Assalamualaikum
17 Mei yang lalu, aku telah berjimba dekat Water World I-City Shah Alam dengan jayanya walaupun rancang last minute. Mujur semuanya berjalan lancar. Pagi-pagi bangun tertus bertolak ke sana. Jom ikti btuirannya !
Tengok dalam website, Water World I-City dibuka jam 10 pagi, tapi sebaik sahaja kami tiba di sana, mereka kata untuk hari biasa mereka buka jam 11 pagi. 10 pagi tu untuk hari Sabtu Ahad dan cuti umum sahaja. Laa ye ke, baru tahu. Tak apalah, kami menunggulah sekejap sambil menghabiskan sarapan McD yang kami beli sebelum bertolak pagi tadi. Perut lapar gila masa nie. Ingat nak bawa makanan tu masuk. Tak sempat nak bawa masuk dah habis ya.
Masa kitorang sampai tu, hujan renyai-renyai sikit. Alhamdulillah, parking pon senang dapat. Pergi hari biasa senanglah sikit nak dapat parking. Orang pon tak ramai. Tu yang seronok kalau pergi ke taman tema pada hari bekerja.
Tiket masuk bagi orang dewasa dan kanak-kanak pada hari biasa adalah sama, iaitu RM20 satu kepala. Jam warna kuning tu tiket masuk dan jam warna merah tu kunci untuk locker. Locker sewa RM5 je. Dinasihati supaya korang sewa jelah locker demi keselamatan barang-barang korang.
Sunblock wajib pakai ye semua demi melindungi kulit daripada terdedah kepada sinaran matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit. Selain itu juga, bagi mengelakkan kulit anda-anda semua bertukar menjadi kulit yang dibakar. Sakit woii kalau kulit sunburn.
First, kitorang main dekat tempat budak-budak. Yelahh, tempat budak-budak nie bersebelahan dengan locker. Sebab tulah kitorang terjah dulu. Tempat untuk budak-budak nie, air dia sangat sejuk ya. Tak tahan weyhh sejuk dia.
Bila dah main air nie, mulalah perut akan jadi rasa lapar. Kitorang pon jenguk-jenguklah makanan yang dijual dalam nie. Memang sangat mahal ya. Takut tengok harga. Roti kat bawah nie harga dia RM5 weyh untuk satu.
Dalam Water World I-City, dorang tidak menggunakan cash untuk membeli segala barang. Dorang menggunakan jam yang kitorang pakai tu. Jam tu korang kene "top-up" duit dalam tu. Masa beli tiket, dorang akan tanya nak topup berapa ringgit. Jangan risau, kalau duit dalam tu korang tak guna, korang boleh dapat balik.
Tornado nie aku naik sampai 7 kali kot. Kalau ikutkan, rasa nak naik banyak-banyak kali. Best gila kot ! Gayat memang gayat, rasa macam nak tercampak pon ada. Engineer mana lah yang cipta permainan nie, memang sangat bijak. Keseronokkan yang teramat sangat. Love !!
Start masuk jam 11 pagi, jam 5 petang baru teringat nak balik. Mandi tanpa henti. Jari tangan dan kaki sampaikan berkedut seribu. Lama betul kami habiskan masa dalam nie. Seronok sebab tak perlu beratur dan menunggu lama untuk mainslide-slide yang ada. Sangat puas hati kalau datang pada hari waktu bekerja.
Sekarang aku nak tunjukkan dekat korang, macam mana nak bukak locker kat Water World I-City nie. Berpandukan gambar di atas, macam tulah cara nak bukanya. Scan jam merah dekat sensor locker tu, nanti dia akan process. Kalau padan, dia akan terbuka. Canggih !
Seperti biasa, dah ada pengalaman mandi dekat sini, mesti nak bagi tips-tips buat pembaca di luar sana. Andai kata korang menyampah dan malas, boleh skip je part nie okay.
1-Bawa makanan dari rumah : Makanan nie sangat penting ! Seperti yang aku dah bagi tahu tadi, harga makanan dalam nie mahal. Soal security check masa nak masuk tu, dont worry dont panic. Kalau korang panic, kantoi lah nanti. Nak hidup nie kene pandai berlakon. Sorokkan makanan korang antara lipatan kain-kain baju dalam beg tu. Dorang just buka beg dan tengok gitu-gitu je. Dorang tidak akan meraba-raba beg tu bersungguh.
2-Sunblock : Pastikan pakai sunblock.
3-Empat orang dewasa : Kenapa dengan 4 orang dewasa ? Okey macam nie, sliding yang Tornado dan sliding yang belang-belang biru putih tu, WAJIB main 4 orang. Selagi tak cukup 4 orang tak boleh main. Kalau korang dah sedia ada 4 orang dewasa, korang dah boleh main tornado tu bila-bila masa sahaja. Dalam hal kitorang nie, kitorang kene bersusah payah cari lagi 2 orang untuk mencukupkan kuota tu. Elok-elok boleh main banyak kali tornado tu, tapi dibataskan dengan bilangan orang yang kitorang ada. Nasib baiklah masa kitorang pergi nie, semuanya friendly dan baik. Bolehlah naik sekali dengan stranger.
4-Locker : Sewa je locker tu, RM5 je kot. Barang berharga korang melebihi ribuan ringgit. Lindunginya dengan menyewa locker. Jangan risau, locker tu boleh dibuka dan tutup bila-bila masa sahaja tanpa perlu ada cas yang baru. Takkan tu pon nak berkira ?
5-Pergi pada hari biasa : Pergi hari biasa nie syok sikit. Satu, korang tak payah beratur panjang. Dua, tak sesak. Tiga, tak rugi masa. Empat, harga tiket pada hari biasa jauh lebih murah berbanding hari cuti.
6-Ticket online : Korang beli je ticket secara online. Harga tiket masuk jauh lebih murah. Hari biasa RM10, hari cuti RM15 untuk dewasa. Murah kan ?
Ini yang buat aku makin bertambah suka akan Water World I-City sebab pelampung dia free. Kalau taman tema lain kena bayar. Lagi satu, semua permainan air dalam nie, budak melebihi 120cm boleh main. Kecuali yang tornado dan slide belang biru putih tu. Tapi slide belang tu depends juga, kalau penjaga tu kasi, maka boleh lah naik. Tak ada lah rugi sangat bawa budak kecik. Selalu tempat-tempat macam nie, banyak permainan budak kecik tak boleh main. Rugi.
Kemudahan surau dekat depan pintu masuk je. Nak masuk Water World I-City nie, mesti jumpa surau dulu. Tapi sorry to say lah, suraunya agak berbau. Mohon pihak I-City mengharumkan kembali surau itu agar musafir seperti kami berdua nie dapat solat dengan hati yang tenang. Gituhhh
Assalamualaikum dik. alahaii comelnya korang-korang ni. selamat hari lahir buat adikmu. semoga membesar dalam iman dan sihat walafiat :)
ReplyDeletewaalaikumsalam kak sheila =) aminn aminnn ^^
Deletesounds great...
ReplyDeleteit was great !!! try lahh =D
DeleteSeronoknya pergi water theme park. Aku sekarang fikir banyak kali kalau nak pergi water theme park ni.
ReplyDeleteBy the way, love all the pictures! Serious, nampak cantik.
And, ayat "hope you are not the last adik that I have" tu memang mendalam ^^
perempuan susah sikit kann =) banyak benda nak kne jaga, aku faham =)
Deletethanx farah =)
having fun... awesomee.. ^^ keep in touch :D
ReplyDeletethanx =) keep in touch tooo ^^
Deletehensem n cute
ReplyDeletethanx =)
Deletehensem n cute
ReplyDeletehensem sangat ke sampai komen dua kali ? hahahaha . thanx again =)
DeleteFuh.. gamba2 nya santek ah, pakai camera pe? btw, baca entry ni ase mcm nk g plak weekend ni. Tapi jerebu la plekkk~ huuu
ReplyDeletekamera nikon p510 je =)
Deletejangan pergi weekend nanti penuh, pergi hari biasa =)
Great adik..
ReplyDeletesuka baca blog adik ni.. happening.. =)
do follow me back at http://zazaabdullatif.blogspot.com/
mcm mana saya boleh ter-miss komen nie ? hahaha tenQ kak Zaza ^__^
DeleteHihi, comel entry la.. Tgh dok google cr infos ttg wet world i city ni, blog ni yg bg review best tak hingat.. Haha
ReplyDeletehuhu thanx =) water world i-city memang best ^^
Deletemcm best! tp gelongsor utk budak2 tu dewasa pn leh main jgk ke?
ReplyDeletexleh kalau ad yang jaga situ .. hahahaha =D naik kene curi2 lah
DeleteAri nie sy pgi i-city... best baca cite awak nie...nmpk seronok
ReplyDeletetenQ =)
Deletesyok..mcm nk pi naik yg tornado tu :)
ReplyDeletememang best tornado tu, dah naik sekali mesti nak naik lagi =D
Deletekalu kanak2 tinggi tak sampai 90cm boleh masuk waterworld tak ?
ReplyDeleteyang tu sy kurang pasti lah .. kene cek dekat website dia or call pihak sana terus .. maaf =)
DeleteHarga ticket brapa ?
ReplyDeletei think i already upload the ticket price. mesti tak baca nie..
DeleteHaha. Srnk baca smbil trgelak sorg2 . Ayat2 yg sempoi. Mmg terbaikk 👍😅
ReplyDelete