Friday, April 19, 2019

Buffet Ramadhan 2019 : Buffet Durian di Bangi Golf Resort

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Bangi Golf Resort (BGR) seringkali menjadi pilihan ramai keluarga untuk dijadikan lokasi untuk berbuka puasa. Hal ini kerana harga buffet yang ditawarkan sangatlah berpatutan serta seleksi hidangan yang pelbagai. Tahun ini, sekali lagi Bangi Golf Resort menawarkan pelbagai pilihan sajian berbuka puasa dengan harga yang berpatutan. Ikuti butirannya !


Bangi Golf Resort tahun ini menawarkan lebih 200 sajian makanan kepada pengunjung yang hadir untuk berbuka puasa di sini. Pilihan makanan yang ditawarkan juga sangat enak dan meriah. Dengan konsep "Kebun Dalam Bandar" yang dibawakan pada tahun ini, sememangnya menjadi kebanggan pihak BGR kerana bahan mentah yang digunakan untuk memasak kebanyakkanya ditanam sendiri.

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Tahun ini menu yang disajikan tidak kurang hebatnya. Kesemua menu yang dihidangkan di BGR ini pasti bakal menambat selera pengunjung semua. Jom kita tengok menu apa yang ada di buffet Ramadhan BGR pada tahun ini.

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Untuk menu utama, terdapatnya lauk-pauk yang pelbagai, ada nasi ayam, nasi kerabu, satay, spaghetti carbonara dan bolognese, kambing golek dan sup tulang. Kambing golek sangat laku ya. Tak kira di mana-mana lokasi buffet Ramadhan, kambing golek sering menjadi pilihan. Sebab itu aku cakap, kalau buffet Ramadhan tu tak ada kambing golek, consider jangan datang berbuka puasa tempat tu. Hihi

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Sous Vide Eggs, signature dish @ Bangi Golf Resort

Sup tulang @ Bangi Golf Resort

Ouh ya, sup tulang dekat Bangi Golf Resort nie sangat terbaik !! Serious sedap sangat. Makan roti sambil cicah sup tulang nie. Perghh ! Sup tulang dekat BGR nie berbeza sikit dari tempat lain sebab kuahnya sangat pekat.

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort


Dan yang menarik berbuka puasa di BGR nie ialah dessert table dia. Sangat cantik dan berwarna-warni. Pelbagai seleksi kuih muih tradisional dan juga kek. Pilih nak apa, semuanya ada terhidang. Rasa sayang nak makan sebab cantik sangat. Tapi aku ngapp juga akhirnya. Hahahaha



Pastikan korang ambil siap-siap hidangan pencuci mulut sebab takut habis. Yelahh, yang datangnya ramai jadinya kita ambil langkah berjaga-jaga. Tak pasti dorang akan isi semula ataupun tidak, sebab masa aku datang tu, dorang tak refill pon pencuci mulut yang dah habis. Tiap tahun benda yang sama berlaku. Pencuci mulut habis dan tidak diisi semula.



Dan antara sebab lain kenapa ramai memilih untuk bebruka puasa di Bangi Golf Resort ialah terdapatnya buffet durian. Siapa yang tak suka durian, ye dakk ? Tak makan durian rugilah. Untum hantu durian macam aku nie, ini memang satu nikmat yang tak terungkap bila dapat makan durian sebanyak mana yang kita nak. Makanlah sampai korang rasa tak sanggup nak makan lagi dah.

Buffet durian @ Bangi Golf Resort

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Harga buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort ini aku consider murah dan berbaloi sebabnya ada buffet durian sekali berbanding tempat-tempat buffet Ramadhan yang lain. Berikut merupakan butiran harga buffet Ramadhan di sini,

Buffet Ramadhan 2019 @ BANGI GOLF RESORT
No. 1 Persiaran Bandar Bandar Baru Bangi 43650 Selangor

Dewasa : RM 59.00
Kanak-kanak : 29.00

Tempahan berbuka puasa boleh dilakukan di atas talian dengan layari laman sesawang berikut :

Telefon : 1700-81-8557
Email : enquiry@bgrrest.com
Website : www.bgrrest.com
Instagram : @bangigolfresortofficial

Buffet Ramadhan 2019 @ Bangi Golf Resort

Bangi Golf Resort akan menyumbang 1% daripada keuntungannya sepanjang Ramadhan ini kepada Islamic Relief Malaysia (IRM) dan makanan yang tidak habis akan disumbangkan kepada Food Aid Foundation untuk mengelakkan pembaziran makanan.

20 comments:

  1. One of the cheapest buffet offered buat masa ni.

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya makan sini. Seronok ye makan sama2 keluarga. Kt BGr ni selalu tarikan die durian la. Boleh makan smp lebam. hehhee

    ReplyDelete
  3. Affordable price Buffet Ramadhan di BGR ni. Memang dari tahun lepas tak pernah mengecewakan.

    ReplyDelete
  4. banyaknya dessert dia.. terliur sekajp pandang.. yang part durian tu pulak.. memang tak dinafikan kebanyakan kita suka makan durian kan.. tapi durian ni sentiasa ada ke atau ikut musim gak?

    ReplyDelete
  5. Murahnya siap boleh belasah makan durian dekat sini, menu yang lain pun sedap especially the desserts! Berbaloi makan sampai kenyang dekat sini, melebar sengih lepas berbuka.

    ReplyDelete
  6. meleleh air liur tgk nasi kerabu dan ayam goreng tu. hahah nampak sedap dan berbaloi kalau pergi dengan keluarga ni. pilihan kuih pun nampak meriah!

    ReplyDelete
  7. Wah! Pesta Durian terus.

    Yes, tak ada kambing golek, tak ada umph kata orang. Haha

    ReplyDelete
  8. buffet kat bangi golf resort ni xpeenah mengecewakan.. Dulu penah sllu buat event kat sini time zmn study... Dan rmi juga yg kwen buat event kat sini kan.. Masakan dia sedap2 jadi berbaloi la kalau dapat makan kat sini... Tempat ni dikira famous juga lah klo buat apa2 event...

    ReplyDelete
  9. Bulan puasa ni belum pilih tarikh lagi bila nak gi. Rasanya time2 tak jem le baru boleh lepas ke sana. Memang kena pergi..makanan dia dah memanggil manggil dah tu..hehehe..memang saban tahun tak pernah miss berbuka kat sini

    ReplyDelete
  10. Ala...jeles. kita nampak ramai betul yang share pengalaman kat Bangi Resort ni. Cuma tulah. Lokasinya terlalu jauh dari rumah. Yang paling best ada durian plak tu. Feveret tu! Kena cari mangsalah bawa kita buka kat sini

    ReplyDelete
  11. Dekat sini memang banyakkan pilihan makan kan Zharif. Akak sendiri jadi rambang mata nak pilih makan apa.. last last makan nasi ayam. Memang sedap nasi ayam. Satay pun sedap rasa juicy je. Kalau tahun depan ada lagi rezeki datang sini memang nak makan la . Tak pyas rasanya nak makan tau.

    ReplyDelete
  12. Frustnya tak pergi haritu, ada durian kot. Last minute ada hal, kalau tak dah pergi dah. Mintak-mintak tahun depan ada durian lagi, haha. Eh tapi mungkin boleh ajak kakak emi berbuka kat sini je next week kot. Tak payah nak tunggu tahun depan sangat.

    ReplyDelete
  13. Dah lama dengar buffet Bangi Golf Resort ni cuma belum berkesempatan ke sini lagi. Menarik betul makanan dia, semua nampak menyelerakan je. Boleh ajak mak ayah ke sini. Harga pun ok.

    ReplyDelete
  14. Tak musim durian ada banyak ker buah durian sekarang ni hehehehe kalau betul durian terbaik kita nak pergi sebab BGR ni kita tak pernah miss setiap tahun kita mesti pergi hehehe makanan banyak...

    ReplyDelete
  15. Wah,murah yer buffet kat BGR ni. Menu punyalah banyak.dan paling syok durian tu.. seronok yer kalau dekat ni,boleh la bawa family berbuka kat sini

    ReplyDelete
  16. Bestnya mereka ada kebun, tanaman sendiri.
    Bijak la mereka. Sebab bila mereka ada hasil tanaman sendiri,
    Sesungguhnya semua masakan mereka menggunakan produk yang segar.
    Terbayangkan nasi kerabu, yang mana ulam dia tu ranggup je bila dikunyah.
    Memang best.

    ReplyDelete
  17. wah-wah sedapnya buka puasa siap ada durian lagi. Ni bulan puasa mesti ramai orang datang sini sebab dekat dengan bandar bangi, yelah tiap tahun nak dekat raya penuh orang shopping sini. boleh tahan murah je harga buffet kat BGR ye

    ReplyDelete
  18. Okeh thanks for the tips, kalau pi BGR kena serbu dessert table dulu lah nampaknya ni sebab takut habis. Harga pun affordable tu.

    ReplyDelete
  19. Wah memang sedap and best lah buffet ramadan yang ada durian. I like to eat durian too yummss. Plus they have many delicious dishes too.

    ReplyDelete
  20. I got go once if I am not mistaken...with my family. Because my father have his golf sessions at there. Going to love it more since got durian buffet also.

    ReplyDelete