Monday, September 17, 2018

Restoran Makanan Korea Yang Best & Berpatutan Hanya Di YOOGANE

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru nie Girls Generation buat comeback, terus tekak feeling rasa nak makan makanan Korea. Tiberrr ! Jadi, aku berkunjung ke salah sebuah restoran yang menawarkan makanan Korea di One Utama, Kuala Lumpur. Nama restoran tersebut ialah Yoogane.


Yoogane merupakan sebuah restoran yang menawarkan hidangan-hidangan asli Korea. Buat mereka-mereka yang memang meminati dengan Korean Food tu, bolehlah cuba datang ke Yoogane untuk rasai sendiri kenikmatannya. Mari aku bawakan korang semua untuk melihat apa yang menarik di Yoogane nie.


Sekarang nie, Yoogane sedang membuat promosi sehingga penghujung September nie. Untuk hidangan Army Stew, satu kepala hanya perlu membayar RM 28.90 sahaja (min 3pax). Topping adalah unlimited dan free flow. Boleh pilih apa sahaja topping. Pengunjung mempunyai 90 minit untuk menikmati hidangan ini. Jadi makanlah puas-puas sampai kenyang !

Army Stew

Antara pilihan lain, pengunjung juga boleh memilih untuk makan Cheese Chicken Bulgogi atau Cheese Beef Bulgogi. Serious cakap hidangan nie sangat-sangat sedap ! Tambah-tambah Cheese Beef Bulgogi tu. Selepas dimasak dan digaul, daging itu disalut dengan keju yang cair tadi. Makan panas-panas, fuhhh ! Terangkat beb.

Cheese Chicken Bulgogi

Cheese Beef Bulgogi

Setelah menu di pesan, service crew di situ akan masakkan hidangan tadi untuk pengunjung. Setelah selesai masak dan digaul rata, barulah pengunjung boleh menikmati hidangan tersebut. Kira gambar kat bawah nie cuma acah-acah jelah.


Menu lain juga ada, seperti Dosirak Beef Bulgogi dan juga Dosirak Chicken Bulgogi. Cara untuk menikmati hidangan ini ialah dengan menutup bekas dosirak ini dan goncang-goncang sehingga semua bahan tu tercampur. Lepastu barulah makan. Kitorang salah cara, ingatkan makan macam tu je. Ambil satu-satu. Rupa-rupanya kena tutup dan goncang. Hihi

Dosirak Beef /Chicken Bulgogi

Untuk hidangan lunch book ini iaitu Dosirak Bulgogi, pengunjung boleh menikmatinya pada kadar harga RM15.90 beserta dengan air minuman. Terdapat 3 jenis Dosirak yang ditawarkan. Pengunjung boleh memilih dosirak mengikut selera masing-masing. Dosirak boleh dinikmati pada hari Isnin sehingga Jumaat sahaja. Tidak disediakan ketika cuti umum.


Di Yoogane juga terdapat pelbagai hidangan side dish. Pilih saja nak makan apa. Kami telah memilih untuk menikmati keemat-empat jenis kepak ayam. Garlic Butter Wings, Galbi Chicken Wings, Citron Chicken Wings, Bulgogi Chicken Wings. Chicken wings mereka sangat da bomb !! Sekejap je habis.

Side dish lain termasuklah Mushroom Pan Cake dan Kimchi Egg Roll

Jadi buat pembaca Jejakakaula semua, sekiranya nak buat gathering dengan kawan-kawan ke, boleh pertimbangkan restoran Yoogane sebagai destinasi makan-makan anda. Memang best kalau makan macam nie ramai-ramai. Baru kemeriahan itu terasa ! Tambah-tambah tengah ada promosi nie, makin berbaloi-baloi.



Ouh ya, aku akan buat satu giveaway di Instagram/Facebook, tak pasti sebab belum tentukan lagi untuk korang menangi voucher makan-makan di Yoogane nie. Langkah untuk menang RM 20 x 5pcs voucher tu sangat mudah !

Aku sedang mencari 5 pemenang untuk voucher-voucher nie. Pastikan korang follow IG dan Facebook aku. Takut terlepas peluang pulak. Dahlah tengah ada promosi, menang lagi voucher RM20 nie, berbaloi-baloi jadinya ! Stay tuned ya.


YOOGANE
Lot S313, Second Floor, 1 Utama Shopping Centre.

Waktu operasi : 10 AM - 10 PM


24 comments:

  1. Ni Yoogane pertama dekat Malaysia ke? Aku pernah makan Yoogane dekat Korea je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gaya macam tulah Farah sebabnya ini pon pertama kali aku dengar nama restoran Korea Yoogane kat Malaysia nie. Taste dia not bad. sedap pon sedap

      Delete
  2. Menarik. LeYa dah lah memang peminat makanan Korea.. Tak dapat pergi hari tuh sebab kekangan kerja kan... Errmmmm...tak kira... Nak ajak Otomen pergi jugak lah... Alaa... bagi je la leya satu voucher tu...hehehe..

    ReplyDelete
  3. Ya ampun walau membaca entri makanan Korea ni selepas makan nasi tapi masih craving lepas tengok Bulgogi dengan cheese tu. oh mai memang Diah peminat makanan Korea. Mana tahu berkesempatan nanti boleh la jejak kaki ke sini.

    ReplyDelete
  4. aida teringin kot nak makan makanan korea ni, zharif.
    tapi lom berkesempatan.
    lom jumpa geng lah. sendiri nak masuk, tak tau plak nak oder nyer hu hu hu hu...
    tapi familiar la dgn few menu like chicken bulgogi tu. selalu baca blogger review yg tu sodap bebeno.
    nanti bebila ter sampai restoran korea, kena la google blog zharif dulu before nak oder hi hi hi hi ...

    ReplyDelete
  5. Wow. Remaja Korea review makanan Korea. Hehehe. Dosirak adalah makanan utama pilihan Rawlins pergi memana restoran Korea. Hehe

    ReplyDelete
  6. Since 1981?? wah sebaya rupanya dengan Yoogane ni.. hehe. Skarang ni memang tengah hot restoran makanan korea kan. Tambah-tambah yang ada cheese ni. Nampak menggiurkan je.. Nak kena try jugak one day. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh lahir tahun 1981 ke ?? Kenapa tak nampak macam umur 37. Apa rahsia kecantikan untuk nampak awet muda ya. Wow !

      Delete
  7. Best kan Yoogane ni. Suka sangat spicy Chicken wing dengan Cheese beef bulgogi dia. Nak repeat lagi nanti.

    ReplyDelete
  8. Bestnyerr tengok diorang makan. Telan air liur ni. Nanti nak cubalah

    ReplyDelete
  9. Wow macam best je , dahla selalu tgk mukbang , ahaha pernah tru kfry je , huhu nak kena ajak laki pergi makan sini !

    ReplyDelete
  10. Eh murah lah RM28 untuk 3 pax .Selaluny Korean food hrga mahal . Kalau dekat dah lama lia pi makan. Nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. nak join giveaway tu.hehehe suka bab2 makanan korea ni taw.nnti jangan lupa tag amni taw zarif .nk kena g ni yoogane.

    ReplyDelete
  12. Tempat baru ni kalau nak mencuba makanan korea. nampak sedap sedap belaka menu yang ada. Nanti lepas berpantang nak cuba la

    ReplyDelete
  13. Dah jadi kegilaan muda mudi zaman sekarang ni dengan negara korea. Apa yang di bawa dari sana semua di hadam saja

    ReplyDelete
  14. Sedap yer tengok semua menu kat sini. Wajib ajak suami pergi try ni!

    ReplyDelete
  15. Uishh dh lama ke yoogane ni.. Xlahir lagi. Ahahhaa...serius tgk mknn korea leh kecur air liur.. Kita suka mkn bulgogi beef dgn tteobbokki tu... Feberet kita xleh miss kalau dtg mkn makanan korea... Ini mendatangkan kelaparan ni tgk gmbr2 zharif ni...

    ReplyDelete
  16. ya ampun..nampak sedap semuanyaa..dah laam tak makan makanan korea ni..banyak kedai korea, tapi macam blur je nak makan dekat mana..hahaa..boleh cuba la yang ni,..tengok macam sedap je

    ReplyDelete
  17. Oh dekat one utama ke. First time emi dengar pasal yoogane ni. Makin byk pulak kedai makanan korea kat negara kita ni, hehe. Klu ke one utama nnt blh try ni la.

    ReplyDelete
  18. Mama tak berapa nak makan makanan korea. Mungkin ada yang sedap. tapi belum teringin lagi. Hehe. Sebab rata rata mahal

    ReplyDelete
  19. Makanan korea ni sedap sangat ke? ramai sungguh yang hantu nak makan. Maznee tak pernah try lagi. Hehe

    ReplyDelete
  20. belum pernah try makanan korea.. ramai cakap best. bila google makanan korea, chicken wings tu mesti ade.. semua nampak sedap, macam kena dgn selera melayu.

    ReplyDelete
  21. Sedapnya bulgogi tue.. daging ayam dan empuk n bila balut dgn cheese mmg layan woo makan dia.. AM nak pegi lagi.. jom kita reramai pegi lagi.. rasa sekali nak lagi..

    ReplyDelete
  22. Tengok ni teringin gila nak makan. Susah nak jumpa jenis restoran makanan Korean macam ni. Dah murah, kena cuba nanti.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...