegresen tu terus tanya "You are with the pink bag ? I'm waiting for you to come back about one hour. I thought you already left". Ya Allah bersyukur gila masa nie. Dia pon bawakan ke tempat untuk collect bag aku tu. Sumpah rasa lega gila masa nie.



29 September 2023

Sambunglah terus perjalanan kami ke Korea for another 4-5 hours journey dari Vietnam pada jam 11.50 malam waktu tempatan. Sepanjang flight aku dah pesan dekat kawan aku awal-awal, sila paksa diri tidur sebab kita nak terus explore Korea bila sampai. Kami mendarat dekat Incheon Airport lebih kurang jam 6.30 pagi macam tu.


Alhamdulillah proses imegresen kami nak masuk Korea dipermudahkan. Semua dokumen ada dalam tangan. Kami dah print siap-siap. Tak pasti macam mana ada satu kes tengah viral yang tak dapat masuk Korea dan kena patah balik disebabkan passport dia baru dan tak ada sejarah perjalanan. My friend nie pon literally passport baru. Tapi lepas je. Rezeki dan perjalanan orang lain-lain, sangat bersyukur waktu kami dipermudahkan.


Selesai imegresen, perkara pertama kena buat ialah beli Tmoney dulu. Tmoney nie ibarat macam kad TouchNGo untuk naik pengangkutan awam. Korang kena topup duit dalam Tmoney tu. Public transport merupakan pengangkutan utama dekat Korea. Tiada alasan untuk tidak beli Tmoney. Satu orang satu card. Mula-mula tu kami topup sebanyak 30k won. Cukup ke 30k won ? Tak cukup lah dikk sebab tak biasa lagi dengan map dan line keretapi dorang, jadinya banyak salah train. Total duit kami spend untuk topup Tmoney nie ialah 45k won untuk 5 hari 4 malam.

Tmoney card nie ada dua design. Satu design biasa, satu design comel macam nie. Tmoney comel nie harga dia 5k won. Design biasa 4k won.
Beza 1k won je. Tmoney kad nie boleh simpan buat kenangan.

Tmoney boleh dibeli di vending machine yang terdapat dekat airport ataupun dekat mana-mana CU Mart. Nak topup pon boleh dekat machine dia sendiri ataupun dekat mana-mana convenience store yang berhampiran.


Terus kami naik train menuju ke tempat penginapan kami untuk 5 hari 4 malam. Lebih kurang 45 minit dari Incheon Airport ke tempat penginapan kami menggunakan train. Kami menginap dekat hostel dan dah email awal-awal dekat owner untuk tinggalkan beg dekat hostel sebab waktu check in jam 3 petang. Asalnya nak tinggalkan luggage je, tapi kawan aku nie dah tak larat sebab tak cukup tidur. Makanya, bagilah dia tidur sekejap dalam 30-45 minit macam tu dekat lobby hostel. Bila member dah segar sikit, kitorang tukar baju dan tinggalkan beg dekat hostel lobby, kami terus memulakan itinerary yang telah dirancang. Maka bermulalah pengembaraan kami di bumi Korea.



Untuk menuju ke tempat pertama nie, kami mengalami kesukaran untuk navigate. Masih tak familiar dengan aplikasi Naver. Tapi setelah cuba faham, senang rupanya. Dan aplikasi Naver sangat membantu. Korang wajib hadam dan install aplikasi nie siap-siap. 4 aplikasi lain yang wajib install dan sangat-sangat membantu untuk pengembaraan di bumi Korea nie ialah BucaCheck, Kakao T dan Papago. Lagi satu aplikasi Wise untuk transaksi duit. Korang kajilah pasal kad Wise nie erk dekat Youtube/Tiktok. Malas nak terangkan secara terperinci. 

1. Naver Map : Navigation, WAJIB install !
2.BucaCheck : Cek balance Tmoney, tak berapa penting tapi good to have untuk awareness.
3. Kakao T : Untuk tempah "grab", just in case korang dah penat nak berjalan atau nak cepat ke sesuatu lokasi.
4. Papago : Untuk translate bahasa Korea ke English. Nak cek ingredients makanan, cek tulisan Korea, bahkan nak tahu orang lain cakap apa pon boleh guna aplikasi nie untuk tolong translate kan dan cakapkan untuk kita.

Gyeongbokgung Palace

Lokasi pertama, Gyeongbokgung Palace. Nak ke Gyeongbokgung Palace nie mudah je, naik train mereka. Train dekat Korea nie function sangat ya dan tepati masa. Termasuklah public transportation lain seperti bas dan teksi. Sharp. Tak cepat dan tak lambat. Jadi korang boleh agak-agak masa. Sila gunakan Naver untuk panduan train line apa, station mana untuk turun dan juga berapa lama masa yang diambil untuk sampai ke lokasi.



Kebetulan masa kami datang nie waktu perayaan Chulseok, jadinya admission adalah percuma pada hari tersebut. Selalunya, hanya mereka yang pakai hanbok je yang dapat masuk percuma. Ramailah yang sewa Hanbok untuk masuk ke palace nie, which is very nice untuk kau feeling dan selami budaya masyarakat tradisional Korea.


Tak ada apa sangat dalam nie, hanyalah sekadar istana yang mempunyai banyak bangunan-bangunan. Hampir setiap lokasi insta worthy. Tambah-tambah kalau pakai hanbok. Boleh feeling macam tengah berlakon drama Korea. Agak ramai pengunjung masa nie. Tapi tidak mengapa sebabnya bukan menganggu apa pon. Datang sekadar tengok-tengok je. Rasa macam dah penat dan puas bergambar, kitorang pon baliklah. 


Seterusnya kami nak cari tempat makan tapi malang sekali sebab nak cari tempat makan yang halal agak mencabar sedikit. Bukan susah nak cari, cumanya dia tidak sehaluan dengan itinerary kami. Sebab seterusnya kitorang nak pergi ke Bukchon Hanok Village. Dalam keadaan perut kosong, pergi jugalah ke sini. Tapi singgah dekat 7E dengan harapan nak makan ramen yang boleh dimakan. Cari punya cari, tak jumpa yang betul-betul yakin boleh makan. Sudahnya makan roti je buat alas perut.


Kaki dah sakit masa nie sebab kasut kitorang bukan untuk berjalan lama. Kasut sesuai untuk OOTD je. Demi nak bergaya, gagah jelah pakai walaupun kaki sakit. Lepas dah alas perut, kami sambung berjalan ke Bukchon Hanok Village.

Bukchon Hanok Village

Sampai-sampai je, Allahu ramai gila manusia. Tapi tak hairan pon sebab waktu cuti kan. Plus, memang kawasan pelancongan. Nak ambil gambar cantik memang susahlah. Tapi dah sampai sini, kenalah juga ambil gambar buat kenangan. Ramai sungguh yang pakai hanbok ke sini. Kedai sewa Hanbok memang ada dekat kawasan berhampiran. Memang biasanya, dorang akan manfaatkan waktu sewa nie untuk ke Bukchon Hanok Village dan masuk ke mana-mana palace untuk bergambar. Alang-alang dah sewa tu, kena manfaatkan sepenuhnya, plus boleh masuk secara percuma kalau pergi palace pakai Hanbok.


Kalau rasa nak pakai dan feeling-feeling tu, bolehlah sewa. Kami dengan kaki dah sakit, perut tengah lapar, badan dah berlengas, memang tidak ya nak pakai hanbok-hanbok nie.


Lepastu kami terus menuju ke lokasi seterusnya iaitu Namsan Tower. Tapi sebelum tu kami nak singgah makan dekat satu restoran Halal yang berhampiran dengan kawasan Namsan Tower nie. Restoran Halal nie agak terkenal jugalah dalam kalangan pengunjung Malaysia dan Indonesia. Memang dah aim nak makan dekat sini sebelum ke Namsan Tower.

Kimseri Restaurant


Restoran tersebut ialah Kimseri Restaurant yang terletak dekat Myeongdong. Restoran nie dimiliki oleh rakyat Malaysia tau. Jadinya, korang boleh saksikan ramai pengunjung dari Malaysia dan juga Indonesia. Gembira sungguh ya dapat makan proper meal yang Halal. Tapi kalau aku nak review jujur boleh tak ?


Secara jujurnya, makanan dekat Kimseri Restaurant nie tak berapa nak sedap. Tak tahulah sama ada tekak aku ke atau memang makanan tu sendiri rasa dia meyhh. Daging yang aku order pulak rasa hanyir daging. Walaupun aku tengah lapar gila, tapi sebab rasa hanyir tu, aku tak habis makan yer. I dont speak for all, mungkin orang lain kata sedap. Tapi sejujurnya daripada pengalaman aku makan dekat sini, bagi aku tak sedap.

Namsan Tower


Lepastu jalan kaki sikit untuk naik bas menuju ke Namsan Tower dari Kimseri Restaurant. Sebenarnya jauh jugalah, dalam 8-10 minit berjalan kaki. Plus, kena mendaki bukit sedikit masa berjalan kaki nak ke stesen bas tu. Sampai je Stesen Bas, ambil bas 614 kalau tak silap. Kitorang kena turun stesen paling hujung untuk trip bas 614 nie. Sila rujuk Naver Map ya untuk kepastian.


Dekat atas nie korang boleh tengok kawasan sekitar Seoul. Tak tahu kenapa masa nie kitorang tak naik Namsan Tower tu. Hanya sekadar tengok dari stesen bas je. Mungkin faktor makan tak kenyang dan kaki dah sakit kot. Agak lama juga kami spend masa dekat atas nie disebabkan menunggu giliran naik bas untuk balik. Sumpah ramai gila orang.


Myeongdong Night Market a.k.a Myeongdong Shopping Street

Lokasi seterusnya ialah kami nak explore dan beli street food di kawasan Myeongdong. Ramai kata boleh dapat makanan Halal dekat sini. Ayuh kita explore !


Malam dekat sini memang meriah dan hidup ya. Ramai manusia sepanjang Myeongdong Street nie. Macam-macam dijual di sepanjang jalan tapi ayuh kita fokus kepada makanan-makanan yang dijual di Myeongdong Night Market nie ya. Memang betul, banyak makanan yang boleh dimakan dan untuk makanan berasaskan daging, ada tertera logo Halal. 



Untuk makanan yang kita pasti tiada bahan atau sumber yang berasaskan daging/ayam, bolehlah beli. Contohnya Egg Bread, Fish Shaped Bun, Dragon Beard, buah-buahan dan juga Chop Suey Vegetables. Aku pada mulanya rasa tak pasti nak beli Chop Suey Vegetables nie. Tapi yang semakin buat aku yakin bila nampak sorang hamba Allah yang berhijab, beli makanan nie. Aku terus beli, yakin dan pasti. Beli bungkus bawa balik untuk makan dalam bilik.



Sangat dinasihatkan untuk mempunyai duit tunai sebab lebih memudahkan dan kebanyakkan mereka lebih memilih untuk pembayaran secara tunai. Alhamdulillah kenyang sungguh kami malam tu. Macam-macam makanan kami beli dan makan. Setelah kecewa dengan makanan di Kimseri Restaurant, sedikit sebanyak street food dekat Myeongdong nie mengubati kekecewaan itu.

Sungnyemun Gate


Lokasi terakhir kami untuk hari pertama di Seoul Korea ini ialah Sungnyemun Gate. Sebenarnya tak rancang pon nak ke sini, kebetulan je kami lalu kawasan Sungnyemun Gate nie, terus ambil gambar. Sungnyemun Gate nie pon merupakan salah satu tarikan pelancong di Seoul nie. Tapi tak ada apa sangat pon. Hanya sekadar senibina lama masyarakat tradisional Korea di tengah-tengah bandar metropolitan. Bab sejarah Sungnyemun Gate nie, korang cari sendirilah dekat Google ya. Aku dah penat, nak sambung jalan kaki balik bilik nie. Hahahaha

Silalah pakai kasut yang selesa untuk berjalan jauh

Dalam jam 10.30 malam waktu tempatan, kami pulang semula ke Naru Hostel iaitu lokasi penginapan kami selama 5 hari 4 malam. Butiran dan gambar hostel aku nie aku update pada hari terakhir boleh ? Sebab ini pon dah panjang berjela. Total perbelanjaan pon aku perincikan pada hari terakhir nanti.

Apa yang aku boleh kata, hostel kami nie selesa dan cukup untuk kami berdua yang hanya sekadar balik bilik untuk tidur. Bilik kami mempunyai dua katil single, peti ais, tv, shower heater, attached bathroom dan juga terdapatnya tingkap. Bagi aku, semua nie dah cukup untuk aku berehat dan dapatkan tidur yang secukupnya. Walaupun nama hostel, tapi aku pilih untuk menginap dalam bilik yang tak sharing dengan other strangers untuk privacy dan keselamatan barang-barang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...