Saturday, April 20, 2019

SeoulNami Korean BBQ @ The Gardens Mall

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Minggu lalu, aku dan rakan-rakan buat gathering. Rancang punya rancang, akhirnya semua bersetuju untuk makan di SeoulNami Korean BBQ yang terletak di The Gardens Mall. Restoran nie berkonsepkan BBQ and Grill. Memandangkan rakan-rakan aku nie semua memang suka makanan Korea, jadinya kami pilih restoran BBQ & Grill yang berkonsepkan makanan Korea. Tu yang jumpa Restaurant SeoulNami Korean BBQ nie. Ikuti butirannya !


Aku sebenarnya tak pernah dengar nama restoran nie. Masa dorang putuskan nak makan-makan dekat sini, barulah aku cuba cari info pasal tempat nie. Untuk mereka yang cukup menggemari makanan Korea, korang mesti cuba menu-menu di sini. Walaupun ini merupakan kunjungan pertama aku, tapi aku sudah cukup jatuh cinta dengan konsep dan menu di sini.

Chuncheon Chicken (Ganjang Chicken) @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 59.90

Chuncheon Chicken (Honey Butter Chicken) @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 59.90

Pertamanya, korang kenalah pilih bahan basah terlebih dahulu untuk di bbq & grill-kan. Kami telah memilih untuk makan daging lembu dan juga daging ayam. Terdapat dua jenis perasa ayam yang kami pilih iaitu Honey Butter dan juga Ganjang sauce. Dua-dua mempunyai rasa uniknya yang tersendiri dan sedap. Manakala untuk daging pula, kami pilih Beef Platter. Beef Platter nie didatangkan dengan 3 jenis bahagian daging.



Ouh ya, masakan grill kat sini menggunakan arang tau. Bukan pakai dapur gas macam tempat typical bbq & grill yang lain. Itu yang membezakan Seoul Nami dengan restoran bbq & grill yang lain. Arang nie akan ditukar setelah beberapa ketika oleh pihak restoran. Korang tak perlu susah-susah nak tiup atau nak bagi arang tu terus membara. Dorang akan terus tukar arang baru supaya grill tu sentiasa panas.

Beef Platter @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 119.00


Selain itu, kami pon teringin cuba Spicy Octopus dekat sini. Nama dia nampak menarik, tu yang kami order tu. Ternyata ia memang sedap ! Serious sedap sangat. Tak cukup satu pinggan. Kena order lebih.

Spicy Octopus @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 39.00

Untuk pengetahuan korang, side dishes seperti jeruk sayur dan juga sos boleh ditambah semula sekiranya tak cukup. Dan setiap meja akan dapat satu complimentary Steamed Egg. Steamed Egg nie tak sempat nak rasa dah habis. Uwaaaaa

Side Dishes & Sauces @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - Refillable

Takkan nak makan menu BBQ je kan, jadi kami order hidangan lain juga. Antaranya Fire Ramyeon. Korea sangat terkenal dengan ramennya yang pedas. Jadi di sini juga ada menghidangkan ramen pedas. Pedas ke tidak ? Sangat pedas ! Skala 1 hingga 10 kepedasan, aku bagi rate 8. Tapi sedap tau walaupun pedas.

Fire Ramyeon @ SEOUL NAMI KOREAN BBQ - RM 39.00

Kami juga order nasi gumpal-gumpal nie. Nama menu nie ialah Fist Rice. Fist Rice nie didatangkan di dalam satu mangkuk besar. Pengunjung berpeluang untuk menggaul sendiri Fist Rice nie. Gloves ada disediakan. Kalau korang tak reti, tak apa. Pelayan restoran boleh tolong buatkan dan gumpalkan nasi-nasi tu untuk korang. Senang je nak gumpal. Just gaulkan sehingga rata dan sebati, lepastu ambil segenggam dan gumpalkan menjadi bulat.

Fist Rice @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 29.00

Fist Rice yang telah digumpalkan menjadi bebola

Selain Spicy Octopus dan juga Fire Ramyeon tadi, Fist Rice juga antara menu kegemaran aku di sini. Rasanya sangat sedap dan harmoni bila digaulkan dengan rumpai laut dan juga ayam yang dicincang halus itu.

Kimchi Trio @ SEOULNAMI KOREAN BBQ - RM 29.00

Datang restoran Korea tapi tak order Kimchi tak sah lah kan ? Jadi kami order Trio Kimchi nie. Ye, emmang tak cukup, jadi kami order dua set. Lepastu untuk pilihan air, kami order 4 jenis minuman iaitu Out-of-This-World-Lemonade, Binggrae Banana Uyu Colada, Sparkling Orange Cream Soda dan juga Fizzy Sour Plum Cooler. Keempat-empat minuman ini merupakan signature drink untuk restoran SeoulNami Korean BBQ.

Binggrae Banana Uyu Colada (RM 24) , Fizzy Sour Plum Cooler (RM 19),
Out-of-This-World-Lemonade (RM 24), Sparkling Orange Cream Soda (RM 19)

Untuk menu penutup, kami order Charcoal Burnt Cheesecake (RM 12). Cheesecake ini akan diletakkan di bahagian arang tadi dan tunggu lebih kurang 5 minit, dan boelh terus makan. Agak unik cara penyediaan cheesecake nie. I am not a big fan of cheesecake but the taste is not bad. Dan aku terlupa nak ambik gambar cheesecake nie.


Seronok betul dapat berkumpul ramai-ramai smabil menikmati hidangan bbq. Sambil bakar-bakar sambil berborak, serious best. Banyak benda dibawangkan dan dibincangkan. Lepas nie bolehlah makan lagi dekat sini. Kalau korang tercari-cari Korean bbq yang Muslim Friendly, jangan segan-silu untuk datang ke SeoulNami Korean BBQ nie ya.


SEOULNAMI KOREAN BBQ @ The Gardens Mall
F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Midvalley City, 59200 Kuala Lumpur 


Waktu beroperasi : Isnin – Ahad (11.00 AM - 10.30 PM)

Enjoy the video !


20 comments:

  1. pencinta makanan korea pasti akan singgah sini...suka juga kalo yg grill2 tu...nmpk yummy tp kimci tk brp kena ngan tekak..dlu masa pegi korea seminggu tkleh mkn sgt menu korea tp kalo yg grill ok

    ReplyDelete
  2. wah wah sedapnya oppa zharif makan korea.. sedap tengok duk bakar ayam tu. tempat arang tu memang buil in dengan meja makan eh? dah macam drama korea gitu..boleh la time gaji datang makan kat sini. aum!

    ReplyDelete
  3. Amboi memang meriah makanan kat sini. Semua nampak enak dan menggiurkan. Pengsan tengok. Dah la akk penggemar
    Makanan korea haruslah terjah kan satu hari nanti

    ReplyDelete
  4. Teringin nak cuba tapi kena tunggu wallet tebal sikit la.

    ReplyDelete
  5. ehhh asyik lalu lalang pulak bbq nami ni hahahhaa petanda nak kena suh husband belanja nih. HEHEHEHE

    ReplyDelete
  6. Eemmm spicy octopus tu apa rasanya ?Sedap ke Zharif .Liat ke atau rasa macam sotong biasa jugak. Akak tengok terus hilang selera makan. Kalau yang lain semua nampak sedap dan menyelerakan walaupun akak tak pernah try lagi makanan korea ni. Peminat makanan korea memang suka kan

    ReplyDelete
  7. Wah ini tempat fav lepak sambil membawang sambil mengrill yer dok? Best makanan kt sini. Paling fav betul lah fist ball dan spicyramyeon tu. Grill pun sedap. Dan yang paling sedap ialah cheese burn cake. Uishh

    ReplyDelete
  8. sedapnya.. saya mmg suka makanan korea. haha sebelum ni selalu makan dkt seoul garden ja, bolehlah lepas ni dtg sini pulak.. :)

    ReplyDelete
  9. Awas yer kalau dah datang sini tidak boleh berkongsi makanan yer memang semua sedap-sedap belaka dan tak cukup makan satu kena tambah lagi terutama yang Fist Rice tu sangat menarik kita suka tambah you all yang tolong kepalkan heheheheh...

    ReplyDelete
  10. Boleh la nak paksa rerakan pergi reunion kat sini masa bulan puasa kelak - ruang besar, makanan banyak dan yang penting, senang nak sampai dari segala arah. Eh. Dia ok kan kalau group bising kan?

    ReplyDelete
  11. Huhuhuhu nak kena makan dekat SeoulNami ni nanti.. semua makanan tu mmg mwnyelerakan.. ada yang kata rasanya sama mcm makan dekat Nami island.. maybe ni dlm yg pertama dalam list kedai makanan korea yg kak liez nak cuba

    ReplyDelete
  12. Terbayang2 lagi ni betapa sedapnya menu kat sini. Fist rice tu memang sedap, tak cukup 1 bowl kalau pergi ramai, hahah. Lepas raya nak repeat lagi la makan sini

    ReplyDelete
  13. Kita pun peminat Korean food gak. Adui sedapnya .Kan best ada cawangan kat Penang gak . Kalau camni kena turun kl lah.

    ReplyDelete
  14. Wahhh... Menyelerakan! Tak dapat pi korea, dapat makan menu korea kwt sini pun dah asyikkkk...
    Yang grill grill tuu bikin kita terliur. Oh no

    ReplyDelete
  15. Heiiiiiii! Kita rindu dengan makanan kat SeoulNami yang sumpah sedap gila. Chuncheon chicken dia tu. Memang padu habis. Rasa yang tidak menghambarkan ye. No wonder harga dia pun boleh tahan mahal. Rupanya kualiti makanan dorang memang thorbaikkkkkk!

    ReplyDelete
  16. I am so hungry at the sight of all these glorious food. I want to try everything here. The octopus looks really good if you ask me. :)

    ReplyDelete
  17. Wah..menu korea tentu sedapkan?kak pernah mkn menu korea mass travel kat sana, menu dorang kat sana sana menu korea kat sini lg sedap.

    ReplyDelete
  18. wah.. makan ala-ala korea ye.. TB baru makan ramen pedas korea aje baru-baru ni.. itupun tak tahan pedasnyaaa.. rasa nak lempang orang je kalau orang ajak nyembang time tengoah2 tahan kepedasan tu.. hahaha.. citer pasal pedas ni terliur pulak tengok juice yang beratur dalam gambar atas ni.. TB tak pernah pi lagu bbq garden mall ni.. nanti nak try

    ReplyDelete
  19. fire ramen tu cam best jer nak cuba , akak paling suka makanan korea , tak tahulah kenapa...kalau boleh nak tinggal kat korea jer sebab terlalu banyak yang best ...untung kat nami seoul bbq ada segala makanan korea yang dirindu ...memang nak pergi jugak

    ReplyDelete
  20. Memang best! i like Korean BBQ anytime i pun boleh makan. Their spicy octopus looks very tempting to me.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...