Wednesday, April 3, 2019

3H2M Menginap di Everia Villa, Bukit Gambang Resort City

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Baru-baru ini aku pergi bercuti bersama rakan-rakan dan juga adik-beradikku. Kami meluangkan masa selama 3 hari 2 malam di Bukit Gambang Resort City. Terdapat beberapa penginapan yang terdapat di sini dan kami telah memilih untuk menginap di Everia Villa. Ikuti butirannya !


Penginapan yang telah kami pilih ialah Everia Villa. Ia terletak agak sedikit kedalam dan agak terasing daripada kafe dan juga tempat-tempat lain. Namun begitu, tempat ini sangat cantik dan unik. Tak menyesal pilih Everia Villa sebagai tempat penginapan kami. Senibinanya berkonsepkan klasik bertemu modern. Betul-betul bawa English vibe. Rasa meriah betul masuk ke kawasan Everia Villa nie sebab villanya yang berwarna-warni.

Untuk melihat aktiviti-aktiviti menarik yang ditwarkan di Bukit Gambang Resort City nie, boleh baca di sini :


Pengunjung boleh memilih jenis villa apa yang mereka mahukan kerana terdapat 3 jenis villa di sini. Antaranya Amsterdam Villa, Venice Villa dan San Francisco Villa. Setiap jenis villa mempunyai ciri-cirinya yang menggambarkan nama villa tersebut kerana nama villa dipilih bersempena rekabentuknya yang bercirikan rumah-rumah yang terdapat di sana. Sangat menarik ! Dan kami telah memilih untuk menginap di San Francisco Villa. Jom aku tunjuk villa di San Francisco Villa nie.


Villa di San Francisco Villa nie sangat luas. Sangat sesuai untuk keluarga yang mempunyai ahli yang ramai. Setiap unit ada 3 bilik dan setiap bilik mempunyai bilik airnya sendiri.
  • 3 bilik tidur
  • 4 bilik air
  • 1 bilik tempat menggosok baju


Antara kemudahan yang terdapat dalam setiap unit villa di sini ialah :
  • Microwave
  • Water heater
  • Peti sejuk mini
  • Kelengkapan mandi asas
  • Internet wifi yang maha laju
  • LCD Tv dengan beberapa siaran
  • Iron dan iron board
  • Parkir berbumbung untuk 2 kenderaan

Dilarang memasak di dalam villa. Namun begitu, sekiranya ingin mengadakan BBQ, boleh telefon pihak villa untuk tempahan dan mereka akan sediakan tempat untuk BBQ di villa.



Di tingkat atas villa hanya terdapat bilik-bilik sahaja. Mari aku tunjukkan biliknya satu-persatu.

Everia Villa - San Francisco Villa (Master Bedroom)

Everia Villa - San Francisco Villa (Bedroom 2)

Everia Villa - San Francisco Villa (Bedroom 3)

Sangat selesa menginap di Everia Villa nie. Kemudahannya yang cukup dan boleh dikatakan lengkap. Sangat sesuai untuk dijadikan percutian hujung minggu untuk lari daripada kesibukkan kota. Villa 3 bilik ini mampu memuatkan 6 orang penghuni dalam satu masa. Tapi ia tidak terhad kepada 6 orang sahaja, sekiranya korang memilih untuk sumbat 10 orang dalam satu villa, pon boleh jugak. Pihak BGRC tidaklah terlalu rigid dalam hal ini. Cumanya, makanan untuk breakfast hanya untuk 6 orang atau 8 orang sahaja (Bergantung jenis villa yang korang ambil sama ada yang 3 bilik atau 4 bilik).


Tambah-tambah korang juga boleh request untuk mengadakan BBQ tau di unit villa masing-masing. Nanti pihak BGRC akan menyediakan tempat untuk ber-BBQ. Hanya perlu telefon dan maklumkan pada mereka sahaja dan mereka akan set up tempat BBQ untuk korang.


Harga 3 bilik Everia Villa yang aku inap nie berharga RM 546 untuk satu malam. Harga mungkin berubah-ubah mengikut waktu dan musim. Boleh rujuk dekat laman sesawang mereka untuk harga dan promosi terkini.

Ouh ya, selain Everia Villa, pengunjung juga boleh memilih untuk menginap di tempat penginapan lain yang terdapat di dalam kawasan Bukit Gambang Resort City nie. Antaranya ialah Arabian Bay Resort dan Caribbean Bay Resort. Setiap penginapan menawarkan jenis bilik yang berbeza jadinya penghuni boleh memilih mengikut keperluan masing-masing. Ada penthouse, ada bilik yang ada office, bilik keluarga, bilik berbulan madu dan macam-macam lagi.






Setiap unit menawarkan suasana yang berbeza. Jadi terserah pada pengunjung hendak memilih penginapan jenis macam mana. Untuk penginapan di Arabian Bay Resort dan Caribbean Bay Resort, ianya berada dekat dengan kafe untuk makan. Selain itu juga, setiap resort mempunyai kolam renangnya yang tersendiri. Boleh dikatan kedua-dua penginapan ini dekat dengan segala kemudahan yang ditawarkan di Bukit Gambang Resort City berbanding penginapan di Everia Villa.





Nampak menarik kan penginapan-penginapan yang terdapat di BGRC nie ? Kalau korang bercadang untuk bercuti di sini, bolehlah pilih penginapan mana yang menjadi pilihan kalbu korang. Untuk aku, aku sangat berpuas hati menginap di Everia Villa biarpon ia agak jauh kedalam dan terasing daripada kemudahan yang disediakan BGRC.

Untuk sebarang tempahan, layari laman sesawang berikut : https://bgrc.com.my/

19 comments:

  1. Lawa deko & luas! Sesuai nak menginap ramai ramai ni.

    ReplyDelete
  2. wahhhh best nih , lengkap keperluan asas ...boleh ajak family ke sini pastu buat family day sebab memang sesuai sangat untuk keluarga besar then malam boleh buat bbq...best besttt

    ReplyDelete
  3. wow glad to follow your blog here, I like all your travel post. Love the pics too, glad you sharing here can tell fam to start plan for next fam trip!

    ReplyDelete
  4. wow the Resort looks so so nice! The price is OK also. Since I have not been there maybe I can plan to go there with my family for next vacation yay

    ReplyDelete
  5. Besarnya villa ni..sangat selesa untuk keluarga yang besar..harga pon berpatutan dan facilities pon lengkap..dan paling best dekat dengan BGRC..ni nak kena plan dgn family & adik beradik ni nak laa rasa bermalam disini.

    ReplyDelete
  6. Cantik la ka BGRC ni..kak min tak pernah lg sampai ke sini. Nanti insyallah nak gi jugak la sbb bila baca artikel ni rasa tertarik sangat. Zaman kak min study kat ikip dulu, gambang ni tak ada apa pun now dah jd tarikan

    ReplyDelete
  7. Amboi awak boleh jadi agent hartanah lah macam ni pandai possing untuk tarik minat orang nak tengok rumah tu hehehehehe tapi cantik lah perumahan tu kalau dapat kan best selesa....

    ReplyDelete
  8. besar dan luas juga hostel dia...kiranya kalau bawa famili atau gathering dengan kengkawan mesti best..boleh buat bbq...kolam mandi pun nampak luas....mmg puas kalau mandi manda kat sini kan

    ReplyDelete
  9. Besar betul bilik di villa ni ya. Sis tak pernah lagi ke sana. Nanti boleh le bawak adik beradik sis bercuti kat sana. Sure seronok dpt kumpul ramai2

    ReplyDelete
  10. Cantiknya Everia Villa ni. Nanti kalau jalan jalan dan bercuti di Bukit Gambang bolehlah menginao di Villa Everia ni. Tengok villa ni besar dan selesa. Yang penting bersih dan kemas sahaja. Kalau dapat menginap di villa ji bukan 3 hari 2 malam. Mahu lebih. Harga pun berbaloi baloi untuk satu malam .

    ReplyDelete
  11. Bestnya..besar btl bilik dia mmg sesuai klu cuti 1 family

    ReplyDelete
  12. I want to stay here for a few days..I love being isolated....hahhah kinda perfect kind of villa for me...plus you can bbq and maybe throw a steamboat party...so why not...

    ReplyDelete
  13. wow! how i wish i could go for a vacation like this..so nice and relax and comfy.. great holiday!

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik. Saya belum pernah pergi bukit gambang. I should plan a trip there soon.

    ReplyDelete
  15. wow nice for family to stay too. shall let my dear know of this, kids sure like the pool too. Love the pics here, everyone enjoying, nice jacket you have!

    ReplyDelete
  16. wah.. Nampak selesa Villa Everia ni.. nampak kemas susunan perabot dan kelengkapan semua.. TB suka tengok suasana villa yang macam ni.. tapi boleh tahan gak ye.. hehe.. satu malam rm546.. kena share2 la kalau ada sape2 nak menginap sekali satu famili..

    ReplyDelete
  17. Wahh besrnya dapat pi travel. Sesuai la villa tu utk keluarga or trip kawan-kawan. Akak kampung kat Kuantan aje. So bleh la plan ke Gambang ni. hehehe

    ReplyDelete
  18. Akak suka pi Gambang Water Park tiap kali balik kampung Kuantan. Tak sangka di sana ada Villa selesa macam ni. Lepas ni boleh la bermalam di Villa dan continue main air lg keesokan harinya. Husband akak suka main slide air tu dan anak akak suka duduk pusing dalam pelampung. hehehe. Untuk parent yang tak larat bleh la duk di Villa ni. hehe

    ReplyDelete
  19. Sayang tak boleh masak je dekat villa ni. Kalau tak, mesti lagi best.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...