Friday, October 19, 2018

Pengalaman Mendaki Gunung Angsi Bersama Kaum-kaum Ibu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Beberapa minggu lalu, aku dan kaum-kaum ibu telah pergi mendaki ke Gunung Angsi yang terletak di Negeri Sembilan. Aku pon tak tahu hantu apa yang merasuk aku bila aku mengatakan "yes" kepada ajakan ibu aku nie. Yes, dialah yang ajak aku untuk turut serta ekspedisi mendaki Gunung Angsi nie.


Masa nie aku sebenarnya tak tahu dorang nak mendaki ke bukit atau gunung mana. Aku pakai ikut je. Mana dorang mendaki, di situlah aku daki sampai berdaki. Terkejut tak, kalau aku beritahu bahawa ini merupakan kali pertama aku mendengar nama "Gunung Angsi" ? Hahahaha. Aku agak tidak berapa cakna akan nama tempat ya. Bukan di negeri orang sahaja, malah di negeri Selangor tempat tumpahnya darahku juga begitu.


Aku pun tak tahu kenapa semangat betul ibu aku nie nak pergi mendaki. Padahal dia nie bukanlah begitu "fit" untuk mendaki. I mean, she can walk and all but not for this kind of activity. This was not her first time tau, surprisingly she has hiked a few hills before. I don't know about this until she told me on that day. Agak terkejut jugaklah.

Me being extra escorting my mum deep into the jungle

My mom hiked a bit slow which i can understand that. Banyak sangat berehat dan berhenti. Hahaha. Tapi aku suka semangat dia. Walaupun dia tak berapa "fit" untuk aktiviti seperti ini, tapi dia nak buat jugak. Nak mendaki Gunung Angsi nie, untuk yang fit, dalam 1 jam setengah dah boleh sampai dah rasanya. But we took 3 hours to reach to the top.


Dan dalam pada sedang mendaki tu, boleh pulak jumpa lipan. Mak ai saiz dia besor betul. Menyeramkan !! Agak mencabar jugak mendaki Gunung Angsi nie. Tinggi pon tinggi dan banyak jalan penuh liku. Rasa macam lama sangat dah daki tapi tak sampai-sampai jugak. Selisih dengan pendaki-pendaki yang nak turun, dorang bagi semangat dan beri tempoh masa. Setiap kali jumpa orang, dorang cakap "lagi 30 minit sampai ke puncak". Kitorang pon rasa gembira sebabnya dah hampir sampai. Tapi bila dah mendaki lagi untuk 15 minit, orang yang kami selisih, cakap "lagi 30 minit nak sampai ke puncak". Sampai ke sudah kami tak sampai-sampai. 30 minit yang tiada pengakhiran rasanya.


Dan akhirnya kami sampai ke puncak Gunung Angsi setelah 3 jam mendaki. Fuhhh rasa satu kejayaan besar untuk aku dan keluargaku. Terutama sekali ibuku. Aku sangat gembira dapat sampai ke puncak sama-sama dengan dia. Walaupun lambat tapi tetap sampai jua.


Sesampai kami ke puncak, ramai dah pendaki-pendaki sedang beristirehat. Dorang siap masak-masak lagi kat atas puncak tu. Semua kelengkapan cukup. Aku syak mereka dah banyak pengalaman mendaki. Sebab tu serba-serbi lengkap. Kami nie bawak apa ada je. Tapi nasib baik kami mendaki bersama dengan kumpulan mak sedara aku nie. Dorang memang hampir tiap-tiap hari mendaki. Jadinya, dorang tahulah apa yang nak dibawa dan diperlukan bila sampai ke puncak tu. Kami nie menumpang-menumpang jelah apa yang dia bawak. Hahahaha


Sangat gembira dapat tawan puncak Gunung Angsi, dan kegembiraan ini lebih istimewa sebab dapat mendaki sama-sama dengan ibuku yang tercinta. Semoga ibu terus diberikan kesihatan yang baik supaya dapat terus melakukan aktiviti-aktiviti seperti ini sama-sama di masa hadapan. Aminn.

Puncak Gunung Angsi sudah berjaya ku tawan,. Next gunung apa pula ?

4 comments:

  1. Wah...memang bersemangat lah ibu Zharif. Bagus lah aktiviti macam ni..dapat menguatkan jantung dan kepala lutut. HAHAH! Akak tak pernah smpi lagi gunung Angsi ni, tapi takat Bukit Wawasan Puchong tuh pernahlah. Sejam setengah jer turun dan naik. Part yang bila smpi puncak tuh sure best kan? macam satu kejayaan di situ. Kalau diberi pilihan antara jogging vs hiking. Akak pilih hiking..sebab hutan ni sejuk jer..tak kira lah pagi, tengahari dan petang. Baut hutan pun best. Ya ALLAH..aku ni komen ke buat entry sendiri? Lol! Ampun dik! HAHAHA

    ReplyDelete
  2. Semangat betul ibu Zharif... Tapi kan LeYa org N9 sendiri pub belum pernah mendaki gunung angsi ni..hehehe.. Cantik pulak tgk gambar-gambar ni.. Nanti nak g la jugak

    ReplyDelete
  3. hahaha bestnya bersama ibu2 ..alamak mana bapa2nya pula..try mendaki lagi dengan kaum bapa ya

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...