Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan singgah di Lulu Hypermarket yang terletak di Capital Square Jalan Munsyi Abdullah Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan Wisma Jakel KL. Ini merupakan kunjungan pertama aku dan sungguh, aku sangat seronok membeli-belah di sini. Macam-macam ada !
Untuk pengetahuan korang, tahun ini merupakan tahun kedua beroperasinya Lulu Hypermarket di negara kita. Lulu Hypermarket KL yang memulakan operasinya pada June 2016 ini merupakan sebuah syarikat yang ber-ibupejabatkan di Abu Dhabi dan setakat hari ini, sudah terdapat 154 buah cawangan di sepanjang timur tengah dan di negara-negara Asia Timur. Ini merupakan cawangannya yang pertama di Malaysia dan akan datang, akan lebih banyak cawangannya dibuka.
Oleh itu, bersempena ulangtahun kedua pembukaan Lulu Hypermarket KL ini, mereka telah mengadakan satu pertandingan Beli & Menang yang telah berlangsung pada 4 May sehingga 31 Ogos yang lalu. Hadiah-hadiah yang ditawarkan sangatlah lumayan. 2 pembeli bertuah membawa pulang sebuah kereta Perodua Myvi 2018. Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi hadiah yang ditawarkan. Antaranya ialah 4 buah motor Yamaha Lagenda 115z, 4 buah telefon pintar Huawei P10 dan juga voucher membeli-belah di Lulu Hypermarket.
Tahniah buat para-para pemenang yang telah memenangi cabutan bertuah pertandingan Beli & Menang ini. Mereka merupakan pembeli-pembeli bertuah Lulu Hypermarket. Bayangkan, dalam 200 ribu penyertaan, nama mereka terpilih dan terus melayakkan diri untuk membawa pulang hadiah lumayan dengan hanya membeli-belah di Lulu Hypermarket sahaja. Hebat ! Tahniah buat semua.
Majlis penyerahan hadiah kepada pemenang-pemenang bertuah telah diadakan pada hari Sabtu, 20 Oct, yang lalu. Majlis telah diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal tanah air, Datin Hajjah Fouziah Gous bersama keluarganya.
Terima kasih Datin Hajjah Fouziah Gous kerana melemparkan senyuman yang manis pada saya |
Beliau juga sempat melancarkan produk keluarannya, FG Walet. Sebuah minuman kesihatan yang berasaskan sarang burung. Kita semua sudah sedia maklum akan kebaikan dan khasiat yang terdapat pada air minuman sarang burung. Oleh disebabkan itu, Datin Hajjah Fouziah Gous memutuskan untuk memiliki produk minuman sarang burung di bawah jenamanya. Minuman kesihatan FG Walet kini boleh didapati di Lulu Hypermarket.
Terdapat 3 jenis rasa, Wolf Berry, Aloe Vera dan juga Longan With Honey |
Aku sempat merasa ketiga-tiganya dan perisa Wolf Berry merupakan kegemaran aku. Sedap !
Majlis juga turut diserikan dengan beberapa persembahan tarian tradisional India, tarian tradisional Melayu, tarian tradisional timur tengah, tarian api dan juga pertunjukkan silap mata yang sangat memukau kami semua.
Sangat meriah majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah tempoh hari.
Aku juga tak melepaskan peluang ini untuk membeli-belah di Lulu Hypermarket. Ya Allah, agak sedikit meroyan bila tengok promosi-promosi yang ditawarkan di sini. Promosi ini berlangsung dari 19 October sehingga 6 November 2018 bersempena perayaan Deepavali yang bakal menjelma tidak lama lagi. Sungguh, Lulu Hypermarket memberikan promosi diskaun yang maha dahsyat dan terbaik. Sampai penuh troli beli-belah aku tau !
Lulu Hypermarket menawarkan pelbagai produk dan barangan untuk kelengkapan rumah. Dari barangan dapur, pinggan mangkuk, pelbagai jenis makanan, perkakas elektrik, alat tulis dan macam-macam lagi. Tidak hairanlah Lulu Hypermarket mendapat jolokan pusat sehenti untuk isi kelengkapan rumah.
Bahkan, Lulu Hypermarket juga menawarkan pelbagai jenis dan jenama pakaian buat pengunjung yang datang ke sini. Bersempena dengan perayaan Deepavali yang semakin hampir ini, pakaian tradisional masyarakat India dijual pada harga terlajak mampu. Diskaun sana-sini ! Warna dia meriah, tak kuat rasa hati melihatnya. Rasa macam nak sambar satu dua.
So macam mana ? Meroyan ke idakk kalau datang ke sini ? Pastilah meroyan. Dekat 3 jam aku tawaf satu Lulu Hypermarket nie tau. Rasa macam semua benda nak beli. Best betul lah membeli-belah di sini !
Jom membeli-belah di Lulu Hypermarket ! |
Lulu Hypermarket Kuala Lumpur
Capital Square, Lot 159, Persiaran Cap Square, Jalan Munsyi Abdullah, Kuala Lumpur
Waktu operasi : 10.00 AM - 10.00 PM
Website : http://www.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketMA
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy/
Okey...first time dengar nama Mall Lulu ini. Yang menang cabutan bertuah tuh mmg betul2 bertuah betul lah kan? Siap dapat keta myVi lagi. Huuu...
ReplyDeleteCantiknya fauziah ghous..da datin ya...
ReplyDeleteKat Penang ni xda lagi lulu supermarket
Bos...rasanya kat Sabah ni belum ada kan? Ini macam satu supermarket yang nampak macam shopping mall. Semua ada dalam...
ReplyDeleteAmni join gak contest lulu ni tapi tak menang haha.
ReplyDeletexpe next time nak cuba lagi.terliur kot tengok hadiah dia hahaha
tell me how much utk choc bueno tu
ReplyDeletekalau harga u mention murah maka
berbaloilah nak cuba shopping sana..
hehehe... bueno slrg mahal tinggi klcc
but anyways.. blh cuba terjah soon..
tq for sharing here
Pertama kali dengar ada mall nama lulu ni.. Tapi jauh lah pulak nak pergi shopping kat kl sana.. Tggu bukak cawangan di n9 plak lah.. Hehee
ReplyDeleteAmboi seronoknya cikgu pergi shopping beli belah kat Lulu hehehe kat sini memang murahkan beli satu troli tak sangka bahawa harga murah sangat hehehe. Nanti kata Lulu nak buka cawangan lagi kat Setia City dan Bangi mungkin dekat sikit lah kan....
ReplyDeleteLeYa pun first time dengar nama LuLu Hypermarket ni.. Menguji betul poket LeYa sekarang ni. Kalau ke sana ni, memang geleng kepala Incik Otomen.. Hehe..
ReplyDeletePernah dengar nama shopping mall ni but belum singgah lagi. I heard price dia not bad and banyak barang best kat sini. One day i will travel this side for shoppinggg!!!
ReplyDeletePertama kali dengar nama mall ni. Tak nampak lagi ia dekat area mana tu. Nanti naik KL bolehlah try usha-usha nak tengok kat mana tu lagipun menariklah barang dalam tu. Semua ada tak sudah-sudah nak kena menapak tempat lain. Alahai bertambah-tambah mall dekat KL sana tu.
ReplyDeleteTak pernah shopping lagi dekat Lulu Hypermarket ni. Tapi bila tengok Zharif kemain shopping jadi teruja nak ke sana juga. Semua di bawah satu bumbung. Memang menyenangkan para pelanggan. Tahniah Lulu Hypermarket.
ReplyDeletePergh untung siapa yang menang tu..memang bertuah sangat dapat kereta, dapat moto, dapat telefon. Nad pun belum pernah datang ke lulu hypermarket ni. Memang nak sangat pergi..ada sale erk, memang kena ajak husband ke sini la
ReplyDeletePernah juga beli barang kat sana, memang murah-murah barangan dia, sis dulu siap borong ceklat..hehehe. Best lah event ni, nampak meriah sangat, beruntung betul pemenang yang dapat kereta tu
ReplyDeleteBaru sempat follow Zharif dekat blog.
ReplyDeleteSuka Lulu sebab dia besar dan barang dia pun banyak. aritu shopping coklat. harga pun murah. bird nest tu macam sedap la pulak.
Bestnya.. Duduk dikawasan bandar ni walaupun kepadatan dan kepesatan penduduk, tapi syok. Sebab mall bersepah sepah sana sini.
ReplyDeleteAkk ni duduk kawasan kampung lebih kurang, bandar kecik, mall best best takde.
Boringnyaa.. Kalau la ada lulu hypermarket, bhgia nya rasa
Waaa bestnye tak pernah jejak kaki dekat Lulu hypermarket ni, macam-macam ada dekat situ rupanya, promosi depavali ni menarik nak info kawan opis india bolehdiaorang shopping raya.
ReplyDeleteBahagia tak shopping kat Lulu? Rawlins tension sebab kalau pergi,mesti tak cukup masa nak shopping dan pening sebab banyak sangat pilihan. Haha.
ReplyDeletewah... first time heard about this hypermarket and the pricing there seems cheap and worth to buy. i think i wanna go there tonight since is time to fill up my groceries.
ReplyDeleteAM kalu ke lulu hypermarket, AM mesti beli borg sayur sayuran dan buah buahan.. segar, murah dan berkualiti.. stock utk semggu punya makanan bila anak2 AM dtg bercuti bersama AM
ReplyDelete