Thursday, April 18, 2019

Borong Kurma Arab Murah di BERKAT MADINAH Cawangan Kajang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bulan puasa dah nak dekat, aku pasti ramai sedang mencari-cari tempat murah untuk beli kurma secara pukal. Maklumlah, nak buat stok untuk bulan Ramadhan nanti. Kurma kan sangat bagus untuk membekalkan tenaga seharian. Sesuai sangatlah untuk dijadikan makanan rutin ketika berpuasa. Baru-baru ini aku diperkenalkan dengan satu pasaraya yang menjual pelbagai jenis makanan daripada tanah Arab, termasuklah pelbagai jenis kurma. Jom ikuti butirannya !


Borong kurma Arab murah di BERKAT MADINAH

Untuk mereka yang pertama kali dengar nama Pasaraya Berkat Madinah nie, meyh aku nak habaq mai. Pasaraya Berkat Madinah nie merupakan pasaraya yang mengimport dan membekal makanan dan bahan-bahan masakan dari tanah Arab. Jadinya, segala bahan masakan atau makanan Arab, ada dijual di sini. Mudahlah korang nak cari nanti.


Antara yang dijual di sini ialah pelbagai jenis kekacang. Ada kacang gajus, kacang pistachios, walnut, kadang badam dan macam-macam lagi. kacang-kacang nie 100% disediakan fresh setiap hari. Tiada penggunaan bahan pengawet langsung. Bukan kekacang je yang disediakan fresh setiap hari, roti-roti juga dibakar setiap hari untuk pelanggan beli. Gebu-gebu roti yang dijual dekat sini tau.


Selain itu ada minyak zaitun, yogurt arab, rempah ratus dan pelbagai jenis madu. Madu dekat sini sangat pelbagai jenis. Harganya boleh tahan ....... mahal ! Hahahaha. Biasalah, madu asli memang mahal. Yang istimewanya kat Berkat Madinah nie ialah kurmanya. Terdapat pelbagai jenis kurma yang dijual di sini.

Seleksi kurma dari tanah Arab

Kurma di BERKAT MADINAH

Masuk-masuk kedai je, korang akan disajikan dengan timbunan kurma-kurma di depan pintu masuk. Rasa seperti betul-betul macam berada di Madinah bila masuk. Suasananya sangat menggambarkan suasana pasaraya di Madinah. Baunya juga seperti berada di sana. Seleksi kurma yang ditawarkan sangatlah pelbagai. Aku pasti pengunjung akan rambang mata nak pilih jenis kurma.

Kurma di BERKAT MADINAH

Kurma di BERKAT MADINAH

Secara jujurnya, aku kurang arif mengenai jenis-jenis kurma nie. Aku hanya tahu makan je. Bagi aku, kurma is kurma. Jadi tak pernah pon terfikir nak tahu kurma apa yang aku makan tu. Walaupun dari segi rasa tu ko boleh bezakan perbezaan dia tapi masih tak rasa nak tahu kurma jenis apa tu. Hahahaha.

Kurma di BERKAT MADINAH

Kurma di BERKAT MADINAH

Setiap nama kurma mempunyai rasanya yang tersendiri tau. Yang paling terkenal sudah pasti kurma Ajwa. Sebenarnya, banyak lagi nama-nama kurma yang kita jarang dengar. Antaranya kurma Mariami, Safawi, Mabroom, Anbara, Sukari dan banyak lagilah nama-nama pelik.

Kurma di BERKAT MADINAH

Kurma di BERKAT MADINAH

Kurma timbang kilo di BERKAT MADINAH

Selain kurma yang dibungkus kecil-kecil, pengunjung juga boleh memilih untuk membeli kurma secara timbang kilo. Dengan cara timbang kilo nie, pengunjung berpeluang untuk mencuba kesemua jenis kurma yang ditawarkan tanpa perlu membazir untuk beli satu kotak. Yelahh, kadang orang-orang nie dah ada jenis kurma kegemaran dia, tapi dalam masa yang sama nak cuba kurma jenis lain. Jadinya, bolehlah beli beberapa ketul kurma untuk merasa.

Kurma timbang kilo di BERKAT MADINAH


Banyak pilihan kurma yang ditawarkan untuk timbang kilo nie dan setiap hari mereka akan isi semula bekas-bekas tersebut dengan kurma-kurma baharu. Sambil pilih sambil rasa, rasa nikmat betul. Tapi minta izin dulu ya daripada pekerja di situ. Jangan pakai ambil je, tak sopan dan sangat tak digalakkan.

Senarai harga kurma timbang kilo di BERKAT MADINAH

Borong kurma secara karton di BERKAT MADINAH

Hah, bukan takat boleh beli secara timbang kilo. Nak beli secara karton macam nie pon boleh. Cukup stok untuk sebulan berpuasa. Kalau nak beli berkarton-arton pon boleh. Sangat digalakkan. Tak perlu risau, memang banyak sangat kurma yang diimport bersempena bulan Ramadhan tak lama lagi nie. Tapi jangan beli disaat-saat akhir pulak, takut habis.

Kurma di BERKAT MADINAH

Even masa aku datang hari tu nak beli kurma, orang bukan main ramai. Ini baru cawangan Kajang, cawangan lain ? Lagi ramai yang datang serbu. Ramai rupanya yang dah tahu pasal pasaraya Berkat Madinah nie, Kenapa aku baru tahu sekarang erk ? Duduk gua kah aku ?

Kurma di BERKAT MADINAH

Kenapa kena beli kurma di pasaraya BERKAT MADINAH ?
.
Banyak sebab kenapa korang perlu beli kurma di pasaraya Berkat Madinah nie. Antaranya :
  • Kurma yang segar dijual mengikut musimnya
  • Pelbagai jenis kurma dijual
  • Terdapat lebih 100 pilihan kurma
  • Harga dijual secara borong
  • Terdapat juga kurma-kurma premium yang tiada di tempat lain
  • 100% diimport daripada Madinah

--------------------------------------------------------------------------------------

Pasaraya BERKAT MADINAH (Cawangan Kajang)
Ground Floor Unit No. PA-S-17 PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan

Waktu operasi : Dibuka setiap hari (10.00 AM - 11.30 PM)
Tel : 011-1111 3442

Laman sesawang : http://www.madinah.com.my/

Pasaraya BERKAT MADINAH juga terdapat beberapa cawangan yang lain :
Ampang / Shah Alam / Ampang Point / MyTown


Jom pakat ramai-ramai pergi borong kurma di mana-mana cawangan pasaraya BERKAT MADINAH !

16 comments:

  1. Yeah.... Berkat Madinah memang terbaik dengan penjualan kurma-kurmanya yang banyak. Tahun ni pasti akan singgah lagi untuk memiliki stok kurma di bulan Ramadhan. Ayuh! Borong kurma di Berkat Madinah...

    ReplyDelete
  2. bulan puasa ni wajiblah ada stok kurma..sahur kurma saja pun dah memadaikan..banyak juga ye buah kurma dijual kat berkat madinah ni..betullah ala2 mcm kedai kat madinah tu kan..senang lah kalau nak cari bahan2 masakan untuk makanan arab kat sini

    ReplyDelete
  3. ni kalau ai pergi ni bukan beli kurma ni mau ai borong kacang berkilo2 nnt

    ReplyDelete
  4. Wahhh.. TB nampak Kurma Mariami kat list tu .. hehehe.. Harraz suka Mariami.. TB pun memang suka makan kurma Mariami.. sebab kurang manis dan lembut je walau dah letak dalam peti sejuk..

    ReplyDelete
  5. Eh ada kat shah alam jugak? Fadzi memang mencari jugak ni mana nak beli borong jenis kacang kacang ni sebab Fadzi suka makan kacang.

    ReplyDelete
  6. Dry fruits and nuts here serious look fresh. I would come and borong kurma kat sini nanti. Dah la dekat je dengan rumah I. Weekend ni I singgah. Boleh bagi kat family as puasa gift.

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kurma fresh tu, Akak paling suka kurma yang lembut tak suka kurma yang keras.. nanti bolehlah cari dekat sini

    ReplyDelete
  8. Wah bestnye boleh borong. Mesti jauh lebih murah kan. Plus nampak lg fresh. Banyak btol pilihan produk. Mudah nak memilih kesukaan sendiri.

    ReplyDelete
  9. Wahhh... Kedai dia cantik kemas tersusun. Kak nina suka pi kedai arab gini. Kita sekali beli kurma berkilo, kadang 6kg terus. Hari² makan. Anak ramai maka beli kilo lagi murah. Nanti nak pi sini laaa...

    ReplyDelete
  10. Wah dah tahu nak beli stok kurma untuk bulan puasa tahun ni. Banyak pilihan dan paling best semua nampk sedap dan menarik. Kita boleh pilih jenis kurma macam mana yg kita suka

    ReplyDelete
  11. Wah, selama ni beli kurma dekat pasaraya je. Mana yang ada, pilih elok-elok dan beli. Saya pun baru tahu pasal berkat madinah ni. Lepas ni kena pergi untuk dapatkan bekalan kurma sepanjang ramadan.

    ReplyDelete
  12. Wow makan kurma je ker patut lah cantik heheheheh wakakka tapi best lah tempat macam ni banyak pilihan kurma dan juga bukan sahaja boleh tengok tapi boleh rasa dulu sebelum beli tu yang best tu hehehehe kenyang makan kurma...

    ReplyDelete
  13. pernah denagr kedai ni dan pernah nampak..memng macam-macam kurma ya ada..nanti nak singgahla..nak beli..mesti ada macam-macam lagi ada ni

    ReplyDelete
  14. Wow banyak betul pilihan kurma kat sini. Emi untuk tahun just order melalui rakan ofis je. Memang tetiap tahun dia duk kumpul order kurma ni. Paling suka kurma ajwa. Tapi mahal, hahah

    ReplyDelete
  15. Oh...boleh suruh kawan ayah yang duduk kat Kajang...diorang selalu shopping sakan untuk kurma. Yana selalu makan like sebiji dua je terus boleh tahan sepanjang hari.. Hyper pun hyper la jugak.

    ReplyDelete
  16. Pehhh banyak gila kurma. Seronok nak borong ni. lagi-lagi bulan puasa ni kan. Nad suka kurma yang jenis kering sikit tu..

    ReplyDelete