Sunday, April 7, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Buka Puasa Konsep Bazar Malam Di Resorts World Awana Genting Highland

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pasti ramai tertanya-tanya, kalau pergi Genting Highland masa bulan puasa, nanti nak buka puasa dekat mana ? Hah, ini yang aku nak cerita nie. Kalau korang berkunjung ke Genting Highland semasa bulan puasa, korang boleh cuba dorang punya buffet Ramadhan dekat Rajawali Coffee House yang terletak di Resorts World Awana. Ikuti butirannya !


Istimewanya tahun ini, konsep berbuka puasa di sini berkonsepkan Bazar Malam. Hidangannya sangat pelbagai yang disusun seperti sedang membeli-belah di pasar malam. Pengunjung boleh memulakan dengan hidangan pembuka selera seperti ulam-ulaman yang sangat pelbagai. Ada daun Pegaga, Ulam Raja, Terung Pipit, Terung Bulu, Petai, Pucuk Janggus, Pucuk Mata Itik, Umbut Kelapa dan Jantung Pisang. Ulam-ulaman nie cukup terkenal semasa era zaman penjajahan Jepun di negara kita.

Ulam-ulaman Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Variasi kerabu Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Selain itu, juga terdapat station yang menghidangkan aneka jenis kerabu yang dicampur dengan pelbagai makanan laut seperti udang, sotong, ikan dan juga isi ketam. Jeruk-jeruk seperti Jeruk Mempelam, Jeruk Kelubi dan juga Jeruk Salak juga ada dihidangkan.

Antara hidangan utama Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Ruangan panggang di Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Untuk hidangan utama, terdapat lebih kurang 15 hingga ke 20 gerai yang menghidangkan pelbagai jenis masakan tradisi masyarakat Melayu di seluruh Malaysia. Antara hidangan yang disajikan di gerai di sini ialah Kambing Panggang yang di-import dari Australia, Otak-otak, Satay, Ayam Percik dan pelbagai jenis makanan laut yang digoreng. Di gerai yang berkonsepkan makanan mamak pula terdapatnya Roti Canai, Murtabak, Nasi Kerabu, Mee Jawa dan juga Mee Rebus.

Pelbagai jenis sup-sup di Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Sup Meletup Abe di Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Paling menarik perhatian aku sewaktu preview buffet Ramadhan ini ialah station yang menghidangkan Sup Meletup Abe. Kuah supnya yang sangat umphhhhh ! Rasa masin yang cukup, rasa daging yang cukup, rasa rempah ratus yang harmoni. Serious sedap sangat. Pengunjung juga sangat disarankan untuk mencuba Awana Rendang Tok yang menjadi antara menu signature di Rajawali Coffee House ini.

Pengat pisang di Buffet Ramadhan Resorts World Awana

Selain Rendang Tok, signature dish yang lain yang istimewa di Resorts World Awana nie ialah Pengat Pisang mereka. Hidangan Pengat Pisang di sini menjadi bualan orang ramai dan seringkali menjadi hidangan yang dicari-cari buat pengunjung yang setia bersantapan di sini. Aku sudah rasai sendiri Pengat Pisang di sini, dan aku terpaksa setuju kerana ia memang sangat lazat.


Pelbagai hidangan minum petang seperti Apam Balik, Pisang Goreng, Keledek Goreng, Cempedak Goreng dan macam-macam lagi, ada dihidangkan di sini. Dan aku pasti, pengunjung pasti terkesima melihat pilihan kuih-muih tradisional yang terdapat di sini. Serious banyak sangat pilihan kuih-muih tradisional yang kita jarang-jarang dapat jumpa ada di sini.


Berikut merupakan butiran harga untuk buffet Ramadhan di Rajawali Coffee House ini :

Rajawali Coffee House di Resorts World Awana Genting Highland

Dewasa : RM 118.00
Kanak-kanak (12 tahun kebawah) dan warga emas (60 tahun ke atas) : RM 59.00

Early bird promotion (Tempahan sebelum 9 May 2019)

Dewasa : RM 98.00
Tempahan secara berkumpulan yang melebihi 30pax (dewasa) : RM 88.00

Barisan chef-chef yang menjayakan hidangan buka puasa di Rajawali Coffee House, Resorts World Awana Genting Highland

Selain Rajawali Coffee House, juga terdapat tempat berbuka puasa yang berhampiran seperti di Medan Selera dan Jom Makan boleh dijadikan pilihan pengunjung. Ketiga-tiga destinasi berbuka puasa ini adalah Halal.

Sebarang tempahan berbuka puasa di Rajawali Coffee House, 
Hubungi : 016-388 0390 atau 03-6436 9000 (ext : 7605) 
Layari laman sesawang : www.rwgenting.com 


Sangat menarik hidangan buffet Ramadhan di sini di samping konsepnya yang sangat unik. Jom pakat datang ramai-ramai berbuka di sini bulan puasa nanti.

19 comments:

  1. I read this at such early morning really make me craving to the max. I really love going Awana Genting for ramadan buffet!!!

    ReplyDelete
  2. Rasanya kan tahun ni, bulan ramadannya meriah la.
    Buffer ramadan sana sini disediakan.
    Menu yang disediakan pun menarik.
    Siap ada ulam ulaman tu, sedapnya..

    ReplyDelete
  3. wow konsep bazar malam...menu kambing panggang tu wajib ada kt mn2 buffet ramadhan kn...mcm2 menu tu..sure rambang mn 1 nk mkn nanti kan ..ada sup metop..yummmyyy

    ReplyDelete
  4. bestnyaaaaa!!!!!
    banyak betul pilihan dia. boleh laaa bulan puasa nanti ajak kawan-kawan ke, family ke berbuka kat awana! boleh bercuti sekaliii.. hiks!
    thanks sharing! harga pun boleh tahan okay, kena book awal awal la ni.

    ReplyDelete
  5. bestnya dapat buka puasa atas banjaran titiwangsa ni. Hebat lah Resort World Awana sediakan buffet Ramadhan ala-ala Bazar ni, makan tempat sejuk ni boleh kita acah buka puasa dekat luar negara. Heheh

    ReplyDelete
  6. Banyaknya juadah bufet ramadhan. Rambang mata pilih ni. Nak nak kerabu tuh macam macam ada .Nak dekat puasa ni memang banyak buffet ramadhan kan .Lpeas tu menu yang kita tak pernah makan pun ada .Harga pun not bad ya.

    ReplyDelete
  7. amboi jauhnya review! ahaha dulu pernah berbuka dekat sini, boleh tahan sedap dia. nanti kalau ada peluang ke genting bulan puasa boleh la berbuka kat sana nanti. tq tau share

    ReplyDelete
    Replies
    1. The kuih muih is so tempting, haven tried buffet up in Genting Highlands maybe I will arrange one with my friends, to buka puasa in a cooler place sounds good.

      Delete
  8. Serious! I selalu dengar pasal buffet ramadhan kat sini. Katanya their specialty must try is the sup. Menu they all memang variety and nampak sedap.

    ReplyDelete
  9. banyaknya pilihan makanan! paling tertarik dengan sup meletup abe tu.. betul2 meletup ke? haha banyak menu yang Nampak sedap. harga pun boleh tahan :) nice review

    ReplyDelete
  10. MEMang best la banyak makanan macam ni.airah paling puas hati kalau pergi buffet pilihan makanan dia memang berbaloi

    ReplyDelete
  11. Allahu, buka2 dah nampak ulam dengan kerabu.. Sedapnya. .Perut dhl tengah lapar. Ternampak pulak ni. .Sedap semuanya menu dia ye. .Syok juga buka puasa kat genting ni

    ReplyDelete
  12. Even kat Genting tempat have have pun not bad harga dia~ yg penting opening ada kerabu and ulam. Sedapnyaaa

    ReplyDelete
  13. jauhnya pergireview berbuka...siap pergi ke tanah tinggi lagi...tak pernah makan kat sini semasa bulan ramadhan tapi pernah datang untuk event...memang makanan kat sini semuanya sedap dan menarik

    ReplyDelete
  14. Eh. Harganya less than RM100 pula tu. Lokasi menarik dan makanannya banyak. Nampak gaya tahun nie Rawlins akan paksa kengkawan bermalam di sana agar dapat berbuka dan bersahur sekali. Hehe

    ReplyDelete
  15. bestnya iftar kat genting tapi lambat sikit masuk waktu azan magrib sebab atas banjaran titiwangsa kan.. seronok jugak kalu berbuka kat genting ni..biasa kat hotel tanah rata je

    ReplyDelete
  16. Banyaknya pilihan makan kat sini. Ah sudah. Tak tau dah nak pilih makan kat mana puasa nanti. Kat sini pun makanan best2. Ada golek2 tu. Ada macam2 kuih sedap jugak tu. Adui terliurnya.

    ReplyDelete
  17. Wah ulam dia memang meriah lah . Makanan Yang lain pun nampak sedap
    Pernah gak terfikir bulan puasa ni naik genting nak berbuka kat mana kan. Now dah tahu

    ReplyDelete
  18. wah bestnya, konsep pasar malam tu. BTW pernah buka puasa kat sini beberapa tahun lepas. makanan dia memang power nak nak sup urat keting dia. memang sedap

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...