Tuesday, March 16, 2021

Jalan-jalan ke Kuala Selangor

 Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kali nie aku nak cerita rombongan pepondan pergi ke Kuala Selangor. Rasa macam dah lama betul percutian nie tapi baru ada mood nak menaip. Hahaha. Dalam banyak-banyak percutian bermalam kitorang, percutian ke Kuala Selangor nie merupakan percutian paling singkat sebab cuma 2 hari 1 malam je. Tapi tetap best. Ikuti butirannya !


Tarikh kami pergi ke Kuala Selangor nie ialah pada 19 dan 20 Disember 2020.

Seawal subuh gajah kami dah keluar rumah dan berkumpul dekat RnR Sungai Buloh. Naik dua kereta je kali nie sebab tak bawa banyak barang pon. Janji jam 8 bertemu dekat RnR tu, tapi kami yang bergerak dari Sri Petaling gigih subuh-subuh gajah dah bertolak. Walhal sekangkang kera je jaraknya nak ke situ. Hahahahha.

Sementara menunggu Kak Lily dan Abg Rizman sampai, kitorang bersarapan terlebih dahulu. Lepas semua dah ada, barulah sambung memandu terus ke Kuala Selangor. Oleh kerana percutian kali nie singkat, kami terus pergi ke destinasi pertama iaitu cari sarapan. 

Yer aku tahu, mesti korang bermonolog dalaman "Sarapan lagi?". Sarapan di RnR tu cuma buat geli-geli perut je. Kali nie betul-betul sarapan. Tempat yang kitorang singgah nie merupakan salah satu tempat makan yang wajib terjah kalau datang ke Kuala Selangor, katanya. Kenapa wajib ya ? Hebatkah tempat makan itu ? 


Kenapa wajib singgah Warung Dinyati Roti Canai sebab tular pasal roti canai pelangi yang dijual di sini. Memang ramai sangat kot. Kena tunggu meja kosong baru dapat masuk. Tapi servis kat sini tak lambat pon, sistematik semuanya. 

Tastewise ? Ermmmm biasa-biasa je. And kadang tak kena tekak pon ada. Hahaha. Pemilik kedai makan kalau terbaca nie, mohon jangan marah okay. Hehe.


Aku syak tempat nie viral sebab warna-warni roti canai tu je. Untuk bab lain, macam sama je dengan tempat sarapan lain. Bezanya kat sini jual roti canai berperisa. Sesetengah perisa okaylah, sesetengah aku rasa macam tak kena tekak. Terutama sekali roti canai perisa durian. Sangat tak kena okay. Tak tahulah orang lain, for me as a durian lover, gabungan roti canai dengan perisa durian tak boleh terima. 


Seusai sarapan, kami terus pergi ke Bukit Malawati. Bukit Malawati tempat yang popular untuk beriadah dan merupakan kawasan spesis monyet-monyet liar yang jinak tak berapa nak jinak. Hah begitulah.

Pernah ke sopan ?


Seronok memang seronok sebab dapat berinteraksi secara dekat dengan monyet-monyet nie. Korang boleh beli makanan yang dijual tepi-tepi tu untuk diberi makan pada monyet-monyet nie. Tapi awasss ! Dorang boleh tahu ya siapa yang ada makanan. Dorang akan datang dekat dan eventually akan "attack" korang. Tak adalah attack tu bercakar atau gigit ke apa. Monyet-monyet nie akan pegang-pegang korang. Mereka-mereka yang jenis geli dengan spesis berbulu sebegini, ini merupakan satu ketakutan ya. Aku tak geli dan takut pon cuma aku tak suka dia datang secara mengejut. Itu je. 



Nak datang sini, dinasihatkan supaya tidak membawa apa-apa barang di dalam plastik kerana itu akan menarik perhatian monyet-monyet dekat atas nie. Monyet dekat sini ada dua spesis. Aku pon tak ingat nama apa spesis tu tapi satu warna kelabu, satu warna coklat. Yang warna coklat tu agak agresif sikit berbanding yang warna kelabu. 


Ouh ya, jangan pakai baju warna terang atau putih. Sumpah akan kotor sebab monyet-monyet nie akan bersentuhan dengan korang. Mujurlah tak pakai seluar putih. Menangis kot nak basuh. Tangan monyet-monyet nie kotor sikit. 



Korang boleh pilih sama ada nak hiking naik atas bukit nie ataupun nak naik trem. Dibuka seawal jam 9 pagi sehingga 6 petang termasuklah pada hari minggu dan cuti umum. Elok datang pagi-pagi, jadinya tak berapa panas bila berada atas bukit tu. Alhamdulillah masa kitorang datang nie, cuaca beri kerjasama walaupun hujan renyai-renyai sikit.



Lepastu kitorang berjalan sekitar untuk ambil-ambil gambar. Banyak mural-mural cantik yang terdapat di sekitar sini. Jalan kaki je dari satu mural ke mural yang lain. Memang tak ingat dunialah bila dah bergambar. Kalau boleh, semua tempat nak bergambornya. Maklumlah, masa nie baru dibenarkan untuk rentas daerah, memang sakanlah cerita dia. 

Pernah ke sopan ?

Pernah ke sopan ?

Pernah ke sopan ?

Pernah ke sopan ?

Pernah ke sopan ?

Gigih ke tidak ? Sangat gigih ya. Sampaikan berlecak kot. Lepastu semua kelam kelibut cari kipas, cari aircond sebab panas. Dengan perut laparnya. Terus cari tempat makan berdekatan untuk makan. Lepas makan terus pergi singgah pasar basah nak beli lauk untuk masak dan berb-BBQ dekat homestay yang akan kitorang inap. 


Lepas dah beli barang basah dekat pasar, kitorang terus menuju ke homestay untuk check in. Homestay nie kitorang dah lama tempah, tapi disebabkan larangan merentas negeri dan daerah, kitorang terpaksa tangguh. Mujurlah pemilik homestay okay je untuk kitorang tukar tarikh. Dia pon maklum yang kita sekarang masih dalam pandemik. Homestay yang kitorang duduk nie, Kak Lily yang cari. Entah mana dia jumpa aku pon tak tahu. Tapi yang pasti, homestay nie sangat selesa dan besar gila okay. Sangat disarankan untuk mereka yang berkeluarga besar atau nak buat gathering ramai-ramai untuk menginap di homestay nie.


Kitorang menginap di Paddy House Homestay. Ramai sarankan untuk menginap di sini kalau berkunjung secara berkumpulan di Kuala Selangor. Jom aku tunjukkan suasana dalam homestay nie. Terdapat 4 bilik dalam satu rumah dan 4 bilik air. 3 bilik air attached dengan bilik. Pendingin hawa dan kipas siling lengkap di setiap bilik dan ruang tamu.




Ada dua ruang tamu dan satu ruang makan. Dapur dia paling belakang dan luas sangat-sangat. Kelengkapan rumah pula serba-serbi cukup, cuma alatan dan dapur masak sahaja yang tiada. Jadi, sekiranya korang datang menginap kat sini, bawa dapur masak dan alatan memasak sendiri okay. 



Untuk dua unit rumah yang hujung, ada balkoni di atas bumbung. Hanya ada dua unit sahaja, jadi kalau nak tempah tu, sila tempah awal-awal sebabnya dua unit nie memang laku keras. Harga dia beza RM100 je.

Unit rumah biasa : RM400/semalam
Unit rumah berbalkoni : RM500/semalam



Memang sangat puas hati menginap dekat sini. Besar dan luas. Kitorang 9 orang, katil queen sorang satu. Ko ghase ? View pon cantik dan boleh bergambar dekat sawah padi. Keliling homestay nie adalah sawah bendang. Kalau datang Kuala Selangor, sila menginap di homestay Paddy House Homestay nie. Bunyinya dah macam review, tapi tidak ya. Kami bayar okay untuk menginap di sini. Next time, Paddy House Homestay tolong taja okay.

Tak lama lepas check in, baring-baring jap buat apa yang patut, petangnya tu terus bersiap cantik-cantik untuk ke sawah bendang. Nak berphotoshoot feeling-feeling anak kampung., Gituhhhhhh.


Eh sopan pulak

Masa datang sorang je wanita, masa photoshoot ada dua pulak. Macam mana tu ? Awassss ! 😂

Feeling ke idakkk ?

Sampai dekat nak maghrib kitorang bergambar. Mujur masa datang tu tak ramai orang, jadinya kami dapat spot yang cantik. Padi pon cantik sedang berberas. Sedang ber apa erk ? Aku tak tahu. Malas nak fikir perkataan apa yang sesuai. Pandai-pandailah korang faham erk. 

Balik tu, terus siap-siap untuk ber-BBQ. Tak sabar nak memanggang !



Nyummm ! Campak-campak and taraaaaa. Dah siap. Ya Allah kitorang kalau bab makan memang tak kalah ya. Maklumlah semua pencinta makanan. Campaklah dekat hutan sekalipon, hidangannya pasti enak dan mewah. Mewah tak semestinya mahal, tapi pelbagai. Gituhhh. 


Besok paginya, kami beli sarapan di kedai tepi jalan yang berhampiran. Terjumpa dengan satu gerai acik nie. Dah lama tak jumpa nasi lemak dibungkus dengan daun pisang, kat Kuala Selangor nie boleh terjumpa pulak. Jarang dah kita jumpa orang bungkus guna cara nie. Paling-paling hanya akan letak daun pisang tu sebagai alas sahaja. Tapi dekat gerai acik nie, totally guna daun pisang untuk dia balut nasi lemak tu. Rasa istimewa sangat ! Murah pulak tu. Kalau datang sini, nanti korang carilah kedai acik nie okay. Hampir nak ke jalan besar, akan jumpa kedai acik nie dulu.

Kuih dia pon sedap-sedap tau. 

Pernah ke sopan ?

Masa untuk check out, tapi sebelum check out tu sempat pulak kami minta izin owner untuk tengok balkoni rumah sebelah. Dia pon bagi sebab penghinap di rumah tu dah check out. Makanya kami buat house tour rumah yang ada balkoni. 



Tangga untuk ke balkoni dia berada di bahagian dapur. Itu je bezanya. Balkoni nie kalau tak hujan, korang boleh ber-BBQ kat atas nie. Seronoklah boleh feeling-feeling tengok langit dan sawah bendang pada malam hari. Sukalah dengan design bentuk rumah nie. Unik dan boleh diaplikasikan untuk bina rumah akan datang. Tibehhh


Pernah ke sopan ?

Okay, masa untuk pulang ke Kuala Lumpur. Tapi sebelum tu, kami nak cari tempat untuk makan tengahari dulu. Kata orang, kalau datang ke Kuala Selangor, kena makan Mentarang. Apa benda mentarang tu ? Well, aku pon tak pernah makan lagi mentarang ni. Cuma pernah dengar nama je. Maka gigihlah kami mencari restoran yang hidang mentarang. Tak susah pon nak dapat sebab Kuala Selangor memang popular dengan hidangan mentarang.



Not bad lah rasa dia. Lembik-lembik gituhh teksturnya. Aku lebih prefer mentarang bakar berbanding dimasak. Sebab bila bakar rasa hanyir tu kurang sikit. Apa-apa pon aku okay je dengan rasa dia walaupun baru pertama kali makan. Cicah sambal pedas-pedas memang sedap !



Baliknya tu, kitorang singgah Starbucks, macam biasa untuk buat post-mortem. Kira itu ini dan rancang untuk destinasi kemana seterusnya. Tapi malang sekali ya, terus PKP pulak awal January haritu, makanya tersekat lagilah geng Peponds nak berhuha-huha. 

Nie daerah dah boleh rentas, agak-agak akan ke mana ? Tunggu . . . . . . . . 



3 comments:

  1. Rindunya nak keluar lagi ni ramai2 duduk 2 3 malam hehehe bestkan

    ReplyDelete
  2. Uols angkut mana wanita tambahan tu? Dia kerja bendang situ ke?

    ReplyDelete