Monday, October 1, 2018

Agrobazaar Malaysia KLIA2 Tempat Lepak Santai Yang Menjual Pelbagai Produk Keluaran Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA2) sudah cukup sinonim buat para pelancong yang menggunakan khidmat penerbangan tambah murah Air Asia. Selain sebagai sebuah lapangan terbang, KLIA2 juga menawarkan pelbagai keseronokan buat pengunjungnya. Terdapat pelbagai kedai-kedai pakaian, restoran-restoran dan macam-macam lagi. Pokoknya, KLIA2 serba-serbi sangat lengkap. Nahhh, kalau KLIA2 sudah cukup sinonim dengan korang, pasti korang tahu Agrobazaar Malaysia yang terletak di KLIA2 nie.


Lokasi Agrobazaar Malaysia di KLIA2 nie sangat strategik. Ia terletak berdekatan dengan pintu masuk Perlepasan Dalam Negara. Mesti korang akan nampak sebelum nak ke imegresen. Untuk pengetahuan korang semua, Agrobazaar Malaysia sudah lama beroperasi di situ. Ia beroperasi sejak January 2017 lagi. Sekarang papan iklan Agrobazaar telah diberi nafas baharu. Nampak lebih menarik !



Wujudnya Agrobazaar Malaysia di lapangan terbang adalah untuk mempromosikan produk-produk keluaran Malaysia kepada pelancong-pelancong luar. Sedikit-sebanyak, orang luar boleh lihat kualiti produk kita setanding dengan jenama antarabangsa yang lain dan sekaligus menunjukkan kepelbagaian produk yang kita ada.


Terdapat banyak produk keluaran Malaysia ada dijual di sini. Antaranya ialah hasil buah-buahan tempatan yang bermutu tinggi, makanan-makanan yang cukup sinonim dengan rakyat Malaysia dan juga produk-produk hasil pertanian di Malaysia. Lebih 700 produk tempatan dijual di sini !


Selain itu juga, menu-menu sarapan dan makanan tengahari dihidang setiap hari. Sedap-sedap dan harganya sangat berpatutan. Sementara tengah menunggu pintu gate buka tu, apa kata singgah alas perut terlebih dahulu. Tak adalah perut kosong kat atas flight nanti. Dan yang lebih menarik lagi, setiap bulan akan ada tema makanan negeri yang dipilih. Jadi, korang bolehlah merasai makanan-makanan yang menjadi kebanggaan setiap negeri yang ada di Malaysia ini.


Korang juga boleh jadikan Agrobazaar Malaysia ini sebagai ruang untuk lepak-lepak santai sementara tunggu flight. Wifi ada disediakan. Laju pulak tu. Sambil-sambil tu, boleh pekena air kopi yang dijual di Kopiesatu.



Agrobazaar Malaysia juga mempunyai applikasi iaitu Agrobazaar Online, yang mana korang boleh membeli secara atas talian dan mendapat diskaun di setiap pembelian yang dilakukan secara atas talian. Berbaloi dan sangat convenient !


Senang je nak guna. Ikuti langkah berikut :

- Muat turun aplikasi Agrobazaar Online di Apps Store atau Google Play.
- Lancarkan aplikasi Agrobazaar Online di telefon pintar anda
- Log in akaun social media anda (Untuk pengguna kali pertama)
- Cari "Agrobazaar KLIA2"
- Pilih menu/barang yang menjadi pilihan anda
- Bayar secara atas talian atau Cash On Delivery (COD)

Mudah kan ? Jomlah ramai-ramai muat turun aplikasi Agro Bazaar Online sekarang. Banyak diskaun menanti anda.


Maklumat lanjut mengenai Agrobazaar Malaysia boleh ke laman rasmi Facebook mereka : https://www.facebook.com/AgrobazaarMalaysiaKLIA2/

20 comments:

  1. Kalau ke klia2 nt nnak singgh sini..br tahu psl ni

    ReplyDelete
  2. Yes, ini lokasi sgt strategik kan. Kiranya pintu keluar masuk ke Malayisa. Pastinya kedai ni akan menjadi tumpuan pelancong asing.

    ReplyDelete
  3. wah, nanti ke klia nanti i check out la barangan disini, tapi tak mahal ke macam kita boleh dapat di tempat biasa sahaja ? i rasa mungkin ianya lebih kepada tarikan untuk pelancong.

    ReplyDelete
  4. banyak nya barang boleh beli.. jom pergi shopping dan lepak di agrobazaar.. must be enjoying... syok!

    ReplyDelete
  5. Bagus adanya Agrobazaar ni sebab selain menjadi tempat santai sementara tunggu flight, barangan dan produk yang dijual di sini dapat di ketengahkan lagi kepada pelancong dalam dan luar negara..tak sabar akak nak pi sini nak skodeng apa yang best

    ReplyDelete
  6. Ohhh dah ada kat KLIA2 bagus lah macam ni sebab pelancong yang datang akan terus boleh nampak produk tempatan dan buat sebagai cenderamata untuk bawa ke negara mereka. Selalu tengok jenama luar jer jual kat KLIA tu mentang-mentang mahal hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Eh ada eh...tak perasan pun hari tu...macam best ja..boleh kenalkan buah-buahan tempatan dekat pelancong asing kan...good ideas ni...

    ReplyDelete
  8. Hehe kalo ke agrobazaar online tu jgn lupa soping Min’z Sambal Hitam Paang swkali tau hehe cuma utk Agro Bazaar kat klia ni tak sempat lagi nak join heheh..

    ReplyDelete
  9. Wahhh menariknya. Macam2 outlet ada kat klia 2 sekarang ni. Memberi peluang kepada pelancong untuk mendapatkn makanan dan apa2 sahaja yang melambngkan Malaysia dengan cara yang mudah dan cepat

    ReplyDelete
  10. Konsep menu makanan mengikut tema setiap negeri di Malaysia menarik minat AM.. walaupun x ke negeri pahang boleh merasakan masakan org negeri pahang kiranya.. uisshh.. memang bombastikk!! Haisshh.. asyik ingat masakan negeri pahang je nie.. AM suka patin masak tempoyak.. sedapp wooo

    ReplyDelete
  11. Sambil sambil pelancong turun transit di sini kan, boleh lah shopping produk keluaran tempatan. Kalau lagi pandai boleh dapat networking dengan peniaga luar negara

    ReplyDelete
  12. Rasanya pernah lalu kt agro bazar klia2 ni. Tk sempat singgh je lg. Nmpk menarik dimana produk2 tmptn boleh diperkenalkan secara tak langsung. Nak singgah sini . Siap ad app. Advance sgt. huhuhu

    ReplyDelete
  13. Eh tak perasan pulak selalu juga touch down klia2 dari penang . Nak cari lah agro bazar ni bila datang klia2 lagi . Banyak jenis barangan Yang ad kat sini

    ReplyDelete
  14. bagusnya ada Agrobazaar Malaysia ni di KLIA2, dapat juga perkenalkan produk Malaysia kepada pelancong luar. yang menariknya siap ada app lagi, nak membeli dengan diskaun download je kan

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  15. Wow bestnya , memang laku keras la kalau kat klia2 , hihi , lama tak jejak klia , banyak dah kedai2 kat sana ek

    ReplyDelete
  16. Owhh baru bukak ya..baguslah ada agrobazar ni kat sana. Rambang matalah pelancong luar negara tgok nanti..selalu kita je rambang mata tgok barangan mereka kat airport diorg. Nanti kalau ke sana bolehlah singgah

    ReplyDelete
  17. Agrobazaar ni dah lama ada kat situ ke or baru? Sebab macam tak perasan pulak selama ni. Bagus inisiatif macam ni, untuk ketengahkan produk2 keluaran tempatan. Rasanya perlu lebih banyak kedai sebegini dibuka di lebih banyak tempat.

    ReplyDelete
  18. Bulan 11 nanti buat pertama kali kami sekeluarga akan naik flight di klia 2. kebetulan tu boleh singgah sekali ke sini kan

    ReplyDelete
  19. wahh baru ke ni? Sbb sebelum ni xnmpk pon? Macam2 dh ada kt klia2 ni baguslah..memudahkan org yg dtg sini kan.. Mcm2 produk tmptn pun ada dijual kat sini... Snanglah pelancong nk beli belah brgn tmptn kt sini nnti..hehe

    ReplyDelete
  20. Dah lama tak pergi ke KLIA..hehe..tapi bags ada abgrobazar ni..bolehla membeli, makan atau duduk sementara menunggu flight kan...banyak juga barang yang dijual dekat sini erk..

    ReplyDelete