Thursday, October 1, 2020

Sinar Baharu Buat Usahawan Koperasi Melalui Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi (PULIH)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pandemik Covid-19 sudah menjajah dunia berbulan-bulan lamanya. Banyak industri yang terkesan akibat pandemikini. Bukan sahaja industri pelancongan, malah industri perniagaan juga teruk terjejas. Hal ini mengakibatkan ramai pengusaha-pengusaha perniagaan mencari alternatif lain untuk terus hidup dalam pandemik ini. Sekiranya pandemik ini menjejaskan pengusaha-pengusaha perniagaan besar, bayangkan pula pengusaha-pengusaha perniagaan kecil bagaiman. Oleh itu, pihak kerajaan khususnya Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah mengambil beberapa langkah bagi membantu dan memulihkan pengusaha-pengusaha yang terjejas akibat pandemik ini. Ikuti butirannya !


Hal ini menarik perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin, turun padang menjayakan inisiatif dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang telah menggubal satu program bagi membantu usahawan-usahawan yang bernaung di bawahnya. Program Eksplorasi Koperasi Negeri Terengganu ini berlangsung selama 3 hari bermula 18 September 2020 sehingga 20 September 2020.

Inisiatif yang digubal oleh SKM ialah Program Pelan Pemulihan Ekonomi Koperasi : Insentif Promosi Dan Pemasaran Sektor Ekonomi Utama Pelancongan dan Penjagaan Diri (PULIH). Inisiatif ini bagi memulihkan koperasi yang teruk terjejas akibat pandemik Covid-19 ini. Majlis pelancaran PULIH ini telah diadakan di Terminal Pelancongan Besut, Terengganu. Ia telah dirasmikan sendiri oleh Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati.

Photographed by : Azwan Ali

Antara tujuan atau objektif utama program PULIH diadakan adalah :
  • Membantu koperasi mendepani cabaran ekonomi semasa dalam jangka masa pendek selepas pembukaan semula ekonomi bagi sektor pelancongan dan penjagaan diri.
  • Mendorong dan membantu koperasi untuk menjana semula aktiviti serta meningkatkan pendapatan selepas mengalami pengurangan permintaan dan penutupan sektor pelancongan dengan bantuan insentif promosi dan pemasaran aktiviti pelancongan dan penjagaan diri.
  • Inisiatif khas SKM dalam usaha membantu kelangsungan koperasi untuk terus beroperasi serta berdaya tahan dan berdaya saing dalam era kebiasan baharu selain mengurangkan kesan ekonomi yang dihadapi oleh koperasi.

Program PULIH dilaksanakan secara serentak seluruh negara dengan memberikan dana insentif bagi menyokong aktiviti promosi dan pemasaran dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri untuk pembangunan semula ekonomi koperasi. Oleh itu, pihak SKM telah memperuntukkan dana sebanyak RM1 juta dalam bentuk insentif yang akan dimanfaatkan lebih 80 buah koperasi dalam sektor pelancongan dan penjagaan diri. 

Photographed by : Azwan Ali

Untuk negeri Terengganu khususnya, sebanyak 9 buah koperasi telah menerima bayaran insentif pulih yang melibatkan peruntukan sebanyak RM70,000. Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati Binti Hj Samsudin sempat melawat ke beberapa buah koperasi di sekitar Terengganu ini bagi mendengar sendiri keluhan para usahawan yang terjejas.

Photographed by : Azwan Ali


Antara koperasi yang sempat dilawati oleh YB Datuk Wira Hajah Mas Ermieyati ialah Koperasi Felcra Malaysia Berhad di Gong Badak, Koperasi Syarikat Wan Zamri Terengganu Berhad, Koperasi Ummu Wahidah Terengganu Berhad dan Kedai Air Batu Koperasi Bersatu Jaya Pulau Perhentian Besut Berhad. 







Ketika di majlis pelancaran PULIH, sumbangan insentif telah diagihkan kepada 9 koperasi yang terpilih. Antaranya ialah Koperasi maktab Rendah Sains MARA Kuala Terengganu Berhad sebanyak RM6,000, Koperasi Keluarga Haji Abdullah Besut Berhad sebanyak RM5,000, Koperasi Tenaga Muda Hulu Besut Berhad sebanyak RM10,000 dan Koperasi Maktab Rendah Sains MARA Kuala Berang Berhad sebanyak RM6,000.

Jelas terpancar kegembiraan dari wakil-wakil koperasi ini setelah menerima insentif PULIH ini. Semoga usaha murni pihak kerajaan dan SKM dapat membantu sedikit sebanyak dalam mengurangkan beban dan memulihkan perniagaan ahli-ahli koperasi dalam mendepani pandemik Covid-19 ini. 

9 comments:

  1. Memang bagus sebenarnya inisiatif skm utk membantu golongan usahawan melalui koperasi ni pulak2 dlm keadaan ekonomi yg rapuh sekarang ni.

    ReplyDelete
  2. Program seperti ini sih sangat bagus. Apalagi masa kondisi covid saat ini. Banyak sekali usahawan yang terkenda dampaknya. Ya semoga dengan adanya program tersebut, dapat setidaknya membantu agar para usawahan bisa berjalan kembali. Nice.

    ReplyDelete
  3. This is definitely a good program to help business owners and new entrepreneurs. More people should participate it. Thank you for sharing this story.

    ReplyDelete
  4. Usahawan industri kecil dan sederhana memang paling banyak terkesan disebabkan pandemik Covid-19. Jadi bagus la bila ada inisiatif begini untuk membantu sedikit sebanyak.

    ReplyDelete
  5. Inisiatif yang bagus untuk membantu para usahawan dan IKS. Banyak industri terjejas kan sejak Pandemik COVID-19 muncul dan kita semua MCO. Semoga bantuan begini dapat membantu mereka terus berniaga dengan lebih maju. InsyaAllah. Sebab nak konsisten kalau tiada hasil jualan, pasti mereka sukar.

    ReplyDelete
  6. Bukan sedikit yang terkesan dan terjejas akibat Covid-19. Hari ini pun kita belum bebas sepenuhnya. Syabas kerajaan dengan inisiatif begini moga dapat beri dorongan dan semangat baru pada kita semua. Moga pulih menerusi PULIH!

    ReplyDelete
  7. bagus sangat mereka buat program macam ni untuk membantu rakyat.. semoga dapat memulihkan kembali ekonomi kita !

    ReplyDelete
  8. It is really good that the agency is helping businesses through coop available in our country. Hopefully such initiative can help boost their businesses and eventually country's economy as a whole.

    ReplyDelete
  9. Program yang bagus untuk membantu pihak yang terjejas teruk. Semoga ini dapat membantu mereka walaupun sedikit. InshaAllah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...