Friday, October 5, 2018

Philips Viva Collection Airfryer XXL Kini Di Pasaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam, aku berkesempatan menghadiri sesi pelancaran airfryer keluaran terbaru daripada Philips. Airfryer yang terbaru ini lebih besar, lebih sihat dan lebih baik berbanding keluaran airfryer sebelum ini. Jom tengok apa yang bagus sangat airfryer keluaran terbaru Philips nie.


Zaman sekarang, masyarakat sudah mula memberi perhatian terhadap pemakanan yang mereka ambil. Ini merupakan satu kesedaran yang sangat bagus bagi mengelakkan penyakit-penyakit berbahaya yang timbul akibat pemakanan yang kurang sihat. Tetapi, masakan bergoreng masih lagi menjadi kegemaran ramai. Tak perlu risau, dengan adanya airfryer, ia bukan satu masalah lagi.

Comel model cilik nie. Kecik-kecik dah pandai posing

Bukan setakat mudah dan cepat, malah ia menyihatkan juga ! Tak hairanlah permintaan terhadap airfryer di kalangan masyarakat meningkat sejak akhir-akhir ini. Philips kini mengeluarkan satu lagi airfryer dan airfryer kali ini bersaiz XXL. Ini merupakan versi paling terkini keluaran Philips. Saiznya cukup besar dan boleh menghidangkan 6 portion makanan dalam satu masa. Sangat menjimatkan masa !

Philips Viva Collection Airfryer XXL

Saiznya itu boleh memuatkan satu ekor ayam bersaiz besar. Ia juga boleh memuatkan sebanyak 1.4 kg kentang goreng dalam satu masa. Besar tu ! Jadi lepas ini, mudahlah untuk menyediakan masakan dalam kuantiti yang banyak. Pasti ibu-ibu di luar sana sedang senyum kegembiraan sambil cuit-cuit sang suami untuk belikan satu. Eh 🙈


Ia bukan sahaja bersaiz besar, malah ia juga sangat menyihatkan. Teknologi yang digunakan mampu mengurangkan lebih 90% kurang lemak. Dengan menggunakan teknologi Fat Removal dan Twin TurboStar berkuasa 2225W, sangat berkesan mengurangkan lemak pada makanan. Lihat sahaja minyak yang berjaya ditapis oleh Viva Collection Airfryer XXL ini.


Minyak yang berjaya dikeluarkan lebih banyak berbanding menggunakan airfryer keluaran terdahulu. Bayangkan minyak sebanyak ini terkandung di dalam ayam yang korang makan ? Sangat tidak sihat okay. Menggunakan airfryer XXL nie dapat menapis semua lemak-lemak tadi. Dan yang paling best, sesi membersihkan airfryer ini sangat mudah dan senang kerana penapisnya boleh ditanggalkan dan dibasuh.


Lepas tengok demonstrasi masakan semalam, terus rasa nak beli satu untuk dekat rumah. Yelah, bukan sahaja boleh menggoreng, nak bakar kek pon boleh, grill pon boleh, panggang pon boleh, dan macam-macam lagi. Kira semuanya dalam satu. Bukan terhad untuk menggoreng sahaja. Serious best !


Berikut merupakan spesifikasi air fryer keluaran terbaru Philips

The Philips Viva Collection Airfryer XXL (HD9630/99)
Kuasa : 2225W
Suhu : Up to 200C
Features : Twin TurboStar Technology & Fat Removal Technology
Harga : RM 1699.00


PROMOSI !!

Dari 2 hingga 7 October 2018, bertempat di Ground Floor Atrium IPC Shopping Centre di Mutiara Damansara. Korang boleh memiliki The Philips Viva Collection Airfryer XXL dengan harga RM 1499.00. Jangan lepaskan peluang untuk membawa pulang airfryer keluaran terbaru Philips dengan harga promosi ini. Cepat !


17 comments:

  1. wow super fast posting here, I just saw you posted yesterday. Hehe.. indeed nice brand to try, now they have models.

    ReplyDelete
  2. wah harga dia makin lama makin mahal hahahha... macam tu kena kumpul duit sikit sikit ni tak pun tunggu bonus next year will think about it.. hahha kalau peralatan canggih kalau malas masak memang tak berbaloi pula kan hahahahaha

    ReplyDelete
  3. Menawan hati dan memukau kalbu la Air Fryer tu..kalau dapat sebiji kan best..boleh masak macam2 dan memudahkan...apa kata Zharif hadiahkan kat akak nanti...eh...warna hitam tu menarik sangat

    ReplyDelete
  4. Akak dulu memang nak beli air fryer tp nak yang boleh muat sekor ayam. Sekali philips dah keluarkan pula! Happy gila! Seronok sangat! Sebab family akak suka makan nasi ayam. Jadi akak dah tak perlu nak goreng ayam besar sekoq tu dalam seperiuk minyak. RM 1699 tu harga dia telan air liur. kena menabung.

    ReplyDelete
  5. Bestnyaa kalau ada air fryer nii! qeela dah lama jugak usha2 air fryer, mmg terliur jugak tgk yg berjenama dikenali sedia ada ni tp insyaAllah ada rezeki lebih nnt boleh beli air fryer ni pulak. mmg suka sgt if ada air fryer, sehat cara memasak tu hehe.

    ReplyDelete
  6. bila tengok harga tuh rasa nak nangis pun hado gak ni, tapi betul kata orang kualiti mestilah seiring dengan harga kan. betul tak ex-cekgu? hehehhee

    ReplyDelete
  7. Philips selalu menjadi andalan keluarga dari dulu. Produk produknya sudah terpercaya dimana mana sebab kualitasnya sdh terjamin. Terus berinovasi

    ReplyDelete
  8. syok nya... i pun terasa nak try try airfryer philips ni.. philips products are always great and nice... time to fry with philips airfryer..

    ReplyDelete
  9. Air fryer paling sempoi. Tak perlu pakai minyak untuk goreng ayam. Paling senang, perap ayam sekejap sebelum diletakkan dalam air fryer ni. Walla! Siap dah ayam goreng tanpa guna minyak. Lebih sihat gituu!

    ReplyDelete
  10. Wow lajunya dan pantas hehehe kita suka produk Philips ini memang bagus dan berkualiti dah banyak kat rumah kita beli produk Philips ini tapi yang ni sangat besar saiznya XXL kita punya keluarga ramai juga nak masak banyak...

    ReplyDelete
  11. Wahhhh size lagi besar! Terbaik laaaa Philips. Ibu ibu yang tersenyum gembira tu kita laaaa. . Kena kumpul duit ni grab seketul, memudahkan masak² nanti

    ReplyDelete
  12. my dream kitchen appliance~~~~~can fit a chicken~! and the chicken look so yummy~ I thought air fryer will make chicken darker but seem not >.<

    ReplyDelete
  13. Wowww saiz besar tu. Memang tengah plan nak beli air fryer ni. Tengok yang baru ni lagi best nak kena kumpul duit tabung lagi ni. Saja tau zharif duk tayang air fryer ni

    ReplyDelete
  14. Dah lama cari airfryer macam ni. Masih menabung lagi nak beli ni. Nampak jenama philips ni menarik. Nanti nak try usha la kat kedai. Tunggu duit tabung cukup dululah. Hehe.

    ReplyDelete
  15. Kalau kak liez dpat xxl air friyer philip ni mmg hari-hari masak berpanggang la. Dengan kapasiti besar pulak memang seronok klau dapat ni. Simpan duit untuk beli air fryer philip ni tau...alang-alang nak beli terus nak yang besar hihihi

    ReplyDelete
  16. aida da empunya sebiji air fryer philips tau, zharif.
    sgt la membantu. sgt la bagus. sgt la best!
    masa aida beli tu RM1k. now da murah dah. sebab model baru byk da keluar, kan.
    especially bila frozen food like sosej, nugget, drummet. guna cara air fry, sgt sihat.
    kalau guna minyak, cara konvensional, berminyak!!! so, beli la air fryer. sgt sihat dan sgt mudah guna nyer.

    ReplyDelete
  17. Cantiknya warna dia..hitam itu menawan. Sis dah ada tapi sis punya putih. Senang nak masak dalam ni, tak yah gunakan minyak so berkhasiat untuk makanan seisi keluarga. Cuma sekarang dah lama tersimpan kat stor, nampak gaya kena keluarkan dan gunakan balik lah

    ReplyDelete