Assalamualaikum dan salam sejahtera
Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti program berbasikal ke rumah-rumah asnaf bersama-sama dengan Raja Muda Perlis menerusi program Jelajah Rahmah Asnaf. Dah lama tak berbasikal, seronok pula turut serta acara berbasikal seperti ini. Ikuti butirannya !
Di ambang nak masuk bulan Ramadhan nie, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menganjurkan program amal untuk membantu meringankan beban golongan-golongan asnaf untuk membuat persedian bulan Ramadhan dengan menyampaikan sedikit sumbangan dan makanan asas. Program ini telah diserikan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang telah berkenan untuk mencemar duli menyertai program ini.
Program ini telah diturut serta oleh 100 peserta yang lain termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Datuk Seri Dr. Mujahid Bin Yusof, Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia, YB Datuk Seri Rina Binti Mohd Harun, Pengerusi MAIWP, Dato' Sri Syed Hussein Alhabshee, ketua-ketua agensi pengurusan Islam dan tetamu kehormat yang lain.
Konvoi berbasikal ini bermula dari Taman Tasik Datuk Keramat dan pengakhirannya menuju ke Masjid Al-Akram. Sepanjang perjalanan ini, kami singgah menziarah 5 keluarga asnaf terpilih yang tinggal di kawasan situ. Di Masjid Al-Aqram Kampung Datuk Keramat, diadakan pula penyampaian bantuan tunai dan bantuan dalam bentuk keperluan harian kepada 100 orang asnaf yang hadir.
Sangat bersyukur kerana dapat turut serta dalam program seperti ini. Ini menandakan negara kita dan kerajaan sangat prihatin dan peka dengan masyarakat terutama sekali golongan asnaf. Tahniah buat MAIWP kerana menganjurkan program seperti ini dan program agihan zakat lain untuk bantu golongan asnaf. Mereka-mereka yang membayar zakat menerusi PPZ MAIWP, pihak MAIWP telah mengagihkan semaksimum mungkin kepada mereka yang memerlukan.
Harap pihak di luar sana tidak mudah percaya dengan dakwaan palsu yang mengatakan pegawai agihan zakat MAIWP tak buat kerja. Buktinya, mereka sentiasa mengadakan program-program untuk mengedarkan sumbangan kepada asnaf. Semoga program seperti ini akan diperbanyakkan lagi di masa akan datang.
Program nie buat aku berfikir sejenak. Aku rasa aku dah cukup susah, rupa-rupanya ada lagi yang lebih susah. Sebab tu kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sebab tak semua dapat rezeki dan peluang yang sama. Semasa program jelajah ini, kami sempat ziarah satu keluarga nie. Bayangkan, satu rumah teres setingkat, dibahagikan kepada 5 bahagian dan dihuni oleh 5 buah keluarga yang berbeza. Allahu, rasa sebak tengok. Kalau aku tak mengikuti program seperti ini, aku mungkin tak tahu ada juga orang yang jalani hidup dalam keadaan begini.
Semoga kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada hari ini dan semoga kita semua dikeluarkan dari keadaan susah tak kira susah dalam bentuk apa sekalipon. Aminnn
Bagusnya program sebegini.... Disamping kebajikan ada nya aktiviti riadah yang menyihatkan. Berbasikal dah jadi trend tapi memang bagus di amalkan. Seronoknya awak dapat berbasikal keliling dengan raja Muda Perlis. Kurlassss.. !! Moga progran ini sentiasa ada dan berterusan
ReplyDeleteTak dapat bayangkan macam mana boleh duduj ramai ramai dalam satu rumah teres tu. Harapnya ada lebih banyak lagi program macam ni yang boleh bantu orang orang yang memerlukan
ReplyDeleteMmg tau raja muda perlis and mufti selalu buat prog mcm nj. Jauhhya zharif berbbasikal yer
ReplyDeleteTerharu dengan niat murni awak untuk join program macm ni harap lepas ni lebih banyak badan koporat luar sana turut sama buat aktiviti membantu golongan asnaf dan orang tiada kemampuan ni rezeki sama dikongsi..
ReplyDeleteBestnya Konvoi berbasikal .. selain dapat sama-masa melibatkan diri dalam aktiviti untuk membantu golongan-golongan asnaf kita dapat juga pahalanya kan.. betul kata zharif, kalau kita rasa kita susah.. ada lagi yang susah dari kita.. sebab tu kita kena sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada.. apa yang kita lalui..
ReplyDeletesemua kelengkapan berbasikal termasuk basikal tu diorang sediakan..best sgtlah dpt join event mcm ni..lain dr yg lain..boleh jugak sihat sambil buat amal..kalau ada lagi nak join juga hihi sbb suka berbasikal juga..tp takut kejung sbb lama x berbasikal kehekeh
ReplyDeleteBagus program camni, boleh bantu 'buka mata' tentang pentingnya kita bayar zakat. Tahniah MAIWP & Zhariff juga sbb turut serta.
ReplyDeletewa you are so sporting! It's nice event kan. I like to cycle bicycle too but long time haven't cycle outdoor. mostly cycle in the gym saja lol
ReplyDeleteBagus program macam ni kita rasa nak join setiap masa kalau ada dapat juga kita menginsafi diri dan juga membantu mereka yang memerlukan....
ReplyDeletebagus PPZ MAIWP gunakan pendekatan ni untuk bagi bantuan kepada mereka memerlukan. betul tu zharif bila kita rasa susah, ingatlah ada lagi orang yang lebih susah dari kita. semua ini ujian dari Allah SWT.
ReplyDeleteSeronoknya dapat join aktiviti macam ni.
ReplyDeleteBeramai ramai dibawah anjuran Raja Muda Perlis.
Memang peluang sangat ni. Selain boleh dijadikan aktiviti riadah yang sihat.
Bestnye dapat join program amal bersama VIP. Tak boleh bayangkan tengok depan mata keadaan keluarga yang susah. Sebabtu kena sentiasa bersyukur dengan rezeki yang ada.
ReplyDeleteBagus ikuti program sperti ini. Sekurangnya kita tau yang pihak maiwp ade melakukan kerja nya.. Bukan duduk sahaja kan. Best juga berbasikal ni erk
ReplyDeleteWah menariknya ad program macam ni dimana Raja Muda menyantuni golongan asnaf. Harap program2 cam ni akan diteruskan dimasa hadapan. Tahniah MAIWP!
ReplyDeletebagusnya aktiviti macam ni..kira exercise sambil beramal kan...lawat2 rumah asnaf satu usaha yang baik juga...kalau selalu kempen ni mmg bagus.,..moga berterusan
ReplyDeleteBestnya dapat join konvoi macam ni. Teringin nak join aktiviti macam ni, semoga ada peluang untuk akak nanti. Tapi tak pandai berbasikal macam mana tu hahahah.
ReplyDeleteSemoga golongan yang tak berkemampuan ini terus diberikan bantuan dan perhatian.
yanmie
www.yanmieonline.com
Bagus program macam ni. Kita dapat melihat kehidupan insan lain. Buat kita lebih bersyukur dengan apa yang kita ada.
ReplyDeleteBestnya, sambol2 exercis3 sihatkan badan. Dalam masa sama dapat muhasabah diri bila melihat sendiri kehidupan org lain yg mungkin lebih susah dari kita. Yela kita kadang2 duk mengeluh tentang hidup masing2.
ReplyDeleteBagus program seperti nie.. Kita akan lebih memahami n mendekati golongan asnaf.. Btw.. Lawa giler baju yg korg dpt..
ReplyDeleteBestnya sedondon. Tapi selalu dapat basikal tinggi-tinggi je, tak mampu nak kayuh. But good effort untuk melawat rumah asnaf barulah aktiviti kita lakukan tu sesambil dapat pahala kan.
ReplyDelete