Thursday, October 15, 2020

Jom Makan Sushi di Eat Sushi, Sunway Giza

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kalau dulu, sushi merupakan a big no no for me. Orang ajak makan sushi memang aku tak nak. Tak kena tekak. Tapi bila umur makin meningkat dewasa nie, eh eh tiba-tiba jadi gila sushi pulak. Faktor lanjut usia ke ? Aku pon tak pasti. Jadi, baru-baru ini kawan-kawan ajak makan sushi dekat Eat Sushi yang terletak di Sunway Giza. Eat Sushi nie merupakan restoran sushi baharu yang menapak di Malaysia. Ikuti butirannya !



Untuk pengetahuan korang semua, Eat Sushi sudah lama menapak di Australia yakni sejak tahun 2009 lagi. Mereka sudah mempunyai 6 cawangan di sekitar Australia dan cawangannya yang pertama di Malaysia ini merupakan cawangan pertama luar negara Eat Sushi. Bertuahlah kita dapat datang ke restoran yang menyajikan makanan simbolik masyarakat Jepun itu di sini. Tak perlu bersusah-susah ke Jepun mahupun ke Australia. 




Nak-nak pula tengah musim Covid-19 nie kan, jadinya larangan ke luar negara masih lagi berkuatkuasa. Oleh itu, cukup bertuah kita dapat menikmati makanan dari restoran Jepun yang cukup terkenal di Australia ini, di Sunway Giza. Jom aku bawakan korang, apa yang istimewa sangat Eat Sushi ini berbanding restoran-restoran yang menyajikan makanan masyarakat Jepun yang lain. 




Uniknya sushi-sushi yang dihidangkan di Eat Sushi ini ialah sushi mereka di-fusion-kan dengan memberikan sedikit sentuhan elemen makanan masyarakat Australia ke dalamnya. Namun tidak melarikan ciri dan keaslian sushi masyarakat Jepun itu sendiri. 



Lebih menarik lagi, sushi-sushi yang dibuat di sini hanya menggunakan bahan-bahan yang segar dan disediakan segar setiap hari. Tiada yang sejuk beku mahupun stok-stok sushi semalam-semalam. Semuanya dibuat secara segar. 



Sushi yang menjadi signature di restoran Eat Sushi ini ialah Unagi Rainbow Maki, Grill Salmon Rainbow Maki dan juga Tempura Sushi Maki. Antara signature lain yang menjadi pilihan dan saranan untuk dinikmati ialah : 

  • Avocado Rainbow Maki
  • Grill Hotate Rainbow Maki
  • Egg Rainbow Maki




Memang banyak seleksi pilihan sushi di Eat Sushi nie. Semua jenis sushi yang korang boleh namakan, semuanya ada dihidangkan di sini. Kalau tak ada di kaunter bergerak, korang boleh terus request daripada pembuat sushi mereka. 




Selain sushi, terdapat juga hidangan lain seperti bento dan sebagainya. Namun pilihan terkenal sudah pastinya sushi. Kalau datang restoran Jepun tapi tak makan sushi, kira macam tak payah datang lah cerita dia. Wajib cuba sushi-sushi di sini. Harga sushi di sini boleh dikira berpatutanlah. Sebelum nak ambil pinggan sushi di kaunter bergerak tu, pastikan korang tengok warna pinggan. Warna yang berbeza tu bukan saja-saja tau. Itu merupakan petunjuk kepada harga setiap pinggan sushi yang korang ambil tu.



Jom lah pakat-pakat datang ke Eat Sushi. Restoran nie boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa, malah kalau nak sewa ruangan pon boleh. Namun oleh kerana kita masih lagi dalam fasa PKPB, bilangan pengunjung agak limited, tapi masih lagi boleh untuk dine-in. 

EAT SUSHI

A-13-G Sunway Giza, Jalan PJU 5/14 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.

Tel : 03 - 7496 7318


Untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi lain, korang boleh singgah ke laman sosial mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/EatSushiMalaysia

Instagram : https://www.instagram.com/eatsushi.malaysia/


23 comments:

  1. dah pernah makan kat sini, Avocado Rainbow Maki, antara sushi yang Sally repeat 2-3 kali, tambahan kepingan buah Avocado tu membuatkan sushi kita rasa lemak, dan yang penting sedap dan lebih sihat 😀

    ReplyDelete
  2. Meriahnya macam2 jenis Sushi ada kat sini.. Tak kira juga nanti nak g serbu juga after PKP ni...

    ReplyDelete
  3. Omg! I memang giler makan sushi ye..pantang nampak sushi. Ingat tak kte lepak aritu i beli sushi kan? Pastu my niece dtg we all gi mkn tempat lain kan? Hahaha we all pindah kat sushi king lak time tu hahahahah

    ReplyDelete
  4. Banyak kali dah LH baca review ni. Memang menggugat betul. LH dahlah suka sushi, bento, takoyaki semua tu.

    ReplyDelete
  5. dulu tak pandang pun sushi ni sebab tak reti makan haha, sekarang anak-anak memang hantu shusi, memang ibu pun terpaksalah makan juga tapi sedap!!

    ReplyDelete
  6. gambar yg number 4 tu, sushi yg tengah2 tu... unagi ke? atau ayam? tempting nyaa nampak

    ReplyDelete
  7. ok habis pkpb ni comfirm nak pergi ...akak suka makan sushi selalunya beli yang kat aeon tu jer ....tapi tengok kat sini nampak lagi meriah dengan macam2 sushi .... tqqq tau bagitahu tempat makan sushi yang best...dah terasa2 pulak wasabi dalam mulut

    ReplyDelete
  8. Wah tahniah Eat Sushi Malaysia since menjadi cawangan pertama di Malaysia dan luar Australia! Sedapnyaa nampak semua sushi kat situ, Qeela sekeluarga memang penggemar sushi dan makanan Jepun, makanya memang wajib la ni try Eat Sushi ni! Nanti dah habis pkp boleh try ke sana 😍

    ReplyDelete
  9. Telan ayaq liur nengoknya weiii...seketul shushi tu macam nampak kenyang beno kalau makannya...bilalah nak ada kat JB ya?

    ReplyDelete
  10. All the sushi looks fresh and amazing. The have so many different varieties which are really tempting. Would love to visit this joint one day.

    ReplyDelete
  11. sedapnyaaa! teringin nak pergi! dia ada bonanza tak ? hahaahahaha tapi nampak very the premium. boleh try nanti. eh cop dia ada halal tak ke muslim friendly?

    ReplyDelete
  12. Madam fan of sushi gak. Baru tau betapa Sushi 🍣 pun fusions. Kira nya kacukan Jepun Australia la ni. Yeah.. Seyes nmpk sedap pastinya rasa pun lazat. Ps. Warna plate ada makna rupanya.

    ReplyDelete
  13. Wah wah...those sushi look yummy. I'm not a sushi fan but these pics tempting me

    ReplyDelete
  14. Wah wah...those sushi look yummy. I'm not a sushi fan but these pics tempting me

    ReplyDelete
  15. Bestnya banyak pilihan sangat untuk sushi dan mostly yang tak pernah ada lagi dekat sushi restaurants dekat malaysia ni. Kedai dia pun cantik!

    ReplyDelete
  16. Nak makan sushi hurrmm awak saja nak uji kita kan hehehehe tak apa habis PKPB ni kita pergi serbu makan kat sini hehehee dengar mereka ada delivery juga untuk sushi segar ni hurmmmm boleh lah cuba....

    ReplyDelete
  17. Kalau pergi jangan lupa ajak Rawlins. Dengar cerita dah ada bento set - Rawlins nak!

    ReplyDelete
  18. For now, saya bookmark je la dulu. Belum boleh rentas daerah lagi huhu..

    ReplyDelete
  19. Kita nak makan bento dia pulak la.. Tapi serius sedap2 sushi dia ni.. Mmg rasa fresh sgt

    ReplyDelete
  20. fuh banyaknya pilihan sushi kat situ

    ReplyDelete
  21. Aduh dah lama tak makan suhsi ye.. Ni buat terliur ni.. Banyak betul shushi dia. Ni lepas Pkpb ni ras anak pergi makan sini ni

    ReplyDelete
  22. Omg... so many choices. Now you make me crave for some sushi for lunch, hopefully they have delivery service.

    ReplyDelete
  23. wow meriahnya! banyak menu sushi..boleh bawak kawan makan ke sini nanti..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...