Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanpa berlengah masa, mari kita ceritakan hari kedua di bumi Taiwan. Untuk hari kedua nie, kami rancang untuk pergi ke Miaoli. Miaoli nie agak jauh sedikit dari Taipei. Kena naik keretapi laju untuk kesana. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam macam tu.
Kalau ikutkan peranangan, kami nak pergi Chiayi untuk hari kedua nie. Tapi disebabkan hari kedua di Taiwan cuaca masih terus memburuk. Jadinya keetapi laju tak bergerAk sampai ke Chiayi Kami tukar plan dan anjakkan perancangan hari ketiga kepada hari kedua. Sebab kena utilize-kan penggunaan 3 days pass nie. Kalau tak, membazir. Dan memang tak akan sempat kalau pergi Chiayi dan Miaoli dalam satu hari sebab lokasi yang agak jauh dan perlukan masa untuk travel.
Station-station untuk Taiwan High Speed Rail (THSR) |
Masa claim pass nie, memang kitorang dah siap-siap tempah waktu perjalanan untuk secure seats. Tapi kalau korang dah tempah dan korang rasa nak tukar atau train korang terlepas, angan risau. Pergi je dekat kaunter tu untuk tukar waktu atau train seterusnya kalau terlepas. Jadi, kalau ada perubahan perancangan atau terlepas train ke apa, boleh tukar. Sangat flexible. Tapi korang kena ingat, seat mungkin dah tak ada. Macam masa kami pergi nie, waktu tengah typhoon. Jadinya tak ramai gunakan keretapi laju. Seats pon tak kesah sangat, duduklah mana-mana sebab train tak penuh pon.
Nak pergi ke Miaoli nie pon sebenarnya tak ada dalam itinerary. Kitorang kena rombak segala perancangan disebabkan flight cancelled dan juga disebabkan tengah typhoon. Miaoli nie ada satu tempat yang sangat cantik. Tempat wind turbine. Aku memang suka dtang ke kawasan wind turbine sebab pemandangan dia sangat cantik. Dahlah tengah typhoon, kau ajak pulak tempat angin turbine? Tak ke gila namanya ?
Awalnya aku tak terfikir tempat nie akan sangat berangin. Aku cuma fikir macam mana nak fully utilize high speed rail pass tu je. Dengan keadaan cuaca sebegitu, nasib baik Miaoli masih lagi dibuka laluan untuk train berhenti. Buat research apa semua malam tu, dan hari kedua nie masa untuk execute the last minute plan.
1. Houlong Cape of Good Hope
Nama tempat wind turbine nie adalah Houlong Cape of Good Hope. Dari Taipei THSR station, turun dekat Miaoli THSR station. Lepastu naik bas 5815 menuju ke Wanwa dan turun dekat Cape of Good Hope. Kekerapan bas adalah satu jam sekali kalau tak silap. Kalau ikutkan map, dalam 20-25 minit dah boleh sampai ke tempat nie. Tapi kalau naik bas, dia akan jadi satu jam perjalanan. Masa kami pergi nie, bas tak beroperasi untuk ke sana. Kenalah naik teksi.
Teksi memang akan tunggu dekat luar station Miaoli THSR nie. So tak perlu nak install atau guna apa-apa aplikasi. Kena pastikan korang tak kena tipu sudahlah. Make sure pakai meter. Jangan setuju untuk naik kalau dia tak guna meter. Nanti dia bagi harga cekik darah. Kalau naik abs, jauh lebih murh. Tapi oleh kerana masa dan keadaan, kami pilih naik teksi. So bayar jelah walaupun mahal sikit.
Alhamdulillah sangat-sangat mi sampai ke tempat yang ingin dituju dengan selamat. Memang tak ada orang langsung ya masa nie sebab angin bertiup kuat sangat. Masa nie barulah tersedar, sebenarnya agak bahaya datang ke tempat macam nie waktu angin betiup kuat. Tambah-tambah dekat kawasanlapang sebabnya banyak benda boleh jadi seperti benda-benda bertiup yang boleh terkena kita. Contoh zink rumah, rantik kayu dan macam-macam lagilah. Sebab angiin bertiup bukan biasa-biasa tau. Kita sedang bercakap mengenai tiupan angin taufan.
Kau carilah berita mengenai Typhoon Krathon dekat internet, ko akan tahu betapa kuatnya typhoon nie. Tapi masa nie kami rasa nak enjoy je. Tak fikir sangat pasal bahaya tu. Hahaahaha.
Sumpah tempat nie sangat cantik. Kalau ikutkan vdeo-video yang aku tengok dekat Tiktok, agak susah nak ambil gambar canik sebabnya ramai sangat orang lalu lalang. Alhamdulillah ada hikmah juga datang waktu-waktu typhoon nie. Nak ambil gambar tak susah. Tak ada yang ganggu frame kau pon. Ambillah banyak mana gambar sampai puas. Memang kitorang habiskan masa sejamlebih dekat sini.
Sejam lebih tu, satu kitorang bermuhasabah diri macam mana nak balik semula ke train station. Sebabnya tak ada teksi masuk sini. Lagi satu, kami tak tahu macam mana nak order grab. Dah cuba tapi gagal. Nak call Pakcik Teksi yang hantar kami tadi, tak boleh nak call guna whatsapp.
Ye, Pakcik teksi ttu macam dah boleh agak yang tidak akan ada teksi datang ambil kitorang. Jadinya, dia bagi nombor telefon dia, kala nak balik dia suruh kam call. Sangat thoughtfl ya pakcik tu. Tapi masalahnya, kami tak boleh call dia. Jadi kami cuba ikhtiar pergi ke jalan besar. Mana tahu akan ada teksi lalu lalang dekat situ.
Jauh juga kami berjalan. Dan ada Pakcik naik motor nie lalu lalang. Dia tahu kot yang kami berdua nie pelancong. Of course lah kan, tengok baju pon dah tahu. Dia pon berhenti, tanya kami nak kemana. Kami gunakan google translate je untuk berkmunikasi. Kitorag minta tolong dia telefon kan Pakcik Teksi tadi. Dia pon tolong telefon kan dan minak Pakcik Teksi tu datang ambil kitorang dekat tempat yang kitorang berdiri.
Dalam 20 minit macam tu, Pakcik Teksi yang hantar kitorang ke sini pon sampai. Weyhh sumpahlah aku rasa bersyukur sangat sebab dua orang Pakcik nie, literally sangat membantu perjalanan kitorang ke Miaoli nie. Sangat terharu ya sebab dorang very thoughtful. Maka naiklah semula keretapi laju menuju balik ke Taipei.
Sampai Taipei City dah tengahari, kami pon dah lapar. Makanan Halal banyak je dekat Taiwan nie. Tapi banyak yang tak beroperasi disebabkan typhoon. Tapi masih ada yang buka, ikut nasib dan kena pandai cari. Kitorang singgah makanan Halal dekat dalam mall. Agak rumit juga nak cari restoran nie. Kena banyak tanya orang. Masa nie, kami dah lapar dan penat gila sebab banyak berjalan. cari kedai makan Halal yang buka. Kalau boleh, tak naklah repeat tempat semalam tu.
2. Rainbow Walk
Misi kami pada hari kedua nie ialah pergi ke tempat sebanyak yang mungkin dan tempat tu tak perlukan apa-apa bayaran. Tempat yang tak perlu bayar nie, biasanya masih dibuka pada umum walaupun waktu typhoon macam nie.
Kalau korang nak ambil gambar dekat Rainbow Walk nie, ada dua tempat. Satu dekat Ximendin Market, dan satu lagi di depan Taipei City Hall. Ximending Market tu sumpah ramai gila orang. Kalau korang nak bergambar jadi tak cantik. Alternatifnya, korang boleh pergi ke sini. Bonus dapat sekali capture bangunan ikonik Taiwan iaitu Taipei 101.
3. Taipei Grand Mosque
Kami menaiki train untuk menuju ke Taipei Grand Mosque. Untuk pengetahuan korang, populasi masyarakat Islam dekat Taiwan nie agak berkembang. Sebabtu, Taiwan banyak mengalu-alukan masyarakat Islam datang ke sana sebabnya, dengan bertambahnya populasi Islam di sana, makanya senanglah nak cari makanan Halal. And memang senang pon nak cari makanan Halal dekat Taiwan. Especially dekat bandar-bandar besar.
Berhampiran masjid nie pon banyak restoran Halal. Tapi oleh sebab kami masih lagi kenyang, makanya tak singgahlah. Seterusnya, kami nak pergi ke Elephant Mountain. Jalan kaki sedikit daripada masjid nie. Tak ingatlah sama ada kami naik train atau jalan kaki. Rasanya hanya jalan kaki sebab walking distance. Walking distance pon, jauh jugaklah actually. Haahahaha
4. Elephant Mountain (Xianshan)
Kami berjalan lagi menuju ke Elephant Mountain. Dekat puncak Elephant Mountain nie, ada spot bergambar yang cukp cantik. Korang boleh pilih nak view siang atau view malam. Elephant Mountain nie kawasan terbuka. Jadi tiada waktu buka atau tutup. Nak ke pucak memang kena mendaki sikitlah ya. Siap-siap bawa water bottle ke atas.
Sebelum sampai ke puncak, akan ada beberapa spot untuk pengunjung bergambar berlatar belakangkan Taipei 101. Sayang sikit sebab Taipe masa nie hujan renyai-renyai. Satu hari tu awan mendung je dan hujan renyai-renyai turun. Mujurlah Taipei 101 tu tak tertutup dengan kabus masa nie. Kalau tak, lagi syahdu tak dapat tengo view Taipei 101 dari puncak Elepehant Mountain nie.
Korang akan jumpa batu-batu besar. Dekat sinilah port instagrammable tu. Tapi korang kena hati-hati sebabnya pengunjung dinasihati tak memanjat batu-batu besar dekat sini. Bahaya dan licin. Tambah-tambah waktu hujan. Aku abaikan je amaran tu sebabnya bla lagi nak sampai kat atas nie, ye dakk ?
Gigihlah panjat demi satu dua gambar. Kalau hari biasa, waktu bukan musim typhoon atau hujan, kau memang kena take turn untuk ambil gambar dekat sini. Pengunjung ramai gila.
Ouh ya, nak turun Elephant Mountai nie, tolonglah berhati-hati sebabnya tangga dia sangat licin ya. Aku sampai terjatuh weyh. Habis luka tangan. Punyalah dok mengingatkan kawan aku supaya hati-hati, sudahnya aku yang jatuh.
5. Xiangshan Songren Road (Instagrammable spot at Night)
Satu lagi kawasan instagrammable spot berhampiran Elephant Mountain nie ialah dekat satu lorong yang betul-betul menampakkan susuk bangunan Taipei 101. Pemandangan dekat sini cantik bila waktu malam. Tapi masa kami turun dari Elephant Mountain tu, langit masih lag cerah walaupun waktu dah nak hampir maghrib masa nie. Jadinya, kami singgah dekat kafe berhampiran, minum-minum kopi sementara tunggu hari gelap dan hujan berhenti. Hujan makin lebat pulak. Mujur dah turun dari Elephant Mountain tu.
Malang sekali, hujan tetap tak nak berhenti ya. Masih renyai-renyai. Dan pengunjung pon ramai beratturuntuk bergambar dekat sini. Jadi kami ambil gambar asal ada je. Masa dekat sini, boleh pulak terjumpa dengan fellow Malaysian. Chinese couple nie dorang terdengar kitorang bercakap, terus tegur kitorang, "Hey orang Malaysia!". Terkejut kitorang berdua sebab tak sangka ada yang faham bahasa kitorang dekat bumi Taiwan nie. Hahaha
Selesai bergambaar, kami ambil bas untuk pulang semula Ke Ximending. Masa nie tak larat dah naak naik train. Malas nak jalan kaki menuju ke train station. Kitorang naik bas je. Convenience jugak. Mudah je nak dapat bas dan direction pon faham je. Kami menggunakanapps untuk navigate perjalanan kami di Taiwan nie.
Sampai Ximending, kami singgah makan ais krim. Lapar sangat masa nie tapi banyak restoran Halal dah tutup sebab dah hampir lewat malam. Kami jalan-jalan sekitar Ximending tu je tengok keychain dan ole-ole untuk dibawa balik. Lepastu singgah conenience store, Alhamdulillah terjumpa Indomie. Dinner kami untuk malam kedua di bumi Taiwan nie hanyalah Indomie. Kami makan dekat hotel je. Alhamdulllah, kenyang terisi perut malam tu.
Ximending Street masa nie masih lagi lengang. Tak rramai orang keluar sebab rakyat masih dinasihati duduk dalam rumah. Kau tunggu malam ketiga kami di sini dan seterusnya, perghhh penuh gila manusia. Memang betul-betul hidup Ximending Street nie. Siap ada show lagi. Kita cerita dekat ri seterusnya okay.
Okay, itu sahajalah tempat yang kami sempat pergi untuk Hari Kedua nie. Alhamdulillah banyak juga dapat pergi tempat-tempat yang kitorang dah senaraikan dalam itinerary walaupun keadaan cuaca tidak mengizinkan.
Jumpa lagi di entri hari ketiga pulak okay!
No comments:
Post a Comment