Sunday, October 28, 2018

Hilangkan Parut Chicken Pox Untuk Orang Dewasa

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Dah lama aku nak kongsikan pasal pengalaman aku kena chicken pox di usia dewasa ini. Ramai kata, demam campak nie biasanya kena waktu kecil je. Jarang jumpa yang kena masa umur dewasa. Tapi sejak kebelakangan ini, ramai pulak yang kena chicken pox pada usia dewasa. Pelik, tapi itulah yang berlaku. Dan katanya, chicken pox nie memang penyakit "wajib" kena setiap individu. Sekali seumur hidup. Tapi masalahnya, ini kali kedua aku kena chicken pox tau !

Ibu chicken pox. Bintik pertama muncul dan yang paling besar. Sampai sekarang meninggalkan lobang. Sedih !

Aku pernah kena masa umur aku 10 tahun. Aku ingatkan aku dah lepas dari azab demam campak nie. Tuptup kena lagi sekali pada usia aku 24 tahun. Agak sedih dan down jugaklah masa tu. Yelahh, bila umur dah dewasa nie, nak hilangkan parut chicken pox bukan satu benda yang senang. Dan kemungkinan boleh menjadi parut kekal.

6.6.2017. Nak masuk minggu kedua berpuasa

Nak-nak pulak kawan kau jenis yang tak sensitif, time kau kena chicken pox tulah time tu dorang nak menakutkan kau dengan kata "Habislah muka kau lepas nie, berparut berlobang sana sini"

Choii !

Alhamdulillah, sepanjang aku hidup di muka bumi yang fana ini (cehh !), aku belum pernah mengalami masalah kulit muka yang teruk. Jerawat satu dua setiap bulan tu, normal bagi aku. Tapi Alhamdulillah, jerawat aku pon bukan jenis jerawat batu dan jenis yang besar. Ala-ala hidup segan mati tak mahu. Sebab tu, bila kena chicken pox nie, aku rasa down sangat. Seriously sangat insecure !


Tapi Alhamdulillah, tak adalah lama sangat aku kena chicken pox nie, i mean, lepas 5 hari, ia mula berkurangan dari segi kadar pertumbuhan chicken pox baru. Hari kelima dah surut. Tapi the first 5 days tu, ya Allah memang dahsyat sangat muka aku. Seolah-olah tak ada ruang lagi untuk chicken pox itu menapak sebab semua dah dipenuhi.


Macam mana nak redakan chicken pox dengan cepat :
  • Minum air kelapa muda fresh setiap hari. Memang tiap hari aku minum air kelapa muda. 2 ke 3 biji sehari pon tak apa. Sebab nak bagi semua keluar.
  • Jangan makan kicap. Sebab takut parut tu bertukar warna hitam. Sejauh mana kesahihannya tu, aku tak pasti.
  • Jangan makan makanan laut sebab takut makin gatal. Tapi aku makan je udang dan sotong masa kena chicken pox nie. Alhamdulillah, sepanjang aku kena chicken pox, aku tak rasa miang dan gatal langsung. Tak seperti apa yang orang-orang khabarkan pasal demam campak yang biasanya akan buat pesakit gatal-gatal dan rasa nak menggaru. Aku tidak mengalami apa-apa kegatalan LANGSUNG. 
  • Jangan kena air hujan sebab air hujan ada acid nanti makin dalam lobang parutnya. Juga tak pasti kesahihan pantang-larang ini. Alaaa kau memang akan duduk rumah pon. Segan nak jumpa orang ramai dengan muka tak siap macam nie. Lulz
  • JANGAN GARU DAN KOPEK KUPING YANG DAH KERING (AWAS KAMU !!!)

Ini antara petua dan pantang larang yang aku amalkan dan ambil daripada kawan-kawan yang sangat prihatin dengan aku ketika itu. Thank you guys sebab kongsikan petua nie. Jadi, korang bolehlah ikut kalau korang kena demam campak nie.

Skin getting better after a week and a half

My very first public appearance after 2 weeks kena chicken pox.
Shopping raya dekat Mitsui Outlet

Woii malu gila masa nie. Memang insecure habis. Orang lalu je mesti toleh dua kali. Mesti dorang bermonolog, kenapalah agaknya muka mamat tu. Ada orang tu syok shopping untuk raya, aku memang tak ada mood langsung nak shopping masa tu. Muka tak siap nak raya acano.

1 Syawal 2017.
Beraya dengan muka tak siap. Pakai filter pon tak membantu T__T

Tapi raya is raya. Tetap kena sambut. Cumanya tulah, rasa dia lain sikit. Nak bergambar tak best.

Tak sangka pulak ada yang berminat nak tahu macam mana aku hilangkan parut chicken pox nie. Tak adalah 100% hilang, tapi boleh dikatakan 95% parut aku sudah tidak kelihatan dan yang tinggal nie pon, tak nampak sangat. Alhamdulillah !


Aku pakai Mederma proactive gel selepas kuping-kuping chicken pox tu tertanggal dan kering. Selepas hampir dua minggu kena demam campak, aku mula pakai produk Mederma nie. Dalam 5 bulan ke 6 bulan jugaklah pakai, lepastu tak pakai dah. Malas. Hahahahaha

Memang sangat istiqamah aku masa tu. Pakai 2 kali setiap hari. Sebelum tidur, wajib tepek Mederma Gel dekat semua parut chicken pox yang ada kat muka. Yang kat badan aku tak kisah sangat sebab bukan aku nak dedahkan badan sentiasa, ye dakk ? Tapi tulah, badan aku bersih dari parut demam campak nie. Pelik betul dibuatnya.

A month after. Not even filter can cover my chicken pox scars. Okay nangis T__T
Tapi semakin pudar dan parut hampir kesemuanya hilang dari radar masa nie.
Dan surprisingly, badan aku tak ada pulak parut. Padahal penuh jugak chicken pox kat badan aku.
Gambar badan tak nak tunjuklah. Tunggu sado nanti aku tunjuk. Kah ! 😂

Produk nie mahal kot dekat farmasi/Watsons/Guardian. Dulu harga dia dalam 30 lebih macam tu. Tapi dengar cerita sekarang dah naik kepada 40 lebih. Perghhh ! Saiz dahlah kecil je. Parut chicken pox nie pulak banyak, jadi memang cepatlah habis. Tapi jangan risau, mari aku ajarkan cara-cara untuk dapatkan Mederma Gel ini secara "percuma".

Terkejut jugak aku bila ramai nak tahu macam mana caranya untuk dapatkan produk nie secara percuma di poll yang aku buat di instagram. Aku ingat ramai yang tahu teknik nie. Mari aku ajarkan.

1. Mesti kena ada kad panel/medical card

Aku percaya, zaman sekarang nie, hampir kesemua manusia ada medical card. So gunakan kad panel korang tu untuk "beli" Mederma Gel nie. Sebab tu aku consider aku dapat secara PERCUMA sebabnya aku tak keluar duit pon. Hihi.

2. Cari klinik yang terima pembelian ubat kosmetik menggunakan kad panel

Mederma Gel nie ialah ubat parut, dan ubat parut termasuk dalam ubat kosmetik. Kad panel tak cover ubat-ubat kosmetik. Jadinya memang tak boleh "beli" produk Mederma nie. Tapi still korang boleh beli, DEPENDS pada budi bicara klinik tersebut. Klinik tu pon nak buat duit, so bergantung pada klinik lah yer. Kalau nasib korang baik, maka dapatlah "beli" ubat nie menggunakan kad panel.

Klinik yang aku pergi nie beritahu aku, yang aku sebenarnya tak boleh beli Mederma Gel nie menggunakan medical card tu. Tapi dia kasi sebab dalam sistem apa benda ntah, dia tukar nama Mederma Gel nie kepada nama ubat lain yang sama harga. So that bila klinik tu nak claim duit dari kad panel tu, tak jadi masalah.

3. Cari klinik yang ada jual Mederma Gel

Tak semua klinik ada jual ubat parut. Jadinya, korang kenalah tawaf satu persatu klinik yang terima kad panel yang korang ada tu untuk bertanyakan soal Mederma Gel nie. Biasanya, Klinik surgeri ada jual ubat parut. Klinik-klinik biasa jarang jumpa, tapi ada yang ada.

Dan tak semua klinik jual ubat parut yang sama. Kadang dorang jual ubat parut jenama lain. Tapi aku sambar je semua ubat parut. Alang-alang boleh beli menggunakan kad panel tu, so why not kan. Sebab bila kita dalam keadaan insecure, anything yang berkemungkinan boleh membantu untuk mengurangkan rasa insecurity tu, kita akan cuba. Termasuklah dalam kes menghilangkan parut demam campak di muka nie. Tapi Alhamdulillah, aku jumpa klinik yang membenarkan aku membeli Mederma Gel menggunakan kad panel.

Maaf, aku tak boleh beritahu nama klinik tersebut. Takut akan ada isu lain pulak di kemudian hari. Tapi klinik tu terletak dekat Meru. Masa aku praktikal sebagai kaunselor pelatih dekat UiTM Puncak Alam tahun 2016, aku gigih cari ubat parut. Sebab masa tu aku baru lepas eksiden. So nak hilangkan parut dekat tangan. Aku tawaf satu klinik Puncak Alam, Meru dan sedikit di kawasan Klang. Sangat gigih !

Alhamdulillah, jumpa klinik yang jual Mederma Gel di salah sebuah klinik di Meru. So, kepada mereka yang tinggal berdekatan Meru Selangor tu, semoga kalian menemui klinik yang bertuah itu. Hihi

TIPS PENTING : Korang jangan mentang-mentang boleh beli ubat Mederma nie guna kad panel, korang pergi bantai beli setiap hari. Aku dapatkan selang 2 minggu. Walaupun Mederma Gel tu belum habis, selepas 2 minggu, aku akan datang ke klinik tu dapatkan Mederma Gel untuk buat stok. Pandai-pandailah korang nak hidup. Takkan helah nie pon nak kena ajar. Lulz

25 February 2018. By this time, aku dah stop penggunaan Mederma gel tu. Korang nilai sendiri. No filter at all.
Taken using Canon EOS 80D, shot by Dboystudio

Itu sahajalah. As aku cakap, tak adalah 100% hilang. In fact, dahi aku masih lagi berlubang sampai sekarang. Cumanya tak nampak sangat. Parut yang dahulunya hitam, sekarang dah ikut warna kulit dan kulit pon dibaik pulih. Alhamdulillah, muka aku tak berapa nak rosak disebabkan demam campak tu.

Kadang rasa tak percaya pon ada sebabnya bila tengok gambar masa kena chicken pox tu, ngeri kot ! Hampir semua bahagian muka dipenuhi dengan virus chicken pox.

Apa-apapon, kita hanya mampu ikhtiar dan usaha untuk merawat. Alhamdulillah, it works for me and i really hope it works for you guys as well. Semoga bermanfaat perkongsian aku kali ini dan selamat mencuba !

INI BUKAN POST BERBAYAR. HARAP MAKLUM.

Notakaki : Gambar kat atas-atas tu kadang aku guna kamera depan, so dia jadi terbalik. Sekejap kat sini, sekejap kat sana. Tapi still muka aku. Dan aku TIDAK MEMBENARKAN sama sekali muka aku digunakan untuk apa-apa promosi produk-produk kecantikan lain untuk keuntungan individu atau mana-mana organisasi. Sekali lagi diingatkan, ini bukan entri berbayar.

11 comments:

  1. tu yang seram tu bila tahu boleh kena balik chicken pox padahal dulu masa kecik dah kena dah. Anyway thanks for the tips ya, nanti kalau kena tak lah risau sangat dengan parut chicken pox.

    ReplyDelete
  2. Oo Mederma Gel rupanya. Ok take noted dah tau nak guna apa kalau terkena nanti huhu

    ReplyDelete
  3. Penah guna bio oil dgn hiruscar utk hilngkan parut xcident, mmg xjadi apa sbb xcident teruk kot..huhuk..

    ReplyDelete
  4. Bahaya demam campak ni, kalau kali pertama tak kuar abis dia akan repeat balik...yg payahnya nak hilangkan parut tu

    ReplyDelete
  5. OMG! baru lepas kena bulan 8 hari tu..1st time kena nangis woahh memang tinggal kesan sampai sekarang kat dahi..struggle nak pulihkan..haha..

    ReplyDelete
  6. sorry lari topic sikit. sb ada terbaca blog pasal interview pendidikan biologi dekat upsi yg zaman 2013 dlu. nak tanya apa keputusan interview tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah masuk semester ke-2 master dah pon. hahahhaa

      Delete
  7. Masa chickenpox subur tu pakai apa kat muka, boleh guna mederma gak ke

    ReplyDelete
  8. I do have parut chicken pox berlambak gilaa kat muka kena masak 6 tahun sekarang dah umur 20 tahun makin berlekuk yee parut tersebut -_-

    ReplyDelete
  9. Thanks sharing. Ini hari ke-15 lepas chicken pox. memang haru tgk muka yg dihujani dengan periuk api...sudah tu gatal sangat macam dilumur sekam padi satu badan. Untungnya Zharif tak rasa gatal. Bertabahlah kepada sesiapa yang akan kena atau sedang mengalami...akan berlalu jua semuanya;)

    ReplyDelete
  10. Terkene chicken pox dan rasa malu sbb parut menyebabkan aku smpi di blog ini... Day 2..�� ��

    ReplyDelete