Assalamualaikum
Rabu hari tu aku pergi interview SPA yang mana sangat kalut untuk diceritakan . Mana tak kalut kalau bertolak dari rumah 7.40 pagi . Sedangkan interview tu jam 8 pagi . Actually aku tak ada lah menggelabah macam nak pergi interview UPSI dulu . Biarlah lambat pon . Entah kenapa aku rasa tak bersalah langsong . Hahahaha .
Sampai kat Putrajaya 8.30 pagi . Tapi tak terus sampai ke bangunan SPA tu , kitorang sempat tawaf 3 kali kot dekat Putrajaya tu sebab sesat . End up , tanya orang sekeliling . Lepastu ayah dah mula ngamok . Ayah aku nie gelabah macam dia pulak yang nak di interview -____-
Tengok tu muka ayah -___- chill lah kan =)
Sesampai sahaja aku dekat tingkat 6 blok 7 kompleks C tu , mamat yang jaga kaunter depan tu sound aku .
" Kenapa lambat ? tak nampak ke kat kertas dia tulis jam berapa "
- Dengan muka nya yang agak annoying tu .
Untung handsome , kalau tak memang aku carut kat situ jugak . Dia tak tahu ke betapa banyak onak dan duri untuk aku sampai ke situ . Dengan sign board nya yang agak pening . Memang tak lah nak jumpa bangunan tepat pada masanya .
Dia bagi kertas , suruh jawab soalan tentang minat . Alaaa macam ujian Medsi yang beratus-ratus banyaknya tu . Aku malas betol nak menjawab soalan-soalan macam nie . Penat tau tak .
Maka tak lama lepas tu aku pon di hantar ke bilik interview . Peng-interview aku ada dua orang . Sorang laki sorang perempuan . Ikuti perbualan berikut .
Tock-tock pintu berbunyi - santak jijik bunyi pintu tu
Me : Selamat pagi ( sambil menyerahkan fail yang terkandung segala sijil )
Panel 1 dan 2 : Selamat pagi , sila duduk .
Panel 1 : Okey Shariff .
Me : Zharif -___-
Panel 1 : Zharif , boleh terangkan serba sedikit tentang diri Zharif ? ( Cliche sangat soalan nie )
Me : Okey nama saya Muhammad Zharif Bin Abdul Azis . Berasal dari Banting Selangor . Berumur 20 tahun . Lahir pada 29 Januari 1993 . Mempunya 5 orang adik beradik , 2 lelaki 3 perempuan dan saya merupakan anak kedua . Tamat sahaja SPM saya melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi P.Pinang . Lepastu saya sambung degree di UPSI .
Panel 2 : Kos nie hanya bertaraf diploma , sedangkan awak sekarang berada pada tahap degree .
Me : Saya berminat dalam bidang perubatan nie . Dari dulu lagi saya minat tapi saya tak dapat . Jadi bila dapat tawaran nie saya berasa excited . Walaupon bukan sebagai doktor tapi at least adalah jugak yang relate to medic .
Panel 1 : Kat UPSI ambik apa erk ?
Me : Psikologi .
Panel 2 ; Sekarang macam mana nie panel 1 ( aku terlupa nama dia sapa ) , kami nie memang lah penemuduga tapi kami jugak bertindak sebagai penasihat . Sebab awak nie bakal degree holder .
Panel 1 : Awak tau tak kos yang ditawarkan nie gred gaji berapa ?
Me : Ohh saya tak tahu lah pulak . ( Aku tau sebenarnya tapi tak nak lah tunjukkan sangat mata duitan nya tu )
Panel 2 : U29 , sedangkan kalau awak graduate sebagai degree holder nanti awak terus DG41 . 29 dengan 41 jauh beza tu Zharif . Dari U29 nak sampai ke tahap DG41 tu memakan masa yang lama . Jadi cuba awak fikir baik-baik .
Actually kan , aku dah tau dah semua ini akan berlaku . And aku sedar tahap perbezaan gaji tu . Dan aku memang pon nak teruskan degree aku nie . Tapi cuba korang bayangkan , kalau dah tau aku nak teruskan degree tu , nape aku datang interview tu ? So aku buat lah drama sikit . Konon macam minat and what so ever . Pliss lah , aku nie hebat bab-bab berlakon nie ~
Me : Ohh ye ke ? Saya tak tau pulak pasal hal-hal gaji nie ( Santak menipu kau zharif , sah-sah hal gaji lah yang kau cek dulu masa dapat tu -____- )
Panel 2 : Kalau anak saya lah , saya akan suruh dia teruskan degree dia . Sebab sayang lah bila awak dah berada di atas , lepastu awak nak kembali ke bawah balik . Awak tak sayang ke ?
Me : Kata orang sekarang nie susah dapat kerja . Jadi jika ambik tawaran SPA nie insyaAllah lah keluar-keluar tu terus ada kerja . Saya nak sesuatu yang dijamin kerja .
Panel 1 : Anak saya graduan UPSI , setakat nie tak pernah lagi saya dengar graduan UPSI tak dapat kerja . InsyaAllah Zharif , rezeki tu ada di mana-mana saja . Sama ada kita nak atau tak nak je . Yang penting kena usaha .
Panel 2 : Sekarang nie awak ada tajaan biasiswa dari mana-mana ke ? PTPTN ke ?
Me : Tak ada . Sepenuhnya di tanggung oleh family saya .
Panel 2 : Okey , saya cadangkan macam nie lah . Awak dapatkan pointer yang bagus untuk sem pertama nie lepastu awak mohon biasiswa dari mana-mana agent kat luar tu , dari Kementerian Pendidikan Malaysia ke ( ada ke ? ) atau mana-mana badan yang berkaitan dengan kos awak tu .Lepas graduate je nanti , dia takkan nya nak lepas awak begitu sahaja , mesti awak akan ada kontrak dengan dia . So dari situ awak tak ada lah menganggur tak ada kerja .
Panel 1 : So sekarang nie macam mana ? Adakah awak nak teruskan dengan degree awak tu atau awak berminat untuk ambik kos yang SPA tawarkan nie ?
Me : Saya rasa saya nak teruskan dengan degree saya .
Panel 2 : Baguslah awak dah buat keputusan macam tu . Takpa awak jangan risau . Lepas awak dah habis degree tu nanti , awak update kos-kos yang awak mintak tu setaraf dengan degree holder .
Me : Owhhhh oke-oke . So maksudnya saya masih boleh dapat tawaran dari SPA lah yer ? ( Soalan bodoh )
Panel 2 : Boleh boleh =)
Panel 1 : So macam mana ? Nak teruskan lagi ke or nak berhenti dah ?
Me : Saya rasa setakat nie sajalah . Terima kasih yer =)
Okey itu je . Penemuduga aku yang banyak bercakap dari aku . Dorang banyak bagi tips dan nasihat berguna . Aku macam datang situ untuk mendengar je . Mula-mula yelah formal macam typical interview tu , lepas aku bagitahu sekarang tengah sambung degree , semuanya berubah .
PESANAN PENAJA
" Teruskan apa yang aku dah mulakan =) "
Dalam pada busy , sempat jugak eden curi-curi masa hapdet blog nie . 2 assignment due date minggu depan . Semoga aku sempat menyiapkan kedua-dua assignment itu . And selasa nie pulak debate bermula . Aku x prepare apa pon lagi T___T
Sekarang nie kat N9 , paris's sister is gettin married this sunday . So boleh bayangkan tak riuh nya macam mana kat rumah nie .
BTW , thanx abg eddy =) Hadiah giveaway tu dah sampai . Cantik =)
Wahh tak sia-sia join giveaway hari tu =D
Yang baik datang dari Allah , yang jahat tetap datang dari syaiton nirrajim .
See ya !