Friday, June 24, 2011

Apabila malam menjelma

Assalamualaikum

Apabila malam menjelma, tanduk aku mula tumbuh. Jangan fikir yang aneh-aneh ya. Aku cuma suka skype dengan kawan aku sampailah pagi buta. Hal ini menyebabkan data broadband aku semakin berkurangan dan lembab. Bila malam juga, aku akan on call dengan seseorang. Dengan siapa ? Itu adalah rahsia. Hehe

Thursday, June 23, 2011

Cikgu Hensem buat malu dalam kuliah

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku ada bercerita mengenai pensyarah fizik aku yang aku gelarkan sebagai Cikgu Hensem. Haritu dia tegur aku di depan kelas dan aku berasa sangat malu. Kali nie, Cikgu Hensem pula buat malu di depan satu kuliah. Hahahaha


Dah sedia untuk dengar cerita ? Okay mari kita sambung.

Saturday, June 18, 2011

Dilayan seperti seorang bayi

Assalamualaikum

Kehidupan aku di matrikulasi semakin membaik, atau aku boleh kaa aku cuba untuk mengadaptasi. Tapi apa yang aku perasan, aku kerap dilayan seperti budak kecil yang memerlukan bantuan dan panduan sepanjang masa. Bukan tak suka tapi aku rasa comel betul orang sekeliling aku memperlakukan aku sebegitu.


Tuesday, June 14, 2011

Fake

Assalamualaikum

Aku dalam dunia yang nyata memang agak berbeza dengan aku dalam dunia maya. Dalam dunia maya, mungkin korang nampak macam aku nie sangat kecoh, banyak cakap, assertif dan extrovert. Tapi hakikatnya, aku sebaliknya di dunia realiti. Faktor ini juga menyebabkan aku susah untuk berkenalan dan bergaul dengan orang baru.

A comment from my English teacher

Sunday, June 12, 2011

Awak sangat baik

Assalamualaikum

Manusia baik dekat dunia nie dah hampir pupus. Tinggal berapa ketul je lagi. Kali nie aku nak ceritakan betapa baiknya kawan aku yang sama-sama kerja dekat Pakli Kopitiam Banting dulu. 

Friday, June 10, 2011

Ambek kau

Assalamualaikum

Seperti yang aku pernah bagi tahu, aku nie agak sedikit lembab bab-bab assignment, penggunaan portal dan segala yang melibatkan komputer /laptop. Jadinya, baru-baru ini aku ditegur oleh pensyarah Fizik aku. Beliau juga merangkap kepada pensyarah fizik untuk kuliah dan juga mentro kelas aku. Kiranya dalam satu minggu memang banyak kali hadap muka dia.

Tuesday, June 7, 2011

Nak kawan dengan saya ?

Assalamualaikum

Dah masuk minggu ketiga dekat KMPP ni, tapi aku masih lagi tak ada kawan. Selalu pergi mana-mana sorang je. Pergi outing sorang, pergi perpustakaan sorang, pergi kantin pon sorang. Kadang jelah pergi dengan roommates. Aku kalau boleh nak cari kawan yang aku boleh jadikan kawan baik. Seriously, aku rasa sunyi gila dekat sini. Nak kawan-kawan aku balik . Tapi dorang semua dah tercampak entah ke mana. Budak sekolah aku ada 3 orang dekat KMPP nie. 2 perempuan dan 1 laki. Tapi yang lelaki tu aku tak berapa rapat sangat. Tak sama kelas pon. Even dekat sekolah tak pernah bertegur. Padahal waktu PJK, main bola sepak sama-sama. Lol

Post edited : July 2021

Sunday, June 5, 2011

Balik rumah

Assalamualaikum

Baru 2 minggu dekat Pulau Pinang, Zharif Azis dah menggedik nak balik Selangor. Tiket bas dahlah mahal. Pergi dan balik boleh habis RM75 . Membazir kot berbelanja banyak macam nie untuk cuti 2 hari 1 malam. Rasa penat tak hilang lagi dah kene balik semula ke kolej. Sebenarnya balik kali nie bersebab. Banyak benda nak kena beli. Siap senaraikan apa benda yang nak dibeli.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini