Sunday, May 17, 2026

Know Know Arrived Labuan : 2 Hari 1 Malam di Labuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mari kita sambung percutian Know Know Arrived aku ke Brunei. Tapi kali nie, dah bukan Brunei. Kita nak ke Labuan pulak. Macam yang aku cakap dekat entri seblum nie, Labuan nie berjiran je dengan Brunei. Boleh sampai dengan menaiki feri je. Alang-alang dah sampai Brunei, wajiblah pergi ke Labuan sebab Labuan pon aku tak pernah sampai lagi. Ikuti butirannya!


Feri dari jeti di Brunei ke Labuan ambil masa lebih kurang 2 jam macam tu. Ouh ya, feri dari Brunei ke Labuan nie kekerapan dia hanya dua kali sehari. Ke satu kali je sehari ? Aku pon tak pasti. Jadinya korang kena cakna dengan waktu feri berlepas. Setiap minggu, dorang akan update waktu feri berlepas. Setiap minggu waktu berubah-ubah. Korang kena save nombor whatsapp nie +673-7317588. Then nanti tengok gallery nombor whatsapp nie, dorang akan upload jadual feri dalam tu. Tak perlu say hi ke apa, dorang tak akan balas. Save nombor nie hanya untuk tahu waktu feri berlepas pada minggu korang datang tu je. 




Waktu feri aku masa nie jam 8.30 pagi, jadinya aku dah cuba waze dari hostel tempat aku menginap nak ke jeti berapa lama ia ambil masa untuk buat anggaran jam berapa aku perlu bertolak. Aku risau jammed dan tak dapat order Dart pagi-pagi, jadinya aku bangun sangat awal dan cuba untuk order Dart. Risau kalau tak letak buffer dalam planning, jadi lari sebab tak ada yang accept Dart order pagi-pagi. Alhamdulillah ada, masa tu dalam jam 6.30 pagi. 6.30 pagi dekat Brunei hari dah terang. Ada je Dart yang akan terima. Perjalanan naik Dart dari tempat aku menginap ke jeti, ambil masa lebih kurang 45 minit macam tu. Ya, agak jauh. Aku difahamkan dari pemandu Dart dekat Brunei nie, jaranglah jalan dekat Brunei nie jammed. Jarang teramat sangat to the point hampir tidak pernah berlaku. HAHAHAHA




Selepas 2 jam dalam feri, aku sampai Labuan. Perkara pertama aku perlu lakukan ialah cari wifi. Aku book hotel betul-betul dekat dengan feri terminal. Walking distance je. Jadinya aku pergi ke hotel dulu kot kot boleh check in awal. Tapi tak boleh sebabnya awal sangat. Aku sampai Labuan dalam jam 10 pagi macam tu. Jadinya aku just drop luggage dan mulakan penjelajahan aku di bumi Labuan. But first, aku kena beli simkad Malaysia untuk internet dan juga sewa kereta. Masa nie whatsapp aku problem. Nombor Brunei yang aku guna tak berfungsi dah. 


Dapat beli nombor dan ada internet, aku cari kereta sewa dekat Tiktok dan cari dekat terminal feri tadi. Aku order last minute jadinya banyak kereta harga murah tak ada. Aku nak kereta murah je sebab aku sorang-sorang dan nak guna cuma 24 jam je. Tapi semua kereta kecil dan murah dah fully book. Tapi Alhamdulillah, dapat sewa satu kereta Axia dengan harga RM60 sehari. Akak tu sangat baik ya sebab betul-betul percayakan aku. Nanti aku cerita kenapa aku cakap macam nie. Kita sambung dulu cerita penjelajahan aku di Labuan dulu.



Mind you masa nie hari Jumaat, 28 November. Jadinya waktu agak limited sebab tengahari semua tempat akan tutup. Jadinya aku pergi dulu ke tempat-tempat yang akan tutup waktu tengahari. Lokasi pertama aku melawat adalah Muzium Chimney.







Muzium Chimney nie menempatkan sejarah bumi Labuan akan macam mana terbentuknya penduduk mendiami bumi Labuan sewaktu ketika dahulu. Sejarah menunjukkan Labuan merupakan lokasi perlombongan arang batu. Namun Menara Chimney yang terdapat di sini masih menajdi tanda tanya akan fungsi dia. Menara Chimney nie menjadi simbol Labuan dan kebanggan rakyat Labuan sebab menang banyak anugerah seni bina bangunan bersejarah. Masa aku datang nie, literally aku sorang je dekat muzium nie. 




Lepas selesai Solat Jumaat, aku pergi ke Taman Burung Labuan. Tiket masuk with Mykad RM3 je untuk dewasa. Sangat murah ya. Dan masa tu, aku sorang je visitor yang ada. HAHAHAHA. Mungkin belum masanya musim menerima pelancong luar kot dekat Labuan masa nie. I got to enjoy the whole place myself.  Taman burung nie not bad, banyaklah juga spesis yang ada cuma kurang sedikitlah dari segi penjagaan tempatnya. But okaylah, tiket masuk pon cuma 3 hengget. 



Selesai melawat, aku terus menuju ke bahagian pantai. Aku pergi ke Pohon Batu untuk buat video healing ala-la heart broken gituhh. Lepastu aku pergi ke Pantai Layang-Layangan. Berderet dekat Labuan nie kawasan pantai, so aku pergi ke tempat-tempat yang boleh ambil-ambil gambar. Pantai Layang-Layangan nie cantik sebab ada spot-spot menarik untuk bergambar. Angin dia kuat bertiup. Nyaman je rasa. 



Seterusnya aku pergi ke Muzium Marin Labuan. Ya, muzium dikk. Kau nak pergi mana lagi dekat Labuan nie. Semua tempat yang dorang suggest untuk pergi tu, aku terjah jelah walaupun agak membosankan. Hahaha. Singgah buat raso-raso kata orang. Bila lagi nak sampai ke sini, ye dakk?



Lepastu aku singgah ambil gambar dekat Labuan Clock Tower. Clock Tower nie dibina pada tahun 1905 oleh peniaga terkemuka selat Melaka Chee Swee Cheng. Namun, Labuan telah dibom ketika perang dunia kedua. Tetapi clock tower nie merupakan antara 4 struktur binaan yang terselamat dari pengeboman Labuan ketika itu termasuklah Menara Chimney yang aku melawat pagi tadi. Pihak British telah merobohkan Clock Tower ini pada tahun 1948. Setelah lebih 50 tahun dirobohkan, akhirnya pada tahun 2002, kerajaan Malaysia membina semula struktur Clock Tower tersebut. 



Dan lokasi terakhir aku melawat pada hari tersebut ialah Masjid Wilayah Persekutuan Labuan. Tak sahlah tak datang ke Masjid Labuan kalau dah datang sini kan. Senibina Masjid Labuan nie macam kapal angkasa. Sangat futuristik. 


Then barulah aku balik semula ke hotel untuk check in sebab hari dah lewat petang. Balik hotel, rehat dan mandi. Malam baru aku keluar semula untuk makan malam. Aku makan malam dekat restoran wajib singgah iaitu Restoran Anjung Ketam yang terletak dekat tepi pantai. Ada 4 peniaga dekat sini dan setiap peniaga dibahagikan berdasarkan warna lapik meja mereka. Korang pilihlah nak order dekat peniaga yang mana satu.



Dah pilih bahan basah, then bagitahulah nak buat masak apa. Korang wajib order ketam tau sebab menu ketamlah yang paling popular dekat Anjung Ketam nie. Nama pon Anjung Ketam, takkanlah tak order ketam, ye dakk?




Selesai makan, aku singgah beli kopi dekat local coffee shop nama Kupijui. Sedap rasa kopinya. It was a very long day for me, so lepas beli kopi terus balik ke hotel utuk rehat dan tidur. Aku dekat Labuan nie cuma 2 hari 1 malam je. Besok dah nak balik ke Kuala Lumpur semula. Tapi flight aku lewat petang. So aku ada satu hari lagi untuk jelajah bumi Labuan. Besok aku sambung lagi teroka tempat-tempat yang aku tak sempat datang sebelum aku pergi ke airport. 


Aku sambung terus jelah erk cerita Labuan nie sebab timggal sikit je lagi. 

Keesokkan harinya, aku mencari tempat bersarapan. Aku nak cari tempat untuk makan sup ikan tapi banyak kedai tutup pulak. Dari hotel aku nie dekat dengan pelbagai tempat, so pagi tu aku jalan kaki je untuk kehulu-kehilir. Aku ambil gambar dekat bulatan Labuan. Mesti orang-orang dekat Labuan pelik tengok ada budak gila pagi-pagi ambil gambar dekat bulatan Labuan tu.


Lepas dah cari lokasi sarapan tak jumpa, aku ambil kereta untuk pergi ke Love Labuan landmark untuk bergambar. Tak ada kerja betul ambil-ambil gambar dekat sini. Tapi sebab kita nie pelancong, jadinya kenalah bergambar. Lepastu aku ke Sky Park Duty Free shop. Dekat sini tempat untuk shopping coklat dan cenderamata. Aku tak adalah nak bershopping sangat. Coklat-coklat nie dah biasa sangat untuk aku jadinya aku tengok-tengok gitu je. 



Seterusnya aku pergi ke Pasar Sentral untuk sambung beli jajan dari Labuan. Beli kerepek Labuan yang aku tak pernah nampak dekat semenanjung untuk aku bawak balik. Belilah juga ole-ole dari Labuan nie. 



Balik semula ke hotel untuk aku check out. Lepastu aku kena terus pergi ke airport sebab tak tahu nak menuju ke mana lagi dah masa nie. Time nielah yang aku cakap akak sewa kereta tu baik sangat. At this point, whatsapp aku totally tak boleh guna dah sebab whatsapp tu aku guna nombor Brunei. So memang tak boleh nak contact akak sewa kereta tu dah.



Tapi masa aku ambil kereta dari dia, aku dah tanya siap-siap macam mana kaedah nak pulangkan kereta. Dia dah ajar aku macam mana. Lepastu aku cakap dekat dia, whatsapp saya problem dan aku ceritakan lah pasal phone aku jatuh sungai tu dan aku rely on internet hotel untuk guna whatsapp dan social media lain. Dia faham. Dia kata, tak apa. Jam 12 or 1 tengahari, tinggalkan je kereta tu dekat parking airport. Kunci letak dekat dashboard. Nanti dia datang ambil. 



Dia betul-betul letak sepenuh kepercayaan dekat aku. Aku tak inform dekat dia pon bila masa aku pulangkan kereta sebab whatsapp aku dah totally tidak boleh guna. Jadi aku tak boleh nak inform dia kereta tu dah dipulangkan. Medium komunikasi aku masa tu adalah melalui instagram sahaja. Itupon tak ada internet kalau aku berada dekat luar hotel.


Mujur dekat airport ada internet so dapatlah aku berkomunikasi secara maya. Flight aku dalam jam 3 petang macam tu. Aku sampai airport dalam jam 12 lebih. Singgah makan sup ikan dekat dalam airport tapi rasa dia biasa-biasa. Mungkin rasa sup ikan dekat luar lebih sedap kot. Next time aku cuba cari sup ikan kalau datang Labuan lagi. 

So itu sahajalah cerita Labuan aku. Tamat sudah cerita Know Know Arrived Brunei dan Labuan aku. Terima kasih kerana sudi membaca. Jumpa lagi di entri berikutnya!

No comments:

Post a Comment