Thursday, October 8, 2020

Rangkaian Sabun Mandian XORRA Menampilkan Cik Manggis Sebagai Duta

Assalmualaikum dan salam sejahtera


Baru-baru ini aku berkesempatan menghadiri satu majlis pelancaran rangkaian produk mandian XORRA dan aku ingin mengucapkan tahniah buat Cik Manggis, di atas lantikkannya sebagai duta rangkaian produk mandian Xorra itu.


Ikuti butirannya !



Rangkaian Produk Mandian XORRA

Secara jujurnya, ini merupakan kali pertama aku mendengar jenama produk mandian bumiputra ini. Asal usul tercetusnya nama Xorra itu sungguh unik dan indah. Ia diambil daripada perkataan Arab iaitu ZAHRAH yang membawa maksud blossom atau kembang. Acap kali kita menyaksikan bunga berkembang di waktu pagi, tapi pernah kita bayangkan bau dan khasiat sesuatu bunga itu sekiranya dijadikan produk mandian ?



Oleh sebab itu, Pengarah Urusan Farmasia Sdn Bhd, Puan Zohrah Razak, rasa terpanggil untuk menghasilkan rangkaian produk mandian Xorra. Rangkaian Xorra Body Wash : The Science of Care ini menampilkan 3 haruman bunga yang memberi haruman yang berpanjangan dan sekaligus menawarkan khasiat dan kebaikan kepada kulit badan si pemakainya. 3 haruman tersebut ialah Rose Petals, Morning Breeze dan Sakura Spring.



Rangkaian produk mandian Xorra ini hanya menggunakan bahan semulajadi dan bebas daripada bahan kimia. Menurut Puan Zohrah, bahan kimia dalam produk mandian sangat tidak bagus untuk kulit kerana paling tidak kita akan mandi sehari dalam 2 kali. 2 kali kita mendedahkan kulit kita dengan bahan kimia, dan bayangkan sekiranya kita lakukan itu berhari-hari, sudah pasti akan memberi kesan dalam masa jangka panjang nanti.



Cik Manggis sebagai duta XORRA Body Wash : The Science of Care

Pemilihan Cik Manggis asalnya tercetus daripada idea pelakon dan selebriti terkenal tanah air, Ashraf Muslim. Beliau menyarankan nama Cik Manggis kepada Puan Zohrah dan akhirnya membuatkan Puan Zohrah bersetuju menjadikan Cik Manggis sebagai duta. Hal ini kerana, Cik Manggis melambangkan rangkaian produk mandian Xorra itu sendiri yang mana beliau merupakan seorang wanita yang dapat mengimbangkan kehidupan professional dan peribadinya. Cik Manggis seorang yang bekerjaya, dalam masa yang sama tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu. Pemilihan Cik Manggis sebagai duta merupakan pilihan yang tepat menurut Puan Zohrah. 



Peluang menambahkan pendapatan dengan menjadi agen XORRA

Di era pandemik Covid-19 ini, ramai orang di luar sana hilang sumber pendapatan dan diberhentikan kerja. Keadaan hidup yang cukup mendesak ini memaksa semua untuk teruskan hidup dalam keadaan yang cukup mencabar. Ada mulut untuk disuap, pinjaman yang perlu dibayar dan banyak lagi. Oleh itu, Puan Zohrah nampak ini satu peluang buat mereka yang mengalami desakan hidup dengan membuka peluang menjadi agen produk Xorra.



Beliau percaya, melihat trend masa kini, pasaran kecantikan begitu pesat menaik. Dan ini merupakan satu benda yang positif buat mereka yang mengusahakan produk kecantikan. Oleh itu, beliau berharap, dengan wujudnya Xorra Body Wash: The Science of Care ini, dapat membantu mereka-mereka di luar sana untuk mendapatkan pendapatan sampingan dengan menjadi agen. 



Jom dapatkan produk mandian Xorra di pasaran sekarang. Setiap satunya bersaiz 300ml yang dijual secara set dengan harga RM148. Manakala untuk pek travel pula, ia dijual dengan harga RM48 satu set. Sebarang maklumat lanjut, boleh dapatkan di butiran yang berikut :


Instagram : https://www.instagram.com/xorrabeauty/

Facebook : https://www.facebook.com/XorraDamour



22 comments:

  1. Okay nak support produk bumiputera jugalah.... Selain #Sapotlokal yang pentingnya produk ni bebas dari bahan kimia... Siapa lagi kalau bukan kita yang jaga kesihatan kulit kita sendiri kan...

    ReplyDelete
  2. Wah bangga ye sebab produk bumiputera. Moga produk sabun mandian ni setanding lux dan jenama antarabangsa. Hehe..comel Cik Manggis

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...berminat boleh order melalui ig xorra

      Delete
  3. bestnya , pergi majlis ni boleh jumpa cik manggis! then packaging xorra ni cantik and nampak easy travel kan... teringin nak bau

    ReplyDelete
  4. wahh produk barulah! macam best je nampak. packaging dia pun nice. Good to know yang produk ni guna bahan semulajadi dan tanpa barangan kimia! Rasa lebih selamat guna.

    ReplyDelete
    Replies
    1. berminat boleh lah order di ig xorra beauty

      Delete
  5. Sabun mandi baru.. Mesti wangi kan. Hope dapat cari la kat supermarket kalau ada.. Maybe leh cuba nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. wangi...seyes wangi...if u minat nak try ....boleh la order di ig xorra beauty

      Delete
  6. Wahhh bagus ni bebas bahan kimia. Tahniah Xorra

    ReplyDelete
  7. Support Lokal. Moh beli XORRA. Mereka jual kat mana Zharif? Guardian atau Watsons ada tak? Akak suka mandian camni. Ingredients dia ok tak? Sebab kulit akak sensitif kena baca isi kandungan.

    ReplyDelete
  8. Bagus lah produk xorra pakai bahan semulajadi je. Kena try la nanti. Nak beli kat mana ek?

    ReplyDelete
  9. packaging nampak esklusif sngat. yang penting produk tempatan. thanks sharing

    ReplyDelete
  10. Tahniah kepada cik manggis atas perlantikan sebagai duta produk mandian Xorra ni. bertuah badan.. kita bila la agaknya org nak panggil jad duta ya. hahaha

    ReplyDelete
  11. Bebas bahan kimia, lokal, harum berasaskan bunga. For sure gentle on skin too. Ps. Madam choose yellow one scent. So influenced.

    ReplyDelete
  12. Ada set travel ek...waa nak cari ni, suka kalau go travel bawa wangian mandi wangi-wangi ni, kasi aura travel tu asyukkkk hehehehe..Makin cantik Cik Manggis...

    ReplyDelete
  13. Kami orang perempuan ni, excited kalau nampak product2 wangian seperti ni! Nak beli & cuba lah! Travel size pun sounds good!

    ReplyDelete
  14. Produk lokal yang perlu disupport. Boleh cuba ni. Lain sgt cik manggis tu. Lagi ayu dan comel 😊

    ReplyDelete
  15. unik nama dia. packaging dia comel and mesti bau dia best ni. suka tgk warna-warna dia.

    ReplyDelete
  16. Wow all these shower gel look so good, i want to try the sakura spring macam best.

    ReplyDelete
  17. Baguslah dah ada jenama mandian produk dari bumiputra tentu kita pun suka membelinya

    ReplyDelete
  18. baca entri pun tau sabun mandi ni wangi.. hee~ tahniah untuk pelantikan Cik Manggis sebagai duta dan semoga Xorra dapat menambah manafaat kepada pengguna dan juga peniaga..

    ReplyDelete
  19. tengok cik manggis pun dah tahu shower gel ni wangi! hehe...menarik tengok colourful dan ada banyak pilihan bauan..rasa nak try yang sakura tu.

    ReplyDelete