Sunday, September 30, 2018

Indobowl - Pelbagai Hidangan Yang Enak Menggunakan Mee Segera Indomie

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada minggu lalu, aku dan beberapa rakan blogger singgah ke Indobowl untuk menikmati makanan tengahari. Ini merupakan pertama kali aku mencuba menu-menu di sini. Secara umumnya, aku sangat menyukai menu-menu yang disajikan di sini. Jom ikuti butirannya !


Konsep makanan di sini ialah berasaskan Indomie Mi Goreng. Aku pasti, makanan segera Indomie ini sangat sudah sebati dalam hidup seorang pelajar. Yelah, biasanya dekat-dekat nak hujung bulan tu, memang Indomie yang akan dicapai. Maklumlah, masa tu baru sedar dah overly spent duit. Hahahaha

Beautiful moment captured by Dboy Ahmad

Agak menarik ya, rupanya banyak sajian boleh dihasilkan dengan menggunakan makanan segera Indomie nie. Bukan sekadar mi goreng sahaja. Jom aku bawakan kepada korang semua, menu-menu yang kami cuba pada hari tersebut.

Menu-menu yang telah kami cuba

Mumbo Jumbo Seafood Soto : RM 39.90

Kepada mereka yang hantu makanan laut, Mumbo Jumbo Seafood Soto adalah sangat disarankan. Memang meriah bahan-bahan dia. Dapat pulak dua telur goyang atas tu. Pecahkan kuningnya dan gaul, perghhh sedap !

Ayam Madura : RM 12.00

Ayam Madura nie yang macam ayam masak kicap tu. Rasa dia bukan macam ayam masak kicap. Ada masam-masam manis sikit. Tak pedas dan sesuai untuk dimakan oleh budak-budak.

Indomie Ayam Balado : RM 10.00

Kalau korang nak tahu, Indobowl bukan sahaja terkenal dengan sajian yang menampilkan makanan segera Indomie sebagai hero, tetapi ia juga cukup terkenal dengan sambal baladonya. Serious sambil dia best. Pedas pon pedas tapi bukan tahap melampau.

Indomie Daging Balado : RM 12.00

Sama dengan menu tadi, cuma yang ini versi daging pula. Mereka yang tak makan daging, boleh pilih untuk makan dengan ayam. Dua-dua okay je. Ikut citarasa masing-masing.

Chicken Chop Cheesy : RM 14.90

Terdapat dua menu Indobowl yang menjadi pujaan hatiku. Salah satunya ialah Chicken Chop Cheesy nie. Serious sangat sedap. Somehow cheese tu sangat sebati dengan rasa mee segera Indomie dan ayam tu. Tak muak langsung. Bagi aku tak muaklah, tak tahulah pendapat korang macam mana nanti. Sebab aku still boleh telan walaupun aku dah habiskan dua mangkuk. Oppsss !

Indomie Salted Egg Chicken : RMM 11.90

Dan satu lagi sajian yang menjadi pujaan hatiku di sini ialah Indomie Salted Egg Chicken. Ya Allah seriously sedap salted egg chicken dia. Makan macam tu saja pon boleh. Rasa macam nak bungkus bawak balik je. Walaupun sesetengah mengatakan salted egg chickennya agak kering, tapi bagi aku, rasa dia sudah cukup sempurna.

Soda Gembira & Es Cendol : RM 6.00

Oleh kerana aku tidak berapa fancy sangat dengan cendol, jadi aku memilih untuk minum air Soda Gembira. Bukan rasa bandung biasa-biasa je tau. Dia ada rasa soda dan ditambah dengan biji selasih. Sedap dan lain daripada yang lain.


Aku sangat berpuas hati dengan sajian-sajian yang dihidangkan di Indobowl ini. Lepas nie, boleh repeat lagi. Hihi. Untuk pengetahuan korang, Indobowl mempunyai dua cawangan sahaja buat masa sekarang ini. Jadi, kalau korang nak cuba makan di sini, boleh pergi ke cawangan yang berhampiran tempat tinggal anda.

INDOBOWL CAFE
72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur

INDOBOWL SUBANG JAYA
66, Jalan SS15/4c, SS15 47500 Subang Jaya, Selangor

Waktu beroperasi : Isnin - Ahad (11AM - 10.30PM)
Hubungi : 019-542 6869


18 comments:

  1. Nampak sedap kesemua makanan yang dihidangkan. Tak sabar nak menikmatinya juga..

    ReplyDelete
  2. Mumbo Jumbo Seafood soto nampak tempting sgt wei! haha. Erghh craving pulak bila tengok entri ni. Btw nice entry! hehe

    ReplyDelete
  3. Adoi, meleleh air liur tgk gambar makanan ni. Banyak pulak menu yang kita boleh buat dengan indomie tu kan. Selalu buat goreng biasa tu jek, takde lauk2 sedap gitu...

    ReplyDelete
  4. Ya allah Zharif..pagi2 akak tengok entry ni dengan lambakan makanan yang sangat2 ohsem...terus terliur akak dah ni ha..nak pergi jauh...kena pergi on weekend la ni..

    ReplyDelete
  5. Wahhh, pergi dgn Qiss sekali ehhh. Seronoknya makan makan di Indobowl. Nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  6. Indomi Goreng je kot! But..they really think outside the box. They expand very well too within this short time. Banyak betul variant indomi kat sini.

    ReplyDelete
  7. all the foodie looks so yummy! I also feels like eating it d.. drooling.. wanna go indobowl..

    ReplyDelete
  8. Sampai skrg teringat2 yg salted egg tu..sedap sgt..mumbo jumbo pun sedap arghhh semua la sedap hahaha

    ReplyDelete
  9. waa good to know! nampak sedap dan menyelerakan semua makanan2 yang ada tu! paing terliur nak try seafood tu, seronok betul tengok siap ada telur goyang atas dia perghh. 😍

    ReplyDelete
  10. wow gojes lah makanan nyer.
    2 telur goyang tu, aida tau dah, nurin & syuhada punyer, if lah aida order soto jumbo tu,zharif :)
    diorang pantang tgk telur goyang gitu cantik. will be theirs.
    in shaa Allah... next weekend nak bwk anak-anak jjcm ke ioi putrajaya.
    nak makan lain dari yg lain yg ada kat melaka ni :)

    ReplyDelete
  11. wow menyelerakan cuba tengok muka kak aiin yang sangat excited tengok makanan.. dulu dah pernah pergi Indobowl memang sedap makanan nya.. eh rasa nanti nak pergi sekali lagi weee...

    ReplyDelete
  12. Untungah dapat makan sedap selalu. Sis makan indome je kat umah..huhuhu.
    Nampak seda2 gak kan hidangan dia..terlioq tgok

    ReplyDelete
  13. Nampak gaya weekend nie Rawlins nak kena melawat yang dekat Sg Besi tu. Tak tertahan dok tengok kengkawan makan. Dah la memang suka Indomie Mee Goreng. Lazatnya pergh!

    ReplyDelete
  14. Tengok hidangan kat sini mmg nampak2 sedap. Tak sangka mee indomee ni blh buat macam2 hidangan dengan kreatif :-)

    ReplyDelete
  15. Jarang benar keluarga kami makan mee segera di rumah. Sebab hidangan ni banyak perisa dan lilin. nak sediakan kena basuh betul betul. Sesekali makan sedap juga kan

    ReplyDelete
  16. dulu masa stadi memang mama selalu makan mee segera. dah tua tua ni memang tak selalu dah makan macam dulu. Hehe

    ReplyDelete
  17. Sedap nya tengok indomie yg korang makan ni...
    Dapat idea dah nk masak apa nnt kalau buntu2..
    Buat indomie ala2 mcm ni

    ReplyDelete
  18. pernah makan indomie pack tu je.kedai indomie belum pernah cuba.berapa bintang zarif bagi kalau indomie punya kedai ni?harganya berbaloi tak?

    ReplyDelete