Monday, September 17, 2018

MMSOS - Aplikasi Kecemasan Untuk Keselamatan Anda

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan satu aplikasi yang bernama MMSOS. Pada pengamatan aku, ia merupakan satu aplikasi yang sangat bagus. Aku seorang yang sangat tak suka serabutkan handphone dengan aplikasi-aplikasi tidak penting dan kurang manfaat, jadi aku sangat memilih dalam memuat turun sesuatu aplikasi di apps store. Hatta satu aplikasi game pon tiada dalam telefon pintar aku. Tapi aplikasi MMSOS ini aku kira sebagai aplikasi WAJIB ada pada setiap telefon pintar di Malaysia nie.


Apa itu MMSOS ?

MMSOS merupakan akronim kepada Most Momentum Save Our Souls. Ia merupakan satu aplikasi pintar untuk situasi kecemasan. Malang tidak berbau, oleh itu kita hendaklah sentiasa bersedia dari segenap sudut untuk menghadapi situasi cemas. Sudah tentu situasi cemas ini kadang berada di luar kemampuan diri kita. Jadinya, kita memerlukan bantuan daripada pihak lain.


Selama hari ini, sekiranya berlaku kecemasan, kita hanya tahu talian 999 je kan, betul tak ? Ya, talian 999 banyak membantu dalam banyak situasi. Tapi adakalanya lebih bagus kalau kita ada pilihan yang lain berbanding hanya bergantung pada satu pilihan sahaja. Maka dengan itu, aplikasi MMSOS ini diwujudkan.

Bagaimana ia berfungsi ?

Pada mulanya, aku juga tidak berapa faham untuk menggunakan aplikasi MMSOS ini. Tapi setelah mendengar sendiri penerangan daripada pegawai-pegawai MMSOS pada minggu lalu, baru aku faham bagaimana ia berfungsi dan manfaat-manfaat disebalik aplikasi ini.


Ternyata, ia sangat mudah untuk digunakan. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, buka aplikasi MMSOS dan ikuti langkah-langkah yang berikut :
  • Tekan "Panic Button" : Bunyi siren akan berkumandang untuk menakutkan penjenayah (Boleh dimatikan sekiranya kecemasan itu tidak memerlukan bunyi siren)
  • Pilih bentuk kecemasan (Polis, Ambulans, Kebakaran, Kereta rosak)
  • Akan bawa ke satu page baru menunjukkan lokasi terdekat pegawai MMSOS dengan anda
  • Anda boleh kenal pasti pegawai tersebut melalui butiran yang akan diberi. Juga terdapat nombor telefon pegawai tersebut. Pegawai tersebut akan menghubungi sendiri pengguna yang memerlukan bantuan.
  • Seterusnya aplikasi tersebut akan memberitahu ETA (Estimate Time of Arrival). Jadi anda boleh tahu berapa lama yang anda kena tunggu sehingga bantuan tiba ke lokasi. 
  • Sebaik sahaja pegawai MMSOS sampai ke lokasi, pegawai tersebut akan scan QR code yang terdapat pada telefon pintar anda sebagai tanda bantuan telah sampai dan bagi memastikan pegawai yang sampai itu adalah pegawai yang benar-benar berdaftar di bawah team MMSOS.


Mudah dan pantas. Sebab itu aku rasa ia merupakan idea yang bagus mewujudkan aplikasi ini. Lepas nie tak adalah kita bergantung sepenuhnya pada talian 999. Walaubagaimanapun, talian 999 tetap dan sentiasa penting untuk sebarang kecemasan. Dengan yuran sebanyak RM365/setahun, pengguna yang melanggan aplikasi ini boleh menikmati pelbagai kemudahan dan kelebihan penuh yang ditawarkan oleh MMSOS.

Boleh rujuk gambar-gambar di bawah untuk butiran lebih lanjut.



Walaubagaimanapon, sekiranya pengguna memilih untuk tidak melanggan aplikasi ini, mereka masih boleh mendapatkan bantuan dengan menggunakan aplikasi ini dikala kecemasan. Bezanya cuma mereka tak dapat menikmati kelebihan-kelebihan seperti yang dinyatakan di dalam gambar-gambar tersebut. Kiranya mereka hanya dapat manfaat yang asas sahaja.

Boleh saksikan video di bawah bagaimana MMSOS ini dapat membantu pengguna di dalam kecemasan.


InsyaAllah, di mana jua anda berada, pegawai terlatih MMSOS berada di sekitar kawasan di seluruh Malaysia. Hal ini kerana MMSOS bekerjasama dengan pelbagai pihak supaya perkhidmatan kecemasan ini dapat dimanfaatkan oleh ramai penduduk di Malaysia. Dan mereka merupakan pegawai terlatih yang mengikuti kursus-kursus penting dalam menyalurkan bantuan kecemasan.

MMSOS bekerjasama dengan pelbagai pihak

Sangat bermanfaat aplikasi MMSOS ini kepada pelanggannya. Oleh itu, aku menyarankan semua untuk muat turun aplikasi ini di Play Store dan Apps Store sekarang. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman sesawang MMSOS.



Panik ? Jangan risau, MMSOS kan ada !


21 comments:

  1. Informative article, exactly what I needed.

    ReplyDelete
  2. Pd aida, rm1 sehari is ok la kan.
    Nowadays bahaya d mana2. Wujud nya apps gini amat bagus.
    Inisiatif yg baik utk masyarakat.
    Aida da inform asben. Dia akan tgk details.
    Aida kurang arif dgn lebih mendlm :) hi hi

    ReplyDelete
  3. Bagusnya aplikasi ni. Boleh bantu sesiapa yang perlukan bantuan kecemasan. Langkah awal yang bijak untuk mendapatkan bantuan kecemasan

    ReplyDelete
  4. Wah!! Bagusnya Aplikasi MMSOS nie.. AM pun nak download la dlm HP AM.. banyak benar kelebihan dlm aplikasi nie.. kena explore lg apa benefit yg AM akan dpt hasil dr aplikasi nie..

    ReplyDelete
  5. Bagusnya ada apps macam ni.Sangat menyenangkan orang ramai.Tapi jangan sampai tersilap guna sudehhh hehehe

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak bila ada apps macam ni kan. Sekarang ni memang asyik rasa risau je bila keluar takut ada gangguan kecemasan macam ni. Kalau biasa orang tengok sesuai apps ni untuk orang perempuan je kan. Tapi sebenarnya lelaki pun perlu jugak apps kecemasan macam ni

    ReplyDelete
  7. it's good to know this . thnk you

    ReplyDelete
  8. apps ni bagus untuk perempuan, lagi2 yang kerja shif malam tu, balik lambat malam2 bahaya skrg ni dah byk sangat jenayah...sangat berguna apps ni

    ReplyDelete
  9. Bagus apps MMSOS ini. Golongan wanita mmg disaranankan untuk gunakan app ni. Yelah mmg kan tak berbau. Saya dah subscribe taw app ni. huhuhu. Thanks Zharif for sharing

    ReplyDelete
  10. good to have this app in Malaysia. Now gonna tell my friends of this as most of them didn't know got this.

    ReplyDelete
  11. mudah untuk wanita like me. memang susah kot kalau di waktu kecemasan. panic mana boleh pikir dah. this apps memang convenient utk semua.

    ReplyDelete
  12. bagus app ni kan zharif? Boleh guna utk kegunaan tme emergency.. Lagi2 utk perempuan skrg ni... Mcm2 kes berlaku tnpa kita sedar awal.. Wawa dh install sebagai persediaan juga..

    ReplyDelete
  13. memang bagus mmos ni..nad dah install, kot-kot ada benda tak diingini berlaku, boleh diguna pakai..bukan orang perempuan je kena pakai, malah orang lelaki pun kalau dalam kesusahan boleh guna..terbaikla mmos

    ReplyDelete
  14. Dah install apps MMSOS dekat smarphone, memang bagus ada button MMSOS ni.. saat kecemasan sangat berguna

    ReplyDelete
  15. Bagus Aplikasi ni kan. Kalau kecemasan x derla risau sgt. Tekan jer panic button. Kena dinload apps ni kat semua tepon anak

    ReplyDelete
  16. Bagus betul apps ni. idea yang sangat bagus. Bangga dengan kemajuan teknologi Malaysia. Semoga dengan adanya apps ni membantu lebih ramai orang hadapi masalah yang tidak terduga

    ReplyDelete
  17. Inisiatif yang bagus dari pihak ini untuk membantu menjaga ketenteraman dan kesejahteraan penggunanya. Semoga negara kita kekal aman

    ReplyDelete
  18. Wah! MMSOS ni mesti kena ada. Cool! Skrg sy betul-betul faham aplikasi ni. Terima kasih atas info yang sangat bagus ni :)

    ReplyDelete
  19. oooo ada yuran rupanya aplikasi ni. tapi oklah untuk benda bagus kan. banyak pulak tu kelebihan dia. meman berbaloi la kan. lagi pon yuran dia tidaklah mahal sangt.

    ReplyDelete
  20. Betul juga tu. Kadang-kadang emergency sukar di jangka. Dengan adanya apps ini membantu kita di saat kecemasan kan. Bagus dan semua orang kena download .

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...