Friday, April 19, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Berbuka Puasa Eksklusif di Tingkat 43 Menara Berkembar Petronas

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selama 26 tahun hidup di atas muka bumi ini, aku belum pernah lagi masuk ke dalam Menara Berkembar Petronas atau lebih dikenali sebagai Menara KLCC. Alhamdulillah, baru-baru ini aku diberi kesempatan untuk naik ke tingkat 43 untuk mencuba buffet Ramadhan yang dianjurkan oleh Malaysian Petroleum Club. Kalau korang diberi peluang untuk berbuka puasa di tingkat 43 Menara Berkembar Petronas, nak tak ? Kalau nak, ikuti butirannya !


Malaysian Petroleum Club (MPC) adalah sebuah kelab yang berprestij di Malaysia. Ia telah ditubuhkan sejak tahun 1991 lagi. Kelab ini terletak di aras 41, 42 dan 43 Menara Berkembar KLCC. Terdapat banyak peraturan untuk masuk ke dalam tempat ini. Antaranya pengunjung tidak dibenarkan memakai jeans, sneakers, pakaian tidak berkollar dan beberapa lagi etika pemakaian lain. Senang cerita, nak datang sini kena pakai pakaian formal ala-ala pakaian pejabat gituee.


Pengunjung hendaklah mendaftarkan diri dengan memberikan kad pengenalan di ruangan resepsi. Setelah data telah diambil, receptionist akan memberikan satu tag "visitor" kepada anda. Lepas itu perlu melalui pintu saringan ala-ala macam dekat airport tu sebelum menaiki lift untuk ke tingkat atas. Agak sedikit leceh tapi demi nak menjaga menara berkembar kita, inilah prosedur yang perlu dilalui oleh setiap pengunjung ke sini.

Pada asalnya, kanak-kanak di bawah 18 tahun tidak dibenarkan masuk ke tingkat 43 nie. Namun bersempena bulan Ramadhan akan datang nie, pihak MPC membenarkan kanak-kanak untuk masuk bersama ahli keluarga untuk menikmati juadah berbuka puasa yang disediakan sambil menyaksikan keindahan bandaraya Kuala Lumpur.


Selain pengunjung dapat menikmati hidangan berbuka puasa sambil menyaksikan suasana keindahan bandaraya Kuala Lumpur pada waktu malam, pengunjung juga diberi peluang untuk pergi ke Sky Bridge yang menghubungkan kedua-dua menara berkembar ini secara percuma.


Sajian buffet Ramadhan yang ditawarkan di sini juga sangat pelbagai. Terdapat lebih 100 jenis pilihan makanan yang terdiri daripada makanan tradisional dan juga makanan luar negara. Malah terdapat juga sajian khas untuk kanak-kanak. Jom tengok sajian-sajian yang ditawarkan di Malaysian Petroleum Club nie sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Kambing Bakar @ Malaysian Petroleum Club

Otak-otak, Roti John Cheese, Satay Ayam & Daging @ Malaysian Petroleum Club


Ini antara menu-menu panggang yang terdapat di sini. Ada juga menu lain seperti sotong bakar, ikan bakar, daging bakar dan banyak lagi. Semuanya ada di ruangan panggang ini. Selain itu juga, terdapat menu-menu lain seperti sushi, pizza, pelbagai jenis masakan spaghetti, lemang, ketupat palas dan banyak lagi.



Untuk menu utama pula, juga terdapat banyak pilihan dan hidangan ini akan digilir-gilirkan mengikut hari dan minggu. Jadi tidaklah menu-menu ini sama setiap hari sepanjang bulan Ramadhan tu. Semasa di preview nie, udang masak tempoyak telah menjadi win dish pada ketika itu. Bertambah nasi jugaklah masa tu.




Hidangan pencuci mulut di Malaysian Petroleum Club ini juga sangat pelbagai dan berwarna-warni. Rasa sayang nak makan tapi tergoda dengan kecantikkan warna-warni hidangan pencuci mulut di sini. Ada kuih-muih tradisional Melayu, pelbagai jenis kek, cendol, ABC, Chocolate fountain, ais krim dan pelbagai jenis bubur.





Memang menarik sungguh hidangan-hidangan yang ditawarkan di Malaysian Petroleum Club nie. Aku pasti, pengunjung pasti gembira sekiranya dapat berbuka puasa di sini nanti. Bukan selalu dapat berbuka puasa di tingkat 43 Menara Berkembar KLCC, ye dakk ?

Berikut merupakan butiran harga berbuka puasa di sini,

Selera Bazar @ Malaysian Petroleum Club
Tingkat 43, Menara Berkembar Petronas KLCC

Bermula 6 Mei 2019 sehingga 1 Jun 2019
Dibuka setiap hari kecuali hari Ahad (6.30 PM - 10.00 PM)

Dewasa : RM 128.00
Kanak-kanak (6-12 tahun) & Warga emas (60 tahun ke atas) : RM 68.00 
MPC members : 20% diskaun

Early bird vouchers (18 March - 27 April 2019)
Dewasa : RM 98.00


Cepat buat tempahan untuk dapatkan harga diskaun. Nanti kang melepas pulak. Sebarang tempahan, boleh terus hubungi Shikin di talian 03 - 2166 3200 atau 017 - 646 6183 (Whatsapp) atau Joe di talian 016 - 264 3122

Sila patuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan dan elakkan daripada memakai pakaian berikut :
  • T-Shirt Kolar Bulat (Round Neck T-Shirt) 
  • Seluar Jean Koyak (Fancy/ Torn Jean)
  • Selipar (Sandal)
  • Seluar Pendek (Short Pants)
  • Pakaian yang menjolok mata 


Ouh ya, di tingkat 41 di Menara Berkembar Petronas ini juga ada menyediakan makanan bungkus. Jadi, mereka-mereka yang nak tapau makanan, bolehlah lakukan sedemikian. Harganya yang berpatutan dan pelbagai seleksi hidangan ditawarkan. Boleh hubungi nombor yang telah diberi untuk maklumat lanjut.

10 comments:

  1. Esklusif betul tempat ni. Memang best dan menarik kalau dapat berbuka puasa kat sini. Early bird dia harga sangat murah hokeh. Blh war warkan pada member semua hehe

    ReplyDelete
  2. Kalau diberi peluang, mestilah nak :) Wahh banyak menunya, sedap-sedap belaka. Sesekali datang berbuka puasa di sini, tak salah.. bawa keluarga sekali.. sambil makan, dapat juga meluangkan masa bersama. Cantik view dari atas!

    ReplyDelete
  3. Best kan makan kat situ. Rawlins baru je makan kat situ awal Mac tempoh hari - ditemani wakil2 kedutaan bagai la. Bukan untuk food review hahaha. Tapi the view memang sangat magnificient!

    ReplyDelete
  4. Cx pon tak pernah masuk lagi klcc ni tau. Dah 30 tahun hidup hahaha! Sadis. Boleh tahan juga proses kemasukan nya ya . Tp bagus sistem dia. Demi keselamatan. Seronok tengok u share gambar makanan from traditioanl to modern style. Dgn 100 jns hidangan. Mmg terbaik! Berbaloilah dengan harga dan tempat. Suka betul kerabu mangga tu haa . Dessert pon blh tahan menarik. Rasanya time berbuka, tak sempat pon nak rasa semua. Hahahaha. Tp kot ada rezeki berbuka dkt sni. Mmg syioklah. Pakaian pon dijaga kan? Tkleh pakai jeans. Fuh! Formal attire shj. Bagus³

    ReplyDelete
  5. k.el pun tak pernah lagilah naik kat atas tu..gayat tak duk tingkat 43 tu...mesti menarik menu2 kat menara klcc ni kan..sambil berbuka puasa menikmati panorama kuala lumpur kan

    ReplyDelete
  6. Banyak-banyak menu yang disediakan, paling tertarik dengan otak-otak sebab aku hantu otak-otak.

    ReplyDelete
  7. Untunglah dapat makan kat menara tertinggi dan berkembar lak tu hehehehe kita tak pernah naik lagi ni tengok makanan banyak dan sedap semua belaka hehehehe harga boleh tahan kalau kita orang biasa nak naik sana boleh tak makan buffet tu nak ambil gambar jer hehehehehe....

    ReplyDelete
  8. Ya Allah, bestnya kalau dapat berbuka puasa dekat sini. Dapat view cantik malam malam. Makanan dia pun not bad banyak dan nampak menarik

    ReplyDelete
  9. Lawanya view dari atas. Dah lah makanan semua nampak sedap-sedap, view pulak cantik. Combo! So far tak pernah lagi makan kat tingkat 43 ni. Boleh try ni nanti. Syioknya, berbuka di KLCC tu.

    ReplyDelete
  10. Bestnya wak makan makan kat atas ni. Saya belum pernah berpeluang lagi naik n makan kat atas ni.

    ReplyDelete