Thursday, November 19, 2020

Baikpulih Telefon Bimbit dan Laptop di MRFIX Bangi

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Walaupun dalam keadaan pandemik, kecuaian dalam mengendalikan telefon bimbit memang tidak dapat dielakkan ya. Ada je lah benda yang dia nak rosak. Terjatuhlah, itulah inilah. So gigih jugaklah keluar pergi hantar betulkan. Ramai kawan aku sarankan pergi betulkan dekat MRFIX yang terletak dekat Seksyen 7 Bangi. Makanya, minggu lepas, gigihlah aku ke sana.



Agak memeranjatkan ya, sebabnya ramai juga orang datang untuk betulkan telefon dan laptop di sini. Ouh ya, lupa nak beritahu, di MRFIX, mereka bukan sahaja boleh membetulkan telefon, malah boleh betulkan laptop juga. 


MRFIX GADGETS

MRFIX Gadgets merupakan pakar dalam servis baikpulih telefon pintar, komputer, laptop pelbagai jenama termasuklah jenama Apple. Sebelum peranti anda dibetulkan, mereka akan membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Dan pemeriksaan ini adalah secara PERCUMA !



Yelah, kadang kita nie tak berapa reti apa benda yang rosak. Kadang benda tu tiba-tiba je jammed tak boleh hidup. Mungkin kena tekan something untuk benda tu elok semula tanpa perlu tukar apa-apa. Jadi, mereka akan cek semua benda terlebih dahulu sebelum membetulkan peranti. Jadi kita tahu, apa yang rosak dan apa benda yang perlu dibetulkan ataupun yang perlu ditukar. Dari situ kita boleh runding harga yang perlu dibayar. Sekiranya bersetuju, barulah mereka akan betulkan.



Jadi, tak adalah kita risau berapa banyak duit perlu dikeluarkan dan berapa banyak alat kena ganti dan betulkan. Kalau rasa berbaloi, boleh terus proceed.


Baik pulih peranti secara berdepan


Ya, sekiranya kerosakan itu boleh dibetulkan dalam masa yang sekejap, anda boleh menyaksikan sendiri peranti anda itu dibetulkan depan mata. Tiada benda yang MRFIX Gadget ingin sembunyikan kerana kepercayaan pelanggan merupakaan keutamaan mereka.



Antara perkhidmatan baikpulih yang disediakan di sini ialah 

  • Penukaran battery
  • Penukaran paparan LCD
  • Kerosakkan tempat mengecas phone
  • Kerosakan audio (speaker atau microphone)


Dan banyak lagilah kerosakan atau servis baikpulih yang mereka boleh lakukan. InsyaAllah peranti anda baik telefon pintar mahupon komputer riba, dapat dibaikpulih dan berfungsi normal seperti biasa. Harga pulak sangat berpatutan, bersesuaian dengan kerosakkan peranti jika hendak dibandingkan dengan kedai baikpulih telefon yang lain sekitar Bangi dan Kajang.





Bahkan, alatan-alatan ganti yang ditawarkan juga berkualiti dan original. Jadi jangan khuatir. Malah, ada warranty untuk setiap kerosakkan yang telah diperbaiki. Sekiranya dalam tempoh warranty peranti anda mengalami kerosakkan, boleh terus hantar ke MRFIX dan mereka akan ganti dengan alatan yang baharu. 


Menjual pelbagai jenis aksesori


Di sini juga ada menjual pelbagai jenis aksesori telefon dan juga laptop. Casing phone, pelbagai jenis tempered glass, wayar USB, kepala charger, powerbank, dan macam-macam lagi. Turut dijual telefon baru dan juga telefon second hand. Jadi sambil-sambil tunggu telefon dibaikpulih tu, bolehlah tengok aksesori-aksesori yang dijual di sini. 





---------------------------------------------------------------------------------------------


Untuk pengetahun korang semua, MRFIX juga ada membuat servis membaikpulih ke rumah yang mana mereka sendiri akan datang ke rumah pelanggan untuk membaikpulih telefon bimbit. Namun sejak pandemik Covid-19 melanda dunia, perkhidmatan membetulkan ke rumah pelanggan terpaksa diberhentikan. Jadi buat masa sekarang, mereka hanya menerima servis baikpulih di kedai mereka. 


Kepuasan dan kepercayaan pelanggan adalah keutamaan MRFIX. Oleh itu, mereka cukup menjaga dan memberikan yang terbaik dalam membaikpulih dan servis yang ditawarkan. Sekiranya korang nak membaikpulih telefon atau mencari alat-alat ganti telefon pintar yang original dan berkualiti, bolehlah ke MRFIX yang terletak di Seksyen 7 Bangi. Kedai mereka betul-betul berhadapan dengan Restoran Sue Kamilah Teh Beng Madu.



MRFIX BANGI

No 50 Jalan 7/7A, 43650 Bangi, Selangor

Waktu operasi : Setiap hari (10 AM - 10PM)


WHATSAPP : 018-988 6531

FACEBOOK : https://www.facebook.com/MrfixBangi/

INSTAGRAM : https://www.instagram.com/mrfix_gadgets/

WEBSITE : https://www.mrfix.my/


Untuk kaedah pembayaran, MRFIX menerima pembayaran dalam bentuk tunai, kad kredit, kad debit, dan juga platform-platform e-wallet tempatan seperti Boost dan juga Grab Pay





28 comments:

  1. Alaaa jauh lee pulakkk, kalau dekat nak hantar laptop Sis yang pecah cover tu haaa.. Johor takde ek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat Johor pon ada cawangan di Sis Lin, nanti bolh singgah

      Delete
  2. Alahai... Kenapalah masa LeYa duduk area sana dulu tak perasan kedai ni.. Huhu... Jenuh ingatkan mencari tempat repair laptop dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh Leya dh pindah ke ? yer memang susah nak cari tempat betulkan laptop. Kalau hp mungkinlah senang nak jumpa tapi laptop memang payah

      Delete
  3. Wahhh boleh inform kat my adk yang buat PhD kat UKM to check this out! Boleh tolong belikan aksesori ataupun repair laptop mereka ke. 👍👍👍

    ReplyDelete
  4. Oh ni macam iHosp utk baiki iphone cuma ihosp tu utk jenama iphone je... bagus gak kak bole dtg umah kan tapi tu la pkpp lak... cuma caj baiki agak2 murah ke mahal huhu...cuma klu org KL jauh sikit la nak pg kan? Tak ada cawangan di KL ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak sure pulak kalau cawangan di KL. nak kena cek semula dekat website mereka

      Delete
  5. Kita Memang tengah carikedia repair phone tapi juah laaaa plak ngan kita. Huhuuu
    Suka kedai ni, kemas bersih tersusun! Part cara pembayaran tu bagus banyak pilihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, sama jugak. suka bab pembayaran tu sebab banyak pilihan

      Delete
  6. Bagusnya servis ni, terutamanya pemeriksaan percuma tu. Dan baik pulih depan mata customer sendiri. Kadang2 takut juga nak hantar repair laptop, takut kena tipu, dsb.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yesss ! itu paling takut. takut dia tak ganti tp katanya ganti. tapi kat sini, mmg trusted.

      Delete
  7. best plak bila ia baiki berdepan tu, zharif.
    aida ni tak pandai, tu yg nak tgk dlm tu ada apa.
    camne nak pulihkan. apa benda la ada dlm phone / komputer tu kan.
    and bangga bila org melayu kita da semakin byk buka kedai gajet.
    last 2 months baru anta kat member utk upgrade macbook ni.
    harga kawan-kawan je... alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess, kat Bangi mmg banyak kedai baikpulih telefon muslim. MRFIX salah satunya

      Delete
  8. Mudah dah sekarang ada kedai untuk repair fon. Dulu cukup susah nak cari kedai yang repair fon

    ReplyDelete
  9. Ala jauh pulak dekat Bangi. Memang nak cari kedai untuk repair hp lama tu. Elok lagi tapi dia xnak on sebab dah lama dibiarkan tak dicharge.

    ReplyDelete
  10. Good to know that this shop offer services ranging from mobile phone repair to software overhaul for laptops. This is really a convenience for those who live around the area.

    ReplyDelete
  11. jauhnya ke bangi sana tapi untung la orang sana boleh rujuk dengan yang pakar. barang ganti pun original, legaa dah kat situ. hopefully mr fix akan buka cawangan dekat subang pulak hehe

    ReplyDelete
  12. dekat bangi je ke cawangan mr fix ni, kalau ada cawangan yg lagi dekat boleh lah pegi hehe sebba ada jugak nak repair phone ni :)

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing! Will also share this around~ although far sikit, tapi I believe I have friends in Bangi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. you stay area Klang kan ? mungkin boleh try pi cawangan di Shah Alam

      Delete
  14. wah kalau talifon iena atau laptop iena ada problem nanti boleh lah datang ke sini..iena selalu gak ke bangi tu :D

    ReplyDelete
  15. Kat Bangi memang makin banyak kedai baiki phone camni. And tempat yg Zharif pergi ni, saya pun pernah datang untuk repair iPhone saya. Memang cekap diorang buat kerja. Recommended.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess yess, sangat cekap dan pantas. tukar LCD xsampai setengah jam pon

      Delete
  16. Siyesla boleh tengok sekali. Sis kalau hntr repair biasa depan kaunter je. Mane technician bg tengok kt belakang huhu.

    ReplyDelete
  17. Area damansara ada tk? Tu je la yg dekat dgn i. Suh kat rawang kang jauh benar.. Best ada service mcmni senang utk i repair phone

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...