Assalamualaikum dan salam sejahtera
Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018. Kempen ini berlangsung selama 3 bulan. Nak tahu macam mana ? Ikuti butirannya.
Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Jadi lepas nie, tiada alasan lagi untuk liat membayar zakat. Sekarang guna platform atas talian sahaja. Tak perlu bersusah payah ke pejabat zakat untuk membayar zakat.
Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP (www.zakat.com.my).
Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti. Dahlah Allah berkati rezeki kita sekiranya membayar zakat, dapat peluang untuk menang hadiah lagi, nikmat tuhan mana yang hendak kau dustakan. Ewahhh !
Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuan dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.
SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN:
- Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP – www.zakat.com.my/kempen
- Tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 – 31 Oktober 2018.
PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP. Semoga ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5% yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar.
PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat
Best lah dah ada saluran untuk Zakat ni. Yang layak memberi zakat jangan lupa bayar zakat okay. Tiada alasan untuk tidak membayar zakat. hehe.
ReplyDeleteSekarang ni nak berzakat ni pun dipermudahkan. Click ajer. Takde lah alasan tak nak tunaikan zakat lagi kan?....after all untuk membantu mereka yang memerlukan juga....lagi satu...untuk menyucikan harta kita....
ReplyDeleteAlhamdulilah,sekarang ni semuanya mudah...jadi dah takde alasan yg macam2 lagi kan...
ReplyDeleteSambil membayar zakat,boleh menang hadiah lagi pulak...bestnyerrrr
Bagus ni sebab dengan cara ni kita tak la culas lagi atau pun terlepas pandang untuk bayar zakat kan? Maklum la dah tak payah nak beratur panjang bagai melalui online je dah boleh buat pembayaran zakat
ReplyDeletePortal ni memang bagus untuk create awareness.. great campaign for all muslim to bayar zakat.. nice one.... it's a great information to know..
ReplyDeleteGood way to pay zakat in easiest way. Fast and efficient. No more reason on why you cant pay
ReplyDeletebagus sangat medium ni! sekarang dah tak ada alasan netizen untuk tak bayar zakat kan . btw boleh ke dia buat penolakan auto setiap bulan? teringin nk buat
ReplyDeletewajib zakat sebab dalam rezeki kita aada rezeki orang-orang yang memerlukan..kempen sebegini elok di ppromosikan dengan lebih kerap .
ReplyDeleteni utk wilayah jer kan?
ReplyDeletemelaka, aida cek, lom ada contest :) hi hi hi hi...
aida memang ketepikan satu amaun tiap bulan, dari gaji,khas utk zakat.
kira-kira. yg penting, free from income tax.
before end of the year, memang wajib la aida & asben gi byr, salah satu rukun Islam kan :)
Zakat sekarang sangat mudah..takda alasn lagi tak boleh bayar zakat..ada macam-macam cara nak bayar zakat..guna online pun boleh..wah ada pertandingan ke..hadiah pun nampak menarik ni
ReplyDeleteBagus ada kempen2 macam ni. Kite berzakat sambil dpt ganjaran. Mana tahu rezeki kan. Galakkan ramai lagi org diluarsana yang terlupa atau terlepas nk bayar zakat bila ad kempen2 mcm ni. Nanti nk try bayar zakat melalui ppz ni lah.hehehe
ReplyDeleteBagus juga adanya kempen macam ni, menggalakkan orang ramai membayar zakat, dah senang macam ni tak ada lah alasan untuk tak membayar zakat. Jom lah kita berzakat
ReplyDeleteAlhamdulillah kita dah daftar untuk zakat secara online ni memang mudah dan sangat menyenangkan kita. Tak perlu nak fikir tiap-tiap tahun untuk pergi membayar hehehehe lagi rasa yakin...
ReplyDeleteWah! sekarang nak berzakat semudah itu je.. main klik klik je kan?? Sambil berzakat berpeluang memenangi hadiah tajaan!! Alhamdulillah..lebihan rezeki yg ada tue dapat berkongsi dgn golongan yg memerlukan.. saham tiada tandingan tue
ReplyDeleteBagusnya kempen bayar zakat ni menggalakkan ramai lagi u tuk hayar zakat. Kadang2 kita lupa pentingnya zakat ni sedangkan ramai golongan asnaf yang memerlukan .
ReplyDeleteMudah ada kaedah pembayaran yg pelbagai ni. Emi nasa mula2 kerja haritu agak confuse sket pasal pengiraan zakat bagai ni. Duk tanya jugak kakak dan senior2 yg pernah bayar zakat. Rupanya banyak cara yg kita blh gunakan utk bayar zakat.
ReplyDeleteJom berzakat selain daripada tuntutan agama. Salah satu yg cara kita membersihkan harta adalah melalui berzakat. Yang best banyak Hadiah ditawarkan pulak tu
ReplyDeleteBagusnya.. siap boleh dapat menang hadiah tu. Tapi memang senang bayar zakat guna online ni. Cara kira pun ada disediakan. Mudah. Hope lepas ni ramai la yang akan bayar zakat kan.
ReplyDeleteNo more xcuse ssh la nk byr zakat bgai kan...now dah ada online lgi..dah senang byk..siap boleh dpt hadiah lg
ReplyDelete