Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanpa berlengah lagi, mari kita sambung cerita hari ketiga di bumi Taiwan. Hari semakin membaik cumanya masih banyak kedai tidak beroperasi. Untuk hari ketiga nie, kami rancang untuk pergi ke Chiayi. Masa nie kami dah prepare untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Mungkin keretapi laju ke Chiayi masih tidak ada. Jadinya kami akan anjakkan itinerary hari keempat pada hari ketiga nie. Just in case keretapi laju ke Chiayi tiada.
Alhamdulillah, bila dah sampai kaunter, keretapi laju ke Chiayi ada masa tu. Makanya, kami terus naik dan menuju ke Chiayi. Perjalanan ke Chiayi mengambil masa lebih kurang 2 jam. Yer, mengambil masa 2 jam walaupun naik keretapi laju sebabnya jarak dari Taipei City ke Chiayi agak jauh.
Dah sampai Chiayi HRS station selepas 2 jam perjalanan, kena naik bas pulak. Memang jauh dan lama sungguh perjalanan nak ke tempat yang hendak dituju. Kami nak menuju ke Alishan National Forest Recreation Area. Nak ke sini daripada Chiayi HRS Station, kena ambil bas dan perjalanan menaiki bas mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit.
Alishan National Forest Recreation Area
Perancangan untuk ke sini, korang kena peka bab masa. Sebabnya, perjalanan jauh dan ada masa yang tertentu sahaja untuk setiap pengangkutan. Kena sentiasa berjaga-jaga dengan masa. Boleh refer jadual bas di bawah untuk pergi ke Alishan dari Chiayi HSR Station. Kalau kau terlepas bas jam 10.10 pagi tu, the next available bus will be at 13.30pm. Gila kan ? Sebab tu aku cakap, korang kena betul-betul rancang perjalanan untuk ke Alishan nie.
Ingat, bas nak ke Alishan dari Chiayi HSR Station ialah 7329. Jangan tersilap. Tempat tunggu bas nie ada dekat luar HSR Station tu je. Korang perhatikan signboard atau tanya je anyone dekat situ. Tapi tolong hati-hati dengan teksi-teksi yang ada. Dorang memang akan mendekati pelancong dan tawarkan korang untuk ke sana. Memanglah cepat naik teksi, tapi mahal dia, astghfirullah al-azim. Kalau korang mampu, silakan. Kami trip budget je.
Kalau aim untuk naik bas, pastikan korang sampai dekat Chiayi sebelum jam 10.10 pagi. Itu trip bas pertama untuk ke Alishan. Kami sampai awal masa nie sebabnya kami naik keretapi laju seawal jam 6 something pagi. So sampai Alishan dalam jam 8 lebih macam tu. Ada masa sikit, kami singgah minum Starbucks dan lepak-lepak sementara tungu bas. Ada Starbucks dekat station tu. Tak nak tunggu luar, sebab banyak sangat ulat-ulat teksi nie akan datang dekat.
Dah dekat jam 10, kami mula keluar dan beratur. Again, tolong jangan tersilap bas. Dekat setiap tiang tu ada tulis nombor bas. Sila naik bas 7329. Waktu bas memang tepat, tak lambat dan tak cepat. Memang jam 10.10 dorang akan bertolak. Masa dah naik bas nie, rasa sedikit lega, sebabnya satu part yang mencabar dah selesai.
Rasa macam tak sampai-sampai sebab perjalanan mengambil masa hampir 1 jam 30 minit. Aku tidur je sepanjang perjalanan. Korang kena pastikan korang ada earphone untuk dengar lagu, dan powerbank yang mencukupi utuk cas phone. Sumpah bosan tak tahu nak buat apa dalam bas. Ouh ya, jangan lupa beli snek-snek dan air sebelum naik bas. Bolehlah kunyah-kunyah dalam bas.
Akhirnya kami sampai ke Alishan setelah 1 jam 30 minit mereput dalam bas. Ya Allah rasa macam tak sampai-sampai. Perjalanan agak berliku-liku ya. Ibarat macam nak pergi ke Cameroon Highland lalu Simpang Pulai. View memang cantik sebab jalan dekat lereng-lereng bukit/gunung. Cantik memang cantik, tapi lama-lama duduk dalam bas jadi bosan. Nak main phone, jadi pening kepala. Jadi bertabahlah.
Bila dah sampai, berkabus gila. Tak nampak apa-apa. Sejuk tu memang sejuk, tapi tak adalah sampai sejuk yang sakit tu. Just sejuk-sejuk manjahhh. Ada lah menggigil sikit, tapi okay je. Masa keluar bas tu je yang macam uishh sejuk nya, tapi lama-lama okay. Ouh ya, tiket bas korang tu jangan buang sebabnya korang akan dapat 50% diskaun untuk beli tiket masuk ke Alishan nie.
Alishan National Forest Recreation Area admission ticket : 150 NTD (Discount 50% by showing your bus ticket)
Instead of satu orang 300 NTD, jadilah satu orang 150 NTD. Murah kan?
Bila dah masuk tu, agak malang sekali nasib kami lagi sekali. Train dekat Alishan nie tidak beroperasi disebabkan typhoon. Rasa sedih gila masa nie. Dah lah perjalanan ke sini ambil masa lebih kurang 5 jam. Sudahnya tak ada pulak. Train tu merupakan the main reason why we went there in the first place. Tapi tak apalah, tak ada rezeki untuk kitorang. Jadi kami naik shuttle yang disediakan.
Setiap hari Rabu, pengunjung yang datang ke Alishan boleh rasai pengalaman menaiki train kayu lama. Hanya beroperasi pada setiap hari Rabu sahaja. Untuk kitorang pulak, jangankan train kayu, train besi pon tak ada. Hahahaha. Train nie akan membawa korang menyelusuri kawasan Alishan Forest Recreation Area. Serius cantik gila pemandangan kalau dapat naik train tu.
Sedih memang sedih, tapi perjalanan perlu diteruskan. Tanpa membuang masa, kami pergi ke tempat shuttle yang disediakan. Shuttle nie sahaja yang beroperasi untuk kitorang explore Alishan. Jujur cakap, kawasan dia agak mengelirukan sedikit. Korang boleh pilih nak shuttle nie turun dekat mana. Kitorang turun je dekat pitstop mana-mana, lepastu jalan kaki explore.
Make sure korang ambil map/pamphlet yang disediakan sebab memang confuse. Kitorang teroka by heart. Jalan je menyulusuri hutan-hutan tu. Macam yang aku cakap tadi, korang kena peka bab masa. Kitorang dah tentukan by jam berapa kena naik bus dan train balik ke Taipei. So manfaatkan masa yang ada untuk teroka tempat nie sehabis baik. Jalan kehulu-kehilir dalam Alishan. Tak kesah kemana sekalipun, yang penting naik bas pada sekian-sekian waktu.
Masa kami berjalan-jalan dalam Alishan, nampak sekumpulan pelancong dengan travel guide. Kalau tak silap dorang ambil guide dari Klook sebab the tourist guide hold Klook's flag. Tak dapat bayangkan nak travel tempat macam nie, kena ikut satu persatu tempat dalam kumpulan. Sumpah bosan dan tak bestnya. Tak ada kebebasan. Sebab tu aku tak suka travel ambil pakej dari travel agent.
Tambah-tambah kitorang nie suka buat video-video healing syok sendiri, memang tak dapatlah nak buat kalau ambil pakej dari travel agent. Kena ikut je orang tu dan dengar dia explain satu persatu setiap tempat. Kadang, kau bukan nak tahu sangat pon tempat tu in details, kau just nak tengok-tengok. Kalau kau nak tahu, kau bacalah info-info yang dorang dah letak dekat situ.
Agak lama jugalah kami dalam Alishan nie. Lepastu kami bergegas ke tempat bas pick up point untuk balik semula ke Chiayi HSR Station. Alhamdulillah semua teratur, tak ada terlepas bas ke apa. Memang ngam-ngam kami sampai, tak lama lepastu bas pon datang ambil. Maka mereputlah kami selama 1 jam setengah dalam bas tu untuk sampai ke Chiayi HRS Station.
Kawasan Alishan nie sumpah besar gila. Sanggup tak sanggup jelah korang nak explore satu persatu. Korang kena budget waktu untuk naik bas dan naik semula keretapi laju. Naik bas sahaja mengambil masa selama 1 jam 30 minit. Tambah pula dengan keretapi laju nak ke Taipei, 2 jam. Pandai-pandai korang arrange masa dan pastikan korang alert dengan waktu.
Sampai Taipei City, hari pon dah gelap. Yelah, perjalanan agak jauh dan ambil waktu yang sangat lama. Mereput je kami dalam bas dan keretapi. Sampai-sampai Taipei, terus cari tempat untuk makan malam. Dekat Taiwan nie, jangan fikir jam 8 malam tu masih awal. Dekat sana, kedai makan tutup awal. Belum jam 10 dah tutup kedai. Jadi korang kena pastikan jam 7-8 dah cari tempat untuk makan. Tambah-tambah kita nie Muslim yang tak semua benda boleh makan dan pilihan restoran agak limited.
Da'an Halal Chineese Beef Noodles
Walking distance je dari stesen keretapi Daan. Sangat recommended !
Kami cuba pergi ke restoran yang kami datang masa hari kedua dekat Taiwan. Tapi malang sekali, masa tu restoran nie tutup. Cuba datang hari ketiga, Alhamdulillah restoran nie buka. Seriously ramai gila orang makan dekat sini. Sampai kena beratur. Even tempat makan berempat, kena berkongsi dengan stranger lain yang juga datang berdua. Bukan sekadar orang Muslim je datang makan, non Muslim pon sama. Restoran nie memang cukup terkenal.
Makanan dia sedap tapi sedikit hanyir. Apa-apa pon bolehlah kalau korang tak fussy sangat bab daging. For me hanyir daging dia tu masih tolerable lagi.
Seterusnya, kami balik semula ke Ximending. Sumpah penat gila tapi macam masih awal untuk balik ke hotel. Makanya kitorang beli ole-ole untuk dibawa balik Malaaysia. Takut hari keempat tak sempat nak singgah sebabnya itinerary hari keempat lagi packed.
Kalau korang nak beli ole-ole Taiwan yang Halal, boleh singgah dekat Mr. Ho's shop nie. Kau bagitahu je nak makanan Halal, nanti pekerja dia akan tunjukan section khas yang Halal. Sumpah banyak gila pilihan. Jadi tak perlu risaulah. Makanan dan perkataan Halal dengan Taiwan bukanlah sesuatu yang asing lagi. Korang wajib beli Pineaple Cake Taiwan. Sumpah sedap dan signature ole-ole Taiwan. Ada banyak flavour tapi pineaple flavor signature flavor Taiwan.
Untuk hari ketiga, itu sahajalah yang dapat kami buat. Tak boleh nak pergi mana-mana sebabnya Chiayi nie sumpah jauh gila dan ambil masa berjam-jam. Waktu banyak habis dekat perjalanan sahaja. Disarankan untuk menginap at least satu malam dekat Chiayi supaya tidak terkejar-kejar. Tapi malaslah nak tukar-tukar hotel dan bawa beg berat-berat kehulu-kehilir.
Apa-apa pon, ikut korang. Kalau rasa nak explore Chiayi lebih, boleh menginap dekat sana satu malam. Kami tidak. Kami pilih untuk pulang semula ke Taipei City. So itu sahajalah, jumpa lagi di entri hari keempat pulak okay.
No comments:
Post a Comment