Assalamualaikum dan salam sejahtera
Akhirnya, dapat mood untuk aku mengarang trip Know Know Arrived aku ke Japan. Trip kali nie memang sangat-sangat last minute. Literally aku beli tiket flight 10 hari sebelum tarikh flight. Semua nie gara-gara kawan aku yang last minute ajak bercuti nak main salji di Sapporo. Trip kami ke Sapporo Japan ini bertarikh 7 March - 11 March 2024. Ikuti butirannya !
Beliau nie suka sangat cek harga tiket flight setiap hari. Bila jumpa harga murah, terus rasa nak beli. Bila dah terbeli, gelabah tak ada teman nak ikut sekali. Tak memasal aku kena beli tiket flight jugak. Mujurlah aku nie senang nak cuti. Apply je dalam system, auto approve. Dia yakin Sapporo masih bersalji masa nie, aku pon belilah tiket dengan harapan nak main salji. Ini akan menjadikan pengalaman pertama kami berdua bermain salji.
Maka bermulalah kami merancang itinerary untuk percutian Know Know Arrived kami kali ini. Oleh kerana masa sangat suntuk, setiap hari kami berbincang dan tempah itu ini untuk pastikan perjalanan kami semasa di Japan nanti berjalan lancar. Tak lupa juga, kami kena cari baju tebal untuk hadapi heavy winter. Kami beli baju sejuk dekat kedai bundle sahaja. Banyak juga kedai bundle kami terjah untuk dapatkan baju sejuk yang berkenan dekat hati. Hampir setiap malam kami pergi kedai bundle yang berbeza.
Hari yang ditunggu-tunggu pon tiba. Untuk pengetahuan korang, masa nie aku ada escalation yang sangat besar di tempat kerja. Like literally meledak sampai satu tahap pihak Global masuk campur. Malam kami nak bertolak tu, aku ada meeting yang sangat penting pada jam 7 malam waktu Malaysia. Waktu kerja ikut waktu Dubai, dan mereka-mereka dalam meeting nie semua orang-orang besar dekat Dubai dan Saudi. Walaupun not entirely my fault tapi sebab proses nie proses aku, jadinya sedikit sebanyak aku bertanggungjawab. Habis meeting dalam jam 8 malam. My HOD dekat Malaysia ajak sambung meeting selepas meeting tu habis, tapi minta maaflah, aku ada flight to catch. HAHAHAHA.
Aku dah buat apa yang patut from my end untuk pastikan benda tu berjalan, dan selebihnya aku bertawakkal. Aku memang dah bertekad takkan bawa laptop office pergi bercuti, jadi aku buat apa yang patut sebelum berlepas dan minta tolong my colleague untuk monitor case aku nie. Alhamdulillah, sepanjang aku dekat sana, aku menemui keamanan dan case aku tu somehow terkawal semasa aku dekat Japan.
My mom and my sibs hantar pergi airport. Nampak gembira je masa nak bertolak nie tapi dalam hati, tuhan je tahu risaunya macam mana. Dok terfikir je pasal kerja. Pergi ke Sapporo kami naik Air Asia X, flight jam 11.50 malam. Perjalanan mengambil masa selama 7 jam 35 minit. Kiranya, sampai Sapporo je kami akan terus mulakan penerokaan.
Lesson learned daripada pengalaman kami ke Korea, wajib kena tidur bila ambil flight malam. Sebab ada orang tu dok bantai tengok movie dalam flight sampailah mendarat. Sudahnya kepenatan dan mengantuk bila dah sampai Korea. Mulalah dia tak ada mood. Kali nie, memang aku pastikan kawan aku nie tidur. Tapi naik Air Asia X nie senang sikitlah nak tidur sebabnya tak ada entertainment dalam kapal terbang. Nak tak nak tidur jelah untuk hilangkan bosan.
Ya Allah, tuhan je tahu betapa gembiranya perasaan aku masa nie bila jenguk dari tingkap kapal terbang nampak salji masih lebat. Sangat-sangat tak sabar nak teroka bumi Sapporo. Alhamdulillah, proses imigrasi sangat mudah dan lancar. Tak menunggu lama pon, sistem sangat bagus.
Kami terus menaiki train menuju ke hotel untuk letak luggage. Waktu check-in jam 3 petang, tapi boleh drop luggage dekat lobby dengan sedikit bayaran tambahan. Sesampai je kami di hotel, kami tukar baju OOTD baru dan simpan luggage di ruang simpanan hotel. Tukar baju dekat toilet lobby je sebab tak boleh check in lagi.
Hotel yang kami inap adalah Plat Hostel Keikyu Sapporo Ichiba. Sangat-sangat recommended untuk korang inap dekat sini sebabnya dekat dengan satu restoran makanan halal dan dekatlah juga dengan train station. Bagi aku lokasi dia strategik dan sangat selesa. Keluasan bilik just nice untuk kami berdua.
Lokasi pertama kami terjah sudah semestinya tempat makan. Masa nie dah lapar gila, mujurlah ada satu restoran Halal yang cukup terkenal dalam kalangan Muslim yang datang ke Sapporo nie. Kalau cari di Tiktok, memang ramai Muslim datang makan di restoran nie. Walking distance je dari hotel kami. Dalam 5-8 minit berjalan kaki.
Donburi Chaya Restaurant, Nijo Market
Agak ramai yang datang makan dekat sini, kena beratur sedikit. Restoran dia kecik dan comel je. Siapa-siapa yang tinggi tu, kena menunduk-nunduk sedikit. Harga dia not bad, tak mahal. Harga standard. Portion dia agak besar jugalah. Sedap pon sedap dan mengenyangkan.
Sapporo TV Tower
Untuk hari pertama nie, kami buat lawatan ringan-ringan je. Kami pergi ke tempat yang tidak memerlukan kami beraktiviti sangat. Jadi tempat pertama kami pergi adalah Sapporo TV Tower. Tak masuk dalam tower nie pon, hanya sekadar bergambar dekat luar je. Lighting pulak on point gila. Memang best nak bergambar. Malam terakhir kami di Sapporo baru kami naik tower nie. Nak naik atas kena bayar. Dari tower nie nanti korang bolehlah tengok pemandangan sekitar Sapporo. Boleh pilih nak naik di siang hari atau di malam hari. Kami pilih malam hari. Nanti aku upload ya gambar masa naik tower nie. Untuk masa sekarang nie, kita nikmati gambar-gambar dekat luar dulu.
Landmark yang wajib korang singgah kalau datang Sapporo. Banyaklah hiasan di sekeliling Sapporo TV Tower. Korang bolehlah pilih sudut mana yang korang nak bergambar. Bahkan dari jauh pon masih boleh nampak Sapporo TV Tower nie.
Sapporo Clock Tower
Sapporo Clock Tower juga merupakan salah satu tarikan yang menerima kunjungan pelancong dari pelbagai pelusuk dunia kerana sejarahnya. Ia dibina pada tahun 1870 dan merupakan clock tower yang tertua di kepulauan Hokkaido. Clock Tower nie akan berbunyi apabila memasuki jam baru.
Masa nie baru jam 4 petang tapi langit dah mula menunjukkan tanda-tanda nak gelap. Kami cuba pergi sebanyak tempat yang boleh sementara matahari masih ada. Tanpa berlengah lagi, kami terus menuju ke tempat seterusnya yang agak sedikit jauh. Untuk ke sana, kami menaiki bas.
Shiroi Koibito Park
Mujur masa kami sampai, park nie masih menerima kunjungan tetamu. Kalau tak, sia-sia je naik bas dari jauh untuk ke sini. Dalam Shiroi Koibito Park nie ada exhibition coklat apa benda ntah. Kami tak bercadang untuk masuk exhibition nie sebab kena bayar. Paling-paling pon mesti membosankan exhibition tu. Plus, kami dah penat dan hanya nak buat lawatan ringan-ringan je untuk hari pertama nie.
Jadi, pengunjung bolehlah ke taman dalam Shiroi Kuibito Park nie sebab banyak je spot-spot cantik untuk bergambar. Tambah-tambah bila hari semakin gelap, lampu dah dinyalakan, rasa syahdu sangat. Teroka taman nie tak perlu bayar apa-apa tapi taman nie ada waktu tutup dia. Jam 4.30 petang last entry untuk sesiapa yang nak datang berkunjung. Macam aku cakap tadi, dekat Sapporo jam 4 petang langit dah mula gelap.
Tapi once korang dah masuk before jam 4.30 petang, korang boleh je duduk dalam tu lama-lama sebab kedai-kedai dalam tu buka sehingga jam 6 petang. Oleh kerana ini merupakan lokasi terakhir kami untuk hari pertama nie, jadinya kami tak adalah rush sangat nak balik tu. Habiskan masa bergambar di kawasan sekitar taman tu dan singgah kedai coklat mereka. Dalam nie ada jual coklat tau. Ramai gila pelancong beli coklat dalam nie, tapi kami sekadar tengok-tengok je. Sebab tak nak membazir duit sangat untuk hari pertama. Kita shopping hari-hari terakhir nanti.
Langit semakin gelap, suhu semakin rendah. Kami pon menaiki bas semula untuk pulang ke hotel. Ouh ya, kitorang kena check in sebelum jam 8 malam sebabnya staf dekat receptionist hanya akan ada sampai jam 8 malam sahaja. Check in selepas jam 8 malam akan dikenakan cas tambahan. Dekat Jepun nie semua benda dia nak cas tau. Geram pulak rasa.
Dah sampai bus stop tempat kami naik bas masa nak pergi ke Shiroi Koibito Park tu, kami mula berjalan kaki balik semula ke hotel. Tak jauh sangatlah, dalam 15 minit berjalan kaki. Dan kami lalu semula di Sapporo Clock Tower. Cantik pula tower nie bila waktu malam.
Kami kena cepat-cepat balik ke hotel untuk check in bagi nak elakkan cas tambahan. Kami dah siap-siap beli makanan untuk makan dekat hotel sebab kami tak nak keluar dah lepas check in. Penat dan nak rehat. Cukuplah sesi jelajah untuk hari pertama nie. Nantikan sesi penjelajahan kami di bumi Sapporo di hari kedua pulak. See ya !
No comments:
Post a Comment