Assalamualaikum
Rasa macam dah lama sangat tak updated blog aku nie . Rindu pulak =')
Nak kata busy tu ada lah sikit , tapi tak ada lah busy sangat pon . Ce bukak facebook , memang muka aku je kan yang updated status . Tolong jangan membenci diri ini .
Okey cukup lah tu mukadimah nya . Panjang lebar kang satgi ada yang tertido .
Hari nie saya nak cakap pasal kahwin . Yes kahwin , kenapa ? Am i too young for that ?
Konon macam tengah bersanding lah =)
Di kala umur semakin meningkat nie , rasa nak kahwin tu makin membuak-buak . Betol ke ayat aku nie ? Sounds like macam dah gersang sangat je . Don't get me wrong please .
Kalau dulu masa sekolah menengah nak bercinta-cinta , okey lah lagi . Sebab masa tu kita cuma bercinta saja-saja je . Tak pernah fikir pun sampai nak kahwin . Haha kejam kan ayat aku nie . Namun bila dah berada di fasa yang sekarang nie , bercinta nak kene serious . Maksud serious ialah kahwin . Tau tak kahwin tu apa ? Kahwin tu satu ikatan dalam Islam yang menghalalkan kita bersentuhan antara satu sama lain . Nak kahwin kene ada ilmu . Jangan pakai kahwin je .
Memang nak kene fikir masak-masak sebelom nak bercinta sekarang nie . Ingat kata Ustaz Azhar Idrus , bercinta tanpa niat untuk memetik adalah haram . Korang faham kan maksud nya apa ?
Konon macam happily ever after lah lepas bersanding =)
Bila dah cakap pasal kahwin je , aku jadi seram sejuk . Aku jadi suami orang , ce bayang kan . Ya Allah mesti kelakar . Siapa lah jodoh aku nanti yerp , kesian nya dia . Hahahaha . Bukan nya apa , aku bukan jenis yang romantik . I wish someone can teach me how to be a romantic guy in order to make my wife happy . Wahh terus dapat title wife gitueww .
Lain orang lain citarasa . Semua mesti ada ciri-ciri yang kita nak pada bakal pasangan hidup kita tu nanti , ye dak ? Kita nak yang macam tu lah , nak yang macam nie lah . Begitu juga aku . Aku pon ada my own taste . Taste aku nie mungkin peliks.blogspot sikit kot .
Konon macam pose untuk album kahwin lah =)
1-Aku nak perempuan yang pandai masak =) Laki mana yang tak nak weyh ?
" The quickest way to a man's heart is through his stomach "
2-Aku nak perempuan yang boleh terima aku apa ada nya . Aku jenis yang amat sensitif . Once bila perempuan cakap Zharif ce macam nie , Zharif ce macam tu . Memang aku tak suka . Satu benda yang perempuan kene tahu , lelaki tak suka nampak lemah depan makwe dorang . Seriously !
3-Soal bertudung . Aku tak kesah sebenarnya bertudung ke tidak . Tapi selok-eloknya bertudung lah . Kalau tak bertudung pon takpe . Once bila dah jadi isteri nanti , kita nie sebagai suami kene guide isteri kita ke arah kebaikan . Wahh dah ada ciri-ciri suami mithali nie ^^
4-Seboleh-boleh nya aku nak berkahwin dengan orang kelantan . Mungkin yang nie lawak sikit . Tapi entah lah , aku tak tau kenapa . Mungkin sebab aku suka bahasa dorang kot . Hahahaha . Seronok tau tengok orang kelantan berborak . Comel je =) Aku suka dengar .
Itu je kot .
It's just something that I dream to have and not something that my future wife must have
Eh eh dah dapat anak lah pulakk =)
Parents aku pon tak kesah sangat bab-bab menantu nie . Dorang yakin kalau itu dah pilihan anak-anak dia , maka itu lah yang terbaik untuk kitorang . Macam gonjeng ayat bahasa Melayu aku nie -,-
InsyaAllah suatu hari nanti , I'll bring someone to them .
Once bila dah ada kerja yang stabil , dah ada duit yang melimpah-limpah , aku akan kahwin .
One of my friend, baru je kahwin bulan lepas . Sangat terperanjat bila dengar . Yelah kan , nak bagi isteri makan apa nanti . Kan masih lagi bergelar student . Tapi nak buat macam mana , dah jodoh dia sampai awal . Kita kene ingat , jodoh itu rahsia Allah . Bercinta lah bagai nak rak sekalipon , kalau dia bukan jodoh kita , memang tak akan bersatu punya .
Aku ada satu berita gembira nie . One of budak Iftar with Maria Elena nak kahwin =) I called her Kak Dena .
Dianah Kamarul Bahrin dan Istiqamah Rasemi
She sat right beside me time Iftar hari tu
Sebenarnya aku tak boleh bukak folder gambar nie . Sebab nya aku akan rasa hiba dan sedih bila tengok gambar-gambar dalam tu . Betol-betol rindu . Rasa macam nak putar balik masa je =')
Ce usha - Iftar With Maria Elena
All this while kalau ada orang invite aku event apa-apa kat facebook tu , belom sempat tengok aku ignore je . Tapi bila nampak je kak Dena jemput untuk majlis perkahwinan dia , terus semangat !
Hope to see them again and kak Maghia jugak =)
Tarikh dan tempat terpaksa di rahsiakan . Kene tanya tuan punya badan . Takut Kak Dena marah pulak nanti . Yang pasti tarikh tu betol-betol sesuai just like masa Iftar hari tu . Aku habis matrik 26 April , then dia kahwin tarikh sekian-sekian . Alhamdulillah . InsyaAllah aku akan datang =)
PESANAN PENAJA
" Will you married me ? " - Konfem kene reject >__<
Sebelom ada orang salah faham atau tercetus nya kontroversi , let me explain something to you .
The girl on the picture above is my cousin . Harap maklum .
Yes my cousin semua nya cantik-cantik , semua nya hensem-hensem . Keturunan kot . Hahaha
Ini antara cousin-cousin aku yang mungkin familiar dengan korang kat facebook
Ini entri promot cousin ke apa nie ? Errr
Sampai sini sahaja dulu . Jumpa lagi in the next entri . see ya !
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .
Sekian ,