Monday, April 8, 2019

Tuah Gadis Selalu Buat Live Di Facebook Dapat Tajaan Kahwin Hingga RM500 Ribu !

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pepatah Melayu ada mengatakan, "Tuah Ayam Nampak Di Kaki, Tuah Manusia Siapa Yang Tahu". Begitulah nasib seorang gadis 19 tahun ini yang sering buat video "live" di akaun Facebooknya telah mendapat tajaan kahwin yang bernilai sehingga RM 500 ribu. Ikuti butirannya !


Ya, ini berita benar. Aku sendiri telah hadir ke perkahwinan gadis itu. Beliau yang bernama Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti JAMUMALL telah melangsungkan perkahwinan pada hari Ahad yang lalu, bersamaan 7 April 2019. Perkahwinan yang cukup meriah itu telah dihadiri oleh ramai orang termasuk selebriti-selebriti terkenal tanah air. Ia telah berlangsung di Laman Kayangan yang terletak di Shah Alam.

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Pada awalnya, Siti hanya bercadang ingin buat majlis kecil-kecilan sahaja. Siapa sangka, setelah Siti mengumumkan beliau bakal berkahwin di status Facebook, terus mendapat text Whatsapp dan call berdesup-desup dari pelbagai founder produk, owner kedai dan bermacam lagi untuk sponsor majlis beliau. Hampir 100 company dari pelbagai produk berminat untuk menaja majlis perkahwinannya. Sangat bertuah gadis cilik molek Siti JAMUMALL nie.

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Beliau sangat terharu dan tersentuh hati dengan reaksi positif yang diterima. Beliau sebak kerana majlis yang pada mulanya rancang untuk buat majlis biasa-biasa, kini menjadi luar biasa. Beliau sangat ebrsyukur dan terhutang budi, berkat usaha beliau selama 3 tahun dalam dunia perniagaan telah membuahkan hasil. Siti JAMUMALL mula berjinak-jinak dengan hanya live di Facebook. Menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan dan membantu promot produk orang dengan ikhlas.

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Oleh sebab ktu, ramai yang ingin balas jasa Siti JAMUMALL dengan cara menaja perkahwinannya. Siti sangat bersyukur kerana dari nikah, pre-wedding, majlis berinai, majlis kahwin dan sehinggalah ke pakej bulan madu, semuanya ditaja. Beliau tidak tahu macam mana nak membalas jasa mereka-mereka yang berbesar hati untuk menaja majlis perkahwinannya. Beliau cuma berharap, tuhan melimpahkan rezeki yang banyak buat mereka-mereka yang telah menaja kos perkahwinannya.

Perkahwinan Siti JAMUMALL & Syafiq

Banyak tau founder produk dan jenama yang menaja majlis Siti JAMUMALL nie dan bukan calang-calang company. Berikut aku senaraikan senarai penaja-penaja majlis perkahwinan beliau.
  • Busana pengantin - Dlia Jane Bridal Collection
  • Dekorasi majlis dan pelamin - Wedding By Emma
  • Kek mewah - Mad About Cake
  • Menu-menu VIP - Rumpun Selera
  • Coffee Es-Cream supplement - Ana Zahra Beauty
  • Jamu - Seri Lady Empire Resources
  • Tudung bawal bridesmaids - Gallery Bawal
  • Kain pasang Diamond - Irahsukri
  • Telekung - Pretty Aini
  • Make up set - Zacthira Navillioniza
  • Scarf - Scarft By Mehrun
  • Printed Box - Art Creation Printing 
  • Perfume - Luxe Essencia Resources
  • Pakej bulan madu - Arwarna Resort

Bukan itu sahaja, banyak lagi penaja-penaja lain yang turut menaja majlis perkahwinan nie. Sebab tu meriah sangat majlis perkahwinan semalam. Pelbagai pilihan makanan yang boleh dipilih oleh tetamu.

1. Ais Krim Viral - @noranoor
2. Ais Krim Colek - @aiskrimcolek
3. Ais Krim Potong - @icelyaiskrimpotong

1. Mee Kari - @chefnarkitchens
2. Laksa Johor - @rumpunselera
3. Pasembor Kambing Panggang - @jokercendolz

1. Apam Balik - @the.veggiess
2. Satay Ros - @satayrosofficial

Azlan Otak-otak - 019 214 9465

Meriah sungguh majlis perkahwinan mereka. Kenyang kami dibuatnya. Selamat pengantin baru buat Siti JAMUMALL dan Syafiq. Semoga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke syurga dan dilimpahi kebahagiaan.


"SELAMAT PENGANTIN BARU SITI & SYAFIQ"

18 comments:

  1. Wow grandnya wedding! Pernah ke Laman Kayangan untuk program universiti sebelum ni. Memang cantik dengan konsep dalam taman. Untungnya wedding banyak penaja! Yang penting pakaian pengantin dengan makanan-makanan tu... nampak cantik dan sedap!

    ReplyDelete
  2. Wah! Untungnya perkahwinan dia ditaja! Bukan main taja itu ini. Nampaknya aku dah kena mula buat live kat facebook ni. Haha! Semoga ada penaja sudi untuk menaja pelamin yang beribu-ribu ringgit harganya.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dah selamat dah jadi isteri orang si Siti JAMUMALL ni..semoga berbahagia hingga ke syurga..Aamiin. Seronok tengok majlis berjalan lancar dan meriah. Rezeki dia laa dapat tajaan 500K..banyak tuuu

    ReplyDelete
  4. Fuhh.. meriah betul majlis perkahawinan siti jamumall ni yea.. dapat sponsor dari pelbagai penaja.. Bertuah lah badan.. untung.. hehehe.. Tapi kalau cakap pasal view dia masa live.. fuhhh.. berjutaa kot.. terkejut nengoknya.. hehe

    ReplyDelete
  5. Selamat pengantin baru Siti dan pasangan..
    Lawanya pengantin..
    Rezeki dia dapat tajaan kan. Tanpa disangka..
    Meriah majlis dia..
    Apa pun, ni la orang kata, rezeki tanpa dijangka kan..
    Semoga dimurahkan rezeki juga buat mereka yang menaja..

    ReplyDelete
  6. love all the pics here, good to know of this wedding budget. Now we can tell friends where to do, yeah I like the card also looks nice. Lots of food to eat too. Happy wedding to the couple :D

    ReplyDelete
  7. Perghhh.... Gempak meriah Wedding Siti Jamumall ni. Sponsor nya dasat seyh! Menu semua sedapnya laa hai. Sate tu nampak sedap. Orang femes ni bertuahnya badan kannn?
    Selamat pengantin baru Siti Jamumall dan suami

    ReplyDelete
  8. Rezeki dia kan dapat full tajaan. Huntung badan. Biasa kalau dah popular lagilah ramai nak taja. Btw, majlis nampak meriah dengan kehadiran orang ramai. Pelamin tu sis suka. Selamat pengantin baru buat pasangan.

    ReplyDelete
  9. Banyaknya dia dapat sponsor. Patut la wedding dia besar-besaran sampai jemput blogger cover wedding dia. Mesti ramai kan jemputan yang dia jemput. Tengok makanan pun banyak. Baju dia pun cantik! Bestnya wedding grand macam ni.

    ReplyDelete
  10. Wah bertuahnya si siti ni yer.Berkat selalu bantu orang.Pelamin,menu makanan semua nampak premium sangat. Selamat pengantin baru siti dan pasangan.

    ReplyDelete
  11. Sama padan sama helok,
    Bagai pinang dibelah dua lah Siti dengan Syafiq ni.
    Beruntunglah Siti Jamumal baru 19 tahun dah kahwin siap dapat sponsor 500k. wow gittew

    ReplyDelete
  12. Rezeki dia kan..Ya Allah bertuah sungguh kan, dari awal mjlis sampai ke honeymoon pun dapat sponsor. Apa lagi zharif rajin2 buat live ,mana tahu kahwin nnt dpt sponsor 500k juga..hehe

    ReplyDelete
  13. Selamat pengantin baru buat Siti Jamumall dan pasangan. Untung kedua mempelai sebab perkahwinan mereka di sponsor sehingga RM500 ribu. Banyak jugak spinsor yang dia dapat .Rezeki mereka berdua kan .Tak sangka orang nak sponsor majlis mereka.

    ReplyDelete
  14. Meriahnya majlis dia kan. Bestnya dapat sponsor sebanyak ini kan. Moga makin dimurahkan rezki Siti Jamumall dan suami serta semua sponsor yang menaja majlis. Ini buktinya buat baik dibalas baik.

    ReplyDelete
  15. alhamdulilah rezeki dia dapat sponser dari ramai founder. bagus marketing dia lepas promote barang orang, owner produk pulak promote wedding dia. tahniah siti semoga berkekalan bahagia hingga akhir hayat bersama syafiq. Amin

    ReplyDelete
  16. Meriahnya majlis dia walaupun i tak kenal pun sape dia ni hahaha tp i kenal abg dia sebab abg dia customer sambal talang i hehe

    ReplyDelete
  17. Selamat pengantin baru! Gila bertuah siti ni dapat sponsor for the whole event. Serious boleh mengurangkan beban dari segi kewangan, prep, and etc. Mesti ramai yang jealous dengan pencapaian beliau.

    ReplyDelete
  18. So sekarang ni semua pun perlu buat live supaya dapat sponsor. :) Memang bertuah lah Cik Siti ni. Moga-moga saudari dan suaminya gembira selalu dan bahagia. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Carian Popular Minggu Ini