Assalamualaikum
20 september yang lalu merupakan tarikh lahir arwah Nyai aku. Beliau meninggal pada 14 February 2008. Dah empat tahun berlalu tapi tiap kali tarikh lahir dia tiba, mesti akan rasa sedih.
Tiap tahun sewaktu hayatnya masih ada, kami semua akan sambut harijadinya. Rasa lain sangat bila arwah dah tak ada. Memang sanagt memberikan impak yang besar kepada keluarga besar aku. Pemergian arwah Nyai merupakan kehilangan pertama orang yang aku sayang. Aku tak pernah rasa dan tak tahu bagaimana rasa sakit hilang orang yang tersayang, sehinggalah Nyai meninggalkan kami semua pada tahun 2008. Sedih sangat masa tu.
Arwah nyai memang dah lama sakit. Tapi selalunya bila dia sakit, dia akan beransur sembuh. Kira taklah sampai sakit tu melarat. Sehari sebelom arwah nyai meninggal, semua orang dikejutkan dengan satu panggilan telefon dari paman aku mengatakan yang nenek aku sesak nafas. Mak aku dan mak sedaraaku semuanya bergegas menuju ke rumah arwah. Masa berlaku tu dalam jam 4-5 pagi macam tu. langit masih lagi gelap. Aku ikut ibu aku pergi ke rumah nyai.
Ibu sudah mula menangis-nangis. Aku tak menangis pon masa tu, macam yang aku cakap tadi, selalunya bila arwah nyai aku sakit, dia akan sihat semula. Jadi aku tak berapa risau sangat. Aku tengok nenek aku dari luar sebab masa tu arwah nyai sedang "topless". Agak segan untuk aku masuk.
Akulah satu-satunya cucu yang dapat tengok dia masa dia sedar dan boleh bercakap. Masa aku tengok dia buat kali terakhir tu, dia bercakap macam biasa cuma sesak nafas. Arwah masih lagi boleh tersenyum bila nampak aku kat luar. Senyuman dia tu buat aku rasa lega dan tiada apa yang perlu aku risaukan. Namun ternyata aku silap. Itu merupakan senyuman selamat tinggal.
Pulang sahaja dari sekolah, keadaan sekeliling rumah aku sunyi dan kosong sangat rasanya. Macam ada sesuatu yang berlaku. Sedara aku telefon ajak aku tengok arwah dekat hospital. Sampai sahaja aku di hospital, hati aku luluh sangat tengok keadaan nyai aku masa tu. Aku dah mula menangis-nangis sebab aku tahu memang dah tak ada harapan untuk nyai aku sihat semula.
Doktor sarankan supaya nenek aku dipindahkan ke hospital Klang. Adik-beradik ibu aku berbincang sesama sendiri dan bersetuju untuk dibawa ke Klang. Sampai sahaja hospital Klang, doktor sana menyalahkan doktor-doktor di hospital Banting sebab melakukan kerja tanpa berfikir dahulu. Dada arwah telah ditebuk sehingga menyebabkan arwah tidak menyedarkan diri. Tindakan menebuk dada arwah merupakan satu kesilapan besar katanya.
Benda dah jadi. Jadi tak boleh nak salahkan mana-mana pihak. Tidak lama lepastu, dapat panggilan mengatakan nyai aku sudah tiada. Kitorang yang dekat Banting nie menangis-nangis. Masa tu aku kat rumah 3 beradik, sebab parents aku pergi ambil adik-beradik aku yang lain dekat asrama. Sedara-mara aku yang jauh dah mula balik ke Banting.
Mak sedara aku arahkan tingkap rumah nyai semuanya dibuka. Bersihkan sekeliling rumah arwah. Sediakan apa yang patut. Masa tu jam 1 pagi. Jenazah arwah sampai rumah jam 3 pagi. Cucu-cucu dia masa tu semuanya dah berkumpul di sekeliling jenazah untuk baca apa yang patut. Memang rumah arwah dipenuhi dengan tangisan masa tu. Sedih sangat.
Sedara-mara dari Singapore dah mula sampai dan hampir semua anak-anak arwah dah ada dekat situ. Cuma mak sedara aku sorang je yang tak berjaya sampai sebelom jenazah dikebumikan. Dia sampai dekat tanah perkuburan selepas semuanya selesai.
Sebelom arwah nak pergi tu, banyak sangat tanda-tanda dia. Cumanya kitorang tak perasan pon sebab tak sangka langsung.
1. Kitorang yang cucu-cucu arwah nie, dulu suka tidur rumah arwah. Rumah aku depan belakang kiri kanan semua rumah sedara-mara aku. Suka betul kitorang tidur rumah nyai, even hari sekolah pon kitorang tidur sana. Arwah meninggal hari Rabu malam Khamis , so pada hari Ahad sebelom arwah meninggal, merupakan hari terakhir kitorang tidur ramai-ramai kat sana. Arwah bangun pagi-pagi suruh kitorang beli macam-macam dekat kedai sebab nak buat sarapan istimewa katanya. Memang semangat betul arwah nyai nak masak untuk cucu-cucu dia. Arwah masak mee hailam which was the most delicious mee hailam i've ever tasted in my life.
"Lepas nie kalau tidur rumah nyai, nyai masakkan lagi" - Tak leh lupa ayat nie.
2. Seminggu sebelom arwah nyai meninggal, arwah suruh aku hantar dia ke klinik setiap pagi. Time arwah tengah diperiksa oleh doktor, aku asyik membayangkan kehidupan keluarga besar aku selepas ketiadaan dia. Almost setiap kali dia dirawat dekat klinik tu, aku mula membayangkan dia meninggal. Aku siap cerita kot dekat ibu aku tapi ibu aku cakap yang aku nie mengarut fikir macam tu.
3. Setiap petang arwah menggagahkan diri berjalan kaki ke rumah anak-anak dia. Tanya-tanya khabar, borak-borak siap bergurau lagi. Itu sangat ganjil sebabnya selama nie arwah cuma duduk dekat rumah je. Kaki dia tak kuat sangat untuk berjalan-jalan. Selalu kitorang yang lawat dia dekat rumah tapi seminggu sebelom dia nak pergi tu, dia pulak yang datang rumah kitorang. Duduk dekat taman paman aku petang-petang. Dia siap suruh ibu aku jaga diri elok-elok lagi. Ibu aku dah mula syak pada mulanya tapi ibu aku tak nak fikirkan sangat sebab sedih bila bayangkan katanya.
4. Masa paman aku nak bertunang, arwah nyai akulah yang paling bersemangat nak uruskan acara merisik paman aku nie. Yelahh, paman aku nie anak paling last, so mungkin arwah lega yang paman aku lepas nie dah ada orang jaga, dengan itu barulah dia senang hati untuk pergi. Sebab selama nie bila dia sakit teruk, dia sembuh semula. Bahkan sakit arwah sebelom-sebelom nie lagi terok berbanding sakit arwah semasa nak meninggal. Masa nak meninggal dia cuma sesak nafas je.
Banyak sangat kenangan manis dengan arwah nyai. Arwah nyai aku nie ada satu sifat dia yang unik. Uniklah bagi aku sebab arwah nyai aku dah berusia tapi dia ingat semua tarikh lahir cucu-cucu dia. Tiap kali birthday cucu-cucu dia, dia akan hadiahkan something. Tak kira cucu yang paling besar mahupon cucu yang paling kecil. Sebabtu, tiap kali hari lahir dia, kami keluarga besar akan sambut.
Rumah nie hadiah yang aku terima dari nyai |
Arwah nyai aku juga pernah jai hero masa aku kena kacau dengan samseng-samseng kampung. Cerita lama tapi masa nie aku baru tingkatan 1 atau tingakatn 2. Tak ingat. Yang pasti, yang lempang aku tu merupakan anak kepada seseorang yang punya masalah dengan keluarga besar kitorang. Tak tahu macam mana ceria aku kena lempang dengan mamat tu sampai e telinga arah nyai. Dia dengar je pasal hal nie, dia terus minta sedara aku bawa dia naik mtoor pergi ke kebun tempat mamat tu selalu lepak. By that time, aku dengan ibu aku memang dah ada dekat situ, sebab ibu aku pon naik hanginlah bila mamat tu lempang aku.
Lepastu aku nampak arwah nyai aku sampai. Dia turun je motor, terus dia datang dekatd engan mamat tu dan lempang muka mamat tu sekuat hati. Ko ghase ?
Mamat tu pon berang, dia macam dah standby nak pukul nyai aku. Aku pon dah sedia dah masa tu, kalau dia sentuh nyai aku. Memang aku akan hilang pedoman kat situ. Lahhh ! Tiba-tiba boleh berani pulak. Tapi mamat tu tahan je, dia tak buat apa-apa. Lepas dah kena tengking dengan arwah nyai aku, arwah nyai aku pon beredar.
Cerita nie sampai bila-bila aku tak akan lupa. Macam mana orang yang skit-sakit kaki nak berjalan, boleh ada kekuatan datang kebun tu dan pertahankan aku. Sumpahlah, aku sampai ke hari nie rasa kagum dan rasa sayang sangat-sangat dekat arwah.
Cerita juga aku tak akan lupa sebab ada benda kelakar yang berlaku selepas itu. Bila arwah nyai aku beredar, ibu aku pon turut menghadiahkan satu lempanganpada mamat tu. Kira dia dapat dua lempanglah masa tu. Nak dijadikan ceirta, ibu aku tengah marah gila nie, dan kemarah dia membuatkan mtoor yang dia tunggang jatuh. Entah macam mana, dia boleh ter-press kuat sangat sampai terlangar pokok kelapa sawit. Kejadian nie berlaku depan mamat tu pula tu. Sumpahlah malu gila weyhh. Dari sentap, terus terketawa mamat tu.
Ibu aku nak cover malu,
"Apa ketawa-ketawa ? Nak kene lempang lagi ?"
Dorang terus terketawa tak henti-henti sampai kitorang beredar. Dah elok macho lempang anak orang, terlanggar pokok pulak ibu aku nie. Mungkin sebab marah sangat kot, tu yang ter-press enjin kuat sangat.
Kalian yang membaca entri ini, aku mohon korang sedekahkan surah Al-Fatihah kepada arwah nyai aku ya.
Terima kasih semua =)
semoga arwah ditempat kan di kalangan org2 beriman....
ReplyDelete:')
aminnn , thanx =')
Deletein detail. alfatihah. my grandma pun dah meninggal~
ReplyDeletekita senasib cik nesha =') Al-Fatihah juga untuk arwah
DeleteSemoga arwah mendapat ketenangan di sana, Al- Fatihah.
ReplyDeleteaminnn , thanx =)
DeleteSedih. Pastu gelak baca entry ne. :)
ReplyDeleteAl-Fatihah. :')
tulah pasal kan , dah sedih-sedih , tup tup bertukar pulak . hahahhaa . thanx =')
DeleteZharif , sedihnya baca kisah pasal arwah nenek zharif . Haikal baca dengan situasi haikal membayangkan Nenek zharif tu nenek haikal . Nenek haikal pun dah meninggal masa haikal form three . Memang tak boleh lupa betul saat tengok jenazah arwah nenek sebab kami semua satu family tak sempat nak tengok arwah buat kali terakhir . Masa tu kat Johor :(
ReplyDeleteNenek haikal jatuh kat bilik air , first dengar berita sepupu call dia cakap ' Tok tengah nazak ' . Waktu tu kami semua tengah gelabah and terus packing2 baju nak balik penang . Lima minit lepas tu sepupu call dan cakap ' Tok dah takde ' . Haikal ingat Arwah nenek haikal dah sihat balik tapi rupanya 'Takde' tu menandakan dah meninggal . Sedih sangat :"( *lap air mata*
Doakan sama-sama arwah nenek kita berdua ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman . insyaAllah .
Zharif ! sedihnya entry ni !! :(
nenek kita meninggal ketika kita di usia yang sama =) haikal punya cerita lagi sedih kot . Al-Fatihah untuk arwah =')
Deleteal-fatihah utuk arwah
ReplyDelete=')
Deletetak dpt aku jumpe or kenal2 dgn arwah nenek kau .mesti baik kan. al fatihah untuk arwah
ReplyDeletebaik baik baik ^__^ aku kenal kau pon taun lepas kan -___- manolah sompat cik adik oi
Deletealaa, bila hang post camni aq ingat kat arwah opah aq.arwah opah aq meninggal hari raya pertama taon lepas.so,hari raya taon ni suram je.
ReplyDeletecerita ko kena lempang lawak wei.lepas ni memang suma takut cari pasal dengan hang.
first day raya ? aku boleh bayangkan kesedihan raya kau masa tu ='( suasana hari raya automatically akan berubah kan bila atok nenek dah takde =(
Deletejangan cari pasal tau dengan aku , nanti aku bawak geng . hahahhaha =D
Moga Arwah ditempatkan dengan kalangan org yg beriman,Amin.
ReplyDelete=)
aminn =)
Deletealfatihah
ReplyDelete=')
Deleteal fatihah.. btw panjang benor karangan awak yer :P ..
ReplyDeletememang panjang =D
DeleteAl-Fatihah..moge2 roh tenang di sana..
ReplyDeleteble bace part lempang-melempang tu,serius lawak..ak sampai gelak golek2 kat lantai.. (^^,)
kannn =)
DeleteAl-Fatihah...
ReplyDelete=')
Deleteal-fatihah..
ReplyDeletesebak aku baca entri ni. sabar yaa zarep :')
dah sampai waktu arwah pergi , kene terima =')
Deleteterima kasih kimy =)
mana la jumpe gmbar lama ni.mst seronok ..n lucu ble tengok balik.heheheh
ReplyDeleteedy ade gak jumpe sikit.tp segan nak upload.hehehehe
alfatihah./.moga bahagia disana
gambar nie diambil balik guna kamera digital . ini gambar kodak sebenarnya . huhu
Deletethanx edy =)
Sedih baca entry ni Zharif yg ni, suddenly teringat kat arwah nenek jugak. Rindunyaaaa :'(
ReplyDeleteAl-Fatihah buat arwah nenek badariah juga =') semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman . aminnn
DeleteMula2 sedih gak baca entry ni,tu pun di cari dalam google teringat arwah nenek, sebab rindu ler zaman arwah ada,keluarga besar ada persamaan, lepas nenek xde,.habis empire rumah agam tu...tapi last2 entry cerita ni kelakar la plak,,,terus happy. Tks bro
ReplyDeletekann, rindu dgn arwah nenek =') you are welcome STF ..
DeleteAdegan lempang melempang tu x leh tahan ketawa baca...anyway apsal tu?
ReplyDelete