Sunday, August 10, 2025

Bufet Raja Laut Malaysia @ Doubletree Hilton Kuala Lumpur

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sempena bulan kemerdekaan, Doubletree Hilton Kuala Lumpur mengadakan promosi buffet yang mengetengahkan makanan laut sebagai hidangan utama. Buat penggemar makanan laut di luar sana, ayuh ke Doubletree Hilton Kuala Lumpur sementara promosi buffet ini masih berlangsung.


Promosi buffet makanan laut ini diberi nama Raja Laut Malaysia. Buffet Raja Laut Malaysia ini berlangsung sepanjang bulan Ogos dan juga September, pada setiap malam minggu. Ya, setiap malam minggu sahaja. 






Antara makanan laut yang disajikan termasuklah udang, sotong, ketam nipah, ketam bunga, kepah, siput dan pelbagai lagi jenis makanan laut yang ada di lautan. Dimasak dengan pelbagai cara, baik hidangan barat, mahupun hidangan timur. Semuanya ada !






Setiap sudut menyajikan jenis hidangan yang berbeza, ada Chinese cuisine, Indian cuisine, Malay fusion cuisine dan western cuisine. Jangan lupa Cuba semua makanan di setiap sudut.

Raja Laut Malaysia Buffet

1 August - 27 September 2025
Every Fridays and Saturdays | 6.30 PM - 10.00 PM

RM189 nett/dewasa | RM95 nett/Kanak-kanak
Buy 4 Free 1 




Sebarang tempahan, bolehlah hubingi nombor berikut +6012-290 4551 atau email mereka di KULDT_FB@Hilton.com . Jom ramai-ramai datang ke Doubletee Hilton Kuala Lumpur untuk menikmati Buffet Raja Laut Malaysia nie.

No comments:

Post a Comment