Sunday, May 10, 2026

Know Know Arrived Brunei : Tragedi Phone Jatuh Sungai

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Cerita percutian kali nie berbeza sedikit sebab kali nie aku pergi sorang-sorang. Aku pergi solo trip ke Brunei pada hujung bulan November tahun lalu. Last solo trip aku adalah pada tahun 2014 di Amerika Syarikat. Agak takut dan excited sbab dah lama tak buat solo trip. Ikuti butirannya !


Trip kali nie juga sangat last minute sebabnya aku tak plan nak ke mana-mana. Just nak berehat dekat rumah sementara tunggu report for duty dekat company baru. Last working date aku dekat company lama adalah pada 24 November 2025 dan start kerja dekat company baru adalah pada 1 December 2025. Aku ada lebih kurang dalam 6 hari macam tu. Aku mula terfikir, daripada membuang masa, baik aku pergi travel. Mungkin tak perlu jauh, just pergi dekat-dekat je. Makanya aku pilih Brunei sebab aku tak pernah lagi jejak kaki ke Brunei.

Booking tiket flight, hotel dan atur itinerary. Dalam masa seminggu je aku buat semua nie sebelum aku berhenti kerja. Trip kali nie juga aku tak bagi tahu sapa-sapa termasuklah keluarga aku. Pergi ke airport pon naik public transport je. Bila dah sampai Brunei baru aku bagi tahu dorang. 


Aku naik grab menuju ke KL Sentral, lepastu naik MRT ke Putrajaya Sentral. Di Putrajaya Sentral barulah aku naik KLIA Express. Sampailah aku ke KLIA2 dengan jayanya menggunakan public transport. Flight tak lama pon, dalam 2 jam macam tu.

Sesampai je aku dekat Brunei, aku call my family untuk bagi tahu aku dah sampai Brunei sambil menunjukkan signboard Brunei. Dorang pon apa lagi, terkejutlah sebab aku pergi diam-diam. Dah selesai bagitahu, aku terus order Dart. Dart nie merupakan satu applikasi untuk korang tempah taxi atau grab. Dekat Brunei dorang panggil Dart. So aku pon orderlah Dart menuju ke area hotel yang aku tempah. Masa untuk aku check in dulu sebelum memulakan hari aku di Brunei.


Tak adalah nak beraktiviti sangat pon sebabnya aku sampai pon dah petang. So just nak check in dan keluar cari makan je dulu. Nak teroka tu kita mulakan hari esok. 

Aku check in dekat EZ Lodgings. Ramai backpackers recommend tempat penginapan nie. Aku pon booked lah hotel nie. Not bad. Konsep hostel tapi non sharing room. Cuma sharing bathrooms and common area je. Bersih dan selesa. Hostel nie dekat dengan pasar malam Gadong dan juga mall-mall. Jalan kaki je nak ke tempat-tempat nie. Sangat recommended ! Satu malam dalam 30SGD. Aku menginap untuk dua malam, so total 61.60 SGD termasuk tax and fees. 



Malam tu, aku singgah Pasar Gadong. Nak tengok suasana dan cuba makanan Brunei. Ya Allah weyhh, memang betul. Makanan dekat Brunei murah-murah. Walaupun currency dorang tinggi, tapi harga makanan dorang kalau convert duit Malaysia, lagi murah adalah. Jadi korang jangan takut sangat dengan Brunei Dollars tu. 




Seawal jam 8 pagi aku dah mula keluar. Mula tu aku cari sarapan tapi aku tak ingat bersarapan dekat mana. Aku terus cari bus stop untuk aku menaiki bas menuju ke Bandar Seri Begawan. Tapi aku tak naik bas masa nie, aku naik dengan orang awam. Macam prebet sapu macam tu. Dia hantar aku ke bandar dan aku bayar dalam 1 Brunei Dollars je (BND). Dah sampai bandar nie, barulah kau boleh pergi ke tempat-tempat yang disarankan. 


Lokasi pertama aku ialah Kampung Ayer. Ngam-ngam abang prebet tu turunkan aku dekat bus stop, ada satu pakcik nie dekat dalam boat menyapa aku. Bus stop betul-betul sebelah sungai tempat laluan boat-boat. Pakcik tu pelawa aku untuk pusing-pusing Kampung Ayer. Dia offer aku 10 BND. Kalau ikutkan kajian aku, 10BND nie dah kira murah sebab dia bawa kau naik boat menuju ke satu jambatan dan patah balik mengelilingi Kampung Ayer. Aku tak ada singgah Kampung Ayer tu, just keliling bawa naik boat je. 


Selesai je, aku terus menuju ke The Frame. The Frame nie berlatarbelakangkan Masjid Omar Ali Saifuddien. Selesai bergambar aku pergi ke Taman Mahkota Jubli Emas yang terletak bersebelahan masjid tu. Aku pon buat aktiviti biasa, ambil-ambil gambar dan rekod video. Lepastu terjadilah satu perkara yang aku tak expect langsung untuk berlaku, di mana handphone aku jatuh sungai masa aku dekat jambatan Taman Mahkota Jubli Emas nie.


Macam mana boleh jatuh ?

Aku letak phone aku dekat tripod. Tripod tinggi yang boleh ambil head to toe tu. Nama pon ada dekat atas jambatan, jadinya angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Weyhhhh ! Aku tak expect langsung angin tu meniup tripod aku dengan begitu kuat sehinggakan tripod tu bergoyang dan terjatuh. Terjatuh tu, tripod tu terkena penghadang jambatan. Tripod tak jatuh sungai tapi phone aku yang terjatuh bila tripod tu terhentak penghadang jambatan. 


Bayangkan erk, kau menyaksikan phone kau jatuh sungai siap dengan bunyi "plupp" sekali. Masa tu aku macam lost sekejap. Macam tak boleh nak proses apa yang telah terjadi. Dalam 5 minit juga aku terkaku bengong dekat situ. Lepastu reality hit, aku macam weyhhhh phone aku. Macam mana nie ? Semua benda dalam phone tu. Booking dan segala aplikasi yang aku nak guna ketika berada di Brunei nie ada dalam tu. Aku macam rasa nak gila masa tu. Aku siap tanya pekerja-pekerja asing yang ada dekat situ untuk tolong aku. Dengan abang-abang kutip sampah sungai pon aku approach untuk tolong aku.


Ikutkan logik, memang tak ada apa yang kau boleh buat pon. Phone tu memang akan bersemadi dalam sungai tu. Sebabnya sungai tu dalam dan banyak buaya. Kau nak ambil macam mana ? Nak berenang ? Mampuslah kau kalau berenang dalam sungai tu dibaham buaya. Malah, haram untuk korang terjun sungai ya dekat Brunei nie. Boleh kena saman. Kena saman tak apa, boleh bayar. Belum sempat kena saman, dah kena baham buaya dulu dikk. So kau nak mana satu?


Selepas satu jam atas jambatan tu mencari ikhtiar macam mana nak dapatkan balik phone tu, aku kena move on dan teruskan percutian aku. Aku boleh pilih untuk sedih dan rosakkan trip aku atau move on dan teruskan trip. Aku pilih untuk move on. Aku pergi ke Masjid Omar Saifuddien untuk ambil gambar dan solat sekejap. Masa nie solat aku khusyuk gila. Betul-betul mengadu dekat Allah, kenapa uji aku dengan jatuhkan phone aku dalam sungai. Dah lah aku sorang-sorang, dan baru hari pertama dekat Brunei. Tak sempat back up apa pon phone tu. Upload gambar pon belum lagi. 


Masih tak putus asa, aku bagi tahu pakcik-pakcik yang ada dalam masjid tu. Kot kot lah dorang boleh bantu aku ke kan. Pakcik-pakcik tu memang nak bantu, tapi bila aku sebut jambatan dekat Taman Mahkota Jubli Emas, terus dorang kata, memang tak boleh buat apa.


Ouh ya, pakcik-pakcik tu asalnya tak bagi aku masuk masjid tu, sebab ada tempat khas untuk non Muslim visit dan enter the mosque. So dia suruh aku masuk situ. Aku cakaplah yang aku nie Muslim. Barulah dia bagi aku masuk dan solat. Dia ingat aku non muslim. Berwajah mat salleh sangat ke aku nie ? Tibehhh

Aku masih dalam keadaan yang cukup tak bersemangat sebenarnya walaupun cuba positifkan diri. Tak ada mood langsung nak teruskan tapi aku kena teruskan liku-liku kehidupan. Maka aku pergi ke shopping mall berdekatan untuk beli phone sementara. Beli phone android mur mur je asalkan aku boleh install aplikasi Dart dan akses email aku.


Dah selesai setting phone baru, aku mula berjalan dekat The Royal Wharf. Sini tempat pelabuhan boat-boat je. Aku duduk-duduk sambil mengenangkan phone aku yang jatuh sungai. Masih tak move on ya. Hari semakin nak gelap, aku pon order Dart untuk balik semula ke hotel. Tak dapat melawat banyak tempat. Phone jatuh tu membuang banyak masa aku. Sudahnya aku tak pergi mana sangat pon. 


Perjalanan balik ke hotel agak jauh jadinya aku berborak panjang dengan pemandu Dart aku. Lepastu nampak masjid kubah bersalut emas tulen yang aku tak sempat nak pergi. Aku cakaplah asalnya nak pergi situ hari nie, tapi tak sempat. Dia kata kalau untuk tourist, waktu melawat dah tutup. Lepastu aku macam pelik, takkanlah masjid tak buka untuk solat 5 waktu ? Mind you that aku conversed dalam English. So mungkin dia tak tahu aku nie Muslim.


Aku tanya dia lagi, kalau waktu solat masjid tetap tutup ke ? Dia kata, kalau waktu solat selepas waktu melawat, hanya Muslim dibenarkan masuk. Aku cakaplah, aku nie Muslim. Dia baru tahu, ingatkan aku bukan Muslim. Lol. Nak dijadikan cerita, waktu tu dekat nak Maghrib. Lepastu dia tanya aku, nak singgah solat Maghrib dekat masjid tu tak? Nanti lepas solat dia sambung hantar balik ke hostel. Of course lah aku nak ! Ya Allah, rasa nak nangis masa nie. Ada juga kegembiraan yang hadir selepas kejadian phone jatuh tu.


Aku pon sempat ambil-ambil gambar dan video sebelum hari menjadi total gelap. Dapatlah aku solat berjemaah di Masjid Jamek Hasanil Bolkiah. Alhamdulillah. Selesai solat, pemandu Dart tu hantar aku terus balik ke hostel.


Aku singgah makan nasi ayam yang terletak selang beberapa shoplot dari hostel aku. Malas nak ke Pasar Gadong. Physical tak exhausted tapi mental dan emotion yang exhausted. Nasi ayam dekat sini rasa dia biasa-biasa je nyahh. Tak tahu kenapa ramai suggest suruh makan sini. 



Okaylah, macam dah panjang sangat cerita hari pertama aku dekat Brunei nie walaupun tak banyak tempat pon aku pergi. So kita sambung dekat entri seterusnyalah erk. Terima kasih sudi baca. Jumpa lagi di entri akan datang. Bye!

No comments:

Post a Comment