Saturday, April 6, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Tantalizing Tastes of Thailand at Chakri Palace

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bersempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba nie, Chakri Palace sekali lagi akan mengadakan buffet Ramadhan yang berkonsepkan makanan-makanan Thailand. Buffet Ramadhan yang mempromosikan makanan-makanan Thailand ini terdapat di kesemua cawangan Chakri Palace di Malaysia. Ikuti butirannya !


Tahun ini, buffet Ramadhan di Chakri Palace menawarkan lebih 50 hidangan modern dan masakan asli Thai. Pengunjung boleh menikmati buffet Ramadhan ini bermula pada 9 May ini. Terdapat banyak hidangan-hidangan menarik yang akan disajikan, antaranya ialah ulam-ulaman dan kerabu, pembuka selera Thai yang paling istimewa "Mieng Kam", crispy Thai Spring Rolls, Thai Crispy Fried Noodles dan banyak lagi hidangan pembuka selera yang lain.

Mieng Kam di Chakri Palace

Hidangan kerabu buffet Ramadhan di Chakri Palace

Manakala untuk hidangan utama, pengunjung boleh menikmati kambing masak kari hijau, udang masak mentega dan telur masin, sotong goreng telur masin, tomyam seafood, daging masak lada hitam dan ikan masak masam manis.

Hidangan pembuka selera buffet Ramadhan di Chakri Palace

Menu utama buffet Ramadhan di Chakri Palace

Bukan itu sahaja, Chakri Palace juga ada menyajikan makanan-makanan tempatan seperti Rendang Daging Tok, Masak Lemak Gulai Daging, Ayam Kapitan dan Nasi Beriyani. Juga terdapat satay ayam dan satay daging dan ikan bakar.

Menu utama buffet Ramadhan di Chakri Palace

Menu utama buffet Ramadhan di Chakri Palace

Dan bahagian yang paling best sekali ialah hidangan pencuci mulut yang ditawarkan di Chakri Palace. Pencuci mulut Thailand adalah antara hidangan pencuci mulut yang paling digemari ramai. Aku juga secara peribadi sangat menggemari hidangan pencuci mulut Thailand. Antara hidangan pencuci mulut yang menjadi bualan ramai ialah Red Ruby Waterchestnut, Thai Mango sticky rice dan juga terdapat kuih-muih tradisional, beserta bubur jagung dan bubur pisang.

Pencuci mulut buffet Ramadhan di Chakri Palace

Lebih menarik lagi hidangan buffet Ramadhan di Chakri Palace nie ialah mereka akan menukar menu-menu buffet ini supaya pengunjung tidak merasa bosan berbuka puasa di sini. Tak adalah hidangan yang sama tiap kali datang berbuka ke Chakri Palace nanti. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadhan 2019 di Chakri Palace :


Dewasa
Kanak-kanak & Warga Emas
Dorsett Hotel Hartamas
RM 128.00 ++
RM 64.00 ++
KLCC
RM 108.80 ++
RM 54.40 ++
Pavilion
RM 98.80 ++
RM 49.40 ++

Kanak-kanak bawah 6 tahun percuma. Sekiranya korang tempah sebelum 9 May, korang boleh dapat diskaun sebanyak 20% dengan minimum order seramai 4 orang. Boleh beli di applikasi Chakri di http://bit.ly/20F3M34 untuk dapatkan potongan 20% itu sebelum 9 May 2019. Harga berbuka puasa ini hanyalah tiket untuk 9 May sehingga 11 May 2019 sahaja. Manakala sekiranya beli secara pukal, beli tiket buffet Ramadhan 5 akan dapat 1 percuma.

Sekiranya korang memilih untuk berbuka puasa di Chakri Palace cawangan Dorsett Hotel Hartamas, korang akan dapat saksikan pandangan bandaraya Kuala Lumpur yang indah ini.

Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi nombor berikut :

03-2602 1031 (Dorsett Hotel Hartamas)
03-2382 7788 (KLCC) 
03-2143 1141(Pavilion)
016-227 7182

Atau boleh terus email ke alamat berikut : marketing@chakri.com.my 
Layari laman sesawang Chakri Palace : https://www.chakri.com.my/shop/

9 comments:

  1. The buffet spread looks so delicious, price wise also quite affordable will definitely pay them a visit soon because I love Thai food and Chakri serves decent ones.

    ReplyDelete
  2. Teringinnya miang kam tuuuu. Semua menu nampak sedap dah la airah memang suka makanan thai ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya buffet makanan thai ni! Harga pun mcm boleh tahan, sesuai dgn tempatnya. Nak kena cepat2 booking early birds ni! Boleh ajak member dgn family ke restoran ni :)

    ReplyDelete
  4. Manarikla hidangan kerabu di Chakri Palace ni. Mostly rata-rata buat menu asli atau masakan kampung. Nak kelainan rasa Thai bole lah dtg sini nanti. sonokla awak dah "rehearsel" kat sini. Dah 2 tahun tak dpt dtg sini sb kesibukkan. Hmmmm.

    ReplyDelete
  5. Uishh.. Sedapnya tgk menu kerabu dia... Kecur air liur.. Jarang nampak buffet ala2 thai ni... Harga dia pon boleh tahan kan tapi oklah kalau sedap.. Lagi2 tengok pulut mangga dia.. Mmg fav giler.. Thai tak sah kalau takde pulut mangga kan...

    ReplyDelete
  6. Chakri Palace is always my place to curb my craving for Thai delicious food. Next time bring me too please. I love those Mieang Kam

    ReplyDelete
  7. Mcam sedap je menu buffet ramdhan dekat chakri palace ni. Mesti banyak berunsurkan makanan thailand kan? Sedapnyaaaa. Tengok gambar- gambar makanan ni pun dah rasa terliur. Ni kalau datang sini memang semua nak rasa ni. Boleh la kot masuk list untuk pergi bukak puasa nanti.

    ReplyDelete
  8. Oooo..Yana sanggup everyday bertapa kat buffet thai sempena bulan puasa ni. everyday try different dish. Hahaha Makanan thai bagi yana susah nak rasa jemu. Makin tambah selera ada lah.

    ReplyDelete
  9. Nice view Nice food ! Another buffet spot that need to be listed for Ramadhan gathering too!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...