Assalamualaikum dan salam sejahtera
Masa berlalu dengan begitu pantas, pejam celik saja sudah setahun lebih kita menjalani kehidupan norma baharu selepas Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac tahun lalu. Pelbagai impak dirasai rakyat Malaysia dengan ratusan ribu telah diberhentikan kerja seterusnya hilang punca pendapatan, ada juga dipotong elaun atau gaji, diarahkan untuk bercuti dan pelbagai situasi lain. Nasib anda pula bagaimana ?
Kesusahan dihadapi sebahagian daripada rakyat ini memang benar contohnya kes yang tular di mana seorang suri rumah ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya pada 20 Januari lalu. Ini hanyalah salah satu daripada kes yang di ketengahkan dan pastinya ada lagi yang berdepan dengan tekanan hidup ekoran pandemik ini.
Malah dilaporkan dalam akhbar Kosmo! baru-baru ini, dianggarkan lebih 237,500 bisnes usahawan PKS 'lingkup' atau terpaksa gulung tikar semenjak pandemik Covid-19 melanda negara bermula Mac 2020 tahun lalu. Bagaimana kita, sebagai penguasaha kecil dan sederhana, ingin bangkit dan mendepani cabaran berniaga dikala musim pandemik ini ?
InsyaAllah, dengan tekad dan semangat, anda boleh berjaya. Sehubungan itu, RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks) mahu membantu orang ramai di seluruh negara terutamanya mereka terkesan dengan pandemik ini untuk bangkit kembali dan melakukan perubahan yang lebih baik dalam situasi mencabar yang mereka hadapi pada waktu ini. Menerusi program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup bersama Datuk Wira Dr Azizan Osman pada 26 - 28 Mac 2021 yang ditaja sepenuhnya ini, tanpa sebarang pembayaran dapat membantu ramai orang terutama bangsa usahawan yang terjejas di luar sana.
Program Nak Ubah Hidup merupakan penambahbaikan daripada program Intensif Magnet Kekayaan dan Kejayaan (IMKK) adalah program berbayar sekitar RM900 dan ke atas. Program ini telah membantu lebih puluhan ribu orang terutama bangsa usahawan sejak dimulakan pada 2008 lagi. Malah, aku sendiri sudah beberapa kali turut serta dalam program NUH sebelum-sebelum ini.
Ramai orang khususnya bangsa usahawan berjaya menyaksikan perubahan hidup dan bisnes mereka menjadi lebih baik lagi. Ada yang dulu hidup dalam kesusahan, mula bisnes dari rumah, ada jualan yang beberapa ratus sahaja sebulan, tapi kini berjaya saksikan perubahan hidup dengan bisnes semakin berkembang hingga mencatatkan jualan ratusan ribu sampai jutaan ringgit. Kebanyakan mereka bermula dengan program ini contohnya pengasas jenama Sabella, Faith Fleur, Mamasab dan banyak lagi yang mana menyaksikan perubahan hidup sampai ke tahap usahawan jutawan.
RichWorks sekali lagi menjemput orang ramai terutamanya mereka terkesan dengan pandemik, baru merancang nak berniaga atau sudah pun berniaga, tidak kira di tepi jalan, jualan bonet kereta, bisnes online mahupun sudah ada kedai dan serius nak saksikan perubahan hidup berdasarkan ilmu & pengalaman serta langkah-langkah yang terbukti ada 'proven results' untuk hadir ke program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ini.
Jom ramai-ramai kita ambil peluang ini untuk belajar dan bangkit bagi mendepani pandemik ini. Layari ke laman web www.BinaBisnesBerjaya.com untuk mendaftar sekarang. Jangan lepaskan peluang untuk anda ubah hidup.
Ingat tarikh ini untuk ubah hidup anda :
26 MARCH - 28 MARCH 2021
Memang kenal sangat beliau ni. Beliau jugak mentor Ar Rayyan Quran bertanda, Naelofar, Harrogate Sulphur Soap, Biscochiz, Sabella Baju tak payah gosok.
ReplyDeleteBagus kan bila ada prog ni. Dapat membantu mrk utk pulihkan semangat agar berjaya
ReplyDeleteWalaupun virtual online kelas tetap meriah dan penuh tu hehehe macam mana mereka nak layan satu-satu ni wakakaka tapi rasa teringin nak pergi sana juga nak mencuba lah hehehe macam best jer nak jadi orang berjaya juga.. awak jom..
ReplyDeleteso lepas ni kite kena panggil awak Dr Zharif ke? hahaha ke sifu Zharif agituuuuu hahaahahh anyway benda2 camni walaupun mahal tapi berbaloi untuk topup ilmu!
ReplyDelete