Wednesday, September 30, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 4 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !



Day 1 (Georgia) : Klik SINI
Day 2 (Georgia) : Klik SINI
Day 3 (Washington DC) : Klik SINI

Jangan terperanjat ke apa, korang masih lagi berada di blog Jejakakaula yang menceritakan kehidupan seorang Zharif. I just did some changes towards my blog. It has been 3 years kot tak berganti baju. So here we are, the new face of blog Jejakakaula. Without further ado, lets proceed my day 4.

Gambar pendahuluan. Ini actually gambar hari ketiga, jadi lah.

Sunday, September 20, 2015

Homeless Tourist in USA : Day 3 (Washington DC)

Assalamualaikum and good day everyone !


Day 1 (Georgia) : Klik SINI
Day 2 (Georgia) : Klik SINI

It's day 3 everyone ! Bares with me guys, it's gonna be a very long post. I bet you won't be surprised anymore coz seorang Zharif never updated short post. So lets proceed.

Gambar pendahuluan

Tuesday, September 15, 2015

New Semester New Laptop

Assalamualaikum and good day everyone !

Ya Allah excitednya aku nak update entri kali nie. Sebab apa ? Sebab aku update guna laptop baru uols ! I bought it on 4 Sept. I've been waiting this moment to come true for such a long time. Dah lama sangat kot menyimpan hasrat nak beli laptop baru. Finally, Alhamdulillah termakbul jugak.

Wednesday, September 9, 2015

Topman kini di ZALORA Malaysia

Assalamualaikum and good day everyone !

Siapa excited baca tajuk atas tu say " I " !!

I !!

Since semua dah say I , so aku proceed lah erk.


Friday, September 4, 2015

Bata Merah Boutique Hotel Banting

Assalamualaikum and good day everyone !

Kita berehat dulu daripada mengupdate jelajah 10 hari aku di bumi America. Penat mental and physical aku mengarang entri tu. So kita hold dulu untuk hari yang ketiga. But no worries, you'll get there.

Kali nie aku nak update cerita terkini pulak. Sebelum aku masuk semester baru, adalah lebih baik aku update cerita nie. Kang bila dah start semester baru, aku mula busy pulak. Lepastu bertimbun lagi dengan cerita-cerita baru. So tak nak benda tu berlaku. Ikuti kisahnya ....


Kali nie aku nak kongsi pengalaman bekerja di Bata Merah Boutique Hotel Banting nie. Seperti sudah sedia maklum, aku sedang cuti semester. Well, dah nak hampir tamat pon cuti semester aku. Daripada melanguk kat rumah tu tak buat apa, better aku kerja. Bila dah masuk awal bulan Ogos hari tu, aku dah pasrah dah. Yelahh, sape yang nak ambik bekerja untuk sebulan je kan ? Unless tempat tu milik sanak saudara kau, boleh lah dorang ambik.

Aku start cari kerja, dari bulan puasa lagi dengan kawan aku. Kawan aku tu, the day after kitorang cari kerja terus dapat call. Yang aku pulak mereput tak ada sape yang call. Terus bermonolog dalaman, kurang cantik kah aku ?

Kah.


Alhamdulillah, dapat call pada 2 Ogos. Tapi ada hikmahnya aku dapat kerja lambat. Mungkin Allah suruh aku beraya dulu puas-puas and lepaskan event-event penting seperti majlis perkahwinan keluarga angkat aku. Kalau kerja awal-awal, mungkin hari raya aku terbatas, macam kawan aku tu *Evil laugh apply*.

3 Ogos, aku pergi datang interview. Macam biasalah, sesi perkenalan diri. Macam-macam akak tu tanya. Nama dia Kak Lyna. Then Kak Lyna start training aku. Mula tu dia suruh pasang cadar katil.

A video posted by Zharif Azis (@zharif93) on

Dalam hati I was like, " Pasang cadar katil ? Oh pehlissss laa. Itu memang makanan aku".

Riak tak ?

Then aku pon pasanglah. Seriously agak mencabar jugaklah sebab nya cadar katil tu jenis "free". Tak ada getah dekat setiap bucu, so kena pastikan betul-betul kemas and tegang, but i made it anyway. Walaupon tak berapa nak tegang cadar tu. First try mesti lah ada cacat-cela sikit. Then Kak Lyna suruh aku basuh toilet pulak. Alahai basuh toilet je pon, bukan susah. Maka aku memberus lah lantai-lantai toilet tu dengan bersungguhnya, sekali dengan mangkuk-mangkuk jamban aku berus and of course i nailed it *Flip hair*.

Obviously, takkan lah aku ambik gambar time tengah training. Ko gila ?
Ini gambar masa tengah buat duty.

Then habis. Kak Lyna suruh datang pada belah malamnya pulak untuk training lebih mendalam. Dahsyat. Kerja hotel bajet je, tapi training dia ber-episod. Ko ghase ? Jangan main-main, memang hotel bajet tapi tanggungjawab besar tau. Without proper training, memang akan gelabah nanti.

Malam tu aku pon datang lagi ke hotel tu. Training malam nie lah training menyeluruh. Dari housekeeping sampailah front desk. Masa nie aku training dengan budak lama, nama dia Luqman. Luqman nie lah yang ajar aku segala duty yang kena buat setiap kali masuk kerja. Tak ada lah susah mana pon actually. Kalau korang jenis biasa kemas rumah, it will be easy *Batuk sikit*. Kalau korang jenis tak biasa kemas rumah, memang akan hadapi masalah.


Macam-macam dia ajar aku. Malam tu training then besoknya dah start kerja. Amboi tak uols ? Haruslah amboi kan. Dalam hatiku, biar benar Kak Lyna nie. Baru training sehari terus suruh jaga hotel. Since ini hotel bajet, so satu shift cuma satu orang pekerja sahaja. So you have to be both, receptionist and housekeeper. Bayangkan macam mana hotel 3 tingkat nie cuma ada sorang je pekerja pada satu masa. At first rasa macam, confirm penat and took forever lah nak siapkan duty. Tapi bila dah kerja, tak ambik banyak masa pon. Paling cepat aku siapkan semua duty dalam masa 3 jam sahaja. Tak ada yang mustahil.

First day kerja, okay jelah. Tak ada apa sangat. Kalau shift malam dia macam relax sikit. Buat duty then check in kan customer. Itupon kalau ada yang nak check in. Shift pagi yang kelam-kabut sikit. Sebab itu waktu-waktu customer nak check out. Kalau bilik semua full, then semua nak check out serentak, memang sakit lah.

Shift petang pon boleh tahan relax.


Maaf lah erk kalau meluat dengan selfie-selfie aku. Memang banyak sangat aku ber-selfie time kerja. Biasalah kalau kerja sorang-sorang dekat bangunan tiga tingkat nie. Bosan dan sunyi. Apa lagi nak dibuat kalau bukan selfie. Itu saja dapat menghiburkan hati selain nyanyi kuat-kuat (Kalau tak ada guest). Hihi.

The Rooms

Btw, Bata Merah Boutique Hotel nie ada 3 tingkat. Jumlah bilik ada 18 bilik semuanya. 6 Large rooms, 3 Medium rooms and 9 Standard rooms. Here, I have some pictures of Bata Merah Boutique Hotel's rooms. What they look like, including what the rooms offer for the guests. It is a very basic room but yet comfortable. Worth it lah.

Large Room : RM 95 per night




Bilik Large nie memang besar dan sangat selesa. Luas pon luas. Memang puas hati lah. Aku selalu akan suggestkan customer bilik Large sebab aku tahu semua orang menitikberatkan keselesaan terutama sekali untuk customer yang ada anak kecil, and customer Chinese. Why Chinese ? Because Chinese can get a little fussy sometime. They are not really care about money, what most important for them is the comfortableness.

So sebelum mereka bising, lebih baik aku suggestkan bilik besar terus unless they insist to take the Standard room.


Pernah lah sekali masa malam merdeka, aku kena tengking dengan satu customer Chinese nie pasal saiz bilik padahal aku dah berbuih cakap bilik Standard tu kecik. But still dia nak jugak. Bila suruh upgrade bilik, dia tak nak tambah duit. Then macam orang kena histeria dekat front desk tu. Menengking-nengking aku minta pulangkan duit dia balik. Tapi aku tak boleh bagi sebab once dah check in, there will be no refund. If you still insist, you will walk out from the hotel with your deposit money only. Kira duit bilik tu burn. You can't sue me, you can't blame the hotel, you are too damn lazy to read the terms and condition before you sign the form. So apa masalah kau uncle ?

I didn't expect it at all. Sangat terkesima lah bila benda tu berlaku. I called my manager and she handled that fussy uncle very well. Thank God, she came to the hotel and settled it.

Medium Room : RM 90 per night




Medium rooms are suitable for guys who don't want to share bed with other guys. It's so common lah among guys. Sometime makes me wonder, does sharing bed makes you gay ? I don't know. Tak kesahlah, what others perceive you, it is not important. You do you, it's your life. Live your life to the fullest.



Standard Room : RM 70 per night



Bilik standard memang kecik lah. Betul-betul muat katil. Tepi katil dengan dinding cuma satu kaki je. Kalau setakat cuma nak tidur je, sesuai lah bilik standard nie. Tapi kalau tengah mood bercuti, better ambik bilik Large. Puas hati sikit sebab ruang dia besar. And those couples yang hanya datang untuk melampiaskan nafsu, memang selalu ambik bilik standard je. Tapi selalunya kalau Chinese, dia selalu ambik bilik Large. Nampak lah standard dia macam mana. Even ada perempuan simpanan, tapi tak kedekut ambik bilik mahal. Selalunya kan orang-orang yang dah memang niat untuk buat benda tu, asal dorang dapat katil je. Eh pecah lobang pulak yer.



Walaupon begitu, Muslim couples who are not married yet, not allowed to check in. Since ini hotel milik orang Melayu, so pemilik hotel nie betul-betul menitikberatkan benda-benda macam nie. Pemilik hotel nie, aku panggil Abg Fahmi. Abg Fahmi memang tak kasi kitorang ambik pasangan couple Muslim check in. Tapi kalau dorang menipu time nak check in tu, kita tak boleh buat apa lah. Kena cekup, sendiri tanggung.

The Entrance


Orang sekarang kalau nak menipu, depa dah bijak sikit. Check in sorang, nanti tengah malam bawak partner naik. Yang kita nie duduk dekat front desk hanya mampu melopong jelah. Bukan melopong sebab kempunan tak dapat tau, tapi melompong sebab kita kena tipu. Haishhh korang nie, suka fikir bukan-bukan.

Dah ada sticker nie pon still tak faham lagi

Masa malam merdeka hari tu, ada lah serbuan mengejut daripada pihak JAIS, MDKL, dengan apa ntah. Tak ingat. Yang pasti ramai gila, macam satu kampong dia bawak. Tak ada lah penangkapan dibuat pon. Hotel suci kan. First time lah tengok serbuan-serbuan macam tu. Moment yang paling memorable masa serbuan nie ialah pertanyaan dari abang photographer yang ditugaskan untuk ambik gambar serbuan tu. Dia berdiri dekat depan front desk tu and tanya aku, "Orang Melayu ke dik ?". Wahhh ! Pan Asian sangat kah wajah ku ini, aku bermonolog dalaman. Gitueeeeeee !

Mesti korang baca nie sambil tengah buat muka sinis, kan ? Alaa, nak melawak pon tak boleh lah korang nie.

Tangga entrance

Bila dah kerja hotel nie, nampak couple check in je persepsi kita jadi lain. Mesti ke arah "benda" tu. Yelahh kan, nak buat apa lagi pon kalau dah check in hotel. Takkan nak main masak-masak pulak kat dalam bilik tu. Lagi-lagi yang check in cuma untuk beberapa jam je. Takkan lah ko dah bayar bilik tu untuk satu malam, after 2 to 3 hours, ko nak check out. Dari situ kita boleh agak dia check in untuk apa.

Jadinya, bila time nak bersihkan bilik lepas dorang check out nie buat aku rasa geli lah. Tambah-tambah nak pack cadar katil untuk hantar laundry. Nak-nak pulak ada kesan tompok-tompok basah or darah dekat cadar tu. Lagilah euwwwwww. Setakat sampai aku berhenti kerja, tak pernah lagi lah ada tompokkan darah.

Kalau ada pon, kesan bedak make up or gincu. Perempuan nie dok tekap muka dia kat katil tu ke. Lol. Dah lah kotorkan cadar, then buat defect pulak dalam bilik tu. Nak buat tu elok-elok lah, tak yah lah sampai rosakkan harta benda dalam bilik tu. Ganas betul. Kalau ada defect, stain ke, kitorang tolak duit deposit. Baru depa tahu erti penyesalan. Lepas nie baru dorang behave. Kalau tak, dok jadi lagu tu lah balik.

Aku cari kerja sama-sama dengan kawan aku yang pakai baju hijau tulah 

Masa awal-awal kerja dulu, teman-teman rapat aku rajin lah melawat aku kat tempat kerja. Mereka berdua ni antaranya. Ada lah dua tiga orang lagi yang datang melawat aku. Cuma tak ambik gambar je. Even until the very last day pon masih lagi ada yang melawat. I guess, aku nie disayangi ramai. Kah.

Customer majoritinya okay je. Tapi adalah seketul dua yang cerewet. Yang paling teruk aku kena masa malam merdeka hari tu. Uncle yang aku cerita kat atas tu. Dia tengking aku baik punya. Sakit telinga aku dengar weyh, sabor jelah kan. Aku actually dah mengarang panjang lebar detail kisah pasal customer mengong nie, tapi aku delete balik sebab cerita tu panjang sangat. Sampai boleh jadi satu post baru kot.

Korang pon mesti curious nak tahu cerita pasal uncle tu kan ?

I screen captured them first before i deleted it

Those people yang kenal aku, mesti tahu aku nie jenis macam mana. Sangat sopan in every condition. Nie bukan sesi puji diri sendiri tau. Ini betul-betul punya cerita. My voice and attitude will only change if you push the right button. Setakat aku hidup nie, tak pernah lagi lah tengking orang. Aku jenis yang lambat panas. You better not make me be the guy that you will ever regret for messing with.

Sangat tak sangka benda tu berlaku pada hujung-hujung perkhidmatan aku dekat hotel tu. OMG. Sakit hati pulak bila ingat balik. Jelas terang bersuluh uncle tu yang bersalah tapi nak salahkan aku pulak. Uncle oh uncle.

Papan guest untuk hari biasa merangkap peta hotel

BTW, ini papan board guest. Yang tanda smiley tu means bilik tu ada guest. Yang magnet warna biru tu means bilik tu rosak. Magnet warna merah means bilik tu ada barang-barang yang tak lengkap contohnya macam tak ada cadar ke, sarung bantal or tuala. Warna hijau aku tak pasti untuk apa, i guess untuk yang book bilik tu. Setakat sampai aku berhenti nie, aku tak pernah lagi lah guna magnet hijau tu. Papan kat atas tu contoh untuk hari-hari biasa, tapi masa malam merdeka 30 dan 31 Ogos hari tu memang penuh lah papan tu dengan magnet smiley tu. Penuh gila weyh.

Sampai terpaksa banyak reject orang yang datang nak check in disebabkan bilik dah full.

The Lobby


This is the lobby where the customers will see first before anything else. Di sinilah tempat untuk daftar segala jadah details about the customers. Kat sini lah juga saksi kejadian aku kena tengking tu.




After i finished all my duties, i will sit there, open my laptop and updating my blog. Seriously aku sangat suka kerja sini. Sangat relax. Even tengah bekerja, tapi still boleh buat kerja-kerja "harian" yang kita selalu buat kat rumah, contohnya mengadap laptop 24 jam. But kena make sure semua duty siap dulu lah. Kang Abg Fahmi tengok kat CCTV ko dok melangok depan front desk tu tak buat duty, memang kena lah. We are only allowed to do our own job after finished duty and only allowed to open laptop after 5 hours of working.


The moment bila dah tengah-tengah malam, the CCTV turned like this. Bukan sekali dua tau, almost setiap hari. Tak pon dia jadi satu screen je instead of 9 screen. Pulak tu yang keluar rakaman dari CCTV tingkat 3. Eh bergurau pulak CCTV nie kalau dah tengah malam.

CCTV nie boleh di monitor dari rumah Abg Fahmi. Aku pon tak tahu macam mana, since aku sangat lah tak arif langsung pasal CCTV nie. So anything happened, Abg Fahmi or Kak Lyna boleh tengok through CCTV. Ada satu kali tu, aku nak telefon pasal ada customer nak check in and sekian-sekian, then dia cakap tak payah ambik dia pon tengah tengok dekat CCTV nie. I was like, scary jugak CCTV nie. Hidupku diperhatikan but at the same time, i feel safe.


Kalau dapat shift malam, boleh tidur dekat sofa tu. Tapi jangan lah buat macam tengah tidur dekat bilik sendiri. Siap comforter nya, bantal peluknya, dengan penutup mata nya. Beragak lah. Since aku susah tidur malam, so tak ada lah aku tidur. Berjaga je sepanjang malam. Cuma awal-awal kerja tu, jam 4 pagi dah start ngantuk. Tapi everytime aku cuba nak lelap mata, ada je customer bunyikan bell pintu nak check in. Adoii spoil betul.


Pintu dikawal oleh front desk. So tak sewenang-wenangnya orang luar boleh masuk unless we, the receptionist, push one special button. So selamat lah kiranya kerja kat sini even kerja sorang-sorang satu shift or kerja shift malam. Aku ingat customer boleh access pintu tu sesuka hati walaupon kita tak ada dekat front desk tu.


The Lounge

Took from level 3 

Lounge nie terletak dekat tingkat 2 hotel tu. For smokers, they are allowed to smoke here. Tapi ada je para smokers yang degil, merokok dalam bilik. Geram je dapat customer macam nie. Tolak deposit kang baru tahu erti penyesalan. Sebab dah bubuh pon notice dalam setiap bilik bahawasanya tak boleh merokok dalam bilik.

The left side of the lounge 

The right side of the lounge 

The Kaki Lima

Setiap kaki lima nie ada CCTV. So kira macam ko nak feeling runway catwalk kat situ tak boleh lah sebab diperhatikan. Bhahahaha. I am so in love with the design. Abg Fahmi really did a good job in designing this hotel. Abg Fahmi nie seorang arkitek. Jadi dialah yang bertanggungjawab dalam mereka plan dan design hotel nie. Kak Lyna is also into design-design nie. Both of them are very creative. Sesuai lah depa nie suami isteri. Tahu tak Kak Lyna tu sebenarnya isteri Abg Fahmi ? Aku tak bagi tahu lagi erk awal-awal tadi ? Sorry sorry.


Tapi Kak Lyna tak pernah bagi tahu customer yang dia tu isteri pemilik hotel nie or even claim herself as the owner of the hotel. Dia selalu cakap dia tu manager takpon pekerja je kat situ. Customer pon macam underestimate Kak Lyna lah sometimes. Kalau lah dorang tahu Kak Lyna tu siapa, mesti dorang terkejut. Barulah terhegeh nak sembah ratu.


The Toilet


Selain itu juga aku amat kagum hasil kerja Abg Fahmi nie dalam designing the toilet of every rooms in the hotel. I never know with that tiny little space we can have a toilet that completes everything (a toilet bowl, a sink, and a shower). It is a very cute toilet i would say. Small yet so complete. Tak ada lah banyak makan ruang sangat nak buat toilet nie rupanya. Sedikit-sebanyak membantu aku untuk design rumah aku in the future.

The Surau


Surau nie terletak dekat tingkat 3. So boleh lah customer Muslim nak solat dekat sini memandangkan bilik Standard cuma muat-muat katil je. Masa awal-awal kerja dulu, gigihlah aku solat dekat tingkat 3 nie. Lama-lama aku malas nak solat kat sini, motif sangat lah nak naik tingkat 3 nie semata nak solat padahal boleh je buat kat bawah.


Dah lah aku nie suka membayangkan benda-benda yang bukan-bukan walaupun tak ada pon kejadian aneh di hotel tu. Solat Zohor atau Asar gagah lah lagi nak solat kat tingkat 3 nie. Solat-solat yang jatuh time langit gelap memang tak lah aku nak solat atas nie. Aku solat dekat stor je. Lagi mudah. Tak payah penat-penat nak naik tangga.

The Store


Hah nie lah stor nya. Dalam stor nie terletak pelbagai barang keperluan hotel. Once customer check out, kena kemas bilik check out tu and ambiklah barang-barang baru dalam stor nie. While barang-barang yang dah digunakan oleh customer, Kak Lyna akan hantar pi laundry.

The Pantry



Pantry nie restricted untuk pekerja sahaja. Tapi kalau ada customer yang nak gosok baju ke, dorang boleh lah gunakan iron dalam pantry nie. Memang takkan bagi customer bawak iron naik bilik. Satgi kang dorang pi gosok dekat atas katil, habis berlobang katil tu. Customer nie bukan boleh percaya sangat.


Ini juga tempat untuk kami makan. Tak boleh makan dekat front desk nanti kang lobby berbau pulak dengan makanan-makanan tadi. So taknak lah benda tu berlaku.


Selalunya aku bawak bekal dari rumah takpon kawan bagi makanan. Kalau tak sempat bawak, aku akan beli dekat kedai mamak berhampiran Bata Merah Boutique Hotel nie. Selang 4 kedai je. Kedai mamak tu buka sampai jam 3 pagi tau. Dan aku boleh call je kedai mamak tu suruh bungkus kan itu ini, nanti bila makanan tu dah siap masak, dia akan call aku balik untuk aku ambil makanan tu. Senang kan ? Tak payah lah susah-susah tunggu lama kat situ. Aku tak boleh tinggalkan hotel lama-lama sangat. Takot ada customer nak check in pulak.


BTW, Hotel Bata Merah nie dekat sangat dengan pelbagai tempat. Seberang jalan ada KK Supermart, 7 Eleven, KFC dan Pizza Hut. Dekat ground floor pulak ada Guardian, sebelahnya ada Dominos Pizza, sebelahnya lagi ada Watson. Jadi sesiapa yang tidur di hotel nie, anda berdekatan dengan pelbagai kemudahan. Jadi pilih lah Bata Merah Boutique Hotel sebagai pilihan hotel bajet anda bila datang ke Banting nie. Promise ?

Dari tingkat 3 di bilik Large

Overall, aku sangat suka lah bekerja dekat hotel nie. Satunya, sebab kerja sangat relax lah. Dan pada waktu yang sama, tak rasa macam bekerja pon. Penat pon cuma untuk beberapa jam terawal masuk kerja je sebab buat duty, but most of the time, duduk je dekat front desk sambil main phone/laptop tunggu customer datang. Boleh makan, boleh tidur (kalau night shift), dan yang paling penting wifi 24 jam serta sangat laju. Nikmat mana yang hendak aku dustakan. Gitueee.

Tengok, siap boleh record-record video bagai time tengah buat duty =D  Hahahaha


Terima kasih lah kepada Kak Lyna dan Abg Fahmi sebab bagi aku peluang kerja dekat situ even untuk sebulan je. Aku start kerja situ dari 4 Ogos sampailah 2 September. Banyak benda aku belajar. I will really miss Kak Lyna the most. Dia nie jenis kelakar tau and dia suka sangat bercerita. Dia akan datang hotel tu setiap hari dan dia akan cerita banyak benda. Cerita-cerita dia, cara dia menyampaikan cerita-cerita tu sangat kelakar lah. Mudah terhibur dengar cerita-cerita dia. Macam-macam dia akan kongsikan. Seronok bila ada dia, tak ada lah sunyi.

Abg Fahmi aku jumpa sekali je sepanjang aku kerja dekat situ. Itupon dekat ground floor, tak sampai 5 minit lagipon. Melalui penceritaan Kak Lyna dan pekerja-pekerja sebelum nie, aku dapat simpulkan, yang Abg Fahmi nie jenis serba boleh (multitasking), sangat-sangat pembersih, rajin dan very attention to details. Dia juga sangat tak berkenan dengan habuk, rambut gugur dan sawang. Who does anyway ? Lol. So kalau dia nak datang hotel, Kak Lyna akan datang hotel tu sebelum dia dan Kak Lyna akan pastikan laluan yang Abg Fahmi akan lalu tu bersih. Sounds funny isn't ? They make such a great couple. Perfect for each other.


Ini details mengenai Bata Merah Boutique Hotel nie 

302, 1st Floor, Jalan Sultan Abd Samad, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Front desk : 03-31871819
SMS / Whatsapp : +6010-2105007
Waze : Bata Merah Boutique Hotel
Email : enquiry@batamerahboutiquehotelbanting.com

So kalau korang datang bercuti kat Banting nie, menginap lah dekat hotel nie. Berbaloi-baloi compared to other hotels. Inilah satu-satunya hotel orang Melayu dekat Banting nie, and cuma hotel nie je yang ada konsep dan tema . Hotel lain aku tengok bosan je. Just like other typical hotel.

Bata Merah Boutique Hotel nie unik sebab dinding dia memang saja dibiarkan begitu tak di-plaster. Bukan sebab hotel nie tak siap tau. Kak Lyna cerita, ada lah sorang makcik nie yang very the kampung, boleh tanya sama ada hotel tu dah siap ke belum. Berbulu je telinga Kak Lyna dengar. Lawak pon ada. Tak ada seni betul lah makcik itu. Kah.

Okay lah. Itu saja cerita yang aku nak kongsikan. Now nak kena prepare mentally and physically untuk menempuh semester baru. Jumpa lagi pada entri akan datang. See ya !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...