Assalamualaikum dan salam sejahtera
Buat warga Putrajaya dan kawasan sekitar, pasti sudah maklum akan keindahan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin atau lebih dikenali dengan Masjid Besi Putrajaya. Masjid yang tersergam indah di tepi tasik ini telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang hadir ke Putrajaya. Pasti lebih indah kalau dapat berbuka puasa berlatarbelakangkan Masjid Besi ini pada bulan puasa nanti, ye dakk ? Jom buka puasa di Dorsett Putrajaya. Ikuti butirannya !
#Bismillah Barokah Ramadhan @ DORSETT PUTRAJAYA
Tahun ini, sekali lagi Dorsett Putrajaya menawarkan hidangan buffet Ramadhan yang tiada tolok bandingnya. Aneka juadah dihidangkan buat para pengunjung yang ingin berbuka puasa di sini. Jom kita tengok apa yang menarik buffet Ramadhan di Dorsett Putrajaya pada tahun ini ya.
Aneka Kerabu dan Hidangan Pembuka Selera @ DORSETT PUTRAJAYA |
Sup Gear Box @ DORSETT PUTRAJAYA |
Laksam Kelantan @ DORSETT PUTRAJAYA |
Tahun ini, Citra Rasa Restaurant menampilkan lebih 300 hidangan. Antara menu yang pasti menarik hati pengunjung sudah pastinya Pek Nga Kelapa dengan Kari Ikan, Laksam Kelantan, Nasi Kerabu, Nasi Lemak Delima bersama Sambal Hijau, Lempeng Pisang, Sup Gear Box, Bubur Lambuk Istimewa, Lemang, Nasi Impit, Rendang Daging, Ayam & Daging Kambing Shawarma dengan Roti Pita, Warung ABC, Apam Balik dan banyak lagi.
Nasi Kerabu @ DORSETT PUTRAJAYA |
Kambing Golek @ DORSETT PUTRAJAYA |
Tak dilupakan juga, hidangan buffet Ramadhan di Dorsett Putrajaya nie turut menyajikan buffet durian. Jadi pada mereka yang hantu durian, pasti suka kalau datang berbuka puasa di sini. Berulas-ulas jugaklah aku makan semalam. Sejenis yang tak boleh nampak durian. Hahaha
Buffet Durian @ DORSETT PUTRAJAYA |
Buah-buahan tempatan @ DORSETT PUTRAJAYA |
Hidangan Pencuci Mulut @ DORSETT PUTRAJAYA |
Aneka Kuih-muih Tradisional Melayu @ DORSETT PUTRAJAYA |
Hidangan Pencuci Mulut @ DORSETT PUTRAJAYA |
Berikut merupakan butiran buka puasa di Dorsett Putrajaya
Bismillah Barakah Ramadhan @ DORSETT PUTRAJAYA
8 May 2019 sehingga 2 June 2019
Dewasa : RM 138.00
Kanak-kanak & Warga Emas : RM 78.00
Early bird vouchers (2000 vouchers only)
Dewasa : RM 99.00
Untuk tempahan, sila hubungi talian berikut : 03-8892 8388
Atau emailkan ke alamat berikut : fnb.putrajaya@dorsetthotels.com
Turkish Ice Cream, anyone ? |
Buat mereka yang bercadang untuk menginap di Dorsett Putrajaya pada bulan puasa nanti, boleh dapatkan rate harga bilik yang bermula RM320 untuk satu malam. Setiap tempahan bilik akan dapat voucher Sahur untuk 2 orang
Tel : 03-8892 8388
Email : reservations.putrajaya@dorsetthotels.com
Menarik kan hidangan berbuka puasa di sini ? Banyak pilihan dan harganya yang sangat berpatutan.
Memang meriah sekali Buffet Ramadhan dekat Dosert Putrajaya nih... desert dia tak tahan tengok! semua makanan sedap-sedap belaka... suka makan sup gearbox dia sedap sebab ada kuih kicap cili api... nak tambah semangkuk lagi.. hati-hati dengan acah-acah ice cream turkish tu.. geram akak he he he
ReplyDeleteWowwww. .. Ada durian tu. Bukan biasher2 ni...
ReplyDeleteSedap nampak semua menu2 dia
Banyaknya pilihan! Nampak sedap sedap belaka, laksam tu jarang ada kat hotel lain kan. Durian tu kalau bawak anak anak i mesti pakat pulun tu, fav depa.
ReplyDeleteYa allah.. Dugaan sangat la kalau terbaca kisah buffet ramadan ni.
ReplyDeleteMengundang kelaparan tau. Hehe
Sedap la nampak menu menu yang ditawarkan tu..
Seiring dengan harganya..
Peh makan banyak gila camni harga early bird rm99 je? Not bad. Saya dah lama tak makan buffet ramadan sebab rasa macam membazir haha tapi okay je kalau nak ubah selera makan ramai2 :) -aidasue-
ReplyDeletewow bestnya dapat makan kat hotel mewah dan sedap harga pun sangat berpatutan hehehehe tapi mana gambar masjid besi putrajaya hehehehe.... nanti belanja kita berbuka kat sini ok awak....
ReplyDeletemula dahh muncul promosi makanan sedap2 dah dekat2 puasa ni. Siap ade buffet durian lagi tu. Harga boleh tahan mahal tapi bila tengok menu2nya memang berbaloi la invest duit banyak tu.
ReplyDeleteAduh sana sini nampak makanan.. Sedap semuanya oiii.. Makanna pulak yang biasa nampak. .Nyum nyum.. Bervaloi makan dekat sini.. Murah pun murah
ReplyDeleteBuffet durian! This seems like a trend lately, since I love durian so much I think I would give up all the other food and just focus on the durian hehehe.
ReplyDeleteBanyak betul ekk hotel2 n restoran menawarkan buffet ramadan yg sedap2 n pelbagai. Sampai dh tak tau mana satu nak pilih tempat untuk berbuka nanti..semua nampak sedap2..hehehe.
ReplyDeleteBestnya dia beriftar sakan sana sini. Yang ni siap berlatarkan masjid besi pulak tuh. Jealous akak tengok. By the way semua makanan untuk juadah iftar nanti nampak sedap .Harga oun not bad. Tapi lagi untung kalau jadi early bird dapat potongan harga yang terlajak murah
ReplyDeleteMahai jugak ye harga buffet kat dorset ni. Tapi standard la sbb nama hotelnya pun dah gah, menu2 pun memang variety serta sedap. Orang kata berbaloi la dengan harga yang kita bayar tu.
ReplyDeleteBanyak makanan menarik dihidangkan. Sedap! Ada Durian dan solok... yum... yum...
ReplyDeleteBestnya..nak minta adik yg kat KL beli early bird voucher laa..sebab ada plan nak pi sana masa bulan puasa nanti..harga buffet pon berpatutan..padan dengan menu yg banyak tu..
ReplyDelete